Episod 77 : Kenapa Arkitek Menjadi Pilihan

“Maka apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang- orang yang zalim.” (Surah At-Taubah : 109)

masjid

Kadang-kadang saya agak cemburu dengan sahabat-sahabat yang sedang meneruskan pengajian dalam bidang usuluddin, syariah, dirasat dan sebagainya. Dahulu, saya cuba mengalih cita-cita asal semata-mata kepingin nak mendalami bidang agama.

Sebolehnya, saya paksa diri saya untuk mengambil pengajian ini serentak dengan core course saya. Saya pernah meninjau-ninjau pengajian jarak jauh seperti di kolej UNITI. Tak dapat. Saya cuba mengambil program singkat, di UM, sama ada pengajian hadis atau usuluddin. Pengajian selama 12 bulan ini tak lah mahal, malah UM dekat sekali dengan kampus saya.Malangnya, keadaan dan situasi saya memang tidak mengizinkan.

Saya simpan keinginan ini terdalam di dalam hati.

Kadang-kadang saya teringin menulis sesuatu yang mendalam tentang agama di blog ini. Tetapi, saya bukanlah orang yang khusus dalam bidang ini, ataupun mendalam dalam bidang ini. Saya berikan penghormatan pada orang yang ambil bidang ini. Cukuplah saya memperdalam ulum Quran dan Hadis setakat ini dengan ustaz-ustaz di masjid, abang-abang, dan ustaz saya di sekolah lama dahulu.

Dan saya akan aplikasikannya dalam blog ini semahunya.

Buku-buku agama, saya tidak berani membaca segala yang berkaitan dengan fiqh, tauhid, dan lain-lain tanpa guru, melainkan murobbi saya yang menyarankan. Saya khuatir berlaku fitnah dalam hal ini. Buku yang paling saya selalu hadam lebih berbaur pada sejarah islami dan tamadun-tamadun. Ini telah lama menjadi tabiat saya sejak di tingkatan 1 lagi sehingga hari ini.

Saya ada seorang junior yang saya sangat sayangi. Mujur, Allah tempatkannya sebilik dengan saya ketika saya tingkatan 5 dahulu. Pengetahuan adik saya seorang ini begitu mendalam dalam bidang sejarah. Sekarang, baru tingkatan tiga dikala orang lain baru bertatih-tatih membaca tentang sejarah nasional, dia sudah menghafal tarikh dan pandai menganalisa sejarah dunia dengan perspektif sendiri. Adik yang seorang ini begitu merendah diri. Saya sendiri berguru dengannya dan sering berbincang-bincang hal ini.

(Mohd Fitrie : http://anjakanparadigma.wordpress.com)

Tetapi bidang sejarah juga saya tidak dapat saya ambil. Hanya setakat menguasai kemahiran analisis daripada sifu kecil saya yang seorang itu dan berfikir kritis. Jika diizinkan, saya teringin nak ambil peringkat master bahagian ini kelak.

Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa saya tidak meneruskan bidang multimedia atau ICT. Maka secara mudah saya mengatakan, ia satu bidang yang saya cintai tetapi bukanlah signifikan dalam diri ini. Maka sebab itulah saya menubuhkan grup elit multimedia yang masih stand still di sekolah hingga hari ini. Merekalah penerus dan peneraju multimedia yang saya harap-harapkan.

Akhirnya seni bina menjadi pilihan dominan dan signifikan.

Saya teringat kata ustaz merangkap murabbi saya, biarkan pada orang yang betul-betul menguasai dan benar-benar mendalam dalam ilmu agama meneruskan bidangnya, terutamanya yang belajar di madrasah dan tahfiz. Sekarang sudah cukup ramai, maka kemahiran dalam bidang lain juga amat diperlukan di tengah-tengah umat ini ketika orang cina dan india memenuhinya.

Saya berkobar-kobar menyahut seruan fardu kifayah ini.

image028-copy

buku-buku saya kena hadam


Tatkala ramai ikhwah yang cerdik pandai mengisi ruang perubatan, kejuruteraan, syariah, sains dan teknologi, maka pilihan saya di bawah satu kerjaya yang melibatkan perancangan dan strategi yang berorientasikan seni. Ketika ramai ikhwah berjuang dengan kemahiran masing-masing, saya datang dari penjuru yang melibatkan seni kajian alam.

Kadang-kadang saya hilang motivasi tatkala ramai ikhwah yang berpemikiran, lari dari jurusan ini. Secara jujur, ramai yang keluar hilang signifikan mencari jurusan yang lain. Kurang kemahiran, tidak dapat urus masa, tekanan demi tekanan, itulah tembok utama kebanyakan pelajar seni bina.

Dari aspek ini, saya berkobar-kobar mendepani orang lain. Saya tidak sanggup orang cina terkedepan bahagian ini. Saya tidak selesa Eric Yong, pakar seni hias dalaman muncul di kaca mata televisyen meninggalkan umat Islam di belakang. Maka saya mewajibkan setiap hari selagi bernafas untuk menajamkan dan mengasah dalam-dalam pemikiran yang kreatif (creative thinking).

Ia agak jauh berbeza dengan pemikiran kritis (critical thinking)


Saya cuba menganaloginya dengan teori baru saya. Pemikiran kritis ibarat cahaya matahari yang melepasi satu kanta mata(fokus), boleh menyebabkan kertas terbakar. Maka, pemikiran kreatif ini adalah ibarat cahaya matahari yang lepas dari kaca prisma, menghasilkan 7 warna pelangi. Warna yang berbeza itu adalah perspektif dan pandangan-pandangan baru.

prisma

teori PRISMA (sedang dikaji)


Saya mengajak adik-adik yang mempunyai minat dengan seni reka cipta, seni lukis dan seni bina untuk meramaikan bidang ini.

“Apabila Allah memberikan kenikmatan kepada hambaNya maka Allah suka agar kenikmatanNya itu tampak pada diri (hamba) Nya” (Hadis Riwayat At-Thabrani)

Wallahu a’lam.

p/s : bagi sahabat-sahabat di luar sana, bantulah adik-adik yang sedang keliru memilih kerjaya

20 Responses to Episod 77 : Kenapa Arkitek Menjadi Pilihan

  1. nurazah fathirah berkata:

    alhamdulillah..
    bagus! sila terus pecut ke hadapan!
    bila dah sampai ke puncak, jangan lupa tujuan utama anda menguasai bidang..🙂
    tahniah kepada penulis dan ‘apprentice’nya..
    “sesiapa yang keluar dari rumahnya kerana hendak menuntut ilmu, maka ia berada pada jalan Allah sehingga ia kembali” (hadith 39 Riwayat al-Tirmidhi)
    salam

  2. thaaqhib berkata:

    says that he sokong what u’r doing~ teruskan fokus! semua benda akn tercapai kalau fokus

  3. Arifah berkata:

    ARCHITECTURE BEST!!!
    btol x akmal???

  4. abg grimis berkaca mata biru berkata:

    saya tertunggu tunggu akmal…nanti bantu sy design untuk sahabat2 doktor kita…mana lg nak cari model peralatan perubatan yg sesuai untuk prosedur perubatan sukar seperti norwood procedure klau bukan daripada designer yg memahami dan mampu mendalamai… mane tau., nanti akmal pun kene bljr anatomy semata mata untuk menstrukturkan device2 ni…sy menanti.. keep going..architech ygt berkaliber sgt2 kurang sekarang…along sy pun x sanggup terus jadi architech sbb takut hadapi cabaran ..sy harap akaml meneruskan legasi akmal ni…jgn putus asa… ok.. (sy pun suka melukis..baru2 ni sy berjaya lukis arnab salji tu..hu hu..)

  5. Akmal Hakim berkata:

    Terima kasih akhi Firdaus Othman a.k.a abg proaktif🙂

    Memang itulah sebolehnya saya ingin jadi. Bukan sekadar arkitek yang hanya tahu melukis bangunan dengan idea kompleks, tetapi lebih dari itu.

    Saya kadang-kadang tak tahu, apa yang perlu buat jadi arkitek ini pada ummah? Apa lukisan yang boleh bantu untuk generasi saya?

    Maka saya berazam menjadi lebih dari itu.

    Saya letakkan matlamat menjadi arkitek bangsa, planner, murabbi, proaktif dan sebagainya. Manusia juga bersifat seperti bangunan. Kalau tidak dilakar, tidak dibentuk, digambar, maka projek itu tergendala, atau tidak menjadi seperti yang diimpikan.

    Hehe. Maka jadilah satu lakaran ‘seni kehidupan’ sebagai satu projek jangka masa panjang.

    Em..

    Sekarang mengejar 360 darjah teknik dan cara-cara melukis dan mewarna. Dah muak dengan Adobe Photoshop sahaja. Sekarang alam realiti lah pulakan? hehe. Nanti ada masa, kita cuba lukis gambar lain pula ya??
    😉

  6. atiq berkata:

    salam.
    go 4 archi!! sy percy sbg seorg muslim, ur field akan sumbangkan sesuatu yg sgt berharga, yg angkat nama Islam 2 sendri dr cabang yg berbeza.
    wish i could proceed 2 archi but my fate d0esnt allow it.😉. pray dat u wud success! insya-ALLAH!

  7. fyda berkata:

    smoga Allah membantu menunjukkan jalan yang lurus dalam perjuangan anda..sy msih keliru dalam memilih kerjaya ms hdpan..

  8. hafy berkata:

    moga ramai yg akan menceburi bidang ini ….ameen

  9. aligaban berkata:

    salam..saya ali dari johor..saya dahulunya belajar di dalam bidang agama… saranan dari ayah saya yang berpikiran seperti saudara dia memberi cadangan kepada saya utk mendalami dalam bidang seni bina…saya berusaha dan mendapat temuduga di utm tetapi ditolak..atas dasar saya dari bidang agama…dikritik abes2an oleh pihak temuduga…mungkin ada sedikit sebanyak kesilapan sewaktu temuduga…tetapi disitu kita dapat lihat betapa tidak dibagi peluang terhadap org yang beraliran agama utk menceburi bidang yang laen…saya merasa agak terkilan dengan keadaan sedemikian..kita cuba utk mengeluarkan idea mungkin dari konsep yang berbeza..tetapi tidak dibagi peluang..saya akui tidak beberapa mahir dalam melukis..tetapi mengapa?..bagaimana kita hendak cuba membanu persepsi ini dimata sang penemuduga…tidak pandai melukis mungkin boleh dilatih…ilmu agama yang diperolehi oleh sang ditemuduga itu lebih bernilai atau ketidakmahirannya melukis itu yang dititik beratkan…apa pendapat saudara…

  10. Akmal Hakim berkata:

    salam, saya akan menjawab persoalan saudara pada post yang akan datang

  11. helmy berkata:

    bile nak dtg lg kt skullah

  12. muhammad iqbal berkata:

    salam,, saya sangat berminat dalam bidang architecture, tapi saya masih keliru ttg bidang ini, dan saya memerlukan seorang yg saya boleh tanya ttg bidang ini,, siapa yg sudi membantu saya email saya : iq_mib0791@yahoo.com
    terima kasih

  13. Radhie Zakaria berkata:

    Assalamualaikum saudara Akmal,

    Alhamdulillah saya terjumpa blog anda dlam tagline “aku seorang arkitek” kat google.. saya seangkatan dengan saudara..baru sempurna diploma seni bina di sebuah kolej.

    Meskipun habis dengan jayanya, sy kadang2 dilema dalam meneruskan profesion ini. tapi saya percaya setiap yang dilahirkan tu ada bersamanya tanggungjawab yang dah ditetapkan. Lepas baca entri saudara, sy sedikit tersenyum.. tahniah saudara.

    Sy sekarang dalam proses untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti bidang ini. insyaAllah…kita generasi pendukung Seni Bina mendatang. ape2pun, terima kasih ya.. =)

  14. Akmal Hakim berkata:

    Waalaikum salam radhie.

    Tahniah kerana berjaya menghabiskan pada peringkat diploma. Belajar ‘architecture’ ni memang perit sedikit awalnya. Tapi bila exploration of ideas dah ‘best’, insyaAllah ada giannya, bertambah-tambah lagi tu. Ada yang dah bekerja, rindu zaman belajar, sebabnya zaman belajarlah zaman yang kita boleh design macam macam, dan explore lebih besar (ikut konteks di Malaysia). Apa pun semoga berjaya!

  15. haidan zaini berkata:

    saya suka entry saudara, saya baru lepas menerima tawaran interview dalam sarjana muda senibina…
    saya cuba layari laman2 web agar boleh buka sikit mata, pemikiran, pandangan, realiti kehidupan tentang mengambil kursus senibina… memang mencabar, seperti saudara, especially tentang islam yang akan mundur jikalau ramai orng cina yang melangkah ke depan… entry saudara membuatkan saya lebih semangat tapi takut juga kalau tak dapat apa diingini… sejak kecil lagi saya menanam minat nak jadi seorang arkitek… moga allah permudahkan kerja2 saudara yang dipikul…

  16. haidan zaini berkata:

    terima kasih diucapkan…:D

  17. haidan zaini berkata:

    kepada aligaban…

    betul ke persepsi diorang tentang aliran agama?… sbb saya pun sememngnya dari aliran agama, tapi dalam kelas aliran agama, seni tak termasuk dalam pakejnya…jadi saya drop akaun, seni saya blaja sendiri dan akhirnya alhamdulillah, dengan bantuan beberapa guru seni saya, saya berjaya memperolehi yang terbaik… moga allah tolong hamba2nya…

  18. nuffa berkata:

    ironinya ramai graduate archi skang memilih bila nk wat keja..demanding..part 1 je tp xnk wat drafting….ye la org sijil n dip yg layak je kot..bdk2 skang ni xtau la..teknikal out.gradute U utk jd despatch (tukang pas info, kje psal archi xtau)

  19. adibah haifaa berkata:

    how if sy xde pngalaman dlm bidang lukisan..n mybe xbrape pndai pon nk lukis2 ni but im really interest in architecture course..in ur opinion sy ptut x ambil kos architecture??

  20. ahmad afiq berkata:

    nasihat sy….kalau nak ambil bidang architecture mesti kena ada minat yg mendalam dan jiwa mesti kental. itu pengalaman sy dalam bidang architecture tapi setakat diploma jer lah….semester 1 ada 20 orang satu studio…..last semenster tinggal 10 org jer. 10 org lagi give up tukar cos.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: