Episod 74 : Teori Signifikan

“Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu)” (Surah Ali Imran : 104)

lensa

Ketika saya sedang berjalan-jalan di sekitar CFS, Ustaz Mohamed Fairooz Abdul Khir meminta saya membantunya mengangkat kitab-kitabnya. Sempat saya bertanya sesuatu sambil menghantar kitab-kitab ke biliknya. Kitab itu adalah syarah fiqh mazhab Syafie berjudul Muktamad fi Usul Al Fiqh, karangan Abu Al-Hasan Ibn Ali Ibn Al-Tayyib Al-Basri Al Mu’tazali.

“Ustaz, pernah tak ustaz nampak mana-mana buku kitab Tarikh At-Tabari versi bahasa Melayu?”, tanya saya tentang satu kitab agung sejarah yang dicatat oleh Imam At-Tabari yang saya cari sejak 2 tahun lepas.

Saya dah tanya ramai orang terutama sekali lepasan Mesir dan Jordan. Yang terbaru, dikemaskini masih berbahasa arab. Seorang sahabat saya katanya kitab tersebut ada dah diterjemah bahasa Melayu oleh ikhwah Malaysia di sana.

“Setakat ni, terjemahan bahasa Inggeris adalah. Bahasa Melayu ana tak pasti ada ke tak. Baca la bahasa Arab, belajar”, tambahnya.

“Saya memang nak baca dalam bahasa Arab, tapi tak dapat..”, balas saya tersengih.

Then, you have to master it. Nak pandai bahasa Arab mesti ada minat. Macam mana nak minat?” tanya beliau, berdiri di depan pintu biliknya.

Saya diam membisu menunggu jawapan.

“You must find the significance..”, terang Ustaz yang mengajar Islamic Revealed Knowledge itu.

Saya diam tersenyum.

MEMAHAMI SIGNIFIKAN

Satu ketika dahulu, Ali mempunyai satu kebun di satu kawasan berhampiran hutan. Dia banyak menanam pokok di tanahnya. Hasil daripada tanamannya itu, dia berniaga secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan keluarganya yang hanya ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Ketika Ali sudah lanjut umur dan kurang berdaya, Ali menyerahkan segala kebunnya untuk diuruskan oleh anaknya, Hassan. Oleh sebab anaknya yang ringan tulang, dia menguruskan kebun ayahnya seperti yang dimaksudkan. Satu hari, Hassan ternampak seekor anak lembu yang tempang memakan sejenis tumbuhan yang tak pernah diusahakan olehnya. Anak lembu itu pun dihalau kerana merosakkan tanaman ayahnya, tanpa belas kasihan membiarkan anak lembu itu lari terhoyong-hayang.

Sebulan berlalu.

Ali semakin kurang berdaya untuk berjalan. Segala-galanya kini bergantung pada perniagaan dan perusahaan anaknya Hassan meskipun tidak banyak. Tibalah satu hari, Hassan datang kembali ke kebun itu untuk mengambil hasil tanaman, dia terlihat anak lembu yang tempang hari itu berjalan seperti lembu biasa. Ada sesuatu yang menakjubkan, barangkali kerana tumbuhan yang dimakan sebelum ini. Akhirnya Hassan mencari tumbuhan yang dia terlihat hari itu.

Syukur, Hassan terjumpa. Selama Hassan mengusahakan kebun ayahnya, dia tidak pernah tahu tumbuhan itu rupa-rupanya memang unik.

Dia memberitahu ayahnya tentang kejadian yang menakjubkan itu. Dia cuba mengekstrak tumbuhan tersebut dengan pelbagai langkah untuk memastikan keberkesanan tumbuhan tersebut. Akhirnya dia mendapat idea untuk merebus tumbuhan itu dan air rebusan itu dicampurkan bersama kopi.

Hassan memberanikan diri untuk minum air kopi campuran itu. Kesannya amat memberangsangkan. Dia turut menyarankan ayahnya untuk minum air tersebut, walaupun hakikatnya air itu menjadikan kopi lebih pahit. Setelah sebulan berlalu, ayahnya boleh berjalan seperti biasa, tanpa memerlukan lagi tongkat!

Hassan menjadikan tumbuhan ini sebagai tujuan perniagaan dan hasilnya sangat menakjubkan hingga ramai yang datang membeli. Akhirnya dia menjadi usahawan yang terkenal kerana dia terjumpa rezeki yang tidak pernah lagi orang lain tahu Kerana saranan ayahnya Ali, signifikan dalam usahanya menjadi tidak sia-sia.

Oleh sebab itulah tumbuhan ini dinamakan tongkat Ali sempena nama ayahnya!

Walaupun ini satu cerita dongeng saya, gambaran dari perkataan signifikan ini sedikit sebanyak jelas maksudnya. Mungkin berhari-hari kita mengusahakan sesuatu, tetapi kita tidak jumpa apakah dalamnya satu rahsia yang tersimpan, sebab itulah kita boleh sambil lewa dan pasif.

TEORI BELAJAR – SIGNIFIKAN

Dalam episod 58 : Gambaran dan Imaginasi, saya ada menulis sebelum kita memasang usaha, lebih baik kita memasang gambaran kesan tindakan kita. Tetapi, bagaimana jika seorang itu meletakkan gambaran cita-cita pakar dalam sesuatu bidang, terpaksa belajar subjek-subjek yang tak kena?

Ketika sekolah menengah, saya mengambil subjek sebanyak 13 subjek. Saya memasang cita-cita untuk menjadi arkitek lantas, saya bertanya untuk apa saya belajar biologi? Untuk apa saya belajar kimia? Kenapa saya perlu skor subjek sejarah? Sedangkan apa yang paling perlu untuk saya skor adalah subjek fizik, matematik, seni, dan bahasa Inggeris.

Tapi semuanya TERJAWAB SENDIRI pada hari ini.

Ini bukanlah soal kita fokus pada subjek yang kita suka. Tetapi ini adalah soal matlamat saya yang satu, hasil daripada 13 peralatan untuk mencapainya. Maka, 13 subjek ini adalah signifikan untuk dapatkan keputusan yang terbaik pada matlamat itu. Nak atau tak nak, saya perlu lakukan apa sahaja untuk TERTARIK dengan semua subjek, supaya matlamat yang satu itu.

Itulah cara saya mencari signifikan.

Sama seperti kita makan nasi. Tak perlu kita nak soal, lauk ini tak sedap, sayur pahit, air masam dan sebagainya. Kerana matlamat untuk makan adalah KENYANG, walaupun kadang-kadang kurang puas.

TEORI KERJAYA – SIGNIFIKAN

Saya mempunyai seorang rakan yang belajar dalam jurusan medik di Mesir. Katanya, dia selalu mengimpikan bidang kejuruteraan, malangnya tawaran medik mendahului. Barangkali kerana ikut bersama-sama dengan sahabat yang lain, dia terpaksa merempuh bidang yang kurang diminatinya!

Signifikan itu menjawab.

Cuba bayangkan andai hari ini, anda seorang yang takut darah, tak berapa suka bersosial, tetapi anda dipilih menjadi doktor. Apa yang perlu anda buat? Patah balik, tukar kursus? Jangan jadi kanak-kanak.

Saya cipta satu TEORI DESIGN.

Ketika saya bekerja sementara di Syarikat Metro Enterprise, saya disuruh buat 3 design untuk setiap tugasan. Ini adalah untuk memudahkan bos saya memilih mana yang dia suka. Bagi saya, ia memang melecehkan. Nak tak nak, saya tukarkan MASALAH ini kepada PELUANG, jadikan design yang berbeza-beza mengikut kaca mata seni saya,kepelbagaian yang lain daripada lain.

Itu adalah cara saya design.

Akhirnya saya menjadi seronok malah, kemahiran saya bertambah-tambah. Idea design pula bertambah dan semakin ghairah untuk mencuba design baru.

Samalah seperti keadaan bakal doktor tadi. Mungkin pada pandangan dia bidang kedoktoran itu agak lari dari cita-cita asal. Tetapi, jika mengubah pandangan terma ‘doktor’ kepada ‘jurutera manusia’, tidak jauh beza dengan kejuruteraan yang diingininya.

Just design to love it!

Ia membawa saya kepada satu konklusi, tak semua perkara kita kena suka. Bersahabatlah dengan tekanan. Maka, kita ubahkannya menjadi suatu yang menarik pada jiwa, kerana ia bukan PILIHAN tetapi KETENTUAN. Wujudkan signifikan.

216

“..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Surah Al-Baqarah : 216)

5 Responses to Episod 74 : Teori Signifikan

  1. MarBu berkata:

    signifikan…hehe.. nabi saw ada bersabda, “mintalah fatwa hatimu (sehingga akhir hadis)…..”..

    kekadang kita menipu diri sendiri sewaktu memilih signifikan.. lalu kita mencari alasan, selepas itu kita membuat kesimpulan, inilah signifikan..

    nabi saw berpesan supaya meminta fatwa hati kerana hati kita tidak sesekali akan tenang jika membuat sesuatu yg brlawanan dgn kehendak ruh..

    “..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Surah Al-Baqarah : 216)

    ayat di atas cukup signifikan dlm menyokong sabda nabi saw di atas..

    manusia melakukan maksiat krana hipokrit dlm menilai signifikan…

    entah, ini hny pndangan saya…

  2. dealova berkata:

    ncik hakim
    ‘significan’ kite masih belum terlurai. ingt ya~

  3. arrazzi alhafiz berkata:

    Assalamualaikum wrt

    Akmal Hakim Abdul Khalik,

    Terima kasih. Satu perkongsian yang sangat menarik dalam bahasa yang cukup mudah dan bersahaja.

    Begitu juga dalam kita menggerak sebuah harakah, kadang-kadang terfikir juga kenapa susah-susah untuk orang lain sedangkan mereka di luar sana bersenang-senang dengan kehidupan mereka tanpa peduli soal ummah.

    Namun bila duduk bersendiri dan merenung kembali, signifikan itulah yang kita dambakan. Kita mahukan ummah ini ummah terhormat dan terbilang.

    Salam Ziarah dan Mahabbah,

    arrazzi alhafiz ibn jalaluddin
    Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
    Bandar Baru Bangi

  4. Akmal Hakim berkata:

    Mencari Signifikan.. Yes.. Bertukar mode sekarang =)

  5. aireensamirah berkata:

    salam..

    Kerana saranan ayahnya Ali, signifikan dalam usahanya menjadi tidak sia-sia

    em tak faham sikit..(maaf ye..sy ni mmg selalu tak faham)..em ape saranan Ali kepada Hassan berkaitan dgn tumbuhan@tongkat ali tu??
    harap dpt perjelaskan ye..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: