Episod 68 : Pesanan Buat Grupku, As Sof

(Ditulis 4 bulan yang lalu)

“Janganlah kamu menjadi orang yang “ikut-ikutan” dengan mengatakan “Kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik dan kalau mereka berbuat zalim kami pun akan berbuat zalim”. Tetapi teguhkanlah dirimu dengan berprinsip, “Kalau orang lain berbuat kebaikan kami berbuat kebaikan pula dan kalau orang lain berbuat kejahatan kami tidak akan melakukannya”. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Sumber-1100 Hadith Terpilih, Dr. Muhammad Faiz Almath

DUNIA UNIVERSITI

Dunia universiti, inilah alam kita sekarang ini. Dunia yang membuka minda kita melebihi horizon line yang kita hadapi berbanding alam sebelum ini. Mungkin sebelum ini kita sentiasa membebel hidup di alam persekolahan merupakan satu daerah yang penuh dengan mehnahnya. Tapi, apabila kita sudah menjejakkan diri ke alam varsiti, barulah kita sedar, kita tak kemana.


Sebut sahaja tentang mahasiswa, jauh terpapar di skrin projektor minda tentang sekumpulan manusia yang telah sampai kognitif mindanya kepada satu tahap iaitu pemikiran kritis dan agen kreatif yang bakal mengubah dunia. Mahasiswalah agen perubahan masa depan, kita lihat dan dengar dunia hari ini, dan kita melangkah untuk duduk di tempat itu.

a-vision-of-as-sof

Ini bukanlah soal memegang politik, kerana tanggungjawab besar kita di Malaysia bergantung kepada kerjasama antara rakyat dan pemimpin. Sebagai pelajar tak kira jurusan apa sekalipun, kita berhadapan dengan struktur masyarakat dan fenomena sekeliling yang mempengaruhi kita daripada berfikir luas dan kehadapan.

Ramai yang memberi alasan tak membaca kerana sibuk, terutamanya sibuk nak belajar. Tak dinafikan, hidup sebagai pelajar tidak lari dari landasan pembelajaran, tetapi menafikan kepentingan membaca selain dari subjek dan kursus sangat tidak relevan. Begitu juga kita lari dari aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan lagi skill dan motivasi diri.

Bagi saya, keberadaan di universiti inilah mulanya langkah kita untuk explore apa yang belum kita explore lagi. Inilah masanya untuk kita kenali diri kita bahagian mana yang kita betul-betul mahir. Inilah waktunya juga kita memulakan pengembaraan kita tentang ekonomi dunia, geografi, sosiologi, bisnes semasa dan sebagainya.

Seorang abang pernah beritahu saya, kita dan orang-orang lain ibarat pemandu di lebuhraya. Ada waktu kita lihat pemandu lain begitu laju, ada waktu kita lihat pemandu lain begitu perlahan. Sebenarnya tak perlu kita ikut laju orang lain kerana matlamat kita berbeza meskipun satu landasan. Kita mungkin berasa inferior melihat orang lain lebih laju dan bijak dari kita selangkah. Pendirian yang ada pada diri masing-masinglah penentu arah tuju kita. “WE DO WHAT WE DESIRE”

Ikhwah,

Sekarang kita kena lihat situasi globalisasi yang menjana kuasa bumi ini terus bertahan. Dunia sekarang tidak akan henti-henti untuk berubah menjadi suatu yang baru. Kita bukan di alam lama lagi, view yang limited dan terbantut. Kita bukan lagi berada di zaman ‘Power Rangers Mighty Morphin’ tetapi kita di zaman ‘Power Ranger Super Legends’ dah. Ultraman bukanlah satu seperti mana yang kita lihat ketika masih kecil, malah berbagai-bagai jenis sudah keluar, dengan Dyna, Cosmos, Tiga dan sebagainya dengan corak badan yang semakin caca merba. Inilah sebabnya kita kena ubah pola pemikiran kita, kitalah neomuslim atau futuwwah teknokrat yang sebenar, berjuang demi agama walaupun anda berminda sofistikated.

Dunia Islam yang kita lihat hari ini semakin berkembang rentetan daripada usaha para ulama’ dan umara’ terdahulu yang datang membawa wasilah untuk kita menjadi generasi harapan. Kita bersyukur kerana Allah menempatkan kita di negara Islam yang sedang membangun. Oleh sebab itu, kita seharusnya mengejar firagh yang yang kita kecapi hari ini.

Ikhwah,

Mungkin ada yang kata, tak ada beza sahabat-sahabat kita yang pergi ke luar negara baru-baru ini untuk jurusan medik dan agama berbanding dengan belajar dalam negara. Tetapi sahabat-sahabat, untuk kita lahirkan minda kelas pertama, bukanlah senang untuk kita bentuk dalam waktu kita berada dalam comfort zone. Kawan-kawan kita yang sedang berdepan dengan fenomena sosiologi baru di negara-negara luar itu secara pastinya mempunyai corak pemikiran yang berbeza berbanding kita.

Tambahan lagi, situasi berada berjauhan dengan keluargalah sebenarnya kita menggerakkan minda separa sedar untuk mewarnakan variasi personaliti diri sendiri terutamanya di negara luar. Imam Al-Ghazali sendiri telah disuruh oleh ibunya untuk menuntut ilmu di perantauan, tak balik-balik sehinggapun berita kematian ibunya hanya mampu diterima sebagai suratan takdir yang menghibakan buat dirinya. Meskipun demikian, perjalanan hidupnya inilah akhirnya menjadikan beliau sebagai hujjatul islam.

Tentunya sahabat-sahabat masih ingat era Umayyah, Hajjaj menghantar tentera Islam yang dipimpin oleh Musa bin Nusair ke Sepanyol untuk membantu raja Roderick yang meminta pertolongan dari tentera Islam untuk menyelesaikan konflik dengan Raja Visigoth dalam negara berikut. Kesudahannya, rakyat nonmuslim sendiri meminta orang Islam untuk memerintah Negara tersebut. Sekiranya anda merujuk ensiklopedia, Iberia di Sepanyol merupakan satu jajahan takluk Islam yang pertama di Eropah diikuti dengan Andalusia. Umat Islam mula berkembang subur di sana dengan melahirkan ramai ilmuwan yang hebat-hebat sehingga menjadikan mereka rujukan dunia dari aspek sains dan teknologi.

Islam merupakan agama yang paling berkembang dan hebat dari seluruh aspek. Kalau kita lihat dari aspek penyelidikan, umat Islam sendiri telah ramai mengeluarkan produk-produk yang komprehensif. Ilmu-ilmu lain telah banyak bercabang-cabang sehinggakan Baitul Hikmah, perpustakaan terbesar dunia di Baghdad telah mengumpulkan 60,000 bahan ilmiah hasil daripada kajian orang Islam sendiri. Somehow you are very fortunate living outside the box!

Inilah sebabnya kenapa kami amat memerlukan anda semua walaupun masih berada di luar negara untuk bersikap altruistik atau suka menolong dalam meneruskan kerja-kerja dakwah kami di sini, walaupun waqi’ yang berlainan. Rasanya tidak menjadi masalah kalau ada idea untuk kita bantu. Kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Hari ini, negara-negara yang terkedepan bukan kita lagi, negara Islam.Kita hanya ibarat orang yang meneropong jauh, tetapi tidak bergerak ke mana yang kita teropongi. Bukanlah di sini saya ingin mengutarakan betapa perlunya orang Islam berada di mata dunia namun, usaha yang kita tunjukkan hari ini tak berubah-ubah seperti air yang bertakung di dalam baldi. Kita telah diperjudikan oleh orang-orang yang menguasai dunia kononnya kita ini berpemikiran kolot. Islam dipandang hina dan kejam gara-gara sentimen islamofobia yang diutarakan media-media yang palsu. Kita tak ubah seperti buah-buah catur putih yang sedikit demi sedikit dimakan catur hitam. Kita hampir kalah dalam pasca perang dingin yang dikontrol oleh Kristian dan Yahudi.

KITA BELUM CHECKMATE, BALAS BALIK!

Hari ini, islam mula menyubur di jiwa-jiwa pemuda, begitu juga para professionalisme. Hal ini membuktikan bahawa benih-benih kemenangan telah mula menampakkan kesan positif dalam dunia Islam. Di imaginasi dunia, Islam kini seolah-olah merupakan agama yang sedikit demi sedikit dunia secara perlahan-lahan. Catur yang digerakkan oleh kita mula menunjukkan taktik hebat di mata dunia dengan izin Allah.

Walaupun dari sudut ekonomi Yahudi menguasai kekayaan di dunia tetapi pada hakikatnya ekonomi boleh didominasi oleh orang Islam sendiri. Sebagai contoh, saya merujuk kepada Dewan Ekonomi bulan April lepas, ketika berlakunya krisis kejatuhan nilai hartanah (krisis subprima), firma perbankan di seluruh dunia menghadapi kerugian yang mencecah berbillion-billion ringgit kerana pelaburan ini. Ketika ini, firma perbankan Islam yang bertaraf global tidak terkesan sedikit pun kerugian rentetan daripada taufan ekonomi yang melanda dunia, malah ketika itu mereka ghairah melancarkan produk kewangan Islam.

Bon Islam yang dilaksanakan berbeza dengan bon konvensional kerana sistem muamalat Islam bebas dari segala pelaburan risiko yang meragukan. Due to the fact, most of the banking world are going to synchronize their system as what as Islamic system did! Hal ini tidak hairanlah mengapa dunia perbankan hari ini berlumba-lumba untuk mewujudkan Islamic Banking. Lihat sahaja di Malaysia, bank-bank seperti CIMB, Maybank, RHB mahupun Hong Leong Bank sudah mula mewujudkan sistem ini.

Begitu juga pub halal yang begitu meluas di lancarkan di seluruh dunia. Dunia seolah-olah menghidangkan santapan yang global dan menjadikan makanan yang disediakan betul-betul halal di sisi Islam, terutamanya pengeksport makanan ke negara-negara Islam. Kualiti taraf halal seperti dunia sedia maklum bukan sekadar daging halal, malah dari aspek bersih, kewangan, pengeluar dan sebagainya. Hal ini menjadikan label halal sebagai label antarabangsa. Tetapi malang sekali, mengapa di negara kita sendiri umat islam terutamanya orang Melayu tidak mengendahkan label halal? Fakta yang direkodkan oleh pihak bertanggungjawab menerusi Majalah Al-Islam Mac lepas, tak sampai 10% daripada keseluruhan syarikat Melayu yang mendapat kelulusan Halal JAKIM dalam industri pemakanan. Masalah kelalaian dan tak mengambil endah inilah punca utama mengapa umat Islam kalah di mata orientalis.

CABARAN CATUR TANPA PERMAISURI

Masalah Palestin yang dijajah hari ini adalah satu kerugian besar bagi harta Islam hari ini. Palestin adalah ibarat kunci utama kemenangan kita untuk kita merealisasikan impian sejagat umat islam, umpama ‘permaisuri’ di permainan catur. Kehilangannya boleh mengakibatkan ‘raja’ iaitu Mekah dalam bahaya. Keberadaan permaisuri ini pastinya membolehkan pemain mengawal keseluruhan permainan. Seperti kata-kata Salahuddin Al-Ayubi, “Barangsiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia”.

Lihatlah senario hari ini, kemenangan Yahudi menerusi perancangan mereka pada tahun 1948 telah menyebabkan umat Islam semakin ditindas. Kita jatuh dipijak, berdiri ditendang tanpa sokongan. Hari ini masih ramai lagi yang tidak tahu dan tidak sedar tentang keadaan yang berlaku di sana, apatah lagi mengacukan senjata mukmin, doa. Penangan yang dilontarkan oleh Moche Dayan, pendeta Yahudi terhadap Islam; “Kelemahan umat Islam hari ini ada tiga, malas, tidak bijak berperancangan dan tidak tahu sejarah mereka, ” seolah-olah tidak diambil iktibar sedikitpun.

Apa-apa yang saya maksudkan di sini, tak kira di mana sekalipun kita berada, profesion kita, status kita dan sebagainya, seluruh darah yang mengalir dalam tubuh-tubuh mukmin begitu penting untuk menyumbang dan menyusun strategi di tengah-tengah umat yang berada seolah-olah telur di hujung tanduk.

Saya menulis di sini tidak sedikitpun terlintas untuk menyatakan saya kononnya seorang yang cerdik mahupun orang yang berilmu. Tak jauh beza antara kita semua. Namun, inilah kalam kalbu saya yang benar-benar mengimpikan sebuah hasrat yang tinggi agar kita gapai sama-sama. Mak saya pernah cakap, kalau kita berjaya, kejayaan itu bukanlah untuk kita sahaja tetapi, ia adalah untuk dikongsi bersama. Satu yang perlu kita titik berat adalah, dengan berbezanya kita hari ini selagi kita mempunyai kesatuan akidah yang jitu maka, tanpa lengah lagi Islam yang akan MENGUBAH DUNIA.

Nila setitik boleh mempengaruhi seluruh susu sebelanga. Itu tidak mustahil.

Wallahu a’lam.

Moderator As-Sof Group

https://senikehidupan.wordpress.com

One Response to Episod 68 : Pesanan Buat Grupku, As Sof

  1. ibnurashidi berkata:

    Salam ziarah…

    Artikel yang menarik dan bagus untuk dibaca..memang benar, student yang merantau belajar di luar negara pelbagai alirannya. Keterbukaannya dalam berfikir juga terserlah. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pengetahuan.

    Kalau sudi jom komentar di blog saya pula.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: