Episod 70 : Muslim Reaktif VS Muslim Proaktif

Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dalam segala kebaikan. Peliharalah apa-apa yang menguntungkan kamu dan mohonlah pertolongan Allah, dan jangan lemah semangat (patah hati). Jika ditimpa suatu musibah janganlah berkata, “Oh andaikata aku tadinya melakukan itu tentu berakibat begini dan begitu”, tetapi katakanlah, “Ini takdir Allah dan apa yang dikehendaki Allah pasti dikerjakan-Nya.” Ketahuilah, sesungguhnya ucapan: “andaikata” dan “jikalau” membuka peluang bagi (masuknya) karya (kerjaan) setan.” (Hadis Riwayat Muslim)

cup

Suatu ketika, sedang saya menyertai satu meeting untuk sesebuah program G’rimis, saya tertarik dengan seorang akhi, pelajar medik semester akhir di sini. Saya kagum, dalam keadaan yang sibuk untuk examination, masih boleh datang meeting, dalam masa yang sama mengulangkaji pelajaran.

Beliaulah Firdaus Othman.

Saya yang duduk di sebelahnya terkesima.

Revise study eh?”, tanya saya.

“Ah, ya. Nak hafal balik semua formula-formula ni”, balas Firdaus sambil menulis semua formula-formula pre-calculus terjemah bulat-bulat dari otak bagaikan buku teks.

“Subhanallah”, cetus hati saya.

Malah, bukan sekadar ini yang saya nampak. Ketika buka booth untuk G’rimis, sering kali saya nampak beliau tak lekang dengan buku-buku teks pelajaran untuk ulangkaji. Menariknya, cara dan idea belajar sangat berlainan. Jika subjek biologi, beliau mampu melukis dengan begitu baik menghafal anatomi-anatomi badan.

Saya suka mengambil masa dengannya berbincang suatu isu ke suatu isu, hinggalah bab pelajaran, walaupun dia mengambil kursus medik, saya seni bina. Bukan kerana minat bidang lain, tetapi minat tentang tabiat. Ini adalah tabiat proaktif!

Tetapi, tabiat ini jarang-jarang kita jumpa dalam komuniti kita.

ANTARA REAKTIF DAN PROAKTIF

Saya mengambil modul reaktif dan proaktif ini daripada 7 Habits of Highly Effective People. Stephen R. Covey membezakan antara orang yang membiasakan tabiat retrospektif (kesan pengaruh luar) dan introspektif (kesan pengaruh dalaman).

Rata-rata masyarakat hari ini selalu menyalahkan pengaruh luar sebagai faktor dan kesan perubahan. Saya namakan mereka sebagai ‘masyarakat litmus’.

litmus

Kertas litmus merah apabila dicelup ke larutan alkali, maka ia akan segera berubah warna menjadi biru. Kertas litmus biru sebaliknya apabila dicelup ke larutan asid. Ia hanya reaktif dalam keadaan tertentu. Maka, kertas-kertas litmus tadi tidak akan reaktif jika tiada faktor lain mengganggu. Samalah seperti sesetengah masyarakat, hanya reaktif dalam keadaan tertentu.

Tetapi ia berbeza dengan golongan proaktif.

Dalam hal tadi, Firdaus menggunakan masa yang kosong untuk mengisi dan menjana mindanya dengan apa yang difahami. Ketika jawatankuasa lain berusaha mempromosi aktiviti-aktiviti persatuan di booth, Firdaus pula menggunakan waktu ini sambil mempromosikan pelajaran ke dalam jiwanya.

Seperti mana yang Covey sebut dalam bukunya, “Reactive people are driven by feelings, by circumstances, by conditions, by their environment. Proactive people are driven by values” – Orang reaktif dikawal oleh perasaan, kedudukan, keadaan dan persekitaran. Orang yang proaktif dikawal oleh NILAI.

Maka secara ringkas, kita mudah melihat rata-rata orang suka fenomena comfort zone,sesuatu yang menyenangkan, menjadi tabiat dan tradisi. Tetapi, orang yang proaktif mengkaji dan menganalisa setiap tindakannya agar tidak rugi.

BURUNG DAN NABI IBRAHIM

Ketika Raja Namrud memerintahkan agar Nabi Ibrahim dibakar ke dalam api yang sangat marak dan besar, ada seekor burung yang bertindak ‘gila’ untuk selamatkan Nabi Ibrahim.

Burung tersebut tahu apa yang perlu buat lantas, dia mengambil air dengan paruhnya untuk disimbah ke dalam api yang mem’baham’ khalilullah itu.

“Apa kejadahnya kau buat ni, buang tebiat ke?”, kata burung-burung lain.

“Aku takut, kalau-kalau nanti Allah tanya, apa yang kau lakukan ketika Nabi Ibrahim di bakar, aku tidak punya jawapan”, balas burung proaktif tersebut.

Burung yang proaktif itu peduli apa burung lain yang tak lakukan apa-apa. Burung yang proaktif itu TAHU dan TIDAK MENYESAL dengan tindakannya! Itulah proaktif, ketika orang lain tidak sedar, kita sedar. Bahkan kita SERING sedar. Kerana proaktif adalah tabiat!

FALSAFAH BANGAU

Bangau oh bangau kenapa engkau KURUS?

Bagaimana aku tak kurus, ikan tak timbul-timbul

Ikan oh ikan kenapa kau tak mahu TIMBUL?

Bagaimana aku tak timbul, rumput tinggi sangat

Rumput oh rumput kenapa kau TINGGI SANGAT?

Bagaimana aku tak tinggi, lembu tak makan aku

Lembu oh lembu kenapa kau TAK MAKAN RUMPUT?

Bagaimana aku tak makan, perut aku sakit

Perut oh perut kenapa engkau SAKIT?

Bagaimana aku tak sakit, makan nasi basi

Nasi oh nasi kenapa engkau BASI?

Bagaimana aku tak basi, kayu api basah

Kayu oh kayu kenapa engkau BASAH?

Bagaimana aku tak basah hujan turun

Hujan oh hujan kenapa engkau TURUN?

Bagaimana aku tak turun, katak panggil aku

Katak oh katak kenapa kau panggil HUJAN

Bagaimana aku tak panggil, ular nak makan aku

Ular oh ular, kenapa kau nak makan KATAK

Bagaimana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU

Dalam 10 temu duga, hanya ULAR sahaja yang memberikan jawapan tepat. Tetapi, yang lain semua menyalahkan yang lain. Begitu juga seterusnya. ULAR begitu bertindak memecahkan tradisi daripada sering menyalahkan yang lain. Lantas, ULAR fokus pada dirinya, kerana katak memang makanan ‘AKU’.

‘AKU’isme bukanlah ego. ‘AKU’isme adalah pencetus dan permulaan setiap tindakan sebelum menuding jari.

TABIAT ‘MULAKAN DULU’

Daripada kecil hingga hari ini, saya sering mengamalkan sikap suka bertanya. Tabiat ini saya suka pupuk kerana seronok dengar mak menjawab soalan saya dengan falsafah-falsafah baru. Kadang-kadang lapangan yang tak ada kena mengena dengan mak pun mak jawab seolah-olah seorang yang pakar.

Ketika berlaku krisis ekonomi dunia, saya cuba menguji mak tentang hal ini, walaupun ketika itu saya masih tidak berapa faham. Menariknya, mak terangkan dari hal Lehman Brothers, sampailah masuk banking system, bail out. Saya memang sangat pelik, lantas saya bertanya,

“Peliklah, kenapa mak tau semua ni sedangkan mak bidang farmasi?”,

“Semua tu kena tau kim. Jangan kita tertinggal ke belakang”, jelas mak ringkas.

Maka sejak itulah saya mula sensitif membaca Dewan Ekonomi, The Edge, Personal Money, TIMES dan sebagainya untuk mengikut taktik mak, biar mudah pula saya menjawab untuk anak-anak saya akan datang.

Ia adalah strategi memupuk ‘super-abi, super-ummi’, ibu bapa proaktif.

Saya juga begitu kagum dengan seorang abang yang banyak mengajar saya tentang dunia ekonomi dan kepentingannya. Ingin saya khabarkan di sini, blog saya sering kali didatangi beliau dengan komen yang begitu menyentuh minda dalam masa yang sama ditulis dalam bahasa Inggeris ketika orang lain komen semudah “artikel yang menarik”. Beliaulah Hazwan Mohd Noor, seorang sarjana undang-undang dan sekarang, sedang menyelesaikan peringkat sarjana Business Law, sambil berbisnes.

Falsafahnya mudah, “memecahkan tembok stereotaip”, lantas lensa matanya sentiasa menginginkan sesuatu kelainan. Pada saya, orang-orang seperti ini nampak GAGAL itu PELUANG, sedangkan orang reaktif nampak GAGAL sebagai TEMBOK PENGHALANG.

Saya ulang sekali lagi, kerana ia menjadi satu tabiat.

MUSLIM REAKTIF VS MUSLIM PROAKTIF

“Orang Islam itu kuat apabila ditimpa tekanan”, kata seorang da’ie.

Maka dengan faktor itu, orang menjadikan tekanan itu sebagai satu modul untuk kekuatan. Jika ada isu, barulah bergerak. Jika tiada, kurang tindak balas.

Saya mengumpamakan keadaan ini seperti sebuah perlumbaan. Kereta yang pressure-oriented akan berlumba dengan sepenuhnya melebihi kemampuannya. Ini berlaku kerana ada pelumba lain yang mencabar kekuatannya. Maka dia akan berlumba dengan apa yang dia ada. Keputusannya boleh jadi ia menang, atau barangkali dia kalah, lebih teruk lagi mungkin sebab kemalangan.

skyline

Berbeza dengan pelumba yang proaktif, maka dia akan mempersiapkan kenderaannya agar menjadi lebih pantas, tayar drift, spoiler besar, enjin yang lengkap dengan intercooler, ekzos yang mempunyai NOS supaya ia dapat bergerak lebih laju. Malah satu yang paling penting daripada semua, pelumba mestilah banyak berlatih dan ada skill, barulah boleh mampu bersaing dengan begitu hebat.

Itulah yang sepatutnya.

Baru-baru ini saya membaca satu e-mel satu kajian terhadap tabiat orang Yahudi. Orang-orang Yahudi sejak sebelum anaknya lahir, ibu bapa telah mula berlatih dengan ilmu-ilmu nilai tambah supaya mendapatkan anak-anak yang genius. Saya bukan menyeru untuk mencontohi Yahudi, tetapi saya sengaja fokuskan tabiat ini sebagai satu tabiat proaktif yang ada pada mereka. Tabiat ini meramaikan lagi orang-orang sebegini.

Kenapa tidak kita pun mentabiatkan proaktif pada diri menguasai psikologi kanak-kanak dengan harapan mereka tidak menjadi lemah berbanding Yahudi?

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka..” (Surah An-Nisa’ : 9)

Jadilah ‘bapa faqih, anak fasih’!

Berbalik pada subtopik ini, kita dapat kesan bahawa sebenarnya masyarakat Islam hari ini kebanyakannya dari jenis reaktif. Sedikit sekali antara umat Islam hari ini yang mengeluarkan taring untuk menjadi proaktif. Kita masih kurang lagi orang-orang seperti Mokhtar Bukhari yang memperjuangkan ekonomi, Adnan Oktar(Harun Yahya) yang menjatuhkan ‘falsampah-falsampah’ Yahudi, Syeikh Yassin yang mempengaruhi intifadah Islam begitu juga sebahagian mujaddid Islam yang lain.

Sampailah masanya kita tidak BERGANTUNG pada isu, tetapi kita yang KELUARKAN isu, bukan isu demonstrasi, bukan isu politik, bukan isu dunia, tetapi pascamodenisme islam dengan kekuatan 360 darjah!

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).”

SATU KONKLUSI

Maka dengan itu, hari ini kita tidak boleh lagi terlambat, kerana lambat itu adalah satu kecuaian, satu kerugian. Sedangkan musuh-musuh hari ini meramaikan ‘produk’ yang proaktif.

Secara ringkas,

Usahawan yang proaktif membaca buku-buku strategi bisnes berdozen-dozen.

Ibu bapa yang proaktif, menguasai ilmu-ilmu psikologi kanak-kanak dan bijak berinteraksi dengan hikmah.

Pelajar yang proaktif bijak menjadikan mengeksperimenkan gaya belajar supaya setiap detik masa yang dipelajari tidak menjadi sia-sia.

Umat Islam yang proaktif menyediakan persediaan dalaman yang kuat untuk mencapai kejayaan utama. Jika mereka tidak berjaya, generasi mereka pula yang akan meneruskan cita-cita ini.

Kerana tabiat proaktif ini bermula dengan diri, mereka percaya bahawa dengan bersegera melakukan kebaikanlah mereka akan mencapainya.

“mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya” (Surah Al-Mu’minun : 61)

Saya mentabiatkan pada diri ini sebelum menyeru pada orang lain.

p/s : Menulis untuk menjadi proaktif daripada sekadar membaca untuk reaktif (gurauan)

Akmal Hakim bin Abdul Khalik

https://senikehidupan.wordpress.com

Petaling Jaya.

7 Responses to Episod 70 : Muslim Reaktif VS Muslim Proaktif

  1. iddbbi berkata:

    salam..

    post yg bagus..

    teruskan usaha anta……….

  2. aireensamirah berkata:

    “menulis semua formula-formula pre-calculus terjemah bulat-bulat dari otak bagaikan buku teks.”

    saya kagum dengannya!

    “Jika subjek biologi, beliau mampu melukis dengan begitu baik menghafal anatomi-anatomi badan.”

    saya bertambah-tambah kagum!🙂

  3. senikehidupan berkata:

    Bukan setakat tu je amie.. Seperti mana yang dikatakan, proaktif ni satu tabiat, Firdaus pernah cerita, “setiap apa yang saya buat mesti ada back-up”

    Ertinya, dah sediakan payung awal-awal..

    Seronok kaji tabiat orang ni.. Terutamanya beza tabiat orang BIASA dengan orang LUAR BIASA..

  4. aireensamirah berkata:

    salam..
    back up?? contohnye?? x berapa jelas la maksudnye..

    so now i wondering..did i proactive??
    hem…😉

  5. saing die berkata:

    emm.. sy kenal budak tu.. die agak pelik..memang bk bnde dia buat susah kita nak agak sebab ape. nampak mcm tak logik tapi rupe2nye dia tgh buat back up plan jangka pendek dia.. satu tabiat yg bagus,,

  6. Qurratul 'Ain berkata:

    reaktif vs proaktif..

    “memetik buah minda” tentangnya saja menuntut daya fikir yang proaktif dan kritis, menilai dari plbagai sudut, menyelam ke dasar bukan sekadar merenung dasarnya dari tebing.

    mengakarkan tabiat yang proaktif menuntut perubahan pada minda, corak berfikir.. bukan sesuatu yang mudah tapi kesukaran mbuat perubahan itu tidaklah layak untuk dijadikan alasan untuk terus myuburkan tabiatkan reaktif dalam diri.

  7. nurazah fathirah berkata:

    Ya Allah.. Macam manalah azah boleh terlepas baca episod ini? Sungguh kreatif analoginya! Kalaulah terbaca sebelum SPM……🙂

    Apapun, syukran untuk ketiga-ketiga episod. Lengkap satu buku panduan untuk pelajar lepasan SPM yang sedang bercuti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: