Episod 53 : Bukan Sekadar Korban

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),” (Surah Al Haj : 34)

Hujan renyai-renyai seolah-olah satu khabar rahmat turun ke bumi menghiasi pagi Aidiladha. Rata-rata penduduk Taman Tasik Jaya bersama-sama turun ke Surau An-Nur, untuk mengorbankan lembu. Kelihatan sedikit riuh-rendah di sini gara-gara lembu yang agak agresif.

img_5384

“Satu..Dua…Tiga!!”, teriak seorang pak cik yang sedang pegang tali ikatan lembu.

“Moooww”, jerit lembu itu, sambil tumpas dengan kekuatan berpuluh-puluh orang kuat, kebanyakannya orang-orang Indonesia yang tinggal bekerja di sini. Lembu jatuh. Siap sedialah untuk dikorbankan!

Beginilah situasi Hari Raya Aidiladha, bukan sekadar korban, tetapi kerjasama yang sangat hebat.

Budak-budak agak excited dengan lembu-lembu yang akan dikorbankan. Memang berani masing-masing. Ada yang semata-mata nak dapatkan darah terpercik ke baju. Ini barulah lelaki, bak kata mereka.

“Hahaha.. Tengok ni, darah terpecik kat baju aku sampai tertulis ‘adidas’ kat baju ni”, gurau bobot, antara budak yang paling bersemangat sekali ketika korban sedang dijalankan.

Saya pun adalah sikit membantu menahan lembu ala kadar. Namun, misi untuk dapatkan setitis darah kena di baju gagal sama sekali. Kalah saya dengan budak-budak ni.

Meskipun hujan, suasana di Surau An-Nur memang sangat meriah dengan kerjasama setiap penduduk di sini. Rata-rata yang turut terlibat wrestling dengan lembu adalah dari kalangan berkerjaya profesional. Orang laki uruskan memotong, membungkus, mengagih dan menimbang daging. Orang perempuan pula sibuk menyediakan perkakas, dan masak-masak untuk kenduri.

Alangkah indahnya suasana sebegini. Kita hidup bermasyarakat, saling bersatu dan bekerjasama. Inilah hikmahnya Allah adakan perayaan Islam, kerana Islam, kita semua disatukan. Kerana Islam, kita semua satu aqidah. Kerana Islam, kita mempunyai jalan hidup yang teratur.

Itu baru sekadar korban, belum lagi diagih-agihkan kepada yang miskin.

Orang-orang yang miskin pula akan merasai nikmatnya dihargai dan diingati. Mereka berhak mendapat daging korban agar diringankan beban. Orang yang mengagihkan daging turut mendapat pahala.

Inilah hari kegembiraan buat semua. Bersyukurlah selalu.

Related article : Episod 33 : Muslim Bermusim

2 Responses to Episod 53 : Bukan Sekadar Korban

  1. k.ieka berkata:

    salam..
    slamat mnyambut aidiladha..
    huhu..

    kat sini pon buat korban jugak..
    3 ekor unta ditumbangkan..
    cukuplah untuk mnampung jumlah kami yg seramai lebih kurang 450 org(medic n azharian)..alhamdulillah,lebih dari cukup..
    yang besnya kat egypt ni,umat islam kat sini sambut aidil adha lebih meriah berbanding aidilfitri..x macam kita masyarakat malaysia..
    bagi mereka,aidiladha hari kemenangan..
    kalau degar takbir raya org arab,memang xde feel mcam raya bagi kami budak2 malaysia..kalau takbir raya kita,bukan main lagi air mata bergenang,teringat kampung halaman..isk isk…
    huhu…ini hari kemengan,buat apa nak sedih2..
    kena buat kajian balik ni..
    huhu..

    p/s:dik,akk da start blajar pharmacology..
    nnti,tlong mintakkan tips kat ur mum mcamne nak ingat bnyak sangat drugs tu n how to become a successful medical student..syukran~~

  2. realitihidupku berkata:

    Assalamualaikum,

    Thank for the comment,
    I hope you can teach me more about the blog.
    Thanks………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: