Episod 51 : Teori Payung Sebelum Hujan

“Sesungguhnya Allah cinta kalau salah seorang kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan sebaik-baiknya.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

“Akmal, dah siap ke?”, satu SMS menyerang saya.

“Belum,”, balas saya ringkas.

Inilah yang selalu menjadi masalah untuk kebanyakan Islamic society, bekerja dalam memilih kasih. Menyerahkan tugasan-tugasan sepenuhnya pada sesebuah individu, kononnya masing-masing dah faham semuanya lillahi ta’ala; kerana Allah.

rafest08-logo

Saya kebiasaannya di UIA banyak terima tugasan-tugasan advertising persatuan, sama ada persatuan saya mahupun persatuan sahabat-sahabat saya. Kebanyakannya saya selalu terima tugasan yang melibatkan pengiklanan menggunakan sedikit kemahiran mereka cipta grafik dengan komputer. Bagi saya, tugasan ini tidaklah menjadi masalah sangat kerana saya telah lama berkecimpung dalam bidang ini sejak di sekolah menengah dahulu. Silapnya, maklumat-maklumat yang perlu diisi selalu tak cukup, bagaimana saya nak buat?

RAFEST

RAFEST atau Raudhah Festival merupakan antara satu program atau aktiviti yang paling besar dijalankan di UIA, setahun sekali. Program ini berjalan selama seminggu. Kebanyakan persatuan dan kelab di UIA menyertai RAFEST untuk pelbagai program dari pagi hinggalah malam. Antaranya termasuklah adakan stall dari pelbagai kelab atau individu, The Glory of Islamic Culture, pertandingan dan sebagainya. Sangat meriah dan menarik. Pelajarlah yang paling sibuk sepanjang minggu ini.

Walaupun baru beberapa hari RAFEST berjalan, tergerak hati saya untuk menulis lantaran kecacatan yang ada pada perancangan kelab khususnya yang beronteriasikan Islam. Bukanlah di sini saya menghukumcacatkan pada persatuan itu tetapi, saya mengajukan kepada SIKAP ahli yang mengurus.

ANTARA ENGLISH LANGUAGE CLUB & PERSATUAN ISLAM

Saya adalah mainboard dalam ELC. Dalam RAFEST, ELC hanya mengadakan exhibition untuk The Origin Of Games selama satu hari di sepanjang jalan dewan besar UIA (Al-Malik Faisal Foyer). ELC hanya memperkenalkan permainan-permainan dari tradisional hinggalah permainan moden. Bukan setakat itu, berpuluh-puluh surat jemputan mereka hantar untuk mengajak pihak luar untuk sertai. Saya sangat kagum dengan perancangan yang sistematik ini.

Sebagai As. Sct. , tentunya saya juga turut terlibat dalam perancangan besar ini. Tetapi, disebabkan masing-masing memahami, saya hanya diberi tugas untuk design poster. Masing-masing menjalankan tugas dengan penuh komitmen. Yang datang memberikan maklumat 360o tentang program tersebut, presiden kami sendiri, datang ke bilik saya. Seminggu sebelum program bermula, poster telah siap diprint dan ditampal seluruh CFS UIA. Malam sebelum exhibition pula, masing-masing sudah berada di kawasan foyer, untuk mempersiapkan tempat. Kerja saya sudah selesai, cuma turut dijemput untuk menjaga exhibition KALAU ADA KELAPANGAN.

rafest

Namun agak jauh berbeza dengan perancangan dalam sesebuah persatuan Islam di sini.

Masing-masing buat kerja ala kadar. Masing-masing kata “pandai-pandailah”. Saya bukan sahaja terpaksa design poster last minute, tapi saya kena pergi print, tampal berbeza dengan ELC. Malah, nak uruskan poster sendiri , ahli-ahli menyuruh saya menelefon orang yang berkenaan untuk dapatkan kepastian maklumat yang kurang tepat. Semua ahli pula baru nak mulakan perbincangan pada malam sebelum RAFEST stall. Malam tu juga saya ada tugas baru! Masya Allah.

Saya bukanlah nak mengelak daripada bertugas. Masalahnya, kurang perancangan yang sistematik ini menimbulkan banyak lagi maslahah. Ada antara kita nak uruskan hal-hal lain dalam masa yang terdekat. Ada juga yang nak menyelesaikan tugas-tugas berat. Jika nak dibandingkan English Language Club yang rata-rata ahlinya tidak berfikrah sendiri mampu melaksanakan tugas dengan cukup bijak dan berperancangan!

PENGORBANAN?

Bagi sesebuah persatuan Islam, memang tidak dinafikan, dengan membantu, menghulur dan merancang memerlukan pengorbanan. Tetapi, persatuan bukan Islam juga perlukan pengorbanan. Kita salah faham erti LILLAHI TA’ALA. Ia tidak bermaksud kita boleh memandang remeh-temeh setiap apa yang kita rancang, menyerahkan sepenuhnya pada kekuatan dan pengorbanan seseorang. Tetapi ia menyarankan satu laungan yang mengarahkan kita pada laungan BERSUNGGUH-SUNGGUH!

Bersungguh-sungguh ini pula bukanlah bermaksud kita memberikan komitmen 100%. Bukan juga kita memberikan idea berapi-api sedangkan proses gerak kerja lembap. Tetapi ia adalah adalah bererti pada keinginan kita dan keyakinan kita dengan sesebuah matlamat. Daripada itu, maka tumbuhlah pula semangat berusaha sebagai sokongan.

MAIN KOTOR

“Akim…Tensionnya aku…” Keluh Adib Farhan.

“Kenapa?”

“Pasal stall ni la. Macam-macam masalah. Budak ‘hafiz’ tu suruh aku main kotor pulak.”

Saya sebilik dengan Adib Farhan sejak mula masuk lagi. Dalam RAFEST, Adib merupakan Program Manager bahagian stall. Ia adalah bawah urusan Foundation Student Council Comittee (FSCC) bahagian Welfare. Setiap urusan stall adalah di bawah tanggungjawabnya. Hampir setiap hari mereka mengadakan mesyuarat untuk stall RAFEST ini.

Untuk menentukan kedudukan stall, Adib menyarankan agar setiap peniaga mencabut undi bagi kedudukan stall masing-masing. Malangnya, orang yang berfikrah sendiri menyarankan agar kuasa Adib untuk menentukan kedudukan stall. Keadaan ini menguntungkan sebelah pihak dengan cara PILIH KASIH. Hitam gelap suasana RAFEST.

Solusinya, saya kemukakan 4 teori PAYUNG SEBELUM HUJAN.

payung

SEDIAKAN PAYUNG KETIKA ORANG LAIN TIDAK SEDAR AKAN HUJAN

Ketika kewafatan Rasulullah, Sayidina Umar dan Abu Bakar mendengar berita bahawa segolongan Ansar telah berhimpun di Saqifah (dewan orang ramai) Bani Sa’idah untuk melantik khalifah menggantikan Rasulullah. Beliau adalah Sa’ad bin Ubadah, sahabat nabi. Pada ketika itu, Sayidina Abu Bakar dan Umar r.a. bergegas untuk ke Madinah untuk menyelesaikan perkara ini. Dengan sebab ini, pengurusan jenazah baginda terpaksa ditangguhkan.

Sikap dan pendirian Sa’ad bin Ubadah yang terkenal dengan kejujuran, keterbukaan dan terus terang inilah yang menjadi asas mengapa beliau dipilih. Tetapi, Sayidina Umar mempunyai pendirian yang berlainan. Sayidina Umar memandang dari segi kepimpinan secara umum yang paling layak adalah Abu Bakar. Klunya, Abu Bakar telah dipilih untuk menjadi imam ketika baginda sedang sakit tenat. Umar memetik satu surah dari Al-Quran, cerita baginda bersama Abu Bakar di Gua Tsur menyelamatkan diri;

Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) Maka Sesungguhnya Allah Telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia Berkata kepada temannya: “Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita.” Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah. dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Sehingga ketika itu barulah semua sedar bahawa orang yang kedua itu adalah Sayidina Abu Bakar.

Maka terlantiklah Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama menggantikan Rasulullah.

Bukanlah di sini Sayidina Umar hendak membantah keputusan ramai. Tetapi, ketika itu beliau sedar bahawa keadaan umat selepas kewafatan Rasulullah adalah paling layak dipegang oleh Abu Bakar. Abu Bakarlah sahabat yang selalu mendampamgi Rasulullah ketika pahit manis bersama baginda sejak awal lagi Islam mula berkembang. Lihatlah golongan Riddah, Zindiq, dan orang-orang yang enggan membayar zakat ketika zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar. Semuanya dengan izin Allah dapat diperangi kerana kebijaksanaan yang ada pada Abu Bakar.

“Sediakan payung sebelum orang lain tidak sedar akan hujan”

Begitulah kiranya andai berlaku keadaan seperti RAFEST ini, ketua perlu bijak merancang untuk memenuhi kuota kekuatan yang ada pada jawatankuasa yang lain. Ahli-ahli berkemungkinan untuk sambil lewa dan memandang remeh jika tidak dipandu dengan betul kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku jika setiap perkara tidak dirancang awal. Ketua yang tidak bijak mengaturkan jawatan khusus yang sesuai juga mungkin akan menjadikan perjalanan untuk program ini cacamarba. Kenalilah siapa yang LAYAK dan SUNGGUH-SUNGGUH!

GUNAKAN PAYUNG BUKAN SURAT KHABAR UNTUK MEREDAH HUJAN

Cuba bayangkan, hari ini anda ke satu kedai makan Melayu. Sedap-sedap makan, kenyang dan anda balik. Suatu ketika anda makan di sebuah restoran ala mamak, anda sibuk mencari tanda halal. Jumpa, terus makan. Tapi kenapa ketika makan di kedai Melayu tidak periksa? Adakah anda memang betul-betul yakin bahawa makanan orang Melayu 100% halal?

Inilah bezanya.

Itulah yang dicatatkan dalam Majalah Al-Islam bulan Mac lepas, tidak sampai 20% industri makanan Melayu mendapatkan pengesahan logo Halal Jakim. Selebihnya, semua industri makanan cina yang bertungkus-lumus untuk dapatkan pasaran di Malaysia. Orang-orang kita beranggapan bahawa kononnya ‘kemelayuan Islam’ kita telah terbukti dan diyakini Halal, jadi buat apa susah-susah nak ada logo Halal. Malangnya, sikap begini amat memalukan kerana orang yang bukan Islam lebih bersungguh-sungguh dalam berniaga. Orang Melayu Islam sekadar CUKUP MAKAN. Nak untung lebih, tapi tak kena.

Orang bukan Islam guna payung, kita guna surat khabar meredahi hujan. Walaupun kedua-dua boleh berlindung dari hujan, tapi tindakan memandang remeh-temeh dalam menyelesaikan sesuatu adalah sikap yang tidak beretika!

Oleh itu “Gunakan payung, bukan surat khabar untuk meredah hujan”!

PEMEGANG MESTILAH KUKUH, PAYUNG MESTILAH KALIS AIR

Dalam sesebuah penerbitan perfileman, satu filem yang baik perlu ada sekurang-kurangnya 200 orang krew untuk filem yang mantap. Keseluruhan filem bukanlah bergantung penuh pada direktor dan penulis skrip sahaja, tetapi seluruh aspek termasuklah fesyen, kejuruteraan bunyi, pencahayaan, penggambaran dan sebagainya semuanya memainkan satu peranan yang sangat penting. Kekurangan satu krew, walaupun fungsinya kecil adalah satu kecacatan. Tetapi, dengan wujudnya kolaborasi dan sinergi dari setiap penjuru menjadikan penghasilan filem ini menjadi gah dan mantap.

Samalah juga bagi sesebuah persatuan.

Dalam sesebuah persatuan, tak kiralah jawatankuasa besar mahupun jawatankuasa kecil, semuanya bergantung kuat antara satu sama lain. Ia adalah ibarat batang dan akar dalam pokok. Walaupun akar itu kecil, ia menjadi sokongan kuat kepada batang besar pokok itu. Barulah proses transpirasi berjalan dengan begitu baik. Perjalanan dua hala merupakan input yang menentukan kemantapan output. Kelemahan dalam sesebuah fungsi boleh menggagalkan keseluruhan perancangan. Ini merupakan satu kecuaian yang besar!

Komponen-komponen payung adalah setiap satunya penting untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Walaupun hanya satu sahaja jejari rim payung patah, payung mungkin tidak akan digunakan lagi. Kerana kecacatan yang kecil boleh mencacatkan keseluruhan fungsi. Begitu juga, pemegang sahaja tidak cukup untuk mengembangkan payung. Ia mestilah mempunyai sokongan lain. Dalam erti kata lain, sesebuah kerja, seorang tidak sepatutnya bekerja dalam banyak hal. Mana mungkin rumah tertegak dengan satu tiang!

Lapisan kain yang digunakan untuk membuat payung juga merupakan kain sintetik yang kalis air. Kalau ia tidak kalis air, maka pembuatan itu salah pada tempatnya. Sebab itu, letaklah fungsi yang tepat pada tempatnya. Kalau seorang ahli dalam sesebuah persatuan kemahirannya pada menulis, maka letakkanlah dia pada bahagian kesetiausahaan sahaja. Sekiranya dia berpengalaman dalam mengurus duit, letakkan dia pada bendahari sahaja. Begitu juga yang lain-lain. Payung mestilah kalis air, bukan menyerap!

Sebab itulah setiap orang dalam persatuan amat penting, tugas mestilah sesuai dan kena. “Pemegang mestilah kukuh, payung mestilah kalis air”!

PAYUNG UNTUK HUJAN BUKAN HIASAN

Seperti yang saya kemukakan 3 teori di atas, payung bukanlah payung semata-mata tetapi ia adalah satu item begitu penting terutama ketika berlaku hujan. Payung di simpan dan dijaga untuk tujuan ini. Tetapi, ada yang memilihnya untuk hiasan. Sama seperti menggunakan tuala untuk alas kaki, bantal untuk tempat duduk, buku-buku semata-mata untuk memenuhi rak, dan sebagainya. Kadang-kadang kreativiti manusia ini terlebih-lebih. Tetapi fungsi asal sesuatu perkara diubah sewenang-wenangnya untuk tujuan kepentingan diri.

Inilah yang berlaku dalam FSCC yang saya maksudkan tadi. Senang-senang menempatkan tempat sesuka hati sedangkan mereka sepatutnya tampil mengutamakan keadilan. Sepatutnya lebih adil kalau setiap stall yang berdaftar, mencabut undi untuk menentukan posisi. Sekiranya aturan ini diberi kuasa untuk mereka yang menentukan tanpa rasional, maka payung digunakan untuk hiasan, tiada fungsi tetapi untuk kecantikan dan bahan pameran!

Sebab itulah payung mesti digunakan untuk hujan, bukan hiasan.

KESIMPULAN

Payung itu sudah cukup memberikan gambaran yang begitu besar dalam sesebuah perancangan. Matlamat berperancangan yang tidak bersedia adalah ibarat meredah perjalanan tanpa mempertimbangkan hujan yang bakal mendatang. Satu lagi pepatah, ‘disangkakan panas di petang hari tetapi hujan ditengahari’, sebab itu, ‘sediakanlah payung sebelum hujan’!

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (Surah Luqman : 34)

Saya nasihatkan kepada diri sendiri sebelum orang lain.

4 Responses to Episod 51 : Teori Payung Sebelum Hujan

  1. danny berkata:

    mcm best je RAFEST tu.

  2. aireensamirah berkata:

    salam~
    betul..sy setuju dgn pendapat tu..
    bukan mahu membandingkan atau memperlekehkan pegurusan pusat2 islam..
    tetapi itulah yg terbukti..
    memang benar dalam pentadbiran pusat islam ini seringkali terjadi seperti yang disebutkan penulis..
    katanya ukhuwwah fillah abadan abada, tp bila dtg kpd membuat kerja, semua mahu lepas tgn, tolak kerja pd org tu, org ni..
    biarkan siapa yang berani dan berkebolehan mempertahan segalanya..
    dan selalu juga, pentadbiaran mereka ‘dihiasi’ dgn masalah remeh temah sesama ahli, masalah kawan dlm pentadbiran..
    seharusnya kita bersikap lebih profesional, menumpukan kepada produk atau hasil kerja drpd perkara remeh temeh ini krna sememangnya ia membuang masa yang sepatutnya diperuntukkan utk membuat kerja berfaedah..
    bukan sy memperlekeh, namun berharap agar Islam Melayu ini membangun dan berusaha..
    bukan mahu mnyuruh menjadikan kaum asing idola kita, tetapi apa salahnya kalau kita mencontohi sifat2 yang baik dari mereka..
    kita melenting apabila datuk chua soi lek mempersoal ketuanan melayu,
    tapi andai kita masih sebegini, mungkin kata2nya suatu hari nanti akan menjadi satu kebenaran..
    bebaskan melayu dari tag ‘melayu malas’ dan ‘melayu mudah lupa’..
    wallahualam..

  3. aireensamirah berkata:

    oh ye encik senikehidupan..
    tidak mengapalah kita seri pd bulan lepas..
    bukankah ‘seri’ lebih baik kerana tiada siapa kalah siapa menang..
    hehe..
    lgpn sy masih belum mampu menjadi se’efektif’ kamu..🙂

  4. senikehidupan berkata:

    ok thanks amie, added value to this post..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: