Episod 80 : Resepi Seni Kehidupan

Apabila Allah memberikan kenikmatan kepada seseorang hendaknya dia pergunakan pertama kali untuk dirinya dan keluarganya. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketika kecil-kecil dahulu, masih segar lagi dalam ingatan. Mudah sekali bertarung lidah, tak kiralah rakan-rakan, sepupu, atau anak orang yang tak kenal. Semua bias pada diri sendiri. Mengingatkan zaman kanak-kanak, ada satu ketika saya dan sepupu saya bergaduh hanya sebab memuji masakan mak masing-masing. Seorang kata masakan maknya sedap, seorang lagi kata maknya masak lagi sedap.

masakan


Saya pun pelik. Ada benarnya.

Apakah yang menyebabkan masakan itu sedap, tiada tandingan hingga merentas horizon cakerawala sekalipun, masakan maklah yang paling sedap. Setelah lama saya mendalami ilmu seni, barulah saya tahu jawapannya.

Sedapnya masakan itu bukan kerana resepi yang ada pada masakan itu. Tetapi ia adalah berserta dengan resepi emosi yang terdalam dalam jiwa ibu. Senang untuk saya katakan, ia adalah resepi cinta, resepi yang paling sedap daripada segala resepi aji-naik-motor.

Sekali sekala, ada waktunya saya melukis gaya impresionisme(lukisan minda separa sedar), sering kali saya bersahaja melukis meletakkan emosi saya di depan. Bergerak sahaja tangan ini, itulah yang keluar dari lubuk hati. Warna, bentuk, semuanya terhasil daripada emosi ketika itu.

Itulah seni.

heart

Maka bagi saya dengan menulis blog sehingga hari ini, ia adalah resepi kehidupan buat generasi-generasi terkemudian. Itulah destinasi saya. Itulah yang BEGIN WITH THE END in mind saya letakkan.

I’m a generation-oriented thinker. It’s my path. That’s why I write seni kehidupan.

This is an invitation to all readers. Rather than just read, write something. It doesn’t matter if you’re going to write anything about your thoughts, your inspiration or even your life.


Just write. No COPY and PASTE.

3 Responses to Episod 80 : Resepi Seni Kehidupan

  1. realitihidupku berkata:

    InsyaAllah…

    Teruskan perjuangan….
    Allahuakbar…
    Allahuakbar…
    Allahuakbar…

  2. avataraang berkata:

    masakan mak kita memang sedap..xblh nak di bandingkan dengan masakan orang lain..

    lukisan yang menarik🙂

  3. peaceout berkata:

    haha..no copy n paste!insyaAllah,akan sahut cbrn tu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: