Episod 63 : Ilmu Yang Dibiarkan

“Sesungguhnya kebijaksanaan adalah laksana barang yang hilang dari seorang mukmin. Maka di mana sahaja ia temui, dialah yang berhak mengambilnya”-Daripada buku ‘Bahtera Penyelamat’, Fathi Yakan

test


Kasihan dengan keadaan di UIA hari ini. Barangkali pelajar-pelajar UIA semua kepingin nak balik rumah raya cina ni. Malangnya saya tak ada hati untuk balik rumah, cuma sempat menelefon mak bertanya khabar. Saya memilih mukhayyam bersama ikhwah di Pahang selama tiga hari dan raya cina saya duduk di sini bersama-sama foreigner dan rakan-rakan dari Sabah Sarawak.

Kata akhi Hazim Azhar, pelajar jurusan medik dari Mesir,

“Tak mengapa kalau kita tarbiyah umum..”

“Tapi jangan abaikan tarbiyah diri..”, sambungnya lagi. Itulah sebab saya memilih mukhayyam berbanding katil empuk di rumah yang lengkap dengan akustik dan ventilasinya.

Cuti kosong di UIA ini, mungkin saya inginkan sedikit kebebasan berfikir.

Semenjak dua ini saya semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ilmu merata-rata, saya cuba kejar mana yang mampu. Hari ini sahaja saya rasa begitu rugi kerana ada 4 aktiviti yang saya memang nak sangat pergi, apakan daya saya hanya ada satu. Kalaulah manusia ni boleh belah-belah..

Saya maksudkan kasihan tadi kerana rata-rata di sini jarang yang ambil inisiatif untuk memperdalam ilmu. Tadi, kalau ikutkan saya memang akan pergi ke ceramah untuk healthy diet, alang-alang saya tersalah tempat, saya mengisi tempat untuk ceramah Ustaz Shapie, konsep syirik. Lebih kasihan lagi tak sampai 10 orang datang ke Lecturer Hall B walhal, lebih 100 tempat.

Saya hiba bukan kerana kesal. Tapi saya hiba kerana pengorbanan ustaz yang sanggup berperang dengan keadaan psikologi seperti ini.

Terpaksa juga saya korbankan kelas khat saya malam ini.

Cukuplah hari ini saya belajar sesuatu yang memperkukuh aqidah saya. Saya perlu memperdalam ilmu agama sebaris dengan tanggungjawab saudara saya di timur tengah sana, sambil berjuang sehingga menjadi arkitek yang dinamik.

Jika ditakdirkan Malaysia berperang, saya tidak akan berperang sekalipun di medan, melainkan saya berhadapan komputer. Siapalah saya yang tidak pernah menyentuh senjata mahupun berlatih untuk pertahanan diri. Biarlah saya teruskan usaha agama saya menulis dan memperjuangkan wasilah multimedia sehingga saya dibom di depan papan kekunci saya ini. Inilah senjata saya biarpun kecil, tapi sekurang-kurangnya saya meninggalkan bukti pada generasi saya.

“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (Surah At-Taubah : 122)

9 Responses to Episod 63 : Ilmu Yang Dibiarkan

  1. MarBu berkata:

    akmal, nta setuju tak kalau ana kata, nilai menjaga batasan pergaulan ketika berpersatuan sudah longgar hatta persatuan n organisasi islam sekalipun…. kita inginkan kemenangan, tetapi kita memandang enteng perkara yang besar… muhasabah utk semua… makin lama, makin terbuka…yg membezakan cuma tak bersentuh dan pakaian yg menutup aurat…. segmen2 lain dlm pergaulan sudah tersisih…
    ~MarBu

  2. MarBu berkata:

    berkenaan ayat yg nta gunakan sbg hujah utk hanya berjihad di depan laptop, tidak cukup kerana ayat ini mempunyai tafsiran yg byk di kalangan ulama.. sehinggakan satu saat menjadi wajib kpd semua trmasuk golongan wanita… syariah itu indah temanku, fleksibel demi kebaikan kita….
    ~MarBu

  3. nurazah fathirah berkata:

    Sekali lagi tergelak.. “Kalaulah manusia ni boleh belah-belah..”

    Moga mampu merancang hidup dengan sebaiknya,
    Mampu menjaga masa agar kita yang mengejarnya..
    Bukan kita yang dikejarnya…

    Lukisan menarik..Tahniah kepada penulis dan pelukis…

  4. senikehidupan berkata:

    Agar tak salah faham, saya tak gunakan ayat tersebut sebagai hujah, cuma HIGHLIGHT ayat itu, orang yang memperdalam ilmu agama adalah sebaris dengan berperang.

    Saudara pun tahu JIHAD adalah bererti berusaha kerana Allah, bukan bererti MATI BERJUANG. Seperti mana yang saudara sebutkan, fiqh itu kadang-kadang dalam satu-satu keadaan, ia akan berubah mengikut situasi. Bayangkan, andai peperangan menggunakan senjata di dunia ini HAZAF, musuh menggunakan taktik PERANG MINDA, bagi saya tidak bijak kalau umat Islam ketika itu tiba-tiba pegang senjata untuk membalas serangan.

    Jadi, senang kata kita sekarang dalam situasi perang 360 darjah. Bukan setakat perang senjata. Bayangkan kalau PALESTIN hari ini berperang, tiada JIHAD MEDIK. ORANG-ORANG MEDIK SEMUA TURUN KE MEDAN PERANG. Siapa pula yang bekalkan ubat-ubatan?

    Sebab itulah saya terangkan, biarlah saya yang lebih terlatih dengan multimedia ini dalam tugas demikian. Namun, jika saya betul-betul tetap di arah untuk berperang, maka saya tidak ada pilihan lain.

    Wallahu a’lam, sekadar pandangan yang tidak mana. Terima kasih MarBu. Sebenarnya penulisan saya ni yang berbelit-belit :p

  5. aireensamirah berkata:

    Salam..
    mukhayyam, hazaf, akustik, ventilasi dan beberapa lagi perkataan yang jarang sekali digunakan diharap dapat diberikan pengertiannya oleh penulis jika mahu penulisan ini difahami oleh semua golongan..mungkin mudah bg saudara2 seperjuangan penulis, tapi bagi orang yang masih tercari-cari seperti saya ini, pasti sukar untuk memahami tulisan penulis..
    tambahan lagi, pemberian makna kepada perkataan dapat menambahkan lagi ilmu pembaca..

    sekadar komen dan pendapat individu..
    wallahualam~

  6. Qurratul 'Ain berkata:

    sebaiknya begitu.. (merujuk kepada komen aireensamirah). menulis untuk menyampaikan dan berkongsi buah fikir dari sudut pandang penulis tentu saja tujuannya bukan sekadar menyampaikan (betul x?). maka tersangatlah baiknya jika diberikan sedikit pnjelasan tentang istilah2 yang digunakan agar dapat difahami smua segala apa yg ingin disampaikan…

    sekadar tambahan kepada komen dan saran saudari aireensamirah🙂

  7. Maresa berkata:

    Assalamu ‘Alaikum Wr. Wb.

    Boleh minta izin untuk memakai gambar di post ini untuk my Facebook app (Qur’an Recitation Companion / http://www.facebook.com/apps/application.php?id=146191825396615 ) ?

    Terima Kasih.

  8. Akmal Hakim berkata:

    Heh, dipersilakan.

  9. riana berkata:

    banyak lagi perkara yg prlu d pelajari, mngenai ilmu dunia n akhirat. tp sy stuju dgn pendapat penulis, ianya dpt merasai stuasi pembelajaran n keluarga yg d kmpung memahami adat merantau kerana berjihat utk ilmu n ms hadapan. walaupun da rs rindu pd fmly d kg..hanya doa n khabr berita melalui web sosial n talifun ianya ckup bg sy utk mndapat khabar berita. harap dgn berkhat ibu bapa sy disini.. dpt mmberi kejayaan d ats keizinan Allah S.W.T. Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: