Episod 55 : Mencari Guni

“ Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja” (Surah As-Shaaffat : 61)

teamwork

Bersyukur, selesai sudah satu tugas yang saya jarang-jarang pegang. Preparation and technical team untuk Mahallah Cultural Festival (MaCFest). Inilah kali pertama saya berada di satu posisi yang tidak pernah saya pegang, dalam keadaan yang sangat baik diketuai oleh seorang senior.

MaCFest adalah satu program di bawah ‘Biah Solehah Campaign’ yang di kawal oleh Mahallah Representative Comittee (MRC). Saya dan beberapa rakan sebilik di pelawa untuk menjadi Sub-comittee bagi menguruskan setiap komponen, alat-alat, perkakas, item dsb. yang digunakan untuk program tersebut.

Untuk mendapatkan barang-barang tersebut, biasanya tersimpan di Student Admission and Record Departments (STAD). Tugas saya dalam program ini hanyalah mencari guni dan tali rafia. Walaupun tugasan ini begitu kecil, satu pengalaman yang sangat saya impi-impikan termakbul. Ini adalah teamwork yang sangat dahsyat!

“Hakim, macam mana dengan guni?”, tanya Head Comittee, Fikri melalui SMS.

“Ok, surat permohonan dah settle. Tinggal nak ambik guni je ni”, balas saya.

Daripada sebelum cuti Aidiladha, sehinggalah kembali ke UIA, nak dapatkan 12 helai guni sahaja bukan satu kerja yang mudah.

HALANGAN 1

Yang menguruskan stor, Bro. Hisyamuddin, tak ada. Saya terpaksa mencari assistantnya. Selesai daripada itu, saya minta kunci untuk ke stor STAD.

HALANGAN 2

Guni sepatutnya disimpan di dalam stor sukan STAD, malangnya memang tiada.

HALANGAN 3

Setelah banyak kali urusan berhubung-hubung dengan telefon dengan Fikri, saya dapat maklumat kemungkinan guni ada di stor Mahallah Umar Al-Khattab 2 (UKC2). Sama, guni tiada di sana.

Fikri memang bijak mengatur tugasnya,

“Hari tu, waktu usrah day, comittee diorang ada pinjam guni. Saya nampak dengan mata saya sendiri diorang bawak guni tu. Cuba bro tu tentang siapa yang uruskan usrah day tu”, katanya melalui telefon.

Saya semak lagi sekali. Memang benar. Abang pejabat itu cuba menghubungi program manager yang meminjam guni tersebut.

HALANGAN 4

Rupa-rupanya guni tersebut milik Adventure Club. Saya kena cari pula nombor telefon ketua Adventure Club, Fauzi.

Alhamdulillah, officer itu membantu. Saya terus menelefon Fauzi. Syukur, dapat.

HALANGAN 5

Guni hanya ada empat. Sedangkan sukaneka tradisional ini memerlukan 8 sekurang-kurangnya. Nak tak nak terpaksa gunakan guni-guni ini 2 kali pusingan.

HALANGAN 6

Saya berjaya berhubung malangnya saya terpaksa berdepan dengan kerja-kerja lain serentak. Assignment masih belum siap. Jadi dalam keadaan terdesak ini saya terpaksa agihkan masa dengan tepat. Respons SMS masih tak dibalas. Fikri masih tertanya-tanya lagi tentang guni.

“Kalau boleh aggresif sikit ye. Mungkin boleh mintak nombor bilik & jumpa direct”, pesannya memberikan idea untuk mendapatkan stor adventure club, untuk guni.

SOLUSI

Setelah berkali-kali terima halangan, saya berjaya selesaikan. Saya minta Adib dan Udin (rakan sebilik turut menjadi sub-comittee prep&tech), untuk menguruskan seterusnya alang-alang mereka berdua turut daripada adventure club.

Malam itu berlangsung dengan baik. Segala persediaan untuk program ini berjalan sangat lancar.

Ini hanyalah saya yang mencari guni. Rakan subcom yang lain turut membantu. Tali rafia, wisel, alatan sukan yang lain memerlukan deposit telah diselesaikan oleh sister. Ada sister yang sanggup turun keluar mencari upih. Azam pula sanggup balik ke kampung membelah tempurung kelapa dan mengikat tali.

Kerjasama itu permulaannya membahagi-bahagikan tugasan, tetapi pengakhirannya melipatkaligandakan kejayaan. Ia adalah ibarat satu seni lukisan.Ketua melakar, yang bawah mewarnakan. Kemudian, ia menjadi satu gambar yang sangat cantik dan sempurna kerana memainkan fungsi masing-masing pada tempat yang terbaik. Inilah falsafahnya.

painting

Inilah pengalaman kerjasama saya yang terbaik saya pernah rasa.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Surah Al-Baqarah : 187)

One Response to Episod 55 : Mencari Guni

  1. realitihidupku berkata:

    Assalamualaikum,

    Betul, betul.
    Kerjasama memang penting walaupun kerjanya simple.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: