Episod 69 : Luahan Buat G’rimis

“Jangan mengagumi amal perbuatan sampai ia menyelesaikan yang terakhir” (Hadis Riwayat Ath-Thabrani dan Al Bazzar)

Dalam keadaan mempersiapkan psikologi menghadap peperiksaan final untuk semester ini, hati berada gundah dan serba salah untuk memegang satu jawatan yang penting.

grimis

Penyerahan amanat oleh bekas presiden

Baru saya sedar, kredibiliti dan kepimpinan tidaklah sepenting pengalaman dan pengetahuan sejarah dalam sesebuah organisasi. Pada asalnya, saya ini tidaklah mana pun dalam organisasi ini, malah bagi saya orang lain lebih jauh memberikan komitmen dan berperanan besar pada grup ini, Grup Impresi Seni(G’rimis).

Secara jujur, sejak saya melangkahkan kaki ke CFS ini, saya tidak terlintas pun untuk memegang apa-apa jawatan. Saya tidak bermaksud untuk melarikan diri dari kesibukan malah saya sendiri ‘jatuh hati’ pada kesibukan. Kesibukan itulah yang mengajar kita erti masa, erti pengorbanan. Tetapi, ini mungkin ‘bahasa’ yang Allah ta’ala ingin bukakan mata saya.

Pemilihan ini sangat asing.

Serba salah saya melihat satu demi satu ahli G’rimis terutamanya yang telah lama menyumbangkan keringat untuk kekuatan G’rimis ini. Siapalah saya sehingga memegang jawatan tertinggi, presiden G’rimis sedangkan sumbangan saya tidaklah banyak mana. Jelas sangat saya hanya aktif ketika Islamic Arts Culture Carnival kerana pelawaan daripada sahabat saya, Hanif.

Memegang jawatan yang tinggi sekalimanapun saya bukanlah mempersoalkan berat mana tanggungjawab itu. Tapi, hal ini berkaitrapat dengan situasi psikologi diri dan rakan-rakan. Bagaimana saya perlu bersemuka dalam keadaan rakan-rakan yang menerima kenyataan, ‘orang yang tidak berpengalaman’ diangkat, sedangkan orang yang berperanan besar hanya memegang exco.

Ia memang melemahkan semangat.

Saya turut berasa serba salah untuk bersemuka umum dengan sahabat-sahabat lain untuk memberikan ucapan untuk esok, Annual Grand Dinner G’rimis di Rumpun Selera, Selayang. Insya-Allah, saya akan sampaikan setakat mana yang saya mampu.

Andai blog ini satu wadah untuk meluahkan segala-galanya, ingin saya khabarkan sahabat-sahabat saya yang sangat menakjubkan di G’rimis ini. Saya belum pernah terjumpa seorang yang sangat berkaliber seperti Uzair. Saya belum pernah lagi nampak seorang yang semesra Ku Atif. Saya sangat kagum dengan kerajinan dan serius yang ada pada Saeqal. Majdi, sungguhpun memegang jawatan yang banyak di CFS ini, masih mampu memberikan komitmen yang begitu menakjubkan hingga meniupkan semangat saya untuk meneruskan usaha di G’rimis ini. Abu Nazeem, walaupun agak malu-malu, saya sangat gembira berada bersama dengannya dan gembira bekerjasama.

Pada saya mereka lebih layak memegang jawatan ini.

Begitu juga saya ucapkan seinfiniti terima kasih kepada semua sahabat yang lain, ada yang masih saya tidak kenal sepenuhnya. Saya mohon maaf. Saya masih baru di G’rimis ini. Pada sisters, andalah tulang belakang yang menggerakkan G’rimis ini.

Tidak lupa juga pada semua sahabat-sahabiah second year CFS yang telah mengakhiri legasi mereka di G’rimis ini. Khusus buat Amirul dan Firdaus, terima kasih banyak-banyak kerana memberikan inspirasi kepada saya.

Inilah dia keluarga Grup Impresi Seni, pasukan seni yang memperjuangkan Islam.

Jika diberi keizinan untuk mempertimbangkan jawatan saya ini. Saya tidak meminta untuk letak jawatan tapi cukuplah jika saya diturunkan jawatan daripada menjadi ‘kepala’ G’rimis ini. Terus terang saya tidak kecil hati. Insya-Allah sahabat-sahabat, kita akan adakan pertemuan untuk membincangkan hal ini bersama.

Jika G’rimis ini ibarat ‘Toys Story’, mana mungkin ‘Buzz Lightyear’ yang baru masuk tiba-tiba mengepalai cerita ini. Barangkali laungan ‘to infinity and beyond’ itulah yang menjadi kelemahan..

Saya minta maaf atas kelemahan ini.

7 Responses to Episod 69 : Luahan Buat G’rimis

  1. najibah berkata:

    salam alaik.

    sila rujuk entri balas.

    wassalam.

  2. kawan berkata:

    Rileks la mal.. tokoh kebangsaan takkan nk lari kot..

  3. iddbbi berkata:

    salam’alaik..

    insyaAllah anta bleh buat yg terbaik..

    apa2 contact kami secondyear ye..

  4. saya yg awak kenal berkata:

    kemahiran…
    kesabaran…
    keutuhan….
    keampuhan..senjata kata2…
    senjata…. minda…rencana..agenda….
    anda mampu mengubahnya…. saya yakin dgn kemampuan
    anda…..lihat di hadapan anda..semua mereka membuka telapak tangan mereka…selamat datang ke medan seni…sulaman harmoni islamisasi.. di mana kah. alat2nya..method2 nya…tuntas terlihat pada sang ketua… seribu satu harapan bermakna…

    “seni kehidupan….”
    “seni islam……..”
    grup impresi seni>>>>

  5. arifah berkata:

    Akmal…
    anggaplah ini sebagai satu amanah oleh Allah…
    mungkin akmal bakal membuat satu perubahan t’hdap kelab g’rimis…
    sy yakin akmal boleh mengemudi kelab ini dengan acuan akmal sendiri…
    kami (1st year) xde sikit pon kecik ati ke, ape ke….
    pilihan senior2 sebenarnye xsilap…
    chaiyok…

  6. nurazah fathirah berkata:

    alhamdulillah…. tahniah2~

  7. nurazah fathirah berkata:

    p/s : Literally, “seinfiniti” tak valid. You just put a limit for the unlimited value of term “infinity”. Hm… Never mind. Suka hatilah kan… Seni~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: