Episod 75 : Keputusan Itu Satu Ketentuan

“Ambillah kesempatan berdo’a ketika hati sedang lemah-lembut karena itu adalah rahmat” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

“Macam mana result?”, tanya saya dengan ekspresi inkuiri.

“5A1 4A2”, jawab seorang adik. Saya terkesima.

spm1

sekadar gambar hiasan

Subhanallah, tahun ini adik-adik di berjuang dengan pencapaian yang lebih baik. Saya teringat ketika saya melawat adik-adik ini ketika tingkatan 5 tahun lepas. Ramai yang berkerumun bertanyakan tentang universiti-universiti pilihan mereka. Saya doakan mereka berjaya.

Dalam hati ini saya menumpang kegembiraan ini.

Hari ini mengingatkan saya ketika saya mengambil keputusan tahun lepas. Saya mengada-ngada untuk menjadi orang yang paling pertama pegang keputusan SPM. Guru-guru semua stand by dengan senyum sinis menunggu bekas pelajar sekolah ini.

Semuanya satu noktah nostalgia.

Noktah ini adalah noktah yang perpisahan antara sahabat kenalan. Ada yang ke Jordan, ada yang ke Mesir, ada juga yang sedang mengambil A level sebagai persediaan ke luar negara. Masing-masing membuka haluan masing-masing dengan harapan baru untuk menggilap masa depan yang lebih cerah.

Mengingatkan saya adik-adik hari ini, sehelai kertas keputusan itulah hasil titik peluh mereka mengembara di hutan ilmu. Mereka yang ada determination dan preserverance dapatlah keputusan yang terbaik. Yang memilih untuk berehat-rehat menikmati ‘jiwa senior’ dapatlah berdasarkan apa yang mereka usahakan.

Hari ini mungkin ada yang gembira. Mungkin ada juga yang kecewa. Adakah paradigma ini mampu membuka hati ‘sang gembira’ dan ‘sang kecewa’ tentang ketentuan ilahi ini? Kembalilah pada ilahi, tanyakan diri, adakah kejayaan atau kegagalan ini menemukan siapa Yang Maha Penentu itu?

keputusan

“Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya” (Surah Al-Insyiqaq : 6)

Inilah signifikannya dalam berusaha.

One Response to Episod 75 : Keputusan Itu Satu Ketentuan

  1. aireensamirah berkata:

    salam..
    hehehe…
    aku pun jd org pertama amik result utk kelas aku..
    hhuhu..
    tak taw nak ckp ape bila dah dpt tu..
    cam tak percaya je tu result aku..
    huhu..
    em skrg aku dah start jd consultant utk adik2 yg nk apply overc..hehe..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: