Episod 62 : Kaki Bangku Bukan Aras Tanda Kalah

“Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah….” (Hadis Riwayat Muslim)

pc060706

Semalam, 21hb Januari 2009, Selesai solat Isya’.

Satu perlawanan futsal dalam hisbah Khalid Al Walid telah diadakan di padang CFS IIUM. Perlawanan antara 5 lawan 5 mengikut setiap bilik. Pada awalnya saya hanya ingin jadi ‘cheerleader’ untuk pasukan bilik saya. Malangnya, keadaan mengasak untuk saya bermain sama. 3 orang dari bilik saya tak dapat bersama, jadi, nak tak nak saya terpaksa bermain sama!

Menyuruh saya bermain futsal ibarat menyuruh kambing panjat pokok. Saya dengan bola ada tragedi hitam yang membuatkan saya langsung tidak suka pada bola. Sewaktu saya kecil, saya sangat meminati menonton cerita kartun Pokémon namun, selalunya ketika saya ingin menonton, abah selalu tukar siaran ke siaran bola sepak hingga gagal menonton kartun kegemaran itu. Sejak itulah saya mula membenci bola sepak.

Saya sudah mula gelabah dan risau. Saya yakin yang memang saya tak boleh lakukan. Bagaimana nak suruh gajah yang tidak pernah berlatih beraksi di sirkus? Itulah analoginya saya ketika itu. Ketika saya berada di luar bersama peserta-peserta lain yang belum masuk ke gelanggang, Rafik, classmate saya datang bertanya,

“Kau tak main ke?”

“Entah..”, balas saya sempoi sambil tersengih.

“Lepak ah.. Aku pun bukannya pandai pun sepak bola. Main ni tak payah serius pun. Sempoi-sempoi aje..”, terang Rafik.

“Ni pengalaman kat CFS ni. Main macam kita berekreasi je..”, sambung dia lagi.

Perlawanan pertama bermula. Saya hanya menganggap perlawanan kali ini hanya satu permainan yang biasa-biasa, tenang dan ukhwah antara sahabat sebilik. Nyata saya hampir tidak percaya. Saya tak pernah berfikir yang kumpulan kami akan menang, 1-0!

Saya mesej kepada Abdul Farez ,

“Kita menang”

“Ye ke?brapa?ko tipu nie..”

“1-0. Afiq gol kan”, balas saya.

“Wah, hebat.. Just dengar macam yang aku cakap..Tulah tanda kerjasama.. Ko cuba yang terbaik..”,

Nasihatnya yang ringkas. Dia agak sibuk dengan tugas FSCC nya, menguruskan tabung sedekah untuk seorang saudara dari CFS IIUM Nilai Campus yang kemalangan hingga menyebabkan 3 ahli keluarganya terkorban. Diberitakan abang, emak dan ayahnya meninggal kecuali dia seorang. Sekarang hanya tinggal tiga beradik.

Shaifuddin dan Syed, dua-dua ada di luar kampus kerana hal keluarga masing-masing.

Permainan ke-2 saya tidak bermain. Syed dah kembali ke CFS dari luar tadi bermain sama. Perlawanan kali ini pada awalnya sangat sengit. Semuanya terima kasih kepada Afiq, rakan sebilik yang paling kuat tergelak, rupanya pemain futsal handalan, berjaya membantu perjalanan permainan futsal ini hingga kami dapat skor 3-0 untuk permainan ke-2.

Jarak masa antara perlawanan ke-2 dan ke-3 tidak begitu lama. Kali ini saya masuk kembali ke gelanggang.

“Kim, ingat, kali ni saing kita susah sikit..”, kata Adib Farhan, rakan sebilik yang Hafiz quran yang memegang posisi keeper.

Saya hanya mengangguk.

Perlawanan bermula. Kali ini sangat sengit. Masing-masing mengelecek bola dengan begitu laju. Kali ini pesaing kami daripada kursus kejuruteraan, badan besar-besar. Mereka mengelecek bola sampai saya sendiri gagal merampas.

“Poof!”, satu sepakan padu ke arah keeper, Adib. Ajaib, bola yang sampai sebegitu laju pun Adib sambut dengan sempoi-sempoi. Boleh tergelak lagi. Kelihatan orang luar gelanggang yang pro kami pun turut geli hati melihat gelagat Adib.

“Ayunya ambik bola!..”

Perlawanan bersambung lagi. Pihak lawan kelihatan begitu provokatif. Afiq selalu jadi mangsa sepakan bola sehingga kakinya sakit. Sekali, bola sampai tinggi sampai di hadapan saya. Dengan kagumnya saya menanduk bola, tapi tak kena. Rakan-rakan di luar sana bersorak perli. Haha.

Alhamdulillah. Mujur kami menang lagi. 3 permainan berturut-turut tanpa sebarang gol yang masuk ke gol kami. Walaupun saya tak banyak membantu, bagi saya ini satu pengalaman yang manis. Saya agak berbangga kerana Afiq puji saya ‘passing bola’ dengan cukup baik (walaupun saya malu tanduk bola tak kena). Haha.

Saya belajar sesuatu. Rupa-rupanya main bola ini tidaklah yang saya fikirkan. Ia melibatkan wakil yang mempertahankan ‘maruah’, yang berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan, dan yang menyerang untuk mendapatkan kemenangan. Ia seolah-olah satu strategi peperangan.

Teringat pesan Ustaz Muaz ketika saya menyertai pertandingan forum di sini, “Menang bukan keutamaan sebab kita bukan nak lahirkan pemenang tapi nak lahirkan orang yang berilmu, bijak & pantas berfikir..”

Tidak ada pun dalam fikiran KAMI yang kemenangan itu berpihak pada kami. Kami tidak fikirkan kemenangan, tetapi apa yang kami fikirkan adalah, KEBERSAMAAN BERMAIN UNTUK BILIK 306!

Permainan disambung hari ini. Adakah kami akan menang lagi?

One Response to Episod 62 : Kaki Bangku Bukan Aras Tanda Kalah

  1. aireensamirah berkata:

    salam..
    hehe..
    tahniah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: