Episod 64 : Air Yang Mengalir

Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Surah Al-Ankabut : 20)

pc050674

Burung berkicauan dengan melodi dan irama yang indah. Angin bersiul lembut meniup kawasan hutan tebal yang indah ini. Terdengar deruan percikan air sungai yang tersusur di celah-celah batu-batuan yang besar. Semuanya seolah-olah orkestra rimba yang menenangkan menyebabkan program mukhayyam yang saya hadiri penuh dengan keindahan muzika gubahan ilahi.

Sebahagian ikhwah bertugas menyediakan makanan, sebahagian yang lain keletihan dibuai mimpi indah di dalam khemah masing-masing. Saya khusyuk membaca buku motivasi panduan mengurus masa.

“Saya nak jalan-jalan kejap ya”, kata saya pada ikhwah sambil mengambil pen dan diari Islamiyah.

Saya mulakan langkah meninggalkan kawasan perkhemahan. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya..

Kanak-kanak bermain air dengan penuh seronok. Ibu bapa yang ada turut menyambut keriangan suasana. Saya tertanya-tanya, kenapa mereka memilih untuk berekreasi di luar mandi-manda sedangkan di rumah tersedia bilik air, dapur, tempat tidur yang lebih selesa? Sedangkan bermandi di kawasan sungai berbatu-batan agak berisiko, lebih-lebih lagi kanak-kanak begitu liar bermain di tempat sebegini?

Jawapannya bermain di kotak fikiran saya.

Saya meneruskan perjalanan dengan lebih jauh ke kawasan yang lebih banyak berbatu-batan. Saya berehat di atas sebuah batu yang agak besar. Kelihatan air mengalir dengan penuh deras menongkah batu-batu di kiri kanan. Saya juga melihat takungan air yang gagal melepasi batu-batan yang besar. Baru saya tahu perumpamaannya;

Mengapa keluarga itu keluar dari rumah yang mewah menuju tempat rekreasi.

Mengapa saya beralih dari duduk diam membaca untuk bersiar-siar di kawasan rimba mencari sesuatu yang baru.

Mengapa kami rela tinggalkan bilik yang selesa semata-mata nak tinggal dalam khemah yang panas dan sempit.

Kerana manusia itu ibarat air. Air bersifat mengalir. Jika air itu statik, ia akan jadi seperti yang saya lihat di takungan itu, batu-batu yang ada di bahagian takungan air akan berlumut dan kotor. Air yang mengalir pula terus menerus hingga berubah fasa.

Inilah sunnatullah.

Inilah seni kehidupan.

“Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran).” (Surah An-Nahl : 65)

2 Responses to Episod 64 : Air Yang Mengalir

  1. najibah berkata:

    salam alaik, hakim..

    tidak Dia ciptakan sesuatu itu dengan sia2 melainkan terselit secebis hikmah yg mungkin belum dapat kita singkapi nilainya..

    salam ziarah buat saudara PC~

  2. tukangpin berkata:

    gemerecik suara air memang menimbulkan ketenangan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: