Episod 56 : Fenomena Berprogram

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya” (Surah Ali Imran : 159)

11

ketika berprogram di sebuah sekolah untuk program khemah ibadah

Ketika saya menjadi Prep&Tech team untuk pembukaan MaCFest di dewan, secara kebetulan saya terjumpa seorang sahabat yang baru saya kenali. Farish, bekas pelajar ICT yang telah berpindah ke Nilai Campus ke program Human Science pernah saya jumpa dalam satu ceramah NLP (Neuro Linguistic Program). Kini kami jadi rakan blogger.

Sempat kami berbual sejenak. Farish adalah Captain bagi Research and Development Team Speak Out! AMPAC. Suka kami untuk berkongsi bagaimana perjalanan program masing-masing. Satu yang menarik perhatian saya, apa yang dikatakannya,

“Bila kita jadi fasilitator, bayangkan kalau kita jadi peserta”.

Saya telah banyak kali menyertai program sebagai fasilitator mahupun peserta. Saya cuba memahami situasi kedua-dua belah pihak. Setelah meneliti dan mengkaji, kadang-kadang kita ini banyak melakukan kecacatan, menjadikan program yang dilaksanakan cacamarba akhirnya objektif tak sampai. Ia adalah ibarat mengorek perigi tanpa pasti kewujudan air – sesuka hati bagi inferens tanpa selidik.

LATIHAN FIZIKAL VS LATIHAN MENTAL

Saya pernah menghadiri satu program berbentuk tamrin, iaitu program Nuqaba’ atau latihan naqib usrah. Sepanjang apa yang saya alami di sana, banyak latihan yang keras-keras. Ia seolah-olah satu program latihan ketenteraan bukan latihan kemahiran, walhal fokus utama program ini adalah menjadikan naqib yang menghayati usrah.

Ketika itu saya ingat, ketua umum dan ketua badar terpaksa dikejutkan pagi-pagi buta untuk menghadap ketua disiplin. Mereka pernah cerita pada saya yang mereka terpaksa mengangkat meja lama-lama hanya untuk dapatkan definisi “amanah lebih berat dari angkat meja”. Kata mereka, ini adalah penting untuk kader dakwah yang kuat. Sudahnya ramai yang lari dari medan ini.

Kerana apa? Kononnya memenuhi konsep ‘Jundiyah’ atau sifat ketenteraan. Lihat pada situasi, adakah kena dan bijak buat seperti demikian?

Pagi esoknya, mata berat, letih. Ramai yang tidak dapat fokus lantaran tidak cukup tidur. Maka, sudah tentulah tak dapat fokus pada ceramah! Hairan, itu pun peserta dipaksa untuk bersengkang mata sekalimanapun keadaan. Kesudahannya ilmu hanya di pintu pagar program. Balik, semuanya lupa.

Sewajarnya dalam berprogram, matlamat khusus adalah memahamkan bukan membaham. Kita ingin menambah ilmu pengetahuan, maka letaklah prioriti itu pada tempatnya. Ia tidak akan efektif dengan latihan keras.

TERLALU LEMBUT?

“Kita tak boleh terlalu lembut dengan diorang, cuba tegas sikit”, kata seorang fasilitator ketika menjalani satu program.

Soalnya di sini bukanlah kita terlalu lembut, tetapi kita mengutamakan haknya sebagai peserta program. Andainya program ini mampu memberikan anjakan paradigma pada seseorang, kenapa tidak kita memberikan sepenuh perhatian dengan bijaksana memberikan mereka ruang?

Inilah masalahnya.

Fasilitator terlalu nakkan semuanya ikut kehendak mereka. Mereka nak peserta semua boleh senyap, tulis nota sepanjang masa, ikut arahan dan sebagainya. Akhirnya peserta semakin takut dan tidak selesa. Penumpuan yang sepatutnya kepada pengisian berubah ‘cuaca’ ke cepat balik rumah.

Mereka perlukan keselesaan, bukan seksaan!

PELAKON DUA MUKA

Ada sesetengah program, ahli jawatankuasa disiplin dilantik dan dilatih untuk menekankan disiplin kepada peserta. Ketika berprogram, mereka begitu tegas dan begitu menyeramkan. Selesai program, amat pelik, mereka seperti malaikat pula! Memang pelik kerana kita dah anggap dan labelkan orang seperti ini dengan label yang peserta fikirkan.

Nasihat saya, jangan biasakan.

Kerana selesai sahaja program itu saya agak berasa kekok untuk berbual bersama fasilitator (ketika saya jadi peserta). Kadang-kadang rasa kecil hati pun ada sebab pernah terluka kerana dimalukan depan orang ramai. Sebab itulah seboleh-bolehnya dielakkan seperti ini.

Kenapa perlu berlakon. Rasulullah tak pernah pun suruh sahabat berlakon untuk berdakwah, berlakon untuk mendapatkan kefahaman. Mr. Bean bolehlah berlakon lain dari wataknya.

Luka memang boleh disembuh tetapi luka ini memang meninggalkan parut. Jangan lakonan itu menghilangkan respect orang lain sudahlah.

GAMBARAN SONGSANG

Pernah juga dalam sebuah program yang saya sertai terlalu bermodul. Yang sedihnya modul itu semua pelik-pelik kononnya ia menggambarkan sebuah perjuangan. Contoh, peserta dipaksa untuk menghabiskan makanan yang masin. Kesimpulan daripada modul itu, kehidupan berjemaah perlu merasakan pahit manis dalam perjuangan.

Peserta dilatih kepayahan dan gambaran-gambaran yang ngeri dalam berjuang. Akhirnya seorang demi seorang gugur.

Rasulullah sering kali membuka minda para sahabat dengan keindahan syurga dan amalan yang boleh sampai ke arahnya, nikmatnya, damainya, sentosanya keadaannya. Oleh sebab demikianlah sahabat-sahabat berlumba-lumba membuat demikian.

Lain pula halnya dengan gambaran neraka.

Barangsiapa yang inginkan maksiat dan dosa, maka di situlah Rasulullah menerangkan bahayanya api neraka, azabnya, seksaannya dan sebagainya. Kerana ini, sahabat pun menjauhi maksiat kerana takut pada seksaan Allah.

Sekiranya matlamat adalah perkaderan dakwah, maka sepatutnya diselitkan keindahan berjuang, kemanisan ukhwah, dalam masa yang sama input-input ilmu begitu senang meresap di dalam dada. Berbaloikah menerapkan sifat ‘jundiyah’ sedangkan proses ‘fahmun’ belum kuat? Tak hairanlah tak ramai yang dapat memberikan komitmen dengan baik.

Manusia memang diciptakan untuk bersusah-payah,

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah” (Surah Al-Balad : 4)

Namun, mengapa setelah kita kenal dan fahami Islam, kita lebih suka bersedih?

FASILITATOR LOUDSPEAKER

Sahabat saya, Afnan, pernah berkata

“Jangan menampakkan marah kita, sebab ini seolah-olah menampakkan aib kita”.

Rata-rata ramai fasilitator main hentam menjerit, menengking dan marah tak tentu fasal. Mungkin pada fikiran logiknya, ia mampu mengawal keadaan atau memberi perintah tapi pada luarannya ia dipandang menunjukkan ego. Imam Al-Ghazali pernah berpesan

“Marah mematikan kewarasan akal”

Nak dapatkan peserta-peserta program keseluruhannya senyap-senyap belaka adalah satu perkara yang mustahil. Mereka datang dari pelbagai latar belakang. Mungkin benar kita dah banyak habiskan tambang, minyak, pelajaran dan sebagainya. Peserta demikian juga. Sebagai fasilitator juga sepatutnya menghormati mereka kerana mereka juga berkorban untuk datang berprogram.

Memberi keselesaan adalah satu penghormatan

Memberi tunjuk ajar adalah satu penghormatan

Menegur dengan baik juga adalah satu penghormatan

Sudah tentu fasilitator turut mendapat penghormatan daripada peserta.

MATEMATIKA SEBUAH PERUBAHAN

Perubahan memakan masa. Saya ibaratkan perubahan ini adalah seperti jam. Sekiranya diteliti jarum pendek, tidak bergerak-gerak. Tetapi, setelah dilihat sejam selepasnya, jarum jam telah berubah kedudukan.

Perubahan tidak berlaku dalam kadar yang cepat.

Saya selalu perhatikan, hampir setiap program fasilitator begitu ghairah menginginkan perubahan. Sekiranya pelajar tidak berubah, macam-macamlah yang dilakukan. Ada yang memberi kayu ukur, dengan membuat menangis, kita berjaya mengubah peserta. Walhal sesi muhasabah demikian adalah permainan emosi. Kita mungkin mengetuk pintu perubahan, tetapi belum tentu peserta nak masuk ke pintu tersebut.

Sebab itu, fasilitator bukanlah seorang changing factor tetapi solution-oriented meskipun ibu bapa atau guru-guru mengharapkan perubahan selepas program.

Yang paling penting, seorang fasilitator mestilah berusaha menjadi profesional. Barangkali fasilitator yang stereotaip akan menjadikan suasana program bosan. Akhirnya perbelanjaan semuanya sia-sia.

Wallahu a’lam, mungkin pandangan saya ada yang tidak bersetuju. Saya hanya menyuarakan mana yang saya nampak, mana yang lebih baik diubah. Namun jika ada kekurangan, sila perbetulkan.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah An-Nahl : 125)

Saya menasihati diri saya sebelum orang lain.

10 Responses to Episod 56 : Fenomena Berprogram

  1. aireensamirah berkata:

    rome is not built in one day..
    perubahan memerlukan masa..
    kefahaman dalam hati lebih bermakna berbanding kefahaman dalam anggukan..

    “Jangan menampakkan marah kita, sebab ini seolah-olah menampakkan aib kita”.

    “marah mematikan kewarasan akal”

    menarik!
    selaku orang yg cepat marah dulu dan kini dlm proses pemulihan,,
    sy bersetuju dengan kata-kata ini..🙂

  2. senikehidupan berkata:

    Consider “constantinople is not conquered in one day” is better. After all, rome as well conquered by muslims. =)

    Thanks anyway for your comment.

  3. Farish berkata:

    salam bro..thanks link ke ana..segan plak bile enta mention name ana dlm entry enta..keep in touch ya..insyaallah bleh jumpe..ana kat nilai ni..xbalik cuti..huhu..

  4. […] Saya menulis perkara yang lebih kurang sama pada EPISOD 56 : FENOMENA BERPROGRAM […]

  5. aziz berkata:

    tahniah ..

  6. wardahroslan berkata:

    semoga kita sama2 ambil iktibar..

  7. Q~A~S berkata:

    Good & perfect post! Understood writing written by very2 understanding people..dh lama mencari org yg mempunyai pemahaman sebegini..

    isi yg mantap!hujah yg tepat!if & only if those whom it may be concerned read & understand this good post..wish that they could really2 understand,,& bertindak!

    neway..one mans’ meat is mans’ poison rite? neway congrats3 for posting dis great post!..sokong 100% ..whateva it is..May ALLAH bless u n grant u with lots of amazing & fabulous ideas..amiin. =)
    keep it up!😉

    barakallahufik~

  8. Akmal Hakim berkata:

    EXPERIENCE IS NOT THE BEST TEACHER

    That is what I always keep holding

    If I know something goes wrong what people do in the past, it is not always seem right.

    We must correct it.

    People always being fooled by their past experience, with paradox understanding that this must be effective.

    But it doesn’t!

    Why? Because only those who knows that the best teacher is inside you. Your evaluation.

    In other words, EVALUATING EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER.

  9. Q~A~S berkata:

    Ya u’re correct..nice motivation 4 all of us esp myself..

    let bygone be bygone..Look 4ward..keep staying on da right track..& achieve all the best things that u really2 want..& u’ll be da best 4 urself & others..

    bcoz..”We are what we Decide”..

    syukran! =)

  10. drhymki berkata:

    assalamualaikum. tertarik dgn artikel ini. mohon izin utk berkongsi dgn saudara2 islam lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: