Episod 65 : Seruan Antara Solah Dan Falah

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Yang khusyu’ dalam solatnya. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,” (Surah Al-Mukminun 1-3)

Terkesan rasanya di hati, seorang rakan yang ingin berhenti dari kumpulan nasyidnya kerana menghormati waktu solat. Saya tak nafikan kebanyakan aktiviti dan majlis selalu bermula pukul 8.30 malam.

“Kenapa tak saja buat lepas Isyak”, kata Azam Ahmed, rakan yang saya maksudkan.

islamiyaLakaran 15 minit(menggunakan komputer), bayangan Resort yang Islamik. Hanya sekadar imaginasi

Barulah saya tahu, saya yang belajar jurusan arkitektur ini tak pernah perasan pun satu seni bina yang lebih baik dari segala bangunan dicipta di muka bumi ini. Saya tidak bermaksud masjid itu indah dari aspek seni bina luaran, tetapi ia adalah seni bina yang MEMBINA MANUSIA. Ia adalah tempat yang suci lagi menyucikan.

“Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.” (Surah At-Taubah : 108 )

Mujur, uzlah yang saya hendaki memberi kesan positif. Banyak yang dapat saya muhasabah diri ini dikala berada ketika UIA kurang berpenghuni, menyambut cuti di rumah masing-masing. Menyedari masjid yang senantiasa kelihatan ‘pasang surut’ dalam bilangan jemaah, membuatkan saya terfikir, sampai manakah masjid di seluruh dunia berjaya ini dimakmurkan?

Saya selalu kagum dengan rakan-rakan saya di sini yang memakmurkan masjid, ramai di antaranya bukan berasal dari sekolah beragama. Namun, begitu tekun untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Lebih hebat lagi, di antara mereka juga sering berpuasa Isnin Khamis. Malu saya yang lama bersekolah agama ini pun belum tentu sehebat amalan lazim mereka.

ACUAN PROFESIONAL YANG ISLAMIK

Usaha menerapkan profesional adalah usaha yang memerlukan bekalan akidah yang kuat, ibadah yang kukuh dan akhlak yang terpuji. Maka dengan itu terbimbinglah ilmu MENGENAL DUNIA ke arah ilmu MENGENAL TUHAN. Maka profesionalisme itu bukan hanya utuh pada INTELEKTUAL dan KEMAHIRAN yang ada padanya tetapi juga KEMULIAANNYA.

“Shibghah(celupan) Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.” (Surah Al-Baqarah : 138 )

Sebab itulah azan dilaungkan hayya ‘alassolah, kemudiannya hayya ‘alalfalah. Manusia itu diseru menjadi orang yang beribadah dalam masa yang sama mengejar kejayaan.

Profesionalisme dan Ibadah adalah ibarat makan dan minum. Jika seorang itu lapar, dia akan mencari makan untuk memuaskan perutnya. Setelah makan dengan banyak, pastinya dia akan bertambah dahaga. Jika dia tidak berusaha mencari penghilang dahaganya, maka dia akan semakin kehausan. Itulah dia, kerana fitrah, kita mesti perlukan air untuk menghilangkan DAHAGA JIWA yang sarat dengan MAKANAN DUNIA.

Air yang saya itulah IMAN yang menyucikan jiwa, bekalan untuk ukhrawi.

“Perumpamaan shalat lima waktu seperti sebuah sungai yang airnya mengalir dan melimpah dekat pintu rumah seseorang yang tiap hari mandi di sungai itu lima kali.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

ORANG YANG MENJIWAI MASJID DAN BERJEMAAH

Ruginya kita jika masih kabur dalam pengertian mendalam solat berjemaah. Saya terharu membaca e-mel di bawah.

“Semoga Allah memberikan ganjaran kepada orang yang berjuang untuk mencari reda-Nya dan semoga Dia sentiasa mengingatkan mengenai kelemahan kita melalui orang seperti mereka.”

”Dalam perjalanan ke Dubai, saya dan suami singgah sebentar di sebuah masjid untuk menunaikan solat Asar. Dari dalam kereta, saya lihat kelibat seseorang yang sedang bergerak dari kawasan perumahan berhampiran.”

”Lama kemudian, barulah saya menyedari bahawa ia adalah kelibat seorang lelaki yang sedang merangkak menuju ke masjid.

”Dengan hanya berbekalkan selipar getah pada kedua-dua belah tangannya, bahagian bawah badannya diheret di atas permukaan bumi yang keras dan berbatu. Dengan suhu setinggi, badannya basah dihujani peluh. Sebaik tiba di perkarangan masjid, bajunya basah lencun dan mukanya merah kepanasan.”

”Orang yang melintasinya hanya memerhati, mungkin sudah biasa dengan kehadirannya. Seorang lelaki yang baru keluar dari sebuah kedai, memerhatikannya, kemudian masuk semula ke kedai dan membelikannya sebotol air sejuk. “

”Mereka berbual sebentar. Lelaki itu menawarkan pertolongan untuk membantunya menaiki tangga masjid. Namun, lelaki cacat itu menolak bantuan berkenaan dengan baik. “

”Khuatir akan terlewat menyertai jemaah solat, lelaki cacat itu meminta diri, lantas meneruskan perjalanannya menuju ke dalam masjid.”

”Lelaki itu sanggup merangkak ke masjid, meskipun di bawah terik matahari, tidak merasakan bahawa solat berjemaah adalah suatu beban, walau sedikit pun.”

Subhanallah. Lelaki itu menyedari betapa besarnya nilai solat secara berjemaah.

“Orang munafik mendapati bahawa solat Subuh dan Isyak berjemaah adalah perkara yang membebankan. Sekiranya mereka mengetahui akan besarnya nilai kedua-dua solat itu, mereka akan berusaha untuk menyertai jemaah solat itu, walaupun terpaksa merangkak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)”

Masjid memanggil-manggil orang memakmurkannya. Agama memanggil-manggil orang yang berilmu ke arah kejayaan, malangnya di manakah orang yang mengaku profesional malah sempurna tubuh badan, cukup harta dan berilmu, memenuhi rumah Allah?

Inilah satu-satunya seni bina yang mementingkan KUANTITI daripada KUALITI manusia. Malah KUANTITI itu sendiri membina KUALITI dalam diri manusia. Manusia yang berKUALITI ini pula akan meramaikan lagi KUANTITI manusia seperti ini.

Saya memaksa dan menasihati diri ini untuk berubah sebelum orang lain(khusus pada muslimin).

hadis

“Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat Engkau dan banyak bersyukur kepada-Mu dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Hadis Riwayat An-Nasaa’i dan Abu Dawud)

2 Responses to Episod 65 : Seruan Antara Solah Dan Falah

  1. Muhammad Amirul berkata:

    Bagus!

  2. aireensamirah berkata:

    salam..
    ya Allah..
    terharu mendengar pengorbanan lelaki tersebut untuk berjemaah sedangkan dia boleh saja solat di rumah..
    kita yang sihat ini pun selalu mengeluh untuk ke masjid..(lelaki khususnya)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: