Episod 60 : 7 Identiti Untuk Mengubah Palestin

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim”(Surah Al-Baqarah : 193)

demo1Sekadar Gambar Hiasan

Jika semalam Universiti Islam Antarabangsa cawangan Petaling Jaya meluluskan pelajar untuk mengadakan demonstrasi raksasa, nampaknya jelas sekali kita, orang-orang Islam sudah buntu memikirkan penyelesaian untuk saudara kita di Palestin sana. Tak serik-serik berdemonstrasi sedangkan cara ini tak pernah pun Rasulullah ajar. Belum pernah lagi ada dalam sejarah Islam kita kuat berdemonstrasi, melainkan setelah agenda politik India, yang dipopularkan oleh Mahatma Gandhi.

Bertalu-talu mesej sampai untuk mengajak berdemonstrasi di sana. Ada yang katakan ia satu perkara yang wajib. Ada yang katakan ia adalah jihad. Memang tidak dapat dinafikan, jumlah yang hadir sangat ramai, semestinya kerana demonstrasi dijadualkan selepas solat Jumaat.

Saya bukan seorang pendemonstrasi dan tidak menerima diri saya untuk berdemonstrasi. Saya memilih untuk tidak menyertai.

Tetapi ada juga pihak yang tidak senang, kononnya saya tidak prihatin dengan isu Palestin. Mudah sekali orang menilai jihad. Orang yang teruk, tak solat lima waktu, merokok dan sebagainya dikira berjihad jika sertai? Rata-rata yang datang berdemo itu sendiri seperti itu, kerana imej demonstrasi itu sendiri berbaur agresif!

Demonstrasi mudah dilaksanakan kerana ia TIDAK melibatkan akidah. Cubalah kalau demonstrasi ini disertai dengan solat hajat, doa, zikir barulah relevan!

Kejayaan demonstrasi diukur pada bilangannya bukan kesannya. Saya mencabar, jika benar kita nampak kesan yang cukup baik, kita sahut cabaran pendeta Yahudi, kita akan adakan demonstrasi SELEPAS SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH, bukan taktik dongeng selepas solat Jumaat. Itu barulah gementar Yahudi!

Namun di sini, tidaklah bermaksud saya menentang habis-habisan berdemonstrasi. Ada perlunya demonstrasi ini sebagai membuktikan kita umat Islam seluruh dunia bersuara di kaca media. Tetapi janganlah pula orang yang membawa sepanduk bantahan sendiri melebih-lebih seolah-olah dia rakyat Palestin.

Sebab itulah kata saya dalam episod yang lepas, berdemonstrasi tidak cukup. Ia hanya satu bentuk kecaman.

Jika demonstrasi adalah satu kecaman dari hati, maka kita seharusnya mencegah. Dalam episod ke 59 yang lepas, saya ada menulis tentang menjauhi dan memboikot barangan Yahudi. Mungkin dengan cara ini kita boleh lumpuhkan ekonomi Yahudi. Lihatlah laporan dari http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat.

Kita perlu bukan sahaja perlu mengecam dan mencegah, bahkan kita perlu mengubah dunia ini. Jika mengubah dunia itu satu strategi, ini 7 kelengkapannya:

#1 ON BEING A MUSLIM SUCH UMAR AL KHATTAB

Jika benua antartika adalah benua yang diliputi penuh dengan ais, tiba-tiba iklim dunia berubah, ais itu cair menjadi dataran. Tetapi, cairnya ais itu bisa menenggelamkan pulau-pulau di serata dunia, itulah digambarkan identiti UMAR.

UMAR mempunyai watak yang sangat keras, agresif dan begitu sombong. Tak sangka ketika jahiliah, dia sanggup menanam anak, membunuh dan sebagainya. Tetapi, acuan Al-Quran mereformasi jiwanya menjadi identiti yang sangat unik dan sangat dikagumi.

Sehingga satu saat Rasulullah pernah berkata “Sekiranya ada nabi selepas aku, UMAR adalah orangnya”

Lihatlah, berapa banyak wilayah yang telah dikuasai Islam kerana sumbangannya!

Biarpun kita pernah jadi jahat, tidak berperikemanusiaan, Allah itu penerima taubat. Malah dengan perubahan itu kita bisa mengubah dunia. Semuanya akan berlaku JIKA BENAR-BENAR BERPEGANG DENGAN AL-QURAN.

Identiti UMAR adalah buktinya.

#2 ON BEING A MUSLIM SUCH OTHMAN AFFAN

Mengingati sejarah perjuangan sahabat sedikit sebanyak dapat mencontohi mereka dari aspek metodologi dalam mengubah iklim dunia. Bayangkan, dunia arab adalah satu-satunya negara yang mempunyai ramai penduduk walaupun sumber air tidak banyak berbanding dengan seluruh peradaban dunia. Tetapi, bumi inilah yang membuka tingkap dunia hingga membawa perubahan sehingga hari ini, kerana datangnya Islam.

Saya membawa satu identiti sahabat, identiti OTHMAN iaitu identiti bangsawan berjaya yang zuhud. Hampir setiap perang bersama Rasulullah, beliau menyumbangkan unta-untanya dengan bekalan makanannya. Menariknya, kekayaan OTHMAN tidak pun terjejas malah perniagaannya sentiasa berkembang.

Pernah Rasulullah bertanya, satu ketika ketika OTHMAN membelanjakan harta yang sangat banyak untuk satu peperangan, “Apakah yang kau tinggalkan untuk anak isterimu?”

“Aku tinggalkan mereka Allah dan Rasul-Nya”

Menjadi identiti OTHMAN adalah orang yang beridentiti bangsawan, dan agen utama penyumbang kekuatan  senjata dan harta untuk kemenangan orang Islam. Wujudkah manusia yang sekaya Bill Gates yang boleh mendermakan harta untuk tujuan peperangan? Wujudkah manusia sekaya Donald Trump yang zuhud?

#3 ON BEING A MUSLIM SUCH 3 GREAT WARRIORS OF MU’TAH

Satu ketika, seramai 3,000 tentera Islam berada di satu gunung menghadap tentera Rom Byzantine yang jumlahnya tidak kurang 200,000. Umat Islam ketika itu begitu cemas dengan kuantiti yang sangat sedikit. Namun begitu, peperangan ini begitu penting kerana arahan Rasulullah demi menebus kematian seorang sahabat yang dihantar untuk menyebarkan dakwah di wilayah Ghassan, wilayah jajahan Rom.

Rasulullah bertindak  melantik tiga orang panglima Islam dengan Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua panglima, Ja’afar ibn Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja’afar sekiranya Ja’afar terkorban.

Dahulu, ketika peperangan darat berlaku, panji adalah dikira sebagai maruah dan penentu kalah menang dalam sesebuah peperangan.

Peperangan itu berlaku dengan dengan begitu sengit. Benarlah kisahnya, sabda Rasulullah itu benar. ZAID terkorban dalam peperangan, digantikan dengan JA’AFAR, menyahut panji yang dipegang ZAID. ABDULLAH RAWAHAH yang menggantikan JA’AFAR setelah JA’AFAR syahid turut terkorban.

ZAID adalah orang yang paling dicintai nabi. JA’AFAR adalah orang yang dihantar sebagai utusan ke Habsyah. ABDULLAH pula adalah sahabat yang dikenali sebagai pemegang amanah terulung. Akhirnya semua syahid.

Bilangan tentera yang sedikit itu tidak menggentarkan langsung panglima yang diamanahkan sebagai orang yang menguruskan tentera. Kuantiti tidak menentukan kualiti. Jika hari ini umat Islam yang ramai, ketua negara atau pemimpin masih takut, nampaknya kita masih di alam fantasi.

Apakah kesudahan cerita pahlawan 3 serangkai ini setelah terkorban?

#4 ON BEING A MUSLIM SUCH KHALID AL WALID

Jika hari ini umat Islam seluruh dunia sibuk berdemonstrasi, orang-orang Yahudi mengatur langkah berperancangan baru. Jika perang darat tak seronok, maka mereka menukar alternatif bom. Jika bom kurang menarik, maka mereka menggunakan fosforus. Malah yang terkini, ingin sembelih rakyat pula. Perancangan demi perancangan yang tidak berperikemanusiaan berlalu.

Sekarang di Malaysia sibuk pula isu politik dan isu tadika yang entah apa kejadahnya. Hakikatnya kita kurang berperancangan meskipun kononnya kita prihatin!

Jika peperangan yang terdesak seperti perang Mu’tah itu berlangsung dengan kematian tiga panglima, maka penggantinya, KHALID.

Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. KHALID berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.

Selepas itu, KHALID bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.

Inilah identiti yang sebenar, berstrategi dan taktikal ketika keadaan darurat. Bukan berdemonstrasi tak habis-habis.

#5 ON BEING A MUSLIM SUCH  UMAR ABDUL AZIZ

Jika hari ini Afrika menjadi negara amat miskin, maka Islam yang pernah diduduki dahulu menjaga umat yang paling kaya di sana.

Yahya ibn Said (salah seorang gabenor ketika pemerintahan Umar ibn Abd Aziz) menceritakan pengalamannya

“Umar ibn Abd Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi zakat. Lalu kucari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya”

Pemimpin Bani Abbasiyyah mengatakan

“Kami dapat menandingi kerajaan Bani Ummaiyyah dalam semua hal kecuali 4 perkara. Salah satunya ialah tiada orang seperti Umar ibn Abd Aziz dari kalangan kami buat selama-lamanya”

Kekuatan ekonomi adalah amat penting. Saudara kita seakidah kita sedang melancarkan jihad bertarung nyawa. Mencari satu tanggungjawab bagi kita untuk melancarkan sepenuh-penuhnya jihad ekonomi.

“Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.” -Umar Abdul Aziz

Identiti UMAR ABDUL AZIZ adalah orang yang bersih hatinya. Identiti UMAR ABDUL AZIZ adalah orang yang memperjuangkan ekonomi Islam. Sampai manakah kita prihatin terhadap ekonomi kita?

#6 ON BEING A MUSLIM SUCH SALAHUDDIN AL-AYUBI

Jika hari ini, umat Islam menyalahkan pemimpin Arab kerana tidak bijaksana menangani isu Palestin, itu adalah satu kesilapan yang besar. Siapakah bangsa Arab? Arab bukan bererti bangsa Islam. Hakikatnya kini kita tak ada masa lagi nak menuding jari siapa-siapa yang salah.

Ketika Palestin dalam dilema oleh tentera Salib, SALAHUDDIN yang berbangsa Kurdis datang menyelamatkan dunia Islam dengan perancangan dan strateginya. SALAHUDDIN diasuh sejak kecil tentang ilmu peperangan. Kini setelah besar dia menjadi harapan besar untuk mengambil kembali wilayah Islam.

Dalam  setiap siri peperangannya, beliau tidak pernah pun gopoh dalam bertindak. Lihatlah akhirnya ramai wilayah jajahan Islam ketika itu yang tidak beragama Islam turut memberi sokongan kepadanya.

Identiti SALAHUDDIN tidak berbangsa Arab meskipun menyelamatkan Palestin yang ramai penduduk Arab. Identiti SALAHUDDIN adalah orang yang diasuh untuk satu matlamat yang besar. Ibu bapa sepatutnya melatih anak-anak tentang kesedaran bukan hanya pelajaran. Dan lihatlah, tindakan SALAHUDDIN tidak pernah gopoh hingga berjaya membebaskan Palestin di tangan tentera Salib.

Sabda Rasulullah:

“Tergopoh-gapah datang dari Syaitan sedangkan berhati-hati datang dari Allah”

#7 ON BEING A MUSLIM SUCH MUHAMMAD AL FATIH

Jika Rasulullah bersabda;

“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.

Ramai sudah cuba merealisasikannya tetapi gagal. Sayidina Umar, Harun Ar-Rasyid, Khalifah Makmun dan mahupun Sultan Murad II. Kelahiran seorang anak, MUHAMMAD AL-FATIH telah memberikan sinar cahaya untuk merealisasikan sabda Rasulullah ini.

Peperangan demi peperangan meletus. Strategi demi strategi berjalan untuk pecah masuk tembok Constantinople. Yang paling menarik, ‘idea gila’ seperti yang dikatakan oleh penulis sejarah, MUHAMMAD menjadikan darat sebagai laluan Kapalnya.

Constantinople telah ditakdirkan akan ditawan. Identiti seperti MUHAMMAD AL-FATIH mahukan sabda Nabi berlaku pada pemerintahannya. Dia inginkan bahawa memang tentera dialah sebaik-baik tentera. Kenapa tidak kita? Jika memang benar Islam itu pasti berjaya, kenapa tidak kitalah yang memastikan ia berlaku pada zaman kita? Tidakkah kita mahu melihat kemenangan Islam itu di mata kita, atau kita mati dengan menyaksikan kekalahan Islam di tangan Yahudi?

Jika di tebing Gaza itu dikeliling tembok konkrit tinggi tu, sudah tentu kita boleh menerobos masuk memecahkan tembok itu dengan senjata. Tak perlu takut jika Yahudi berpakat dengan bangsa-bangsa bersatu. Constantinople sendiri memanggil tentera pakatan membantu mengalahkan tentera Islam ketika itu.

Jika ketika itu idea MUHAMMAD AL-FATIH dengan mengalihkan kapal perang mengikut jalan darat, kenapa tidak kita mempunyai idea gila. Tak payah susah-susah nak jadi pereka bom nuklear. Saya tertarik dengan cita-cita Adi Putera, adik genius Malaysia kita. Dia bercita-cita untuk mencipta satelit Islam yang menggunakan kod Al-Quran. Bagi saya elok tambah lagi, cipta satelit untuk mengalihkan peluru-peluru berpandu bertukar koordinat, berpatah balik ke tempat serangan!

Jadilah identiti MUHAMMAD AL-FATIH sebagai contoh hari ini.

Orang kafir akan terus menghina kita. Ingatlah dalam Al-Quran ada menyebut;

Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: “Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami, bahkan kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang dusta.”(Surah Huud : 27)

Inilah masa membukti kita tidak berdusta. Inilah masanya membuktikan kita LUAR BIASA.

Mungkin apa yang saya tulis tidak cukup atau tidak banyak. Saya hanyalah meneliti dari sudut sejarah. Jika ada kekurangan, silakan menambah di bahagian komen. Jika saya tersilap, betulkan.

Wallahu a’lam, saya menasihati diri sebelum orang lain.

15 Responses to Episod 60 : 7 Identiti Untuk Mengubah Palestin

  1. nurazah fathirah berkata:

    xtraoddinary
    sungguh ada gambaran!!
    amat berani..
    kita lihat respon di bawah nanti..

  2. ixoramerah berkata:

    Sememangnya manusia gemar melihat dan menilai melalui penampilan luaran.
    begitulah dalam kes demonstrasi ni.Ramai yang nampak seperti itu satu tanda penentangan yang hebat bila semakin ramai yang menyertainya pada hal itu hanya membazir masa dan tenaga.
    Saudara,saya hormati pandangan saudara.
    Biarlah protes ini tak tampak jelas dek dunia tapi Yang Satu itu Maha Mengetahui bisikan hati hamba-hamba-Nya…
    Titisan air mata kala mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di sana lebih berharga daripada titisan keringat insan-insan yang berdemonstrasi tak tentu hala.
    Teruskan usaha!

  3. saqeena berkata:

    salam..
    artikel yang saya kira sangat bagus.tahniah!banyak benda baru yang saya belajar dari membacanya…moga Allah swt merahmati usaha saudara…

    *hakikatnya bukan senang nak me”minda”kan pemikiran orang islam pada akhir zaman sebegini..bersama2lah kita mendoakan yg terbaik..insyaAllah…

  4. thaaqhib berkata:

    ada sebuah bangunan yang ingin di bina. Rangkanya telah mendapat anugerah sebagai reka bentuk terbaik dunia. Juru arkiteknya memang tersohor lagi terhnadal. Juru tera perancangan dan konsultansinya juga bukan calang-calang. Satu kertas kerja sudah siap dibentang. Lulus. Kerajaan negeri memberi bantuan penuh dan menyokong 100%. Bangunan yang sedang dirangka dan sedang di bina ini sudah mendapat liputan luas. Memang hebat

    sudah upacara pecah tanah dan hari bekerja akan bermula esok.

    hari ini hari bekerja. hari permulaan utk gembelengan tenaga membina bangunan idaman tersebut. semua mata tertumpu kepada kumpulan pekerja yang diharap-harapkan itu. masuk satu satu.

    satu-satu masuk. pertama pakmat, tukang buat kopi. kedua amir, tukang lap tingkap. ketiga hasan, pengangkut sampah, keempat, kelima, keenam… keseribu duaratus enampuluh satu.. cik tipah, peniaga kantin pekerja. Eh? mana pekerja binaannya?!! semua yang datang penuh semangat, tetapi bukan bekerja sebagai pekerja binaan. Aih! camna ni.. camna nak bina bangunan tadi!!??

    La, ape dah jadi ni!!

    Begitulah analogi keadaan diri saya apabila memikirkan, adakah saya sedang membantu membina islam.?~SAYA!! anda?

  5. amierwan berkata:

    tak salah untuk kita obsesif dengan demonstrasi, dengan syarat kita mesti betul2 faham dan tahu apa yang kita demonstrasikan.

    nama pun ‘demonstrate’, ekspresi perasaan kita terhadap sesuatu isu. tapi kita kena faham dan ambil tindakan terhadap apa yang kita demonstrasikan.

    jangan balik demonstrasi tido atas katil, main game & lepas tu tengok movie. dahla tu software game+ producer movie yang dilayan tu sume sekutu Israel, Fox International, Buena Vista.

    Nak lawan Israel mane bole sorang2. kena bersatu. mesti berjamaah. Ikut demonstrasi tapi usrah jamaah tak nak ikut satu masalah juga. Apatah lagi yang berdemo selesa dengan hidup nafsi-nafsi. Sibuk dengan urusan peribadi. Pastu demo lagi. Takde sumbang kat Islam satu sen pun.

    Itulah, apepun akan berbalik kepada diri kita juga. kita sesama muslim, elakkan prasangka dan sengketa. yang lebih baik kita mengkritik untuk mengukuhkan kasih sesama kita. Jangan lihat kita semua berbeza, bukankah kita punya matlamat yg sama.

    Mari kita buang rasa ego dan hebat. InsyaAllah kita sama-sama menuju ke arah objektif yang satu-membangunkan diri, jamaah dan masyarakat ke arah jihad.

  6. MELOR berkata:

    saya amat sukakan enulisan tuan. harap ia menjadi medium jihad alaf baru. Apa lagi yg mampu kita lakukan selain menulis? Penulisan sangat tajam dan penting, tp apa lagi melayu blh buat?

    hara tuan boleh cadangkn kemana bantuan kewangan dapat disalurkan, byk badan2 kbjkn yg tdk berdaftar dan tdk tahu kbnrannya

  7. ahmadi taufiqi berkata:

    Assalamualaikum hakim..bg abg, satu pandangan yg berani..bagus untuk kita luahkan perasaan mcm tu..tapi, abg rase ade benarnye kate2 dan pandangan dari abg hazwan..x salah untuk kita obseb berdemonstrasi, tapi kita kene tau ape matlamat, visi dan objektif kita buat demonstrasi..memang betul ape yg hakim kate, demo ni x der pun time zaman rasulullah,bukankah kita tau bahawa islam tu bersifat anjal..islam tidak tetap hanya untuk satu zaman saje..tapi sesuai mengikut zaman sendiri..setiap org berbeza dan x sama hatinya..itulah hakikat kejadian manusia..ade yg rase dia suka untuk sentiasa panjatkan doa kpd Allah, dan ade yg suka melahirkannnya dgn cara berdemo..kan bagus kalau dua2 aktiviti ni kita dapat lakukan bersama..ape yg ALLAH mahukan dari kita bukanlah hasil semata-mata, tapi usaha yg kita lakukan ke arah itu..sekadar pandangan dari abg..

  8. nurazah fathirah berkata:

    Saya pernah sehaluan berfikiran sebegini.. Tapi, isu ini mungkin tak sesuai untuk diperdebatkan…Apapun, tahniah kerana sentiasa berani menyuarakan pendapat dan saya sentiasa menghormati anda. Salam alaik..

    Demonstrasi sememangnya tiada kesan efektif dan berpanjangan dalam membantu rakyat Palestin terutama di Gaza melainkan anda menghantar surat bantahan kepada kedutaan Amerika. Memandangkan fokus isu kali ini ialah DEMONSTRASI, saya hanya akan berkata tentang isu DEMONSTRASI sahaja ya…

    Apabila orang ramai berdemonstrasi…Mereka yang buta, rabun atau kabur-kabur penglihatan secara tak langsng akan terus menoleh dan menyaksikan apa yang sedang berlaku sehingga demonstrasi giat diperjalankan… Biasalah manusia,, bila nampak orang ramai ashik dengan sesuatu perkara, mereka akan turut serta nak peduli. Hakikatnya, melalui medium inilah mereka dapat sedar akan keseriusan isu Gaza dan secara tak langsung, mereka akan lebih prihatin terhadap isu semasa yang berlaku serta bertindak melakukan langkah-langkah bagi membantu Palestin jika mereka betul-betul prihatin!!

    Maka, faedah demonstrasi ini ialah untuk rakyat Malaysia itu sendiri. Terutama saudara-saudara kita yang tenggelam dengan dunia masing-masing. Inilah medium dakwah. Mereka akan mendapat maklumat serta nasihat-nasihat ketika ucapan demonstrasi dijalankan. Akhirnya, mampu menyedarkan manusia yang tidak pernah prihatin. Tak silap saya, pergi berdemo pun ada mengaminkan doa kan?

    Akhirnya, surau kita mula dibanjiri dengan penduduk-penduduk taman kerana mereka udah sedar, cara nak membantu Palestin ialah dengan melakukan solat hajat, infaq dan berdoa. Kan bagus bila bersatu… Perkara yang sama juga akan berlaku dalam konteks memboikot. Kenapa boikot sendiri2? Ajak yang lain!!

    Hehe..Maaf jika saya berfikiran kanak-kanak… Masih mengkaji~~

    Ok, salam😉

  9. thaaqhib berkata:

    selit

    [ini fakta] di palestin, kanak2, remaja, belia yang membaling batu melawan tentera israel adalah terdiri daripada generasi yang telah dibentuk dengan kefahaman ttg perjuangan mereka dari kecil lagi. tiptop gitu.

    [ini juga fakta] di mesir, warga2 yang keluar berdemonstrasi jalanan terdiri dari golongan yang dididik dengan kefahaman islam yang amat baik. dan bukan saja-saja berdemonstrasi. Sebab itulah, demonstrasi ala-mesir ada aura.

    [fakta lagi] Di indonesia, kuasa demonstrasi yang dipimpin ketua mereka menitik beratkan penglibatan warga2 yang faham dan mengamlkan kefahaman islam mereka dengan sebenar. Kuasa demonstrasi tersebut beberapa kali menggugat keputusan dunia.

    [ini juga termsuk dalam fakta] di malaysia, bukan semua yang berdemonstrasi itu mengamalkan kefahaman yang jitu. Mungkin tak salah jika dikategorikan sebagai pendokong semangat sahaja. Malaysia perlu sedikit masa lagi utk menjadi seperti contoh2 di atas.

    Semoga kita semua terus bekerja memahamkan diri dan kawan2 dengan ISLAM yang jitu.. agar dunia cepat sedar bahawa kita juga berkuasa.

  10. senikehidupan berkata:

    Terima kasih semua yang memberikan komen yang cukup membina, nilai tambah kepada entri kali ini.

    Agar tidak salah faham, saya tidak menyalahkan demonstrasi, mahupun pendemonstrasi, ataupun metodologi demonstrasi. Cuma saya sahaja yang tidak mengikuti demonstrasi.

    Sahaja saya letakkan hal demonstrasi ni untuk sentuh sikit border line pembaca supaya dapat berikan tindak balas terutamanya yang berdemonstrasi. Dah tentulah yang makan cili, akan terasa pedasnya kan? Jadi, kita nampak sebenarnya tak kiralah demonstrasi itu bawa kesan yang baik atau buruk, ia tetap ada manfaat walaupun alternatif lain ada manfaat lebih besar.

    TETAPI

    semuanya bergantung pada mana kita letakkan demonstrasi itu. Adakah kita demonstrasi AKAL atau demonstrasi PERASAAN? Jika memandang pada AKAL maka ianya akan memberi KESEDARAN. Jika memandang pada PERASAAN, maka ia tak ubah apa-apa melainkan KEPUASAN.

    Wallahu a’lam

    p/s : memang tak dapat update dalam minggu ni sebab terlampau-lampau sibuk..

  11. nurazah fathirah berkata:

    Errm..yerp..

    BERTINDAK MENCARI KESAN YANG EFEKTIF DAN BERPANJANGAN..
    BERTINDAK MENGGUNAKAN AKAL BUKAN EMOSI..
    Syukran

    Wallahua’lam~~ 🙂

  12. ahmadi taufiqi berkata:

    assalamualaikum..betul ape yg hakim katakan tu..ang setuju..yg patut dipersalahkan bukan metodologi demo tu sendiri, tetapi sifat dan sikap pendemo sendiri yg x tahu nak kawal emosi..wallahu’alam

  13. hamba dhaif berkata:

    Assalamu’alaikum..,

    sokong pas..

  14. hamba dhaif berkata:

    demonstrasi juga penting sbg wasilah bagi kesedaran kepada orang yang xksah atau buat2 xksah tentang sesuatu isu yang diperbahaskan/diperbincangkan…
    so,janganlah kritik mende2 baik ni..klu kata ad diorang xsolat, ape salahnya dia nk buat mende baik nie,mdah-mdahan Allah nilai n bagi hidayah kt diorang..anta blajar fim?syarat2 nk dapat hidayah..
    so,resolusi..optimistik..husnuzZhon…

    tq..

  15. muara berkata:

    Kalau tak nak demo , jangan perlekehkan orang yang nak…

    Tapi kalau demo sekurang-kurangnya merka diluar sana, tahu apakah cerita disebalik demo itu.. dan perubhana nya ada seperti juga saudara sendiri yang katakan lebih ramai dari sebelum ini! itulah pentingnya mnedia yang memainkan peranan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: