Episod 78 : Pelajar Seumur Hidup

“Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang maka dia diberi pendalaman dalam ilmu agama. Sesungguhnya memperoleh ilmu hanya dengan belajar” (HR. Bukhari)

“Mak, macam mana periksa tadi?”, tanya saya sambil tersenyum

“Mak rasa fail. Entah, mak belajar yang baru yang lama mak lupa balik”, jawab mak sambil ketawa kecil.

“Alah mak ni. Sebelum ni mak cakap macam tu, lulus jugak!”, saya membalas.

um

Seperti dalam entri sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa saya ingin mengambil pengajian persijilan agama di Universiti Malaya sambil belajar di Universiti Islam Antarabangsa, PJ. Kerana tidak dapat, ia memberikan satu impak paradoksikal yang akhirnya membawa minat kepada mak sendiri. Mak sekarang sudah selesai Usuluddin bagi modul kedua.

Modul kedua ini ada empat subjek, iaitu Pemikiran Islam, Akhlak Islam, Asas Dakwah dan Seni Islam. Selesai modul ini, mak akan terus modul yang terakhir, lebih susah. Mak akan berhadapan dengan falsafah, tasauf, ikhtilaf dan perbandingan agama!

Program di bawah Universiti Malaya ini menyediakan dua tempat. Satu di MAINS, Negeri Sembilan dan satu lagidi Universiti Malaya sendiri. Sebulan hanya 2 kali pada hari cuti minggu. Mak sanggup minta cuti on-callnya semata-mata belajar.

Sebenarnya program ini terbuka bagi 18 tahun ke atas. Rata-rata, ramai pelajar-pelajar terdiri daripada orang tua dan orang yang telah berpencen untuk meneruskan pembelajaran. Sangat bagus. Hanya RM350.00 untuk sepenuh pengajian.

Bak kata akhi Hazim Azehar, pelajar jurusan medik di Mesir,

“Jadilah pelajar seumur hidup”

Maka di situ kita akan nampak manfaat dan signifikannya pada erti hidup ini. Semakin tinggi ilmu pengetahuan kita, semakin tahu betapa kurangnya ilmu. Maka dengan pencarian ilmu jugalah memudahkan seorang jalan ke Syurga. Sabda Nabi :

“Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga” (Hadis Riwayat Muslim)

Seperti kata-kata seorang sahabat, “berjalanlah tanpa henti”, tiada noktah dalam belajar.

2 Responses to Episod 78 : Pelajar Seumur Hidup

  1. aireensamirah berkata:

    salam..
    bagusnya..
    kagum pada mak anda!🙂

  2. nurazah fathirah berkata:

    dahsyat!
    “genggam bara api biar sampai jadi arang”!!
    haha😉
    (3 hari beturut-turut update.. dahsyat!)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: