Episod 72 : Krisis Tekanan

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Surah Al-Insyirah :7-8)

tension

“Aku tak pasti la kim. Aku takut aku tak dapat commit”, kata seorang rakan.

Kadang-kadang saya termenung dan bertanya sendirian, kenapa kita hidup untuk sentiasa melihat tekanan? Masuk persatuan sana sini, dapat tugasan terus berfikir dua tiga kali. Dapat pegang amanah, entah mana dapat istilah ‘takziah’, terus takut. Takut, takut, takut menjadi isu.

Cara kita melihat MASALAH itulah masalahnya.

PANDANGAN SEORANG PEMANDU

Bayangkan, kita seorang pemandu. Analisa dan ops sikap kemalangan hari ini meningkat mendadak berbanding tahun lepas. Jika kita jenis yang tak peduli, itu lain cerita. Tetapi, bagi yang peduli, apa reaksi kita tentang keadaan ini?

Boleh jadi ada pemandu yang suka sekali menyalahkan orang lain kononnya tak cekap memandu, jalan licin, JKR cuai, tol mahal, minyak naik, pemimpin korupsi, polis tak berintegriti sebagai punca berlaku kemalangan. Semua kata-kata yang lepas di mulut menjadi satu kepuasan, kononnya kitalah maharaja di jalanraya yang pakar dan ‘maksum’ dari kesilapan.

Itulah yang ramai tak sedar!

Sebab kita memandu memandang depan, tengok tabiat pemandu lain. Walhal, kemalangan ni memang betul-betul dapat diatasi kalau memang rata-rata kita ada common sense, perhati dahulu tabiat kita memandu, keadaan kereta sendiri dan prihatin. Situasi ini berlaku kerana ramai memandu hanya MEMANDANG DEPAN bukan MENILAI DALAMAN. Lantas, sifirnya kita membuat hipotesis sendiri dengan apa yang kita pandang.

Sebab terlalu fikirkan faktor luar inilah ramai yang mengeluh untuk buat kerja ini, kerja itu. Katanya sibuk, tak dapat commit, tertekan dengan perkara lain dan sebagainya. Lupa bahawa kita ini memang dicipta untuk memikul beribu-ribu tanggungjawab dan amanah. Pengalaman untuk diri sendiri nak, tetapi diberi kerja sedikit cuba nak mengelak.

Kalau tanggungjawab nak mengeluh, usah sebut fasal nikah kahwin!


TERIMA SAHAJA TEKANAN!

Sejak episod 70 : Muslim Reaktif VS Muslim Proaktif, saya menulis ketika saya sedang dalam FINAL EXAM. Bohong jika saya sukakan tekanan. Namun, saya tidak lari dengan tekanan. Saya cuba bersahabat dan berlumba dengan tekanan. Akhirnya saya terasa menjadi SAYA.

Kerana mewujudkan tekanan inilah mencetus MULA sebelum kita MEMULAKAN sesuatu.

Polar bear dicipta bulu yang tebal sebagai penebat sejuk. Binatang herbivor mempunyai mata stereoskopik 360 darjah supaya dapat berjaga-jaga dari musuh karnivor. Dedaunan dicipta berskala mosaik untuk dapatkan pencahayaan matahari secara maksima.

Air untuk tanah, tanah untuk tumbuhan, tumbuhan untuk binatang, binatang untuk manusia. Kerana itulah seluruh alam mengakui kekhalifahan manusia.

Itulah namanya seni kehidupan!

Lantas, sebagai khalifah, kita mempunyai anugerah AKAL sebagai satu hadiah yang paling berharga. Kita mempunyai sistem psikologi, sistem berfikir. Kita diberi amanah untuk menjadi khalifah. Mentadbir, mengurus dan memperbaik.

Sebab itulah kita yang ADA OTAK ini, ditambah nilai dengan AKAL supaya dapat menebat dan tahan dari TEKANAN. TEKANAN tu hanyalah satu faktor luaran. Jadilah seperti ikan di laut, semasin mana pun laut, ikan tak jadi masin.

Berfikir sahaja tidak cukup. AKAL adalah upaya MENILAI, MEMAHAMI, dan paling penting MELAKSANA.

“..Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan” (Surah At-Talaq : 7)

“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian!”

Peringatan untuk diri ini sebelum orang lain.

11 Responses to Episod 72 : Krisis Tekanan

  1. perindusyahid berkata:

    salam juang..
    peringatan yang sgt bermakna utk ana..
    smg kita JGN lari dr tekanan tapi MENEMPUH tekanan dan menganggapnya sbg latihan dr Allah..
    kalaulah ini yang kita fikirkan ketika ber’program’ ari tu..=)

  2. MarBu berkata:

    agak2 bilakah kita boleh bersua?… ade byk perkara yg kita boleh bncang… ana cintakan pmbaharuan n revolusi… ana sentiasa berteoretikal demi memodifikasi satu praktikal yg sudah berusia.. syaratnya, akarnya mesti Islam..

    remaja Islam mesti bersedia utk menerima baton demi meneruskan satu pecutan…!!
    “jika kamu mahu melihat masa depan umat, maka lihatlah remaja pada zamanmu..”

  3. senikehidupan berkata:

    1. Alhamdulillah, memang betul, inilah yang perlu sentiasa kita buka minda, menyedari bahawa segala bentuk keadaan kita tafsirkan menjadi mesej, “ini satu tekanan”, kita menyahut untuk MENEMPUH.

    TETAPI

    Jangan salah faham keadaan ini berbeza dengan kita MEWUJUDKAN TEKANAN terhadap orang lain. Ia adalah ibarat meletakkan ikan Haruan ke dalam laut yang masin. Sedangkan ikan Haruan tinggalnya di dalam sungai.

    Maka, ia berubah menjadi sesuatu yang KURANG SELESA.

    Bukan tidak boleh Haruan itu berenang, atau tinggal di air laut, tetapi, tahap tekanan sungai itulah yang MAMPU untuk si Haruan tinggal. Jika tidak, barangkali Haruan itu MATI.

    Sama seperti mekanikal akal manusia. Kita di dunia ini terima sesuatu keadaan/kerumitan daripada Allah, adalah sebab akal kita sendiri mempunyai penawarnya. Dan, itulah KEMAMPUAN kita.

    Saya menamakan dengan mengadakan program, ia adalah ibarat PENJARA. Jika seorang banduan tinggal di dalam penjara, maka apa yang perlu dibuat adalah mengikut arahan pengawal penjara. Waktu makan, dia makan. Waktu keluar, dia keluar. Tidak boleh mengelak.

    Bukanlah saya maksudkan suatu yang negatif.

    Tetapi, berprogramlah satu keadaan pengurus dan jawatankuasa MENGAWAL suhu dan atmosfera. Kerana itu, pengurus dan jawatankuasa jugalah yang memberi IMPAK dan KESAN.

    Wallahu a’lam

  4. senikehidupan berkata:

    2. Terharu rasanya ada sahabat yang nak berjumpa. InsyaAllah, ada masa ke, datanglah ke UIA dengan As’ad🙂

    Tentang dunia remaja, siapa tak nafikan bahawa ‘kacamata’ baru semangat muda mudi adalah sentiasa inginkan pembaharuan, sentiasa. Saya ulang, SENTIASA.

    Hati-hati dengan semangat keMAHASISWAan.

    Saya sendiri sukakan revolusi. Tetapi pembaharuan itu bukanlah segala-galanya dalam keadaan hari ini.

    Saya memang sukakan analogi larian BATON MarBu. Memang, kita memegang matlamat di genggaman, sekarang, penentuannya kita akan berjaya DENGAN ADANYA kekuatan diri dan orang lain. Kerana, BATON itu akan kita hulurkan pada pemecut seterusnya.

    “One is too small to achieve greatness”

    Wallahu a’lam

  5. wardatul asrar berkata:

    “Dapat pegang amanah, entah mana dapat istilah ‘takziah’, terus takut”

    Istilah “takziah” (dr pemahaman ana) digunakn untuk mngingatkn pemimpin akn BERATnya tanggungjawab yg dipikul, bukan satu yg seronok2 atau suka2. Ia suatu yg akn dibawa ke negeri sana dan dipersoalkn di hari pembalasan. hatta baginda sendiri semasa ditaklifkn mnjadi rasul menggigil ketakutan. Imam al-Gazali mengingatkn muridnya akn perkara yg paling berat di muka bumi ini adalah AMANAH. semua ini bukanlah bertujuan untuk MENAKUTKN tapi lebih kepada memberi PERINGATAN. memegang amanah umpama meletakkan sebelah kaki ke neraka dan sebelah lagi ke syurga. andai amanah tak di jalankn sebaiknya, maka TAKZIAHlah untuk si pemegang amanah. semua ini terpulang kepada penerimaan individu untuk mnjadikn AMANAH itu sebagai PEMANGKIN atau menjadikan AMANAH itu sebagai PEMBANTUT.

    wallahualam..

  6. senikehidupan berkata:

    Setakat ni saya tak pernah lagi dengar orang ada cakap, AMANAH itu ringan. Kalau kita tak sebut amanah itu berat pun, ia berdiri dengan sendiri dengan BERATNYA itu. Tak perlu di konotasikan, levelnya.

    Sebab itu saya cakap, cara kita pandang MASALAH itulah masalahnya.

    Mungkin satu perkara biasa bagi kita memandang AMANAH itu berat, dan kita berUPAYA mengambilnya sebagai tanggungjawab. Tetapi, ramai lagi di luar sana yang masih takut memegang amanah, tapi kita bertambah BERATkannya dengan vokabulari yang memberikan gambaran berbeza.

    Sama seperti kita kata, “makan itu kenyang”, rasanya kalau kita cakap kepada beruk sekali pun, dia tak faham, dia akan tau kalau tak makan LAPAR.

    Fikirkannya.

    Kita tak mahu bebanan-bebanan itu dipandang takut orang lain. Bukan bermakna kita nak bebanan itu sebagai satu yang menyeronokkan, tetapi bebanan itu MENGAJAR dan MELATIH.

    Wallahu a’lam

  7. najibah berkata:

    ana kira anta di kelilingi oleh mereka2 yg sedia fakih dlm hal ini. anta tak pernah mengalaminya kerana mungkin mereka2 disekitar ruang lingkup akh sentiasa dimomokkn dgn beratnya amanah itu, dan tanpa perlu distresskn pun mereka faham akn tanggungjawab yg dipikul walau sekecil mana pun ia. tak keterlaluan andai ana katakn golongan itu golongan minoriti.

    keadaan kita berbeza, mereka2 di sekeliling ana berbeza. pasti salah satunya adalah faktor pentarbiyahan yg berbeza,kn? tak patut kta anggap semua mmpunyai tahap kefahaman yg sama. masih ramai lg di luar sana yg kurang faham atau tak faham langsung. terlalu ramai dan ya, ana sendiri mengalaminya. amanah dianggap sbg batu loncatan untuk mencari publisiti dan sebagainya. apakah mereka ini tak perlu didedahkn/diingatkn hakikat sebenar apa yg sedang mereka tanggungi? dilihat pada cara baginda menyampaikn dakwahnya, adakah baginda menceritakn yg indah2 belaka dan mengaburi hal2 yg pedih? sama rata kn supaya mereka yg faham turut termotivasi.

    resolusi itu bergantung pada kesesuaian keadaan. ana tak boleh katakn cara ana yg terbaik dan begitu juga anta. keadaan kita berbeza. untuk memangkin mereka yg sedia faham itu lebih mudah dari mengubati meraka yang tak faham langsung. fikirkan juga.

    wallahua’lam

  8. MarBu berkata:

    di samping ayat “la yukallifullahu nafsan illa wus’aha”… Allah taala juga mengulang2 ayat yg menerangkan bahawa amanah itu sebenarnya berat… cuba lihat ayat dlm surah al Ahzab (ttg tawaran amanah khalifh kpd bukit,gunung,langit bumi).. begitu juga dlm ayat2 yg len spt dlm surah al baqarah (peristiwa di akhirat brkenaan mereka yg tidak amanah dlm kepemimpinan, iz tabarra’alladzina….)

    cuba lihat kpd hadis nabi saw yg masyhur iaitu ketika baginda brsabda kpd Abu Dzar: innaka dhaiifun wa innaha amanatun wainnaha yaumal qiamati khizyun wanadamatun illa man ataaha bihaqqiha wa addalladzi fiiha…

    pringatan ini bukan hny teguran buat abu dzar, ttp buat sahabat2 bgnda yg len n juga buat kita umat akhir zaman…. nabi saw m’gambarkan satu persepsi yg menakutkan brkenaan amanah walhal beliau sendiri yg mahu membuat pelantikan jawatan… situasi ini lebih ‘syadid’ berbanding ucapan ‘tahniah n takziah’..

    adapun analogi kenyang setelah makan… kita dibenarkan m’gunakan akal tp brpada2lah m’buat analogi…fikir selumat-lumatnya trlebih dahulu dgn mnyandarkan kpd nas AQ n hadis… saya juga sukakan analogi tp sy membenci analogis yg membuta-tuli…

    berfikirlah dgn akal, berwazanlah dgn neraca wahyu…

    ~

  9. senikehidupan berkata:

    Terima kasih MarBu. Apa yang saya tulis ni pun bukannya betul semua pun. Haha. Ada betul, kita ambik sebagai pengajaran, silap, perbetulkan.

    Harap tak salah faham, saya bukan menafikan bahawa amanah itu tidak perlu memahami(FAHAM) beratnya. Cuma, dengan menambahkan ‘vokabulari'(ERTI), perspektif amanah itu menjadi agak berbeza.

    Mungkin saya terlepas pandang untuk mengadakan situasi.

    Seperti seorang yang dalam pelayaran (analogi lagi) kita katakan kepada mereka, “selamat berlayar”, tak perlu lagi memberitahu bagaimana keadaan laut itu. MELAINKAN, kita memang menasihati bagaimana KEADAAN laut itu memberi kesan pada pelayaran mereka.

    Ini adalah perbezaan MEMAHAMI dan MENGERTI.

    Secara mudah, ‘takziah’ lazimnya digunakan untuk ucapan bagi keluarga yang mengalami musibah kematian. Itu sahaja yang saya bincangkan..

    Tapi, perkara ni sangat kecil untuk kita persoalkan kan?

    Ah, satu lagi, analogi bukan mempermainkan akal. Tetapi analogi adalah perspektif yang membawa gambaran dan maksud. Saya tidak menggunakan akal secara melulu malah, sebelum saya memulakan penulisan, suka saya mencari sumber naqli sebagai peringatan..

    Syukran..

  10. iddbbi berkata:

    salam..

    TEKANAN itu UJIAN..
    TEKANAN itu juga NIKMAT..
    TEKANAN itu SUBJEKTIF..

    tiap sesuatu ada hikmahnya..

    selamat bercuti!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: