Episod 58 : Gambaran Dan Imaginasi

“Sesungguhnya telah Kami buatkan bagi manusia dalam Al Quran ini setiap macam gambaran supaya mereka dapat pelajaran.” (Surah Az-Zumar : 27)

img_5450


“Nuar, kalau bang kim terbalikkan papan ni, kau boleh ukir tak?”, saya menebalikkan papan ukiran saya dengan memberi isyarat pada adik saya.

“tak”, jawab Anwar dengan ringkas.

“Tau tak sebab apa?”

“Kat depan tu kita boleh ukir sebab ada lukisan. Kat belakang kosong nak ukir apa kan?”, saya beri jawapan dengan ringkas.

Mengukir, melukis, mewarna adalah hobi saya. Saya gemar ekspres dalaman saya dalam bentuk seni. Namun di sebalik seni inilah saya mengajar adik saya. Ia adalah sebuah teori gambaran. Seseorang itu tidak akan berjaya tanpa gambaran yang jelas. Seperti membina sebuah bangunan, pelukis pelan, jurutera am, dan buruh tidak akan dapat meneruskan kerja tanpa gambaran dan pelan daripada seorang arkitek.

Saya memaksudkan papan ukiran itu pasti diukir setelah kita melukis lakaran corak bunga. Kemudian, perlahan-lahan kita mengukir dengan alatan ukir, akhirnya jadilah sempurna gambaran itu menjadi kayu yang telah diukir. Berbeza dengan belakang papan yang tiada lakaran, kita takkan tahu untuk ukir apa. Jika diukir, pasti rosak papan itu.

Saya berikan analogi lebih mudah. Seorang wanita yang bakal menjadi ibu, pasti terbayang-bayang bagaimana keadaan dan rupa anaknya. Oleh yang demikian, si bakal ibu membeli segala makanan-makanan yang berkhasiat, buku-buku seperti WANITA, berurut dan sebagainya. Semuanya kerana si bakal ibu telah mempunyai gambaran inginkan anak yang terbaik, sedangkan anaknya masih di dalam kandungan, belum tentu lahir dalam keadaan yang sempurna, kerana gambaran itu telah wujud!

 

cincin

Kahwin awal : Orang yang sudah ada gambaran kearah kahwin ketika belajar tentulah usahanya tidak sama berbanding orang yang kahwin selepas belajar. Gambaran merangsang dan menggandakan usaha!

Ramai motivator mengajar anak murid untuk tetapkan matlamat. Sedangkan MATLAMAT begitu abstrak. Tetapi MATLAMAT perlu disertakan dengan GAMBARAN yang jelas. Ia memerlukan kemahiran VISUAL SPATIAL, berimaginasi dalam matlamat!

NAK BERJAYA

Ketika MAKES Camp baru-baru ini, saya cuba meneliti adik-adik fasilitator saya seorang demi seorang. Adik-adik suka memberi jawapan yang tipikal, ingin menjadi seorang yang berjaya. Tetapi berjaya juga satu yang tak jelas. Adik-adik hanya nampak ‘berjaya’ pada perkataan yang perlu diisi, bukan isi yang ada pada perkataan tersebut.

Doktor yang berjaya bagaimana? Jurutera yang berjaya bagaimana? Businessman yang berjaya bagaimana?

Inilah yang menjadi mereka buntu untuk menjawab, kerana tiada gambaran! Bagaimana nak kejar ke arah itu? Mengejar kejayaan tanpa gambaran adalah ibarat main golf tanpa lubang!

 

type

Orang yang mendapat gambaran bahawa dia bakal berjaya pada masa-masa akan datang tentu berusaha untuk menghasilkan memoir kehidupannya seperti menulis blog, diari dan sebagainya. Ia mungkin jadi bahan kajian atau mungkin jadi tatapan generasinya

 

Sekiranya ingin menjadi doktor, spesifikkan seperti menjadi doktor pakar bedah. Baca selalu tentang kedoktoran. Tengok bagaimana orang sakit dikendalikan. Tonton cerita ER. Kuasai subjek Biologi. Akhirnya gambaran itu berjaya direalisasikan.

Inilah yang saya aplikasikan sejak saya kecil. Saya melukis dan bercita-cita menjadi pelukis. Kini setiap hari saya melukis pun tidak dikira membuang masa, kerana memang kursus saya skill-oriented.

KUASA MINDA SEPARA SEDAR

Dahulu, saya pernah terbaca satu buku karangan Rozani Pawan Che’, penulis Best Seller MLM, tentang Rahsia Kuasa Minda Separa Sedar. Ramai yang tak tahu sebenarnya yang menggerakkan minda separa sedar bergantung pada tahap mana kita berimaginasi. Orang yang kuat imaginasi tak semestinya kuat berangan, tetapi orang yang kuat berimaginasi adalah orang yang paling hampir dengan matlamat!

Saya ambil satu contoh, ikon jutawan internet Malaysia, Irfan Khairi. Saya sendiri pernah membaca bukunya dan mengetahui kisah-kisah perjuangan hidupnya. Walaupun gagal pada awalnya, dia meletakkan gambaran bahawa dia akan menjadi jutawan ketika berumur 27 tahun, dan akhirnya memang benar!

Bagaimana dia mengawal gambarannya? Hanya sehelai kertas, yang mengaktifkan minda separa sedarnya dengan menulis matlamatnya menjadi juwatan!

MENJADI KREATIF DALAM BERIMAGINASI

Dalam sebuah buku yang saya baru beli, The Power of Creative Intelligence tulisan Tony Buzan menceritakan bahawa Albert Einstein adalah seorang yang begitu miskin, terlalu kuat berangan dan akhirnya dibuang sekolah kerana berpengaruh untuk membuat huru hara.

Ketika menjadi remaja, dia semakin berimaginasi dalam soal matematik dan fizik, dan begitu minat dengan hasil kerja Michaelangelo(pelukis zaman Renaissance). Minatnya ini menjadikan dia bermain dengan lebih gempak bersama imaginasinya. Dia berjaya mencipta permainan minda kreatif dengan menguji dirinya soalan-soalan yang expert akhirnya membiarkan dirinya berlari-lari dalam imaginasi.

MAIN POINT

Main point di sini, saya menceritakan bahawa orang di luar sana bermain-main dengan imaginasi yang mereka wujudkan. Sedangkan kebanyakan anak Melayu hari ini kehilangan gambaran hidup, berangan-angan nak dapatkan kereta mewah, nak terbang di angkasa, tapi haram jadah satu benda pun tak buat apa-apa untuk capai matlamat tersebut.

Suruh belajar, sambil lewa. Suruh bekerja, sambil lewa. Semua kehilangan erti imaginasi tetapi terbang melayang dalam sangkar angan-angan kosong.

GAMBARAN YAHUDI HARI INI

Orang yahudi pula telah mempunyai gambaran membina Kuil Sulaiman (solomon’s temple), gambaran Negara Yahudi Raya. Anak-anak Yahudi diajarkan “daging yang paling sedap adalah daging arab, darah yang paling lazat adalah darah umat Islam”. Pemimpin-pemimpin mereka berkompromi dengan mendapat gambaran kehidupan yang kaya raya.

 

palestin

‘Surat cinta’ anak-anak Yahudi kepada Palestin


Umat Islam hanya berangan-angan kosong dengan bermaharajakan ‘Oh I See’ (OIC). Anak-anak pula diajar dengan ghairah dengan menjadi fasih dalam berbahasa asing sedang lupakan bahasa bangsa. Ramai yang kaya raya, tapi tak mahu menghulur bantuan. Pemimpin Liga Arab pula ketika ini menandatangani perjanjian damai dengan Yahudi berangan-angan kononnya Palestin boleh diselamatkan. Akhirnya mereka memilih mengikut telunjuk barat. Nah, Allah telah memberikan gambaran ini dalam kitabnya;

“Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. dan Sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba kalau mereka Mengetahui. Sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang mereka seru selain Allah. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan perumpamaan-perumpamaan Ini kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.” (Surah Al-Ankabut : 41-43)

Kita sedarkan diri sama-sama.

“Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


AZAM 2009

Kini dah masuk 1430 Hijrah. Tahun 2009 juga telah membuka tirainya. Masing-masing memasang azam untuk menjadi diri yang baru. Wujudkanlah gambaran yang baru.

Bagi yang menduduki peperiksaan PMR mahupun SPM, andai anda masih bermalas-malas, bukan tandanya anda tidak pandai. Ini tandanya anda tiada gambaran keadaan peperiksaan itu. Maka wujudkanlah gambaran itu walau apa keadaan sekalipun. Seperti orang miskin, sudah tentu mereka tak nak gambaran yang mereka akan miskin selama-lamanya lantas, sebab itulah mereka berusaha dengan sangat gigih.

Saya menasihati diri sebelum orang lain.

Selamat tahun baru.

12 Responses to Episod 58 : Gambaran Dan Imaginasi

  1. nurazah fathirah berkata:

    Salam.

    [1] Cuba ukir khat + seni bunga…(imaginasi) ~~nanti tujuk gambar!!😀
    [2] Konklusi pada huraian “NAK BERJAYA” ialah belajar bukan untuk periksa/silibus semata-mata!! Tetapi,, untuk ‘menguasai bidang’
    [3] Imaginasi membuatkan seseorang itu merancang. Perancangan membuatkan seseorang itu ada semangat untuk menggapai sesuatu yang dirancang..Jika semangat itu ditambah lagi dengan minat, maka, seseorang itu akan segera BERTINDAK..
    [4] Bukankah Moche Dayan (Menteri Pertahanan Israel) pernah menyuarakan kelemahan utama umat islam kini ialah :
    1. Tidak membuat pengkajian terhadap sejarah lalu
    2. TIDAK MEMBUAT PERANCANGAN YANG TELITI
    3. Malas
    Maka, segeralah cari arah tujuan anda dan letakkan titik pada arah tersebut agar anda jelas “bagaimana anda pada masa akan datang??” (matlamat)

    Post ini telah menyedarkan saya tentang penggunaan istilah “berangan” dan “imaginasi”..

    Syukran. Salam.

  2. senikehidupan berkata:

    Terima kasih azah atas komen yang membina apatah lagi memberi gambaran yang lebih jelas pada blog ini. Dah lama nak cari kata-kata Moche Dayan tu tapi tak jumpa-jumpa.

    Bagus azah dapat bagi konklusi dengan cukup baik. Kita menulis untuk mendapatkan gambaran, dalam masa yang sama mengasah fikiran kita.

    Pasal gambar tu.. hm.. nanti abg cuba usahakan..

  3. nurazah fathirah berkata:

    “Ramai motivator mengajar anak murid untuk tetapkan matlamat. Sedangkan MATLAMAT begitu abstrak. Tetapi MATLAMAT perlu disertakan dengan GAMBARAN yang jelas. Ia memerlukan kemahiran VISUAL SPATIAL, berimaginasi dalam matlamat!”

    ok dah faham…

  4. al-zurkarnain berkata:

    ok ana pun dah faham gak……..

  5. danial berkata:

    berkait-kait perenggan atas hingga ke bawah.tulisan yang bagus untuk semua pemuda.(tua?hmmm…huhu)

  6. danial berkata:

    ana copy gmbr si anak2 yahudi tu bole?

  7. arulz berkata:

    artikel yang menarik…berminat ana baca smpai keakhirnya…idea anda tersendiri…teruskan menulis…salam perkenalan..

  8. ixoramerah berkata:

    Luas pandanganmu,
    tinggi bicaramu,
    namun
    jangan sampai terlepas pandang lintasan terhampir denganmu.
    Lintasan apa?
    Lintasan hatimu sendiri…

  9. hn_313 berkata:

    Alhamdulillah.Blog yg mantap. Alfu mabruk.

  10. […] Dalam episod 58 : Gambaran dan Imaginasi, saya ada menulis sebelum kita memasang usaha, lebih baik kita memasang gambaran kesan tindakan kita. Tetapi, bagaimana jika seorang itu meletakkan gambaran cita-cita pakar dalam sesuatu bidang, terpaksa belajar subjek-subjek yang tak kena? […]

  11. SeorangYangBerpikiran berkata:

    Blog yang panjang lebar tak berhala tuju. Kandungan yang berkemungkinan and berpotensi tinggi tetapi pandangan and persepsi terlalu berat sebelah….wahai melayu, sedarlah and fikirlah, bangsa yang betul betul berhak ke atas Islam adalah bangsa Arab, and bile berketemu dengan diaorang tu, tanya lah apa pandangan mereka tentang umat islam bukan Arab…dan yang terutamanya di Asia Tenggara…Sakit hati engkau

  12. maimunah berkata:

    Kebanyakan manusi sekarang ini tidak ada masa untuk berimaginasi, asyik dengan note book,note pad, handset dan mcm-mcm lagi..jadinya tak tahu masa depan…..macam mana nak merancang…remaja masa kini tak boleh fikir panjang2,mudah stress bila ad maslah….remaja masa kini lemah iman, pendek fikir bersabit melayan kesibukan tak bermatlamat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: