Tiada Episod : Satu Justifikasi

“Aku tidak suka andai khulafa’ Ar-Rasyidin itu bersependapat” (Umar Abdul Aziz)

Ikhwah yang dihormati,

Mungkin apa yang telah saya post pada entri yang lepas membawa satu kontroversi yang agak besar. Saya tidak pernah terlintas pun untuk melakukan demikian apatah lagi untuk bercakaran antara satu sama lain.

Tapi inilah yang jadinya.

Ikhwah,

Saya faham, semua begitu sayangkan agamanya. Kitalah yang kena berusaha untuk dapatkan kejayaan terhadap agama kita bukan begitu? Cuma, janganlah sampai aspek METODOLOGI sahaja masing-masing dah tak dapat kawal emosi untuk mengkritik. Saya khuatir perkara kecil inilah yang menyebabkan semua bercakaran antara satu sama lain.

Jika tidak setuju dengan sesuatu pandangan, itu adalah pilihan diri.

Jika apa yang saya tulis mem’pondan’kan saya, tak mengapalah. Peganglah prinsip sedemikian, saya tidak marah.

Jika apa yang saya tulis subtopik itu menjadi bosan, bukan salah saya untuk membawa anda termasuk ke entri tersebut. Saya bukanlah sasterawan.

Tidak pernah sekali-kali saya mengatakan bahawa diri sayalah yang betul, sayalah yang berilmu, sayalah yang banyak pengalaman.

Tidak, tidak.

Malah, saya terima semua lontaran komen dan kritikan tanpa membuangnya walau satu pun.

Apa yang telah saya tulis, bukanlah pandangan saya seorang semata-mata. Bukankah saya berkali-kali menyatakan apakah yang akan jadi jika situasi ini didedahkan pada yang masih baru, ataupun yang tidak ada pengalaman tarbiyah?

Saya tidak bulat-bulat menyalahkan tamrin dilaksanakan. Tamrin itu bagus sebagai latihan pendakwah. Cuma saya menyarankan pada tempat yang lebih baik, itu sahaja.

Jika ada latihan fizikal, khususkan latihan fizikal. Jika ada ceramah haraki, letakkan semua pada situasi yang sesuai untuk keadaan sedemikian.

Saya sendiri akui telah berkali-kali pergi ke tamrin seperti ini. Saya pernah menganggap ia berkesan bagi yang menjiwainya lebih-lebih lagi yang telah lama didedahkan dengan dunia dakwah dan tarbiyah ini. Saya sendiri pernah menyetujui pelaksanaan ini namun, ada sesuatu yang membuatkan saya berubah pandangan. Seorang yang berjiwa daie yang pernah memegang mainboard badan dakwah ketika saya berada di sekolah lama dahulu sendiri mengalami ‘latihan’ seperti ini. Dia begitu bengis ketika berprogram, walhal saya rasakan ‘latihan’ itu satu perkara yang biasa.

Kesan selepas tamrin itu,

Dia keluar dari pimpinan, jadi pelajar biasa. Dia tidak menjadi seperti mana yang saya sangkakan. Malah, gelagatnya, berubah berbeza dari wataknya yang sebenar.

Ikhwah,

Ini baru seorang sahabat yang telah ditarbiyah, belum lagi yang masih belum tahu apa perkataan ‘daie’ dan ‘mad’u’.

Seorang sahabat saya yang bukan sekolah agama secara jujur bertekad tidak akan datang lagi dengan mana-mana program tarbiyah seperti ini.

Seorang sahabat saya KETIKA program memaki-maki komiti berperangai sedemikian.

Ini saya bukanlah saya mereka-reka cerita. Itulah sebab saya khuatir andai ada kemungkinan mereka lari dan berpandangan songsang terhadap dakwah.

Sebagai tambahan kepada pembaca baru, saya telah berpesan bahawa saya tidak pernah menafsirkan mana-mana dalil yang saya paparkan. Saya menulis tentang medik, saya cari hadis yang berkaitan dengan kesihatan, sebagai peringatan. Ketika saya tulis tentang entri yang lepas, sengaja saya buka surah An-Nahl : 125, saya dituduh semberono menggunakan ayat berdasarkan nafsu..

Ikhwah,

Mungkin apa yang saya lakukan ini telah meng’ego’kan saya untuk penulisan ini. Secara jujur, jika apa yang saya tuliskan itu benar-benar salah, tak mengapa, saya akan deletenya segera. Saya tak mahu andai ia membawa fitnah.

Saya tertanya-tanya apakah ego yang ikhwah maksudkan itu. Jika nak dibandingkan dengan apa yang saya tegurkan dalam blog ini, baru sahaja sedikit, jauh lagi ‘latihan’ itu tegur dengan cara yang kasar. Apakah yang dimaksudkan ‘latihan’ itu untuk menjatuhkan ego, sedangkan saya berkali-kali ke program demikian masih dipanggil ‘bertuhankan ego’?

Na’uzubillah.

Saya tak bermaksud nak mempertahankan diri saya. Saya akui, mungkin inilah ego saya. Tapi janganlah pula sampai mengatakan saya mengikuti Yahudi. Tulislah pada rasional akal, bukan emosi semata-mata.

Saya mohon maaf.

Ikhwah,

Satu yang ingin saya pesan sebelum saya delete post tersebut, saya tidak menyalahkan isi ‘latihan’ tersebut. Saya hanya persoalkan metod ‘latihan’ tersebut sahaja. Jika ada jalan lebih baik, lakukanlah ‘latihan’ sedemikian tapi janganlah sehingga menganggu psikologi andai kita dikatakan berstrategi. Jika nak jatuhkan ego, bukankah banyak lagi cara lain lagi untuk lakukan sedemikian?

Susah untuk kita kemukakan perubahan bukan..

Saya menegur pada diri yang ego ini sebelum orang lain.

Sesungguhnya agama ini mudah dan tiada seorang yang mempersulit agama, kecuali pasti dikalahkannya. Bertindaklah tepat, lakukan pendekatan, sebarkan berita gembira, permudahlah dan gunakan siang dan malam hari serta sedikit waktu fajar sebagai penolongmu. (Hadis Riwayat Bukhari)

Wallahu a’lam.

16 Responses to Tiada Episod : Satu Justifikasi

  1. perindusyahid berkata:

    Ana yakin nta hebat dik..
    Tapi, banyak perkara lagi yang perlu kita bincang..
    Tidak semua benda yang perlu kita ceritakan dalam blog ni..
    ‘Ala kulli hal..kita boleh berbincang dalam masa terdekat ni..insya Allah..
    ana sayang kan nta krn Allah..
    nta la shbt seperjuangan ana dunia akhirat..=)

  2. salam. wah, baguslah tulisan. ana memang nak orang kritis macam nta. bagus, bagus

  3. pecinta ruhul jadid berkata:

    Salam perjuangan buat akhi….

    Ruh x akan kuat tanpa tekanan…jiwa takkan teguh dengan belaian…iman takkan utuh tanpa ujian…

    Perginya seorang mujahid melarikan diri bukan persoalan method tarbiyyah sebenarnya….saya ingin ulangi thabat atau tak kita dalam proses tarbiyyah bukan disebabkan method tamrin atau sebagainya…fahamilah wahai saudara…

    Andai method yang ingin diperbincangkan maka mengapa lari dari menerima tarbiyyah….
    Adakah soal method sebesar soalnya kewajipan kita berintima’ dengan gerakan?

    Persoalan lari ini sebenarnya merujuk pada diri sebenarnya…bukan method…mereka ini cuma beralasan(maafkan saya sedikit kasar)…

    Persoalan method masih boleh kita bincangkan…boleh kita ubah…cuma sampai lari bukanlah terkait dengan method…ini cuma diri kita menyahut seruan musuh halus sang iblis melambatkan gerakan Islam….

    Sekiranya kita memahami yang mana perlu diutamakan dalam menilai sesuatu maka kita akan terus berada dalam soff perjuangan…fahamilah arti besarnya kewajipan kita untuk berintima’ dahulu sebelum membuta tuli melakukan keputusan…

    Befirman sang khaliq..”sekiranya(yg kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yg mudah dperolehi dn perjalanan yg tdk seberapa jauh, niscaya mereka mengikutimu, tetapi tetapi tempat yg dituju itu terasa sangat jauh bg mrk. Mrk akn bersumpah dgn (nama) Allah, “jikalau kami sanggup niscaya kami berangkat bersamamu.”….(attaubah:42)

    Ketahuilah bahawa jalan perjuangan ini bukanlah jalan yang singkat dan mudah..andai percubaan kecil, kesilapan kecil yg dilakukan sang komiti menyebabkan kita melarikan diri dari tanggungjawab yang besar…RUGILAH KITA…alangkah baik bertasamuh dalam hal ini…alangkah baik mengetepikan perasaan diri untuk tujuan yang lebih besar?..

    persoalan method…x patut disalahkan…wallahua’lam..
    mudah2an terus thabat dalam jalan Islam.

  4. aireensamirah berkata:

    hidup adalah tentang persepsi..
    ini persepsi penulis..harap dapat dihormati, bukan dikeji..
    penulis cuba membawa sebuah peubahan..

    tak mengapa akmal..setiap rasul apabila mengatakan,”bertakwalah kpd Allah, taat lah kepada aku sbg rasulnya” pada waktu itu juga orang mengatakan “kamu tidak lain hanyalah seorang yang terkena sihir”
    ini cabaran yang benar2 cabaran..bukan cabaran makan cacing atau mandi dalam lumpur..atau cubaan bila terpekik dimarahi atau tukar baju dlm 2 minit..
    ini lah yang akan menabahkan mu kawan..bersabar lah..innallah ma’assobirin..

    wallahualam~

  5. aireensamirah berkata:

    em ini tambahan kpd komen td..

    mengkritik dan dikritik; perkara biasa..
    ego memang ada dalam diri setiap orang..
    id,ego,superego..ini yang membentuk personaliti..
    andai seseorang itu tiada ego, maka dia akan melakukan apa sahaja sesuka hati kerana dia hanya ada id..
    andai tidak faham apa yang saya perkatakan tentang teori ini, carilah maksudnya..

    saya bukan mahu mem’back-up’ penulis, tetapi saya sedar yang penulis mahukan sebuah perubahan dalam metodologi membentuk da’ie..

    tetapi kalau da’ie yang lahir dari program yang sedemekian mengatakan orang ber’tuhan’kan ego, mengkritik dangan kata2 kasar, menghina pendapat dan persepsi orang lain, maka perlu difikirkan adakan tarbiah itu benar2 berkesan??
    renung2kan dan selamat beramal..

  6. abang yang dah dihumban ke estet berkata:

    adik,

    kalu hang ada kemusykilan @ pandangan,hang cuba bincang elok2 dgn abang2 senior yang adik rasa mampu rasa puas,kurang cantik masuk dalam blog,busuk2 apa2 organisasi yang kita sertai pun,kena AZAM n cuba ISLAH dari dalam.bila ada kuasa,cuba ubah kepada benda yang elok,pada masa yang sama,kaji balik apa yang orang dulu2 dah buat,adik pk baik2 na

  7. raredour berkata:

    hurm..?

  8. najibah berkata:

    salam..

    mabruk alaik, hakim.. ana suka kan keberanian nta melontarkn pandangan.. jarang sekali yg punya keberanian lebih2 lagi apabila yg mngikut arus itu lebih ramai drpd yg melawan arus..

    yg lepas ana kira, biarlah berlalu.. andai nta merasakn ada method yg lebih baik untuk digunakn dlm mntarbiyyah, maka sertailah pimpinan dan lakukn perubahan yg terbaik buat ummah..

    salam juang~

  9. abu_aesyah berkata:

    alhamdulillah…
    mengkritik hak individu..anda punya pandangan yg cukup bernas dan unik..anda seorang yg berefikir dan berfikir,..sy suka jika ramai sahabat seperti anda..
    akmal..tarbiyyah banyak wasilahnya..akmal bebas memilih tarbiyyah man yg amat2 akmal perlukan demi pembentukan diri muslim sejati..sy juga tidak rigid @ statik dgn pndpt pihak tertentu..apa yg penting..akmal seharusnya tabah dan positif menghadapi kritikan dan komen pedas..sy tahu akmal seorang yg tenang dan fleksibel…jadikan kelebihan anda ini sebagai kunci kejayaan anda bersama islam..anda boleh melakukannya..akmal..andai ramai lg org yg jujur seperti anda..maka sy rasa..perpecahan tidak akan berlaku kerana kejujuran sentiasa membawa kepada perundingan dan perundingan seharusnya bermotifkan persefahaman dan persefahaman sudah tentu membuahkan kesatuan.. akmal org muda remaja..byk rintangan perlu di hadapi..berhati hatilah terhadap mehnah dan tribulasi dunia .. salam juang..

  10. aireensamirah berkata:

    salam..
    saya ber’komen’ lg..
    cuma mahu membetulkan sedikit salah faham yang terjadi ini..
    penulis ini kawan saya..
    saya tahu bukan dia mahu lari dari program seperti itu, atau dia ‘pondan’ lantaran tidak mampu menahan lasak..
    bukan dia membangkang terus 100% method program spt itu..
    cuma dia mahu dalam program seperti ini diterapkan sifat hormat kepada hak individu, terhadap fitrah individu..
    memang saya tidak pernah mengikuti program seperti ini..namun dari sudut pandangan seorang manusia yang lengkap dgn fitratullah, saya tidak akan pernah suka dipekik-pekik, dimarah ataupun diberi masa yg amat sedikit untuk mempersiap diri saya..sy tidak mahu Islam diterapkan dlm diri saya dengan cara yg ganas..

    mungkin zaman sahabat, atau zaman dahulu mereka menggunakan cara ini, namun psikologi berubah mengikut masa, persekitaran berubah, generasai yang dilahirkan sekarang dan cara mereka mengadaptasi sesuatu perkara tidak sama dengan dahulu..

    saya cuma berharap agar penulisan tersebut tidak disalah fahami..mungkin salah penulis kerana membangkitkan isu itu di blog, namun manusia tidak pernah lari dr kesilapan..

    kepada akmal, jgn jadikan ini sbg alasan utk kamu lemah semangat untuk berjuang..bangkit kembali, hadapi kritikan mereka..betulkan mana yang salah..dan muhasabah lah..semoga kita tidak lari dr jalanNya…

    wallahualam~

  11. alwanulhayah berkata:

    Salam’alaik,hakim…
    Mabruk ‘alaik atas keberanian melontarkan pendapat dan pandangan yang mungkin juga ada pada insan lain tapi tak punyai keberanian untuk meluahkan…
    ‘ala kullihal, ana setuju dengan perindusyahid…
    tak semua perkara kita boleh luahkan melalui penulisan…
    kadang2 sekadar meluahkan tanpa adanya perbincangan dan penyelesaian, tak akan dapat merubah apa-apa…
    carilah langkah yang terbaik untuk meneutralkan semula perkara ini…
    kadang-kadang kita anggap perkara sebegini remeh temeh, tapi bagi pihak lain, sebaliknya…
    akhir kalam,BERSEDIALAH DITARBIYAH, SEBELUM MENTARBIYAH~

  12. nurazah fathirah berkata:

    perlu ada POST-MORTEM. muhasabah program kembali.

    tiada pembangkangan maka tiada perubahan. membetuli bukan membuta tuli. ya. kritikan yang bagus.

    tapi ada pro dan kontra nya meluahkan pendapat dalam blog. tak semuanya sesuai untuk dikritik kerna hati manusia itu mampu tergores. dan ketahuilah berdosa dengan manusia itu lebih susah untuk diselesaikan.

    banarlah “mata pena itu lebih tajam dari mata pedang”

    post inilah yang saya kategorikan sebagai privasi. beri komentar program dalam syura adalah lebih selamat walaupun ambil masa yang agak lama..silakan bermesyuarat dan selesaikan secara berdepan. moga ada resolusi dan reformasi🙂

    wallahua’lam. salam.

  13. kawan baik berkata:

    emm..akmal sgt kuat berfikir dan berfikir.. akmal ada pendirianua kan..?? bagus2..matlamat.?? ada.?? mesti ade kan.. sy kenal akmal…org yg sentiasa membawa perubahan..dan perubahan tersebut menyedarkan ramai pihak..teguran dan sindiran akmal pun bleh mengurangkan ego sy yg membaca ni..syukran..ape kata akmal teruskan perjuangan dakwah akmal bersama bakat seni kurniaan Allah ni dengan lebih intensif dan strategis..emm..sy tertarik dgn lukisan akmal dan kawan akmal ari tu.. dua dua sepadan ada bakat ..cuma mgkin berlainan kursus..tp kerjasama tak kenal perbezaan kecil ni..teruskan bersama group dakwah akmal…mari kita sama2 tarbiyah diri kita dan islah sahabat2 kit..mulakan hidup baru..lupakan kisah duka..tanamkan tekad… insya Allah kita berjaya..kkita boleeehhh..!!!!

  14. ana_jundullah berkata:

    salam ya akhi, walaupun ana xberkesempatan baca entri sebelum ni, tapi ana telah dimaklumkan serba sedikit ttg isi kandungannya. Cuma bagi ana, kita perlu menambahkan lagi pemahaman kita kerana dakwah dan tarbiyyah adalah cabang yang sangat rapat dengan Islam. bermaksud, pemahaman pada dakwah dan tarbiyyah= pemahaman terhadap Islam.

    Ana mencadangkan akhi baca salah satu entri di saifulislam.com dan buku2 haraki yg menceritakan ttg dakwah dan tarbiyyah. rajin-rajinlah berbincang dengan orang2 g lebih faqih dlm bidang ilmu ni.
    yg terakhir, kita kena ingat, betapa banyak tamrin yg pernah kita pergi, xsekali-kali menjadikan kita ‘expert’ dalam semua tamrin yg dijalankan.berlapang dada.ana juga xnafikan akan ada suara2 sumbang mengkritik di belakang, namun apa peranan orang2 yg ‘berpengalaman’ini untuk memahamkan mereka. Kerana mereka bercakap berdasarkan pemahaman.

    Ana ingat kata-kata seorang murabbi yg sangat ana hormati, itulah salah satu tujuan manhaj tarbiyyah daripada ta’rif, takwin dan ke tanfiz. supaya sebelum mereka didepankan dengan tekanan, mereka faham tujuan dan objektif akhir perkara tersebut. murabbi ana juga berkata, adalah zalim bagi penganjur membawa mereka yg belum bersedia dari segi ta’rif utk berdepan dgn program takwin.

    semoga kita semua mendapat redha dan rahmat daripada Allah dan menjauhkan kita daripada fitnah.
    Wallahua’lam

  15. pencinta tarbiah berkata:

    salam.pertamanya tahniah pada akmal krn mampu mengkritik dgn baik tp mungkin kena ubah cara kritikan itu,pndpt ana kritik dlm blog memang kurang sesuai
    Pertamanya ana teringat satu program tarbiah pimpinan ikhwanul muslimin di mana dlm program tarbiah itu pimpinan ikhwan menjadi peserta manakala ahli bwhn menjadi urusetia program.urusetia program boleh arahkan apa shj kpd peserta malah arahanya memang x logik dan dr sudut psikologinya x boleh diterima

    Antara arahanya urusetia tersebut minta peserta(pimpinanikhwan) utk panjat pokok dan peserta menangis,menangis krn mereka sedar ego mrk selama ini menjadi pimpinan.kesimpulanya kita perlu bezakan mana program dakwah mana program tarbiah,program dakwah memang kita perlu memahami psikologo manusia dan tidak marah tetapi program tarbiah adalah program utk membentuk jundi.Kalaulah urusetia program marah dikatakan x memahami psikologo bagaimana bila kita turun di medan dakwah yg sebenar.pelbagai cemuhan dan mehnah akan dihadapi.sungguh bukan semua boleh menerima tarbiah yg keras ini krn bukan semua Allah pilih utk ditarbiah

    Akhir kata moga akmal menggunakan profesionalisme nta apabila menghadapi keadaan ini dan fahami psikologi org lain sebelum kita persoalkan psikologi mereka.sungguh ana minta maaf terhadap segala kekurangan dan emosi ana tp ana still rasa nta ego krn ana x dgr ucapan maaf pun dari akmal

  16. hamba dhaif berkata:

    Salam..,

    Akhi Akmal,jgn sekali2 salahkan pentarbiyyah @ method tarbiyyah..,cubalah kaji hikmah di sebaliknya dan bukan kaji keburukan yang zahir di mata kasar tanpa menilai apa yang tersirat…kenapa ana kata begini..,sebab bagi ana,maaf ana katakan anta berani,cuma xbertempat..mksudnya nta seolah2 menampakkan kecetekan ilmu anta dalam bdang tarbiyyah @ mgkin anta blum bersedia???maaf ana sangat sensitif bab tarbiyyah..,n ana bkan dari PJ….kut2 ada salah faham..bincang balik ngan pimpinan kt sana..,hayati balik bai’ah & akujanji anta yang telah anta lafazkan…tahu jaga tahap sir & hazzar…terus join usrah,minta pandangan naqib..jadilah optimistik…
    asif wa syukran…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: