Episod 59 : Duit Darah

Panas hangat berita saudara Palestin masih lagi tidak dapat memberi saya semangat untuk menulis tajuk lain. Kelihatan juga majoriti dari blogosfera begitu ghairah menulis tentang Gaza hari ini. Tahniah pada semua blogger. Mungkin tinta Palestin telah membasahi ruang multimedia, kini kawasan itu dahagakan tindakan. Tindakan saudara-saudara seakidah di luar wilayah suci itu. Adakah kita menyumbang JASA atau kita mengundang BINASA.

 

card28


Memikirkan Yahudi hari ini memperlihatkan suatu perkara yang telah menjadi kebuntuan kita. Hari ini, barulah kita sedar bahawa kita sesudah kita ‘terhantuk baru terngadah’. Kini beginilah lukisan Palestin yang diwarna oleh rejim Zionis itu. Memang benar umat Islam seluruh dunia marah, tapi nampaknya barulah ketika ini KITA terhegeh-hegeh nak buat macam-macam untuk selamatkan saudara seakidah kita di sana.

 

Kenapa bila kapal hampir karam, kita barulah sibuk nak melantik AJK-AJK untuk selamatkan diri? Beginilah analoginya.

 

Inilah hakikatnya bahawa sebenarnya kita telah ditegur Allah secara halus. Mungkin kita perlu muhasabah tindakan kita hari ini. Kita sebenarnya kehilangan kekuatan ekonomi. Malah yang lebih teruk lagi, kita sendiri membantu ekonomi musuh sendiri. Rupa-rupanya duit yang sampai ke Mc Donald, Kleenex, Cadburry, Nestlè ditapis menjadi DUIT DARAH.

 

Saya belek-belek Al-Furqan mencari makna yang sebenar,

 

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), karena (membela) orang-orang yang khianat (Surah An-Nisa’ : 105)

Kekuatan perancangan Yahudi memang tidak dapat dinafikan satu perancangan yang sangat rapi. Ini baru agenda ekonomi. Mereka dapat kekuatan ekonomi daripada bantuan Amerika Syarikat, dan negara-negara bersekutu. Mereka mempunyai agensi-agensi jutawan Yahudi yang gigantik, akhirnya menghulurkan duit darah kepada ketenteraan Yahudi. Ini belum cukup kukuh melainkan bantuan daripada musuh mereka, siapa lagi kalau bukan kita. Nah, Allah memberi teguran lagi sekali!

 

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih,(Surah At-Taubah : 34)

Bagi saya tidak cukup kalau kita membawa tabung derma sekeliling dunia meminta menghulurkan bantuan kepada Palestin. Apakah ertinya kita berikan huluran untuk kemampuan mendapatkan bekalan makanan sahaja? Agaknya kita bersifir untuk biarkan mereka panjang hidup, menunggu masa untuk dibom? Bagi saya mereka sedikit pun tidak hairan dengan BELAS KASIHAN KITA. Tetapi pada hakikatnya mereka memerlukan BELAS PERJUANGAN KITA setaraf dengan mereka.

Sepatutnya bantuan ekonomi terhadap mereka adalah senjata-senjata dan unit pertahanan setaraf dengan apa yang kita hulurkan pada Mc Donald, Nestle dan lain-lain. Tetapi adakah kita mempunyai satu syarikat multinasional setaraf itu?

Setakat mana kita memahami erti zuhud? Adakah zuhud membawa pengertian kita meninggalkan kekayaan dunia dan fokus hanya kepada akhirat? Sekali lagi jawapannya ada di dalam Al-Quran,

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah : 111)
<!–[if !supportLineBreakNewLine]–>
<!–[endif]–>

“Biarlah kita mempunyai harta seluruh dunia pun, tetapi harta itu tak melalaikan kita kepada Allah, akhirat, itulah zuhud”, terang Ustaz Muaz.

 

Zuhud memberi makna yang mendalam tentang ekonomi yang sepatutnya dipegang orang mukmin. Andainya kita berjaya memegangnya setaraf dengan ekonomi zaman khalifah, zaman Abasiyah sehingga mampu mencapai kekayaan wilayah Islam persis zaman Umar Abdul Aziz bukankah lebih baik? Kita tak sepatutnya membiarkan agama lain lebih terkedepan dari sudut ekonomi meninggalkan kita terbelakang. Sebab itu Umar Al-Khattab pernah berkata,

 

“Berusahalah kamu bersungguh-sungguh seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok.”

 

Jiwa muslim, adalah jiwa yang dijanjikan Allah sebagai jiwa yang beruntung.Kita memakai jenama yang paling berkualiti, mahal dan sangat di pandang tinggi. Seperti jenama kasut CONVERSE, tetap mahal biarpun ada sebahagian reka bentuk tidak menarik dan lapuk. Namun, inilah imej kita, tidak meningkat, kalah promosi, prosaik dan tidak kompeten akhirnya dibiarkan disabotaj oleh jenama ciplak yang berusaha untuk mendepani kita.

 

Mungkin penulisan hanya dibaca oleh lingkungan umur saya. Sekurang-kurangnya, saya memprotes diri saya untuk membeli lagi apa-apa yang pernah menjadi jenama yang saya minati, produk Yahudi.

 

Saya menasihati diri saya dan orang lain, marilah kita memulakan anjakan paradigma untuk kukuhkan kekuatan ekonomi. Ekonomi sistem kapitalisme nyata gagal. Adakah kita bangkit mempromosikan ekonomi sistem Islam sebagai yang terbaik? Kita mampu men jawab sendiri andai kita bersedia menjadi agen pengubah dunia.

 

Wallahu a’lam.

5 Responses to Episod 59 : Duit Darah

  1. Izzah berkata:

    Salam..
    Yup!! thanx for writing something that is quite same with what is in my mind..

    Kadang2 pernah terfikir, sampai bila hanya bantuan makanan n ubat sahaja yg diberi (itu pon x tau sampai ke tidak.. Lagipun pintu utama ke Gaza ditutup oleh pemimpin negara Islam sendiri.) Bila ya akan ada seseorang yg bakal memimpin seluruh umat merampas kembali apa yg sepatutnya dirampas..!!(sehingga umat Islam x lagi bergantung kpd musuh2 mereka!!) Ayuh!! bangkit wahai umat..! Bersungguhlah dlm apa jua bidang yg anda ceburi..!!

    Juga, mari sma2 berusaha memboikot barangan Israel utk melemahkan ekonomi mereka seterusnya melumpuhkannya..!! Insyaallah.. -sedikit2 lama2 jadi bukit..- ^_~

  2. amierwan berkata:

    mampukah kita untuk berdemo melawan coca-cola?

  3. thaaqhib berkata:

    jika koka kola diberi secara percuma kepada anda. apakah tindakan anda?

    minum – biar saja – bagi orang – buang – er~ – buat tak tahu – bagi balek

    bukti anda memboikot adalah ketika keadaan2 yang critical, crucial. semoga kita lebih serius bantu islam.

    doa-derma-boikot

  4. nurazah fathirah berkata:

    gi mana yer??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: