Episod 79 : Perubatan – Kerjaya Yang Bukan Sebarang Kerjaya

“Pertolonganmu terhadap orang lemah adalah sodaqoh yang paling afdhal” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ad-Dunia dan Asy-syihaab)

stetoskop

Jalanraya penuh sesak. Suasana musim tengkujuh tidak letih-letih menyebabkan jalanraya semakin licin dan berbahaya. Perjalanan ambulans ke hospital untuk transfer pesakit terpaksa mengambil tempoh yang agak lama sedikit.

Tiba-tiba satu insiden yang tak diminta-minta berlaku.

Pesakit tiba-tiba dalam keadaan kritikal. Di dalam ambulans, hanya Hayati, jururawat bahagian kecemasan bersama seorang pemandu dan seorang pembantu. Malangnya, ambulans itu bukan ambulans kecemasan.

Emergency, sambungkan talian pada Hospital!”, Hayati menjadi panik, segera meminta pemandu untuk menyambungkan talian.

“Bukan ke pak cik tu patah kaki sahaja?”, pertanyaan pemandu itu tidak dilayan oleh Hayati.

“VF!”, Hayati tersentak pada bacaan meter pernafasan pesakit itu. Tidak stabil!

“Tolong saya untuk lakukan CPR!”, pembantu pemandu itu segera mengambil alat bantuan pernafasan. Pemandu yang berkulit hitam itu sibuk menyambungkan talian.

“Berapa lama lagi nak sampai ke hospital?”,

“Dalam keadaan ini, lebih kurang 20 minit lagi”, balas Azlan, yang membantu Hayati CPR. Pemandu akhirnya dapat sambungan talian dengan doktor Azmi. Segera dia menghulurkan pada jururawat tadi. “Doktor!”, si jururawat tadi menceritakan keadaan kritikal pesakit itu.

Setelah , mengikut panduan si doktor tadi ada satu masalah yang lebih kritikal. Paru-paru kanan tidak berfungsi. Si doktor segera mengambil sampel X-Ray pesakit yang dinyatakan. Nyata paru-paru kanan pesakit itu agak sedikit ganjil.

“Tension pneumothorax”, bisikan putus asa keluar dari bibir doktor geriatrik itu.

“Mungkin pesakit itu jatuh, menyebabkan lubang kecil pada paru-parunya. Barangkali udara masuk mendadak menyebabkan deflasi”, sambung doktor itu. “dalam beberapa minit, mungkin paru-paru kanan dia akan.. pecah”, sambung doktor tadi.

Hayati tersentak.

Hanya mengeluarkan udara dari paru-paru sahaja langkah terakhir. Ambulans yang menghantar itu tidak cukup keperluan untuk mengeluarkannya. Sebagai hanya jururawat, Hayati tertekan tak mampu berbuat apa-apa. Mengalir manik kaca jernih di pipinya. Deras.

“Saya tak boleh biarkan dia mati macam tu..”, cetus hatinya. “Saya tak akan putus asa!” kata jururawat itu didengari doktor Azmi.

“Hayati, jangan! Itu bukan salah kamu”, bentak doktor. Hayati tetap dengan keputusannya. Dia menggeladah kotak hijau yang berisi medical equipment. Dia menggenggam satu jarum syringe.

“Saya tak akan putus asa..”, ulangnya lagi.

“Hayati, jangan! Saya doktor, dengar cakap saya! It’s illegal!”,Hayati menuangkan antiseptik ke bahagian dada pesakit itu tanpa menghiraukan kata-kata doktor. Tangannya menjalar-jalar mencari bahagian dada pesakit yang boleh dicucuk. Ini keadaan yang sangat kritikal.

“Bismillahirrahmanirrahim”. Tangan Hayati sedikit menggigil diiringi tawakkal pada kuasa ilahi.

Jarum setebal 2mm itu perlahan-lahan menusuk epidermis dada sebelah kanan hingga menembusi kulit. Tepat. Kedua-dua pemandu tadi tercengang tak mampu buat apa-apa. Dalam hati berdoa penuh harapan.

Angin halus keluar dari punktur itu. Dari paru-paru pesakit.

Manik kaca itu membasahi deras di pipi Hayati. Nafasnya tersekat-sekat menahan tangis.

“Berjaya..”

****************************************

Menjadi ahli perubatan bukanlah semudah yang disangka. Seruan demi seruan disahut demi erti hidup. Tak kira, sama ada muslim atau tidak, manusia tetap manusia. Bidang ini terus-menerus bekerja demi kebajikan.

Itulah pengorbanan besar jiwa begelar ahli perubatan.

Si jururawat, meskipun hanya sekadar satu kerjaya yang meletihkan, jururawatlah satu-satunya yang paling rapat dengan pesakit-pesakitnya. Buat segala-galanya untuk orang yang tidak dikenali, membersihkan pesakit, mengurut dan sebagainya sebagai satu perkara biasa. Malah, ada yang lebih hebat, pesakit dianggap sebahagian keluarga.

Farmasi, belajar bertahun-tahun tindak balas kimia terhadap badan, farmakologi, kesan dadah dan sebagainya berhubung kait dengan muamalat manusiawi menyempurnakan tuntutan sunnatullah badan yang sakit ke arah penyembuhan. Jika dos terlebih, doktor dinasihati. Jika tindak balas badan pesakit sensitif dengan kesan painkiller, farmasi mempertimbangkan morphine pada doktor.

Sudahlah belajar susah, kerja pun meletihkan, itulah doktor. Pagi, petang, siang malam menyahut on-call, demi kepakaran dan kecekapannya. Usah sebut tentang cuti, masa, duit, keluarga semuanya terpaksa dikorbankan kerana kerjaya. Ia bukan satu calang-calang kerja.

Jangan berkhayal.

Saya menulis entri ini bukanlah menceritakan kepakaran, keperluan, dan rutin ahli perubatan. Jika anda ingin atau sedang mengambil bidang-bidang ini, sudah tentu anda lebih tahu daripada saya. Sebagai ahli keluarga farmasi, saya merasakan tempiasnya suhu kerjaya ini.

Di kala sebahagian orang menyebut tentang NILAI sebagai seorang ahli perubatan, sebahagian yang lain melihat pada hasil MATERIALISTIK. Ia adalah soal yang berkait rapat dengan INTEGRITI.

Rata-rata yang ingin menjadi medik gembira lantaran mampu menolong keluarga, orang sakit, yang lemah dan sebagainya. Tetapi sudahkah persoalan ini diajukan kepada empunya diri?

Di sini perluaskan skop pengorbanan itu.

Jika hari ini anda menjadi ahli-ahli perubatan, sanggupkah anda mengorbankan makan malam anda bersama keluarga, semata-mata ada panggilan kecemasan?

Jika hari ini anda bekerja sehingga lewat malam untuk satu surgeri, sanggupkah anda tinggalkan keluarga kerana kepakaran anda?

Adakah anda mampu membeli kebahagiaan itu dengan kecukupan materialistik yang anda ada?

Kerana ahli perubatan itu bukanlah semudah ‘membaiki manusia’ kemudian balik baring atas katil. Bukanlah anda yang banyak berkorban pada keluarga, tetapi ahli keluarga andalah yang lebih banyak berkorban kerana anda. Duit tidak berdaya membeli kebahagiaan. Andalah pengatur kebahagiaan itu.

Saya percaya jika menjawab dengan diri sendiri, dialah orang yang tahu kesannya. Tatkala sebahagian mengejar pangkat dan status, orang-orang yang berintegritilah yang faham situasinya. Itulah tercatat di sebaliknya nilai Islam.

Dunia perubatan kehausan orang yang berintegriti.

Ketika orang sibuk membicarakan soal undang-undang, jururawat itu memandang nyawa lebih diutamakan, biar licensenya akan ditarik. Ketika orang memandang doktor dan farmasi sebagai status yang tinggi, mereka memandang tugasnya hanyalah melaksanakan tanggungjawab. Mereka bukan tertekan, tetapi gembira dan bangga kerana telah dipilih dan takdir Allah melaksanakan tuntutan ‘hablu min Allah wa hablu min annas’.

Maka, janganlah ragu-ragu memilih jurusan perubatan sebagai destinasi. Ia bukan kerjaya yang sebarang kerjaya. Ia bukanlah kerjaya yang berorientasikan materialistik.

“Tiadalah kamu mendapat pertolongan (bantuan) dan rezeki kecuali kerana orang-orang yang lemah dari kalangan kamu” (Hadis Riwayat Bukhari)

Related Post : Episod 49 : Cabang Medik – Dunia Farmasi

12 Responses to Episod 79 : Perubatan – Kerjaya Yang Bukan Sebarang Kerjaya

  1. Nurazah berkata:

    Salam.syukran.post menarik dan bermakna.salam

  2. Muhammad Faiz Syahmi berkata:

    Akmal Hakim, anda juga doktor dan tabib. Doktor bangunan..~! ^_^

    Salah sahabat,
    Kedah Darul Aman.

  3. paracetamol berkata:

    salam ziarah. suka blog kamu. entri ni menarik sbb ada kaitan dengan saya. cara kamu hurai sangat bagus. sy lebih suka guna ‘ahli jagaan kesihatan-healthcare professional’ berbanding ahli perubatan sbb kerjaya ni nak sembuhkan org sakit menjadi sihat. insyaallah sikit masa lg sy akan terjun dlm bidang ni-bidang farmasi juga.🙂.semoga sy dapat berkhidmat dgn baik dan penuh ikhlas.

    p; kenapa x terangkan pasal dentistry ye..

    syukran jazilan

  4. nima berkata:

    Yeah..!! Medic is da best..!! But it depends on a person.. If someone is really into it, then it is da best for him or her.. If they more into the other courses, then the other courses are da best for them.. World need diversity in order to have a balance ‘ecosystem’ in da aspect of human needs.. anyway, nice writing.. ^_~

  5. Akmal Hakim berkata:

    Tu la tu.. Tak pandai sangat nak huraikan dunia dentistry ni. Hehe. Ikutkan saya memang paling jarang berjumpa dengan dentist.

    Alang-alang kerjaya dentist belajar lebih kurang sama macam medik tu, boleh masuk je la.. hehe..

    Selamat berjaya menjadi Farmasi!

  6. paracetamol berkata:

    Syukran. One of the pharmacist job is to find the doctors error. maybe that’s why doctors doesn’t really like pharmacist..hehe..anyway we need each other..and doctors do great job anyway..

  7. dealova berkata:

    ye…
    medic is da best!
    i’d realize it…

    pneumatorax. tajuk ni best.

    def= its da presence of air in the pleural cavity.Air can enter the pleural through a wound in da chest wall, bronchopleural fistula or rupture of the alveoli. THis leads to lung collapse.

    the degree of collapse of lung depends on=
    – da size of opening in da pluera
    -elastic recoil of lung
    -air way resistance n bronchial patency.
    Sekadar biasan ilmu dr yang lemah~

    hmm..jika saya ade di tempat kejadian, ye., saya juga tidak akn mmbuang masa. Jika pun hanya ade sebatang pen di kocek saya. Dont wasting time. patahkn pen tersebut mjadi dua.dan tembusknnye ke dada.awas, ini hanya dilakukan dengan ilmu, mata hati bukan mata peduli..

    one more, try r tgk crite medical team dragon. sdap woo~! tgk dengan mata minda…
    syabas ncik hakim.tapi saya rasa crita ini agak cmplicatd sbb nye anda bukan di bidang ini..di mana anda dpt ye.hihihi

  8. Akmal Hakim berkata:

    Hehe.. I like to be unexpected and complicated🙂

    Cerita ni daripada movie mana entah. Saya cuba sasterakan(padahal tak pandai sangat pun ayat puitis ni), ada la juga tanya mak sikit, supaya tak silap tulis.

    I like medic.

    Biology is my best subject.

    Drawing is my best skill.

    Kenapa tak amik medic, sebab medic pun perlukan drawing skill? Atau biotech? Boleh design alat2 medic?

    Sebab saya pandang kerjaya pada jangka masa panjang. Hehe. Bukan orang yang amik medik tak pandang jangkamasa panjang.

    Actually, I love to spend more time with my future family😀

    My thought is like that. It can’t be helped. hehe.

  9. dealova berkata:

    yup!
    ok..
    very nice reason..
    hope my future family undrstnd wth ‘their’ mama’s profesiion.
    xpun, bukak klinik seketul share ngn doc len.baru ade masa ngn fmly.
    otherwise, im just quit n cncrte wth ‘them’..hoho.. ape ni, dah tersasar.haha

  10. nurazah fathirah berkata:

    bidang fizik banyak aplikasi🙂

  11. yang berfaedah berkata:

    assalamualaikum..nursing is da best!
    i know dats movie…NURSE MISORA AOI!…rite?!
    nice movie,100percent bersih dr unsur prcintaan..
    org jepun mmg byk mgluarkan movie yg brbntuk professional job,patut la ngara dorg sgt terkehadapan!
    our country plak amat mbimbgkan,dihujuani lamabakan n longgokan sinetron cinta indon yg kononnya berbentuk islamic tp masih byk unsur kebatilan cinta yg mjadi tema..
    maaf jika out of da topic ckit..nice topic ya akh!
    wallahua’lam

  12. nurazah fathirah berkata:

    galileo lagi best🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: