Episod 81 : Resepi Politik Hari Ini

“Jangan bersilang sengketa. Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu bersilang lalu mereka binasa” (Hadis Riwayat Ahmad)

Jika saya belajar bahawa masakan ibu itu menjadi sedap kerana resepi kasih sayangnya, jika saya belajar mewarna dan melukis perlu ikut gerak emosi, maka sebenarnya politik yang ada di Malaysia tidak jauh bezanya.

poliyik


Jika hari ini, orang ramai terlalu menumpukan perubahan dari aspek luaran, menumpu undang-undang konvensional kepada undang-undang Islam, mendesak-desak PPSMI dimansuhkan segera, politik diubah segera, daulah dicapai segera, tak ubah seperti cerita ‘bangau oh bangau’.

Maksud saya terlalu SEGERA.

Hakikatnya secara jujur, komuniti anak-anak muda masyarakat Melayu hari ini menganggap segala-galanya perlu berubah hari ini. Itulah yang ditanam dalam jiwa tak henti-henti. Tetapi, lihatlah kesan paradoks yang lahir pada jiwa-jiwa itu. Hati semangat tetapi bertempoh itu menjadi seperti ombak yang tidak menentu.

Masih ramai lagi anak muda hari ini bersikap copy-paste. Masih ramai lagi yang keliru dengan perjuangan yang dilaungkan atas slogan-slogan. Diri terkapai-kapai kerana menyalahkan politik yang tak menentu. Walhal, segala-galanya bermula daripada diri sendiri.

spiral

sebab faktor diri mampu mengubah luar, atau faktor luar untuk mengubah diri?


Saya bukanlah menentang sehinggakan kita tidak perlu ubah. Tetapi, saya maksudkan sentimen pemikiran ini sebenarnya mencetus revolusi sikap terlalu bergantungan. Jika satu kawasan kependudukan luar bandar mengalami kemiskinan, adakah salah kerajaan kerana tidak memberikan sumber kewangan?

Maaf, saya tidak ingin bias pada mana-mana pihak.

Walaupun saya akui, memberikan bantuan kewangan adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan, tetapi si miskin bukanlah bergantung harap sepenuhnya pada kerajaan. Itu bagi saya tidak masuk akal.

Apakah yang terlalu ghairah sangat mengubah kerajaan hari ini?

Supaya jadikan politik ini memberikan perkhidmatan keselesaan sepenuhnya pada rakyat? Supaya jadikan dakwah Islam lebih mudah tersebar? Supaya Malaysia menjadi negara yang rakyatnya berintegriti dan berdaya saing?

Pertimbangkan betul-betul.

Saya tidak ingin menimbulkan kontroversi atau spekulasi di sini. Saya tidak menafikan politic-game yang bersimpang-siur hari ini lantaran mastermind di tengah-tengah permainan ini. Hujah demi hujah bercakaran antara satu sama lain bukan datang kerana rasional, tetapi hujah emosi demi emosi.

Lebih mudah saya katakan ini satu permainan politik emosi.

Dan inilah dia acuan resepi Malaysia hari ini. Anak-anak muda semakit berminat dengan politik, semakin bersemangat bab-bab siasah. “Segala-galanya bermula dengan politik”, kata sebahagian dari mereka. Ibarat lalang yang ditiup angin ke kiri dan ke kanan, angkara tiupan politik.

Politik akhirnya dijawab dengan politik. Emosi dengan emosi.

Akhirnya lahirlah minda Melayu acuan politik bukan atas dasar tarbiyah, meskipun melaungkan kata-kata yang islamik, semangat yang islamik, hakikatnya perbuatan dan sikap tidak melambangkan ia adalah sebenar-benarnya islamik.

Lihat keadaan ini, jika hari ini pihak kerajaan melancarkan kata-kata provokatif melalui media, apakah pihak pembangkang akan bertindak?

“Lawan tetap lawan”

Si pembangkang heboh tentang keutamaan rakyat, menyiarkan sikap, membuktikan fakta pemimpin lemah, memberontak kerajaan bertukar. Si pihak kerajaan pula tersengih-sengih di media membuktikan yang sebaliknya. Semakin lama Malaysia ini semakin gelap dengan mempolitikkan segala-galanya.

Maka timbullah resepi baru isu katak, isu bawah pokok, isu bogel.

Jika saya umpamakan Malaysia ini sebuah sekolah, pihak rakyat ibarat pelajar-pelajar. Ahli politik-politik atasan itu ibarat guru-guru. Jika pelajar tidak puas hati dengan suasana sekolah, pelajar memberontak, buat perangai, kerana guru yang tidak bertimbang rasa. Guru pula tercabar, ketatkan disiplin, tambah kerja rumah, sekat itu sekat ini.

Soalan saya,

ADAKAH INI MENYELESAIKAN SEGALA-GALANYA?

Fikirkan tentangnya.

Saya bukanlah tiba-tiba meloncat nak bising tentang politik. Saya bukan anti-politik ataupun super-politik. Tetapi saya bersuara kerana saya begitu bosan dengan keadaan hari politik Malaysia hari ini. Memikirkan tentang politik sekarang membuatkan saya kurang berselera untuk bergerak dari bidang-bidang yang lain. Resepinya cukup kuat.

Adakah politik ini mempengaruhi tarbiyah, atau tarbiyah itu mempengaruhi politik?

Anda sendiri, pandai-pandailah menilai.

Hari demi hari anda akan melihat di kaca televisyen asam, garam, kunyit dan bawang politik yang sama.

Pihak kerajaan nampak kelemahan pihak pembangkan, mulalah ‘kalau itu, kalau ini’. Kemudian terancanglah strategi.

Pihak pembangkang pula direndah-rendahkan dalam media, mulakan perancangan ‘kalau itu, kalau ini’, akhirnya, balas serangan.

Rakyat pula keliru, timbullah ‘kalau itu kalau ini’, maka macam-macamlah jadinya.

Perlahan-lahan politik sinar hari ini terbentuk lantaran KALAU ITU, KALAU INI.

Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dalam segala kebaikan. Peliharalah apa-apa yang menguntungkan kamu dan mohonlah pertolongan Allah, dan jangan lemah semangat (patah hati). Jika ditimpa suatu musibah janganlah berkata, “Oh, kalau aku tadinya melakukan itu tentu berakibat begini dan begitu”, tetapi katakanlah, “Ini takdir Allah dan apa yang dikehendaki Allah pasti dikerjakan-Nya.” Ketahuilah, sesungguhnya ucapan: “Kalau begitu” dan “Kalau begini” membuka peluang bagi (masuknya) karya (kerjaan) setan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jangan lupa. Syaitan pun ada SENI.

11 Responses to Episod 81 : Resepi Politik Hari Ini

  1. sultanfitrie berkata:

    no komen….

  2. Khadam Mahasiswa berkata:

    Maka kerana itu pemimpin dan rakyat seharusnya menyambut baik saranan YB Tuan Guru Dato’ Seri Abd Hadi Awang agar kita sama-sama mendokong kerajaan perpaduan demi kemaslahatan rakyat dan negara seluruhnya.

    Ada jiran nampaknya sudi nak menziarah, tapi tuan rumah bersediakah sudah?

  3. yang berfaedah berkata:

    assalamualaikum ya akh.Terpanggil saya untuk membaca episod saudara dlm topik ini. persembahan dalam penulisannya agak baik, namun pemikiran global islam sebagai peneraju dunia masih sederhana. Allah hanya mengkategorikan manusia ini kepada 2 kumpulan sahaja iaitu islam dan kafirin, tetapi mencelah antara keduanya ialah munafikin. Dalam melihat dan menangani pelbagai isu, kita sebagai orang Islam tidak boleh berada di tengah-tengah atau tidak menyebelahi mana-mana pihak, kerana kita mempunyai panduan yang kukuh berasaskan AL-Quran dan AL-Hadith, kita diberi fikiran yang mampu menilai. Saya tidak begitu menyenangi apabila saudara menyatakan tidak berada di mana-mana pihak(atau mgkin saya tersalah faham,harap maaf) ini mencetuskan kekeliruan.kita sebagai seorang Islam mesti ada pendirian yang hak dan tegas, baharulah kita dihormati oleh kawan dan lawan. Sedangkan semasa peperangan antara Rom dan Parsi dahulu pun, ketika Rasulullah masih ada, pada awal perkembangan Islam, baginda menyatakan pendirian menyokong satu antara kedua pihak tersebut, biar pun kedua-duanya kafirin. Maaf jika terdapat kesilapan namun saya berpegang atas dasar memberi peringatan.BERPESAN PADA KBNRN.wallahua’lam

  4. Akmal Hakim berkata:

    Saudari,
    Berpegang dasar memberi peringatan mesti kena pada keadaannya.

    Saya tidak mengatakan saudari salah.

    Tetapi saya maksudkan saudari betul-betul SALAH FAHAM.

    Saya ulang,

    Saudari sekarang salah tafsir, seolah-olah terhantuk di blog ini, terus menyampaikan satu mesej yang difahami seperti “Saudara mempunyai mesej yang cermat, tetapi saudara tidak menyebelahi pihak Islam”

    Maaf, saya tidak ingin BIAS pada mana-mana pihak

    Baca betul-betul ayat yang saya tulis di atas. Adakah ia bererti saya tidak menyebelahi ISLAM atau saya tidak menyebelahi mana-mana PARTI POLITIK?

    Fikirkan tentangnya.

    ISLAM dan PARTI POLITIK. Itu sudah jelas bezanya, bahkan ia tidak menimbulkan KEKELIRUAN.

    Tak mengapa, sekurang-kurangnya saudari sedar.

    Berhubungkait dengan diatas,

    Bohong jika mengatakan saya tidak menerima politik. Sedangkan politik adalah satu cabang dari Islam. Cuma kalau saudari lebih jelas pandangan di atas, saya membezakan POLITIK yang berbaur TARBIYAH ISLAM atau politik yang berbaur EMOSI.

    Cuba teliti betul-betul.

    Jika ingin berkongsi pandangan dari penjuru lain saya boleh terima. Tetapi jika ingin menconteng pandangan, saya kira lebih baik catat di blog sendiri. FAHAMI sebelum MENILAI.

  5. yang berfaedah berkata:

    assalamualaikum
    nampaknya saya benar2 tersalah tafsir.harap maaf.yg pasti tiada niat langsung utk MENCONTENG PANDANGAN.kecetekan akal saya membataskan pemahaman.itu yang pasti.mungkin sy perlu bertanya dahulu sblum menulis jika keliru pada penilaian.wallahua’lam

  6. M. Faiz Syahmi berkata:

    Sengaja singgah di sini meminta pandangan Akmal.

    Pada pengetahuan saya, individu juga mempunyai resipi politiknya sendiri. Apa pandangan Akmal?

  7. Akmal Hakim berkata:

    Ya, terima kasih Faiz

    Individu mempunyai resepi politik tersendiri.

    Saya lebih gemar memanggil ini KACA MATA POLITIK.

    Dalam erti kata lain, macam mana kita memandang politik itu, macam itulah kita tafsirnya.

    (UPCOMING ENTRY – TEORI KACA MATA)

    p/s: eh, ni yang sama-sama pegi pemilihan tokoh di Sarawak tu kan?

  8. MarBu berkata:

    jgn hanya bermain dgn teori semata-mata… cuba turun ke gelanggang dan lihat ape yg brlaku…

    dakwah n siasah merupakan ratib tegar buat ahli gerakan Islam pd hari ini..

    ana meminati politik, melihat, menganalisis n menyusun strategi…

    ana tidak mengatakan nta salah tetapi ana juga tidak bias kpd sesiapa…

    jgn cepat m’buat ulasan dgn pemahaman sndiri.. jgn pula cepat mnerima dgn telahan org lain..

    kita diberi akal utk brfikir, kita dikurniakan nabi utk memandu..

    manusia yg bijak itu ialah manusia yg memahami waqi’, melukis suasana bukannya dilukis suasana..

    bersihkan diri kita, hidupkan tazkiah, lazimi tazkirah.. lihat di depan, apa kata tuhan…

  9. aesyahumaira89 berkata:

    Salam. Syabas. Mabruk Alaik.
    Akh terlalu terburu-buru jump into conclusion.
    dont judge a book by its cover.
    Ana tidak pandai melontarkan pandangan tapi ana tidak bisa mendiamkan diri andai ada fitnah berlaku dalam kalangan insan mengaku diri sebagai pejuang agama ALLAH.

    jemaah akh dengan jemaah akh.
    ana tak nak sebut langsung pasal misi pembawakan jemaah akh kerna tidak semua jemaah itu sempurna. andai slogan syumul yang dilaung2kan tapi masih tetap ada cacat celanya. khilaf itu ibarat rahmat. ia mencambahkan lagi kreativiti pemikiran pejuang agama ALLAH.
    ya akh fil islam,
    ana menegur diri ana sendiri dan juga akh.
    kita hanya hamba ALLAH yang baru sedikit diberi nikmat aqal untuk mentafsir dan berfikir.
    andai ilmu masih belum cukup di jiwa,
    dan masih belum matang untuk menerjah fikrah manusia,
    bahkan lebih parah lagi kita berkata itu ini tanpa rujukan dan bukti yang kukuh mengatakan pihak ini pihak itu salah,
    jangan dek tersalah tafsir,
    kita perlu menjawab senarai soalan yang bakal ALLAH hujahkan di padang mahsyar kelak.
    wallahua’alam
    ~aku hamba ALLAH yg dhoif lagi hina~

  10. Akmal Hakim berkata:

    Assalamualaikum @ aesyahumaira89,

    Saya agak kurang faham, boleh saudari nyatakan fitnah yang saya lontarkan dalam entri ini?

    Saya mengeluarkan pandangan. Jelas. Ada tak saya sebut tentang jemaah atau mendeskripsikan sesuatu jemaah lain tentang hal ini?

  11. aesyahumaira89 berkata:

    waalaikumussalam
    nastaghfirullah hal azim.
    aasif kerna tulisan ini agak menjurus kepada “escapisme” tp ana rasa byk lg soal pentg yg ana perlu ambil berat dlm kehidupan serba fana ini.
    x usahlah kita berbalah dek kerana isu2 dan perkara cabang (furu’) yg bisa menjejaskn keharmonian umat Nabi Muhammad s.a.w.
    enta ada hak bersuara bgitu juga org lain.
    soal jemaah atau tidak itu ana akui agak tersasar dri landasan dlm berkata2 dlm konsep entry akh ini.
    di mana kesatuan akidah umat islam andai itu menjadi sandaran hujah bukan? maaf untuk ITU.
    TAPI ana masih lg mahu menegaskan jgn terburu2 dlm menilai sesuatu.dont judge a book by its cover.
    “sesiapa mendatangi kamu dgn kebenaran,harus kita terima sedangkan dia jauh dan dibenci, dan jika sesiapa mendatangi kamu dgn kebatilan harus kita tolak walaupun dia disayangi”
    wallahua’alam

    ~aku hamba ALLAH yg dhoif lagi hina~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: