Episod 67 : Terima Kasih dan Minta Maaf

Barangkali ia adalah satu perancangan yang berstrategi, ia benar-benar capai matlamat.

statistik

Meskipun demikian, saya terlepas pandang bahawa sebenarnya keadaan ini menjadikan saya betul-betul tertekan dan dilanda kemusnahan psikologi. Saya jadi fobia sehingga hampir nak terdemam. Inilah risikonya.

I deserved it.

Secara jujur, tidak pernah dalam hidup saya mengkritik sedemikian rupa. Saya tidak bersifat macam mana yang saya keluarkan entri tersebut. Saya tahu kenapa saya sengaja poskan ke alam maya ini. Malangnya, kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku..

Saya mungkin hilang ramai sahabat..

Ikhwah,

Apa yang saya poskan entri yang lepas, sebenarnya satu aras tanda, apabila border line kita disentuh, ia akan menjadi satu patellar reflex(tindak balas pantas), apatah lagi penulisan itu berbaur kritikan pedas. Siapa lagi kalau bukan yang merasakan cili, dialah terasa pedasnya. Ketika keadaan ini berlaku, berita ini tersebar dengan begitu cepat ke seluruh Malaysia, bahkan di sekitarnya. Saya turut dapat respons dari Jakarta.

Kita dapat lihat sendiri etika dalam memberikan komen sangat variasi. Ada yang menyerang sifat dan kelemahan saya. Ada yang membenci apa yang saya tulis. Ada yang mempertahankan, dan ada juga sekadar bersetuju. Nasib baik tiada ancaman bunuh. Penulisan saya itu hanya berbaur perubahan justeru, apa yang saya dapat rumuskan, ia adalah soal memecah tradisi, mampukah kita?

BORDER LINE YANG DISENTUH

Saya teringat dalam Reader’s Digest bulan Januari lepas ada menceritakan tentang Jet Li, pelakon filem box-office itu menceritakan pengalamannya ketika bercuti di Maldives. Secara kebetulan, dia sendiri mengalami peristiwa Tsunami 26 Disember 2004. Dalam kejadian yang menakutkan itu, Li berjaya memegang seorang anak perempuannya malangnya, seorang anak perempuannya yang kecil, terlepas. Ketika itu, baru Li sedar bahawa dia bukan lagi dalam dunia lakonan. Mujur, anak perempuannya berjaya di selamatkan orang lain.

Secara ringkas, kesan daripada tsunami ini menyentuh border line Jet Li hinggakan dia mendapat idea untuk mengubah sesuatu terhadap dunia. Dengan sebab itulah tertubuhnya The One Foundation sebagai satu NGO yang membantu seluruh dunia yang mengalami bencana alam. Hari ini, kejayaan itu telah tercapai. Idea Jet Li sangat ringkas, “If everybody donate 1 Yuan every single month, it will sum up to billions”.

Bill Gates, seperti mana yang orang ramai tahu, seorang yang pernah menaiki ranking terkaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut, kini telah sampai saatnya dia meletakkan jawatan dari syarikat yang dia tubuhkan sendiri, Microsoft Corp. Rentetan dari itu, inilah masanya setelah sekian lama dia ‘buat duit’, kini Bill menubuhkan Bill & Melinda Foundation untuk membantu orang ramai, terutamanya biasiswa bagi yang kurang berkemampuan.

Untuk anak-anaknya beliau pernah menyebut “Saya rasa tidak baik untuk anak-anak membesar dengan mewarisi harta kekayaaan yang berbillion”, lantas, dia hanya memberikan anak-anaknya 10 juta dolar seorang dari asetnya yang berjumlah lebih 58 billion dolar. Terpulanglah pada anaknya sama ada menggunakan duit tersebut, atau memulakan revolusi dengan bisnes baru.

Maknanya di sini, border line untuk Bill Gates bukan sekadar mewariskan kekayaannya. Tetapi memberi dan membangun lagi!

MEMECAH TRADISI

Mungkin agak zalim jika saya hanya mengambil fakta yang bukan dari umat Islam. Saya tidak bermaksud ingin menyanjung mana-mana pihak yang bukan dari Islam, tetapi cukup saya untuk bukakan mata, kenapa perlu sebuah perubahan.

Menyentuh soal ‘Umar Abdul Aziz, jika hari ini Afrika menjadi negara amat miskin, maka Islam yang pernah diduduki dahulu menjaga umat yang paling kaya di sana.

Yahya ibn Said (salah seorang gabenor ketika pemerintahan Umar ibn Abd Aziz) menceritakan pengalamannya

“Umar ibn Abd Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi zakat. Lalu kucari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya”

Pemimpin Bani Abbasiyyah mengatakan

“Kami dapat menandingi kerajaan Bani Ummaiyyah dalam semua hal kecuali 4 perkara. Salah satunya ialah tiada orang seperti Umar ibn Abd Aziz dari kalangan kami buat selama-lamanya”

Kekuatan ekonomi adalah amat penting. Saudara kita seakidah kita sedang melancarkan jihad bertarung nyawa. Mencari satu tanggungjawab bagi kita untuk melancarkan sepenuh-penuhnya jihad ekonomi.

“Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.” -Umar Abdul Aziz

Lihatlah, Umar membawa perubahan yang sangat besar dalam ekonomi Islam. Namun demikian, ada satu perkara lagi yang Umar tidak dapat ubah, meskipun telah diusahakan olehnya iaitu;

MENGUBAH SISTEM PEMERINTAHAN MONARKI

Kerana ia menjadi satu tradisi, ia agak susah di ubah.

APABILA PERUBAHAN DIKEMUKAKAN

Saya teringat tentang perdebatan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Shabery Cheek berkaitan dengan isu minyak pada Julai tahun lepas. Pada hemat saya, apa yang dikemukakannya lebih berisi fakta, malangnya Shabery tidak menjawab soalan yang diajukan tetapi lebih menghentam peribadi dan sejarah DSAI.

Maaf, saya tidak minat tentang isu politik, tetapi saya mesti tahu. Paling dekat,cuba sendiri kaitkan pemecahan tradisi ini dengan apa yang berlaku di Perak semalam.

Bukan senang untuk mengubah bukan?.

Semalam, sempat saya singgah ke USIM untuk program Islamic Enterpreneur Convention 2009 (iCEPS) di Stadium tertutup Nilai, malangnya di dalam stadium itu sendiri dipenuhi peniaga-peniaga dari Cina. Ia membuatkan saya terfikir, sampai keadaan sebegini sekali teruknya pertumbuhan ekonomi kita. Mampukah kita memecahkan tradisi ekonomi yang dieksploitasi oleh orang Cina ini? Saya percaya, orang yang habis khatam ‘Rahsia Islam di Cina’ dan ‘Rahsia Bisnes Orang Cina’ tulisan Ann Wan Seng mampu menerobos keadaan ini.

Itu baru sahaja ekonomi kecil, apatah memecah tradisi ekonomi Kapitalisme dengan Dinar Emas.Meskipun konferens untuk Dinar Emas telah berlangsung, tak ramai yang tahu pelaksanaannya walaupun ia adalah jalan terbaik untuk kita gantikan sistem Kapitalisme.

“Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Berbalik pada topik asal, saya baru kemukakan soal ‘latihan’ yang perlu dipertimbangkan soal pelaksanaannya, seluruh mahasiswa Malaysia menghentam saya di dalam blog. Seorang tak cukup, seorang lagi. Bahkan bertambah dan bertambah. Adakah cukup ia berakhir dengan hentaman sedemikian ‘800 vs 1’ atau satu permulaan untuk mempertimbangkan?

Ini belum lagi soal yang lebih besar untuk kita ubah. Tak kiralah besar mana jawatan kita pegang, tinggi mana usia kita, pakar mana kita, perubahan itu bukan mudah selagi kita tak rasakan ia wajar diubah bersama.

“..Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..” (Surah Ar-Ra’d)

Kita perlukan perancangan yang berstrategi, biarpun ia memakan masa, matlamat itu pasti tercapai. Ingatlah, kuantiti baja yang ditaburkan bukan penentu kelajuan pokok itu membesar.

Maaf andai apa yang saya tulis ini agak merapu-rapu. Maklumlah, psikologi saya masih belum stabil.

Secara jujur, biarlah perkara yang berlalu jadi berlalu. Saya betul-betul tak mahu ia menjadi satu perdebatan, kemusnahan hati angkara perkara yang kecil. Saya ingin blog ini bersih, agar senang ditatap generasi-generasi terkemudian.

Wallahu a’lam.

Terima kasih pada semua pengkritik. Saya mohon maaf sekali lagi, atas pena yang sangat tajam ini..

Salam perkenalan pada semua..

15 Responses to Episod 67 : Terima Kasih dan Minta Maaf

  1. saifuddin berkata:

    Rasanya tidak keterlaluan mengatakan metodologi tarbiyah zaman ini gagal membentuk jundi yang imun dengan serangan-serangan cyber berbentuk komen yang menghentam peribadi. Hehe…

    Relaks bro. Ini baru real. Bukan lagi ‘lakonan’ yang sengaja dibuat-buat. Kalau dalam tamrin boleh tahan, takkan ni tak boleh kot.

  2. pecinta ruhul jadid berkata:

    salam…

  3. kemp berkata:

    salam. saya sangat setuju dengan anda. sudah tiba masanya bercakap yang benar. ingat diaorang saje yang betul. macamla diaorang tu hebat sangat. lain kali fire lagi. good writing, keep critizing

  4. kemp berkata:

    saya sangat setuju la awak fire diaorang ni kat sini. Biar semua orang tahu, nak bawa islam konon. tapi tamrin macam hampeh. mujur ada awak yang tolong meluahkan

  5. senikehidupan berkata:

    Ehm bukan kemp.. Tak niat pun nak main fire-fire ni.. ‘latihan’ tu bagus, cuma saranan saya,

    1)Kita buat latihan ala-ala askariah,

    2)Asing laki perempuan (nak jaga maruah),

    3)Masa ditekankan tapi kena pada tempat (mesti ada jam, ada tentatif, bagi masa untuk pengurusan diri)

    4)Kita buat latihan lagi ganas, panjat tali, flying fox, tapi tak nak tengking-tengking

    5)Kita letak satu hari full untuk ceramah sahaja, next day tu latihan ala-ala tentera.

    6)Kemesraan antara fasi-peserta, baru syok!

    7)Kita galakkan orang menghafal Quran, kemudian kita ada slot penterjemahan..

    dsb…

    InsyaAllah, ni pun entah apa2 lagi.. pasni taknak la ada yang kritik lagi.. saya dah letih sangat dah ni…

  6. Amirul berkata:

    TAHNIAH..!

  7. nurazah fathirah berkata:

    [Kita buat latihan lagi ganas!! tapi tak nak tengking-tengking~~] ya!! “luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu”~~

    jalinkan ukhuwwah antara fasi-peserta nampak lebih mesra dan kalau mereka tak ikut arahan, silakan tegur dengan berhemah~~ kan rasional tu~~ “bertindak dengan akal, bukan emosi” ok salam😉

  8. perindusyahid berkata:

    salam juang dik…
    ‘ala kulli hal..jika ada muhasabah prog..
    rujukla atau luahkan la pada TEMPATNYA..
    bgtau pada ajk yg conduct..
    itu lebih praktikal kan??..
    skdr pandangan dr abg yang hina..=)

  9. najibah berkata:

    salam juang..

    tahniah kerana terpilih untuk di tarbiyyah olehNya dgn tekanan psikologi serupa ini. walau tidak sama dgn tekanan yg di lalui para anbiya’ dan syuhada’, ana kira ini adalah salah satu bentuk pentarbiyyahan yg bukan mudah untuk dihadapi oleh insan seusia jagung.

    moga ianya mnjadi titik permulaan untuk merubah diri kita (ana sendiri terutamanya) untuk mnjadi hamba yg lebih ta’at. moga diberi kekuatan olehNya. syafakllah ya akh. moga terus bangkit dan thabat di medan ini.

  10. kemp berkata:

    mesti awak seronok kan…sudah popular. inilah hadiah yang perlu dibayar oleh mereka

  11. pecinta ruhul jadid berkata:

    Gembirakah akmal?
    Tenangkah akmal?
    Kegembiraan dan ketenangan tu diperoleh dengan kemaafan bukan dengan marah dan dendam…
    Ana pasti akmal ada niat baiknya begitu juga dengan komiti….
    Terpulanglah nak komen or apa…cuma natijahnya, akhirnya kita sendiri akan menanggungnya di kemudian hari…hari yang menentukan ganjaran dan azab…

  12. saya yg awak kenal berkata:

    salam..sy bru buka laman ni.. ok je.. he..he.
    eh..cmne ngan book tu..sy nak njam bleh..sy pun x lama dah duk kat kampus ngan awk..harap2 dapat jugak rase pnjm buku org nih..he he..selamat menjadi pejuang seni kehidupan yg teguh mempertahankan prinsip hidup… salam ..

  13. senikehidupan berkata:

    Subhanallah.. Tak pernah terlintas pun nak jadi popular..

    Buku? Hm… tu la.. InsyaAllah nnt saya kasi ek akh..

  14. pencinta syahid berkata:

    salam.cuma sapa ya kemp ni.x elok megapikan akmal lg.biar akmal stabil psikologi dia dulu ya.x gitu akmal

  15. senikehidupan berkata:

    Yup..Terima kasih akh..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: