Episod 52 : Matematika Ukhwah

Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)

Indahnya ukhwah tidak boleh bermain di bibir-bibir, tetapi di kemanisannya hati.

“Ukhwah kita masih tak mantap”, berkata seorang sahabat.

“Macam mana kita nak berdakwah kalau antara kita sendiri tak beberapa kenal”, tambah seorang lagi.

Ukhwah ini bukanlah mekar dalam proses yang cepat. Ia juga adalah seperti tumbuh-tumbuhan. Seperlahan mana sekalipun, ia tetap akan bercambah. Tetapi tumbuh-tumbuhan itu, kita tak boleh jangka untuk tumbuh dengan cepat sekiranya kita letak banyak baja dan air. Malah, ia akan berubah menjadi agen perosak jika berlebih-lebih.

ANTARA DAKWAH DAN UKHWAH HARI INI

Ramai yang memberi alasan gerak kerja dakwah tidak dapat langsung dengan mudah sekiranya tidak kenal ahli. Itu tidak dinafikan, tetapi prioriti dakwah bukanlah ukhwah. Orang yang berdakwah pastinya akan dapat manfaat berukhuwwah. Malah dengan berukhwah, pastinya manfaatnya manis dalam berdakwah!

p8220703-copy

Saya teringat satu ketika saya sedang makan anggur. Ketika saya menikmati kelazatan buah, saya tertacap pada lima ekor semut kecil di atas meja. Kelihatan semut-semut ini bersama-sama mengangkat makanan untuk turun ke sarang. Barangkali Allah menunjukkan pada manusia bahawa makhluk sekecil semut sendiri pun tidak akan dapat hidup bersendirian. Semua adalah proses kehidupan bersinergi!

Namun, di sudut dunia dakwah hari ini, ‘ukhwah abadan abada’ seolah satu frasa yang lapuk. Bukanlah lapuk kerana dari aspek literasinya, tetapi lapuk dek ia seolah-olah sebuah metodologi. Itulah sebab saya panggil, ia seolah-olah satu matematika. A + A = B


BENTUK UKHWAH METODOLOGI

Saya pernah hadir dalam satu program penghayatan Islam. Dalam program itu juga diterapkan ukhwah. Malangnya, kami terpaksa menjalani satu modul stereotaip kononnya ‘al-ukhwah qabla quwwah’ (ukhwah sebelum kuat). Setiap orang kena menghafal mana tempat tinggal, saiz selipar, warna kegemaran dan sebagainya rakan masing-masing. Hasilnya langsung tidak berkesan.

Ukhwah terjalin dengan sendiri. Ia memang terjalin tanpa manual. Itulah kekuatan bagi mu’min

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah Telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana.”(Surah Al-Anfal : 63)

Mengadakan modul ‘menguatkan ukhuwah’ adalah satu idea yang kurang matang. Kita berprogram sudah tentu mendapat manfaat berukhwah, terutama bergerak dalam berkumpulan, riadhah dan sebagainya. Lantas, untuk apakah perlu hafal biodata-biodata? Secara jujur, kita akan mengenali lebih, selepas kemanisan ukhwah itu dirasai, bukan mengenali dahulu baru merasakan kemanisannya.

VIRUS UKHWAH

Ada yang kata siapa tak hadir dalam sesebuah majlis merupakan orang yang tidak komitmen. Ada juga yang mendakwa tak respon SMS, ada sesuatu di sebalik udang. Mudahnya su’uz zhan(bersangka buruk) masuk dalam dunia ukhwah.

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka (kecurigaan), karena sebahagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang” (Surah Al-Hujurat : 12)

INDAHNYA UKHWAH TIKA SENTIASA HUSNUS ZHAN

Semalam, saya bermain bowling bersama-sama dengan rakan-rakan luar kerana panggilan ukhwah. Ada juga yang tidak dapat datang. Ketika saya sibuk bermain bersama sahabat-sahabat, rakan-rakan saya dari SMKA Pedas dahulu mesej saya. Mereka ada di kawasan perumahan saya di Taman Tasik Jaya selesai dari kenduri.

“Akmal, lama tak jumpa. Rindunya”, kata Afnan di sebalik mesejnya.

Firdaus Mohamad pula sempat menelefon untuk bertanya khabar. Malangnya saya tak dapat balik ke rumah dengan segera. Tiba-tiba handphone mati, kehabisan bateri. Tak dapat saya contact mereka. Nombor telefon tak sempat hafal. Saya ini pula, tukar nombor baru pun terlupa beritahu mereka. Tetapi alhamdulillah, masing-masing sangat memahami. “Ini kelemahanku, itu kelemahanmu. Kita saling melengkapi”, adalah jawapan daripada virus su’uz zhan.

Abah di rumah beritahu, rakan-rakan saya datang ke rumah. Subhanallah. Barangkali mereka tidak dapat contact saya, terus sepakat untuk datang ke rumah. Tambah lagi sahabat lama saya daripada serting kata abah, teringat saya Fariz Mohammad. Lama juga kami semua tak bertemu.

Terima kasih Allah kerana mempersatukan hati kami.

Sungguh benar ungkapan Umar radhiyallahu ‘anhu: “Perjumpaan dengan kawan menghapus duka.” Sebagian kalangan salaf berkata: “Keriangan seorang bijak adalah perjumpaannya dengan kawan.” Sufyan rahimahullah pernah ditanya: “Apakah penawar dahaga kehidupan itu?” Ia menjawab: “Pertemuan dengan kawan.”

Bagi saya, kemantapan ukhwah itu bukan terletak pada kerapnya ber’SMS’, sering berjumpa, dan saling berbalas surat. Tetapi kemantapan ukhwah itu terletak pada kesediaan masing-masing dalam mengenali, memahami dan mengingati sahabat seperjuangan persis cintanya Nabi terhadap Zaid ibn Haritsah. Wallahu a’lam

Saya menasihati diri dahulu sebelum menulis.

Salam ukhwah kepada semua.

4 Responses to Episod 52 : Matematika Ukhwah

  1. aireensamirah berkata:

    “Ukhwah terjalin dengan sendiri. Ia memang terjalin tanpa manual”

    setuju dgn ungkapan ni..
    kalo menghafal biodata,bermakna dia menghafal kerana disuruh..
    bukan kerana mengambil berat terhadap sahabat tersebut..

    better u tell ur frens ur new num..
    aritu aku bg dkt afnan sbb dia x dpt contact kau..

  2. senikehidupan berkata:

    Terima kasih amie..
    dah bagi tau dah.. =)
    apa pun terima kasih bagi tau dulu

  3. naseemussobah berkata:

    salam alaikum…salam semua!!

    “Tak kenal maka tak cinta..”
    selalu sahaja ada aktiviti ni..

    Btol tu akh akmal hakim,,
    Kita akan lebih kenal rakan jika kita mulakan dengan menikmati bersama halwatul ukhuwwah,,bukannya dengan menghafal identiti rakan dan seterusnya melupakannya..

    umpama berkawan untuk mengenali~~ Seakan-akan dokumen yang disimpan dalam pendrive sahaja. Walau sentiasa di ingatan,, tp mungkin akan dilupakan juga sebab tak terlalu bermakna untuk kita menghenang kembali..macam pendrive lah,, niat tak nak “permanent” kan dokumen..sekadar simpan dan transfer sahaja..haha..analogi2,,

    nampaknya,,kenalah lebih berfikiran jauh masa menganjurkan program nanti..
    Syukran. Pendapat yg bagus!!

    Jazakallah..Wassalam..🙂

  4. Me berkata:

    setuju.. nice writing, but too short discussion. but keep it up!

    jg point yg besar yg harus dihadam, ukhuwwah itu diperoleh melalui iman. kasih syg hanya dicampakkn dlm hati-hati org beriman dgn kehendak Allah (Al-Anfal:63).
    sbb 2 kesatuan blandaskn iman Kuat, ttpi kesatuan atas kpentingan ttentu, rapuh. klau kte ada rasa su’u zhon, lbh baik dr org lain, etc.. check iman kita. ini antara indicator terbaik, iman berkadar langsung dengan penyakit hati. Wallahua’lam.

    Suggested: bku btajuk ukhuwwah islamiyyah by abdullah nasih ulwan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: