EPISOD KE LIMA PULUH

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Surah Alam Nasyrah :7-8)

type

Hari tu di kelas Listening & Speaking, bincang tentang satu topik dari silibus.

“Akmal Hakim”, madam panggil saya. Agak sedikit tersentak. Alamak..

“What’s your least favourite teacher?”, soalan ini diajukan berdasarkan satu bab daripada buku teks Mosaic 2. Berat nak jawab. Ada ke least favourite? Huh.

“Em, when I was in secondary school, my least favourite subject is Bahasa Melayu”, pancing saya tanpa menyebutkan ‘teacher’ tetapi ‘subject’.

“I hate it when it comes to writing. And the teacher always give us a lot of tasks.”

“Most of the tasks, I always took them for granted”, jawab saya. Tapi jauh di sudut hati, terasa rindu pula dengan cikgu saya. Tanpanya, belum tentu saya berjaya dapat A1 dalam subjek Bahasa Melayu, dan mampu menulis sehingga hari ini.

TAK PANDAI MENULIS

Suatu ketika dahulu saya merupakan orang yang sangat membenci menulis. Subjek Bahasa Melayulah yang paling saya tidak suka, paling saya bosan. Saya sangat lemah dalam bahasa sejak saya darjah 4 sehinggalah tingkatan 5. UPSR saya dapat 4A 1B, B pemahaman. Abah selalu cakap saya lemah dalam berbahasa. Cakap tak pernah faham-faham. Cikgu pula waktu saya di tingkatan 5 selalu tegur, karangan saya banyak kesalahan tatabahasa, cacamarba dan kurang matang.

Saya menanamkan bahawa subjek Bahasa Melayu adalah subjek terakhir saya akan belajar selepas di tingkatan 5. Saya tidak nampak saya boleh meneruskan impian bermotifkan menulis.

Nyata sekali saya sangat silap. Sangat-sangat silap.

Beruntung. Nasib baik saya kategori yang agak suka membaca. Tetapi membaca sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang intelektual. Saya terpaksa kerahkan diri untuk menulis. Sangat berat. Satu ketika, saya terbaca satu risalah, kewajipan al-akh muslim oleh imam Hassan Al-Banna;

Saudara seharusnya cekap membaca dan menulis. Saudara hendaklah membanyakkan membaca dan meneliti risalah Ikhwan Muslimin, akhbar dan majalah lainnya .Hendaklah saudara menyediakan khutub-khutub khas untuk saudara sekalipun kecil. Saudara mestilah meluaskan ilmu dan mempertingkatkan pengkhususan saudara dalam satu-satu bidang. Saudara juga mestilah memahami masalah-masalah Islamiah secara umum dengan kefahaman dan membolehkan saudara menggambarkan permasalahan itu dan menentukan hukumnya sesuai dengan tuntutan fikrah kita.

Sambil saya garu-garu kepala saya bertanya empunya diri “boleh ke?”.

Dari episod 1 sehinggalah entri kali ini, barulah saya tahu. Rupa-rupanya tidak ada istilah kita TAK BOLEH tetapi sebenarnya kita belum sampai waktu lagi untuk BOLEH. Cuma, bilalah anda ingin mencetus MAHU tu.

SEDAR AKAN KEPENTINGAN MENULIS

Saya mula sedar wasilah penulisan ini membawa kesan impak yang sangat dahsyat dalam dunia Islam. Penulisan berunsurkan dakwah inilah berjaya dijadikan khazanah kekuatan islam sehingga terbuku di rak-rak buku pejuang-pejuang Islam hari ini, gah menjadi ikutan para pejuang muda-mudi.

Said Hawwa, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Libya, seringkali menggalakkan aktiviti dakwah melalui penulisan dalam kitab-kitab hasil penulisannya. Beliau menyatakan secara terang bahawa satu kaedah yang paling efektif adalah seseorang daie melibatkan diri dalam penulisan.

Abul A’la Al-Maududi, seorang aktivis dakwah di India yang sangat aktif dalam bidang penulisan. Penglibatannya dalam penulisan berjaya membawa anjakan paradigma kepada kebangkitan Islam di India. Sebagai contoh, ketika berlaku keruntuhan khilafah Islam media telah mula menyebarkan gambaran buruk terhadap ikut berikutan daripada pembunuhan pemimpin kebangkitan Hindu, Swami Shradhnand oleh seorang muslim. Walhal, Swami sendiri yang mencetuskan kemaharan umat Islam. Dari situlah datangnya penulisan Al-Maududi lantaran media yang kecoh, beliau mengeluarkan sebuah buku berjudul Jihad fi Al-Islam. Buku ini mendapat sambutan yang sangat hangat. Hal ini menegaskan Al-Maududi seorang intelektual umat kerana gelombang penulisannya.

Ibnu Taimiyyah, seorang salafi yang tersohor di zaman Abbasi sendiri lebih rela dipenjarakan oleh pemerintah ketika itu kerana inginkan kebebasan untuk berfikir, semata-mata untuk menulis. Begitu juga Sayyid Qutb yang menulis sebahagian besar isi Ma’alim fi tariq di dalam penjara. Mereka menulis kerana satu bendera. Bendera Islam yang tercinta.

Maka tidak dapat lagi dinafikan wacana penulisan adalah satu agen penyebaran dakwah gigantik yang masih ramai lagi orang memandang enteng.

DARI MANA DATANGNYA KESEDIAAN UNTUK MENULIS?

Soalan ini seringkali dilontarkan oleh mereka yang tidak mahu menulis. Ramai yang merendah diri dengan memberi alasan tidak mempunyai bakat. Sekiranya saya nak dibandingkan dengan mereka, apatah lagi saya ini. Saya seringkali diberi komen, karangan yang TIDAK MATANG oleh guru Bahasa Melayu saya ketika di sekolah menengah. Tetapi alhamdulillah, saya dapat konsistenkan menulis sehingga hari ini. Seolah-olah bermain bowling, yang dulunya saya tidak nampak pin-pinnya, kini saya melontar bola meluru ke tengah dengan harapan STRIKE yang lebih jelas!

Bagi saya BAKAT bukanlah segala-galanya tetapi, IKHTIAR adalah punca segala-galanya.

Anda sedia maklum, seekor anjing pengesan tidak mungkin akan berkhidmat dengan polis semata-mata dengan jenis anjing. Anjing-anjing ini perlu dilatih bertahun-tahun sehingga sampai tahap boleh mengesan kesan-kesan jenayah yang boleh membantu polis dalam penyiasatan. Begitulah matematikanya dengan manusia. Manusia yang berlatih berfikir, menulis dan membaca secara pastinya membawa kesan yang mendalam setelah lama berlatih.

Seorang cendekiawan pernah berkata, “Personaliti seseorang 5 tahun akan datang ditentukan oleh dengan siapa dia berkawan, apa yang dia baca, dan apa yang dia tulis hari ini”.

Fikirkan tentangnya.

Kita mungkin hari ini menulis tentang sesuatu, kelak, kita akan sedar perbezaan yang berlaku pada dua masa yang telah kita asimilisasikan. Kemungkinan, kita akan menjadi seseorang yang berpengaruh pada masa-masa akan datang. Di situlah orang akan mengkaji penulisan-penulisan awal kita. Sesuatu yang paling berharga buat saya, saya amat berharap pewaris-pewaris saya dapat menatap penulisan saya. Saya begitu cenderung memikirkan generasi akan datang. Inilah wacana Himmah ‘Aliyah saya.

Masing-masing mempunyai prinsip tersendiri. Mungkin ada yang tidak perlu menulis, tetapi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Mungkin ada juga yang hanya suka membaca. Sangat rugi jika seseorang itu hanya tinggal di zon selesanya, malas menganjurkan keupayaan untuk berfikir lebih.

Minda yang TERLATIH adalah jauh berbeza dari minda yang MALAS BERFIKIR. Kita berfikir tidak memerlukan tenaga. Kita tidak berfikir juga tidak memerlukan tenaga! Wujudkah istilah penat berfikir?


ANTARA PEMBACA DENGAN PENULIS

Saya juga berpendapat, sekiranya pembaca tidak memulakan penulisan lagi, anjurkanlah diri untuk berkecimpung dalam usaha ini. Tak kiralah menulis diari, jurnal, blog, emel dan sebagainya, selagi kita menulis dengan etika penulisan yang betul, besar kemungkinan kita akan biasa dengan mengulas sesuatu yang mungkin menjadi penting untuk tantapan orang lain termasuk manfaat untuk diri sendiri.

Dahulu, saya hanya membaca sebagai seorang pembaca. Kini saya membaca sebagai seorang penulis. Kedua-duanya adalah sama dari aspek pemahaman tetapi berbeza karakteristik. Perbezaan antara pembaca dengan penulis adalah pembaca membaca dan memahami. Penulis pula membaca, mengolah, menilai dan mempraktikkan apa yang difahami.

Andainya masa boleh berputar, teringin rasanya ingin menulis lebih awal lagi. Percayalah, orang yang makan cili akan merasa pedasnya. Tak rasa cili, anda tak boleh expect tahap kepedasan makanan itu.

x

14

Blog Senikehidupan.wordpress.com pernah di list kan tempat ke 14 dalam ranking 100 blog terbaik wordpress.com versi Bahasa Melayu


15

Juga alhamdulillah, pernah dikategori ‘fastest growing blog’ di wordpress.


“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (Surah An-Nisa’ : 32)


Akhirnya, masterpiece episod ke 50 tercoret juga. Lama sangat tak diupdate blog ini. Terima kasih kepada semua yang menyokong seorang yang memang tidak berapa berbakat dalam penulisan ini.

Segala yang baik adalah daripada Allah, yang lemah itu datang dari diri saya sendiri.


Akmal Hakim b. Abdul Khalik

Faculty of Architecture & Environmental Design

Center for Foundation Studies,

International Islamic University Malaysia

“Hendaklah setiap penuntut meniatkan bahawa tujuan sebenarnya ia menuntut ilmu bukanlah untuk mengejar kepentingan dunia, sijil dan pangkat, tetapi hendaklah diniatkan kerana mencari redha Allah dan hari akhirat, menghapuskan kejahilan dalam dirinya dan menghidupkan agama serta berazam untuk mengembalikan keagungan Islam. Sebab kekalnya keagungan Islam hanyalah melalui ilmu pengetahuan” (Imam Burhanuddin Az-Zarnuji)

5 Responses to EPISOD KE LIMA PULUH

  1. mehmet berkata:

    salam alayk.

    hehe.jubli perak owh.artikel menarik akhi.sgt menarik.yela tu tak berbakat.drpd ana..lagi la tak berbakat.teruskan menulis tulisan2 menarik utk ana

  2. nurazah fathirah berkata:

    “Di situlah orang akan mengkaji penulisan-penulisan awal kita. Sesuatu yang paling berharga buat saya, saya amat berharap pewaris-pewaris saya dapat menatap penulisan saya. ”

    Many bloggers do hate Bahasa Melayu. But some day, they will appreciate what their teachers have done.

  3. hazwan berkata:

    teruskan menulis untuk kemajuan.

  4. aireensamirah berkata:

    congrtulation for the 50th post..
    keep up the passion of writing..
    one day maybe you can be like the people you mention above..
    who knows??

    “tinta yang menulis itu mampu menyelamatkan sebuah tamadun yang hebat”

    perjuangan di mata pena..
    still remember??

  5. senikehidupan berkata:

    to mehmet : uhu.. menarik =O … ye ke… tak pun..

    to azah : Not many, but some.. they don’t really implement the etiquette of writing..

    to abg hazwan : tu je?

    to amiratul : nampaknya seri amie untuk bulan 11 ni..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: