Episod 71 : Nostalgia Hitam Putih Bersama Multimedia

“Apabila Allah memberikan kenikmatan kepada hamba-Nya maka Allah suka agar kenikmatan-Nya itu tampak pada diri (hamba) Nya”. (Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

“Salam. Alhamdulillah. Dah dapat laptop baru”, bunyi sms daripada Azam Ahmed.

“Wah! Yeah~ ”, balas saya tumpang gembira.

Azam akhirnya mendapatkan ‘semangat’nya kembali setelah berminggu-minggu datang ke kedai komputer untuk menukar laptopnya yang rosak LCD, sedangkan dia baru sahaja beli ketika PC Fair. Ada kalanya kedai itu tutup, sering kali pemiliknya memberi alasan yang bermacam-macam. Mana taknya, punyalah susah nak dapatkan kewangan yang dikumpul dari Sawarak, beli laptop di semenanjung, rosak.

img

Berbeza pula dengan saya, setelah lebih setahun sejak 1hb Jan 08 laptop ini saya beli, akhirnya terkena juga jangkitan virus. Saya sebenarnya membuat backup sendiri, defense system supaya peratus untuk virus masuk ke entri sistem pemprosesan data kecil. Malangnya, virus kali ini agak licik, menyerang perisian utama antivirus saya dan menyerang hampir keseluruhan aplikasi.

Peperangan bermula sekali lagi!

SEJARAH MULTIMEDIAKU

Mak belikan kami komputer sejak tahun 1997, ketika saya darjah 1 sebagai strategi menerapkan kemahiran ini sejak kecil lagi. Ketika itu saya menggunakan Windows 95. Saya ingat ketika itu permainan video yang ada tak banyak. Kami diberi percuma game Pandemonium, permainan genre aksi yang sangat menyeronokkan. Saya juga mengalami pelbagai ragam komputer yang sering kali rosak. Ada kala hilang bunyi, ada kala hilang desktop, ada kala hilang Windows Explorer dan sebagainya.

Semuanya satu nostalgia.

Saya sering kali mengusik sana sini dalam komputer mencari-cari termasuklah perisian Microsoft Office hinggalah entri sistem. Maka dengan sebab inilah saya telah belajar pelbagai fungsi dalam komputer dengan sendiri. Daripada darjah 1 hingga darjah 5. Malah ketika saya darjah 3, saya sendiri pernah membuka desktop (orang biasa panggil CPU), untuk membetulkan pemacu keras CD Driver yang ketika itu tersangkut. Mujur, selepas itu, kembali pulih (selepas tu rosak balik).

Masuk darjah 6, saya berpindah ke Seremban. Waktu inilah kemuncak komputer saya rosak habis. Saya mengalami computer addiction. Saya begitu ghairah hingga hampir setiap hari ke Cyber Café main Counter Strike (ketika ini saya masih lagi belum menerima dunia tarbiyah). Namun, selama 6 tahun saya exposed dalam dunia komputer ini, boleh dikatakan setiap hari saya mesti belajar sesuatu daripada komputer.


Setelah masuk ke pentas “cemerlang di dunia sejahtera di akhirat”, SMKA Pedas, disinilah bermulanya pentas tarbiyah dalam diri. Ketika itu, saya duduk di asrama. Meskipun demikian, saya masih meneruskan pemahaman mendalam dalam dunia ICT ini. Saya melibatkan diri dengan menghasilkan montaj bersama senior dalam program-program formal sekolah menggunakan perisian flash dan SWiSHmax sehinggalah saya menamatkan legasi di sekolah.

Indahnya ketika ini, saya sering kali dipanggil guru-guru dalam pelbagai situasi. Selalunya komputer-komputer sekolah rosak sayalah yang dipanggil. Ada juga guru yang minta berganding bahu masuk pertandingan Power Point bersama-sama guru peringkat daerah, ada yang minta tolong buat blog dan sebagainya. Keadaan ini bermula sejak saya tingkatan 2 sehinggalah tingkatan 5. Mak abah ada suruh saya berhenti dari hal multimedia ini kerana mengganggu waktu belajar, saya menolak. Kerana bagi saya ada keberkatannya saya menjadi ‘guru kepada guru’, kerana itu saya percaya sebab itulah pelajaran saya tidak terjejas!

RESEARCH AND DEVELOPMENT

Sejak saya tingkatan 2, saya baru bermula exposed dengan perisian grafik ketika saya sertai ahli koperasi sekolah. Melalui komputer dalam koperasilah saya mencuba macam-macam. Ketika saya tingkatan 3, saya baru mengenali Adobé Photoshop. Saya belajar melalui internet, CD tutorial, buku-buku komputer dan sebagainya. Semakin lama, saya semakin bertambah skill dalam mengendalikan perisian-perisian multimedia.

Tambah lagi saya cuba menyelesaikan masalah-masalah komputer yang pelbagai menyebabkan saya banyak belajar sesuatu daripada pengalaman. Lebih menarik lagi, dalam setiap aktiviti, setiap program yang melibatkan multimedia, selalunya saya dipanggil untuk menyelesaikannya.

Pernah sekali kelab komputer sekolah mengadakan workshop membuat blog, malangnya pengajarnya tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Maka ketika itu tak memasal saya pula yang kena ajar. Syukur, program berjaya diselesaikan dengan jayanya.

Saya, akak dan abang seolah-olah bersaing antara satu sama lain dalam Adobé Photoshop. Kadang-kadang kami sentiasa berkongsi pendapat dan idea dalam design sesuatu. Abang selalunya cenderung dalam penyuntingan foto, saya lebih suka menerbit dan menghasilkan design.

Akhirnya, kerana ini saya pernah berpengalaman untuk bekerja di sebuah syarikat penerbitan, abang saya pula bekerja di sebuah syarikat penghasilan album!

Ketika bekerja di syarikat Metro Enterprise, banyak saya belajar terutamanya menghasilkan design yang memang gempak-gempak. Design saya yang selama ini melekat dalam format psd(format photoshop) akhirnya diterjemah menjadi banner, poster, fail, sijil yang kebanyakannya ditempah dari seluruh Negeri Sembilan. Satu yang saya tak lupakan di syarikat ini, sebelum saya berhenti, design yang terakhir saya adalah Kad Kahwin. Hehe.

TERTUBUHNYA ISLAH MULTIMEDIA GENERATION

Melalui usrah di sekolah dahulu, naqib saya menyedari kemahiran ini. Maka, naqib saya meminta saya sertai Badan Dakwah akhlak dan Rohani (BADAR) lujnah penerbitan. Sewaktu saya berada di tingkatan 4, saya dilantik menjadi BADAR lujnah penerbitan. Maka bermulalah islamisasi dan integrasi ilmu multimedia ini dalam selama apa yang saya hasilkan.

img5-copy

Selama hampir setahun proses pembaikan dalam lujnah ini, saya agak sedih kerana dilantik terus menjadi Setiausaha Agung BADAR. Senior atasan memberikan harapan untuk saya memegang majlis tertinggi dalam proses pembaikan dan menyerahkan tugas ketua lujnah penerbitan kepada seorang sahabat saya yang lain. Keadaan ini menyebabkan saya agak sedikit terganggu, bukan kerana takut amanah, tetapi saya perlu mengubah ke pelan B untuk usaha multimedia dan penerbitan.

Seperti biasa, kebiasaannya lujnah penerbitan menghasilkan risalah Jumaat dan edarkan dari kelas ke kelas. Jadi, jika saya bertugas dalam hal kesetiausahaan, tugas saya agak berbeza. Maka dari sini saya segera bertindak untuk memanggil aprentis-aprentis saya untuk memakai satu stand yang lebih kukuh dalam hal multimedia ini. Tambahan lagi saya kena bersedia untuk SPM pada tahun berikutnya


Maka tertubuhlah Islah Multimedia Generation yang terdiri daripada tingkatan 1 dan 2. Saya mengambil masa setahun penuh untuk mengajar. Untuk mempermudahkan urusan, saya bahagi kepada 2 grup iaitu grup montaj dan grup grafik. Dengan sedikit temu duga dan soal tanya, mereka berjaya dipilih meneruskan kerja-kerja membaik pulih komputer-komputer, membuat montaj, bantu BADAR penerbitan, dan sebagainya.

Saya bersyukur kerana saya berjaya meninggalkan legasi sebelum tamat persekolahan. Semoga ini menjadi amal jariah.

img1

IMG Team : Versi Muslimah

Hari ini, grup ini berjaya mendominasi hal-hal multimedia di sekolah. Lebih menarik lagi, makmal komputer juga dipegang oleh mereka. Pergerakan kami seolah-olah pergerakan grup elit yang bergerak untuk Islam berwasilahkan multimedia. Dari aspek ekonomi, kami pernah untung bersih RM300.00 ketika berniaga sewaktu hari kantin sekolah.

Saya benar-benar letakkan sepenuh pengharapan pada mereka untuk terus beriltizam.

SATU HARAPAN

Saya menulis entri ini khusus bagi mereka-mereka yang memang meminati lapangan multimedia ini. Jika memang betul minat, maka teruskanlah. Saya mungkin tidak dapat meneruskan lagi mengembangkan ilmu IT ini, melainkan melalui adik-adik saya. Saya pernah minta izin untuk berkerjaya dalam lapangan ini untuk menyahut seruan fardu kifayah ICT, tetapi mak abah tak izinkan.

actionscript

Saya menyahut cita-cita lama saya arkitektur sehingga saya berjaya ke PART III. Enhancement & development saya dalam ICT mungkin setakat ini.

Maka, saya kini merancang untuk adakan meluaskan coverage Islah Multimedia Generation ke peringkat yang lebih luas dengan menggabungkan seluruh tenaga gagasan ahli lujnah penerbitan badan dakwah seluruh Negeri Sembilan. Cuma sekarang ini saya masih kekurangan tenaga fasilitator untuk menjayakan misi workshop ini.

Jika stand ini berjaya dilaksanakan, nikmatilah penggabungan yang tidak pernah lagi wujud di serata Malaysia. Kita boleh buat majalah gabungan, aktiviti kebersamaan, laman web khusus dan sebagainya.

Saya menunggu fasilitator yang volunteer.

Saya keluar SMKA Pedas, adik saya pun masuk sekolah ni. Kata orang, “kalau abang dah celik komputer, adik mesti ikut abang”. Anwar, abang akim cabar, buat lebih dari apa yang abang akim buat🙂

For you as well my lil bro..

Wallahu a’lam

SAMBUNGAN CERITA VIRUS

“Virus Sality. Y”, nama virus kali ini.

Habis aplikasi yang saya install dimusnahkannya. Barangkali tersebar DARI atau KE pendrive-pendrive yang lain.

Kalau dahulu, saya pernah memusnahkan virus yang menyerang ekstensi execute(exe), task manager, Windows System, atau Registry komputer. Kini, virus baru menyerang aplikasi, merosakkan antivirus dan melambatkan processor.

Memang mencabar minda.

Lebih kurang 755 fail-fail termasuk aplikasi saya musnah.

Saya tidak pandai hacking atau membaca registry. Jadi, terpaksalah menggunakan alternatif lain.

virus

membuang virus sambil menulis entri ini


Tiba-tiba, antivirus saya kena serang lagi sekali. Ah, sudah! Saya menggunakan antivirus yang percuma, Avira Antivirus, walaupun saya tahu ia tidak seefektif Kaspersky. Fail-fail yang dikuarantin semua dalam antivirus ini, tetapi antivirus ini sudah ditukarfungsi.

Ganas betul virus kali ini. Ada mesej yang keluar,

<<<<Hey Lamer, say “bye-bye” to your data>>>>

“Cheh, takkan Melayu hilang di dunia!” cetus hati saya. Saya segera mengalih komputer ke Safe Mode.

“Ey pak cik, say “tata” to your virus!”, geram betul saya. Akhirnya musnah juga virus ‘masin’ ni.

Saya belajar sesuatu lagi hari ni.

8 Responses to Episod 71 : Nostalgia Hitam Putih Bersama Multimedia

  1. najibah berkata:

    salam..

    menarik kisah perang multimedia ni.. mmg sgt mresahkn jiwa raga bile virus melanda si jantung hati (lappy).. alhamdulillah, so far, lappy masih sihat walau hanya berbekalkn AVG antivirus.. x sempat nk menginstall yg lebih power.. harap mse cuti final nih, sempat laa melunaskn hak2 lappy untuk mndapat hak keselamatan sebaiknya..~

    p/s: bercadang tubuh islah multimedia junior @ sini?

  2. senikehidupan berkata:

    huhu tak.. We have G’rimis already..🙂

  3. iddbbi berkata:

    salam..

    MasyaAllah, hebat sungguh anta, kecik2 dh pndai..
    moga bersyukur dgn NIKMAT yg DiBeriKanNYA..
    GUNA UNTUK JALANNYA ye…………

    “Apabila kita dapat NIKMAT,
    kita tidak pernah tanya kepadaNYA KENAPA AKU?
    tetapi
    Apabila kita ditimpa MUSIBAH,
    kita selalu menyoalkan KENAPA AKU?”

    renung2kan dan selamat beramal……..

  4. Sara berkata:

    Salam..
    It will be great if IMG can develop throughout M’sia..I believe it will one day..just needing a little of patience..
    P/s: cute pic of IMG muslimah,dh tertubuh ke?;-)

  5. realitihidupku berkata:

    Islah Multimedia Generation…….

    Semoga berkekalan di bumi smkap…….

  6. kahfi8 berkata:

    assalaamu’alaikum.

    sejarah awal bergelumang dengan komputer, hampir sama, cuma ana bermula dari darjah 3.

    cuma tak pernah merosakkan komputer je la.

    dan kat sekolah, ana tak berpeluang mengekspresikan Islam dalam multimedia, sebaliknya bermula di matrikulasi sebab buat majalah kolej. (matriks ana 500 orang je)

    teruskan mengekspresi mengikut seni kehidupan anta..

  7. ikin berkata:

    salam

    hmm, pengalaman yg best.. ana skrg blajar jurusan multimedia plus pend islam…
    nak expossed lg dalam bidang multimedia, nampaknya ana dah jumpa mentor tuk bahagian ni.. harap pihak anta x keberatan…

  8. Akmal Hakim berkata:

    Ah, boleh saja!

    Ana memang menantikan siapa-siapa yang ada berkelulusan dalam bidang ni.

    Ni emel saya ex_oddinary@yahoo.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: