Episod 54 : Wan Dalam Kenangan

Handphone mak berdering. Saya menyerbu ke arah telefon. Abah telefon dari Hospital Besar Kuala Pilah.

“Kim, wan dah meninggal..”, kata abah. 10.15mlm tadi.

Innalillahi wa innalillahi raji’un


Terasa seolah-olah jantung terhenti seketika. Macam tak percaya. Wan pergi begitu sahaja. Terasa penyesalan yang teramat sangat tadi. Saya sepatutnya ada bersama abah, tetapi saya berjanji untuk datang ziarah hari ini. Semalam ada benda lain yang saya telah rancang. Mak dan akak pula ke KL untuk menziarahi Umi yang sakit. Hanya saya dua beradik tinggal di rumah.

Terasa sangat yang saya ini begitu tak bertanggungjawab. Lebih pentingkan urusan sendiri dari urusan keluarga. Saya terlupa andai wan pergi semalam ada apa pada esoknya? Hari ini adalah hari menguruskan jenazah..

Nostalgia itu kian bermain dalam minda saya..

Mak selalu cerita, sewaktu kecil saya selalu gilakan Ultraman. Pada ketika itulah wan mengeluarkan duit untuk membelikan permainan kepada saya. Wan sayang sangat pada adik-beradik saya kerana kamilah cucu yang paling muda. Abah anak yang ke-12 daripada 13.

Inilah kali pertama sejak 18 tahun saya hidup, merasakan seorang yang saya rapat pergi. Baru saya tahu rasanya. Sedih yang teramat sangat.

p1030103

“Ya Allah, kau rahmatilah rohnya..”

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. ” (Surah Munafiqun : 11)


p/s : Back dated since 10th December


6 Responses to Episod 54 : Wan Dalam Kenangan

  1. hazwan berkata:

    My deeply condolences to all members in your family akim. I think I felt the same feeling as I lost my uncle too last time. I just met him a day before he passed away~

    Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkannya bersama orang2 yang beriman. Ameen.

    Ya Allah Lindungilah dan Ampunilah Orang yang Ku-Cinta

  2. aireensamirah berkata:

    salam takziah untuk kamu sekeluarga..
    ajal maut di tangan Tuhan..
    semoga tabah menerimanya..

  3. danial berkata:

    terkenang tok wan ku yang sudah pergi.

  4. realitihidupku berkata:

    Innalillahiwainnailaihirajiun,

    Bersabarlah,
    Allah Maha Mengetahui……

  5. aminah alias berkata:

    takziah atas pemergian orang yang tercinta..
    tapi kehidupan tetap diteruskan.. (walapun lambat respon)

    I can feel the same way too. Just the same way as my brother passed away 3 years ago..

    Semoge roh nya dicucuri rahmat..

  6. syira berkata:

    tahziah eh..
    setiap yg hidup pasti mati..
    kita yg hdp perlu truskan khidupan…
    sure wan akim epi dpt cucu yg soleh..
    insyaAllah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: