Episod 49 : Cabang Medik – Dunia Farmasi!

Daripada Usamah bin Syarik berkata: Ketika aku bersama-sama Rasulullah SAW, datang sekumpulan orang-orang Badwi, bertanyakan Baginda, apakah boleh kami mengubati penyakit. Jawab Rasulullah SAW: “Ya, wahai hamba-hamba Allah berubatlah kamu sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu penyakit itu melainkan dijadikannya juga untuknya penawar melainkan satu penyakit sahaja”. Mereka bertanya apakah penyakit itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Tua”. (Riwayat Imam Ahmad)

medicine

Sekali-sekala waktu cuti ni ada waktu saya luangkan masa dengan mak on call di hospital pada waktu malam. Seronok rasanya atmosfera berada dalam dunia medik ni, walaupun saya tidak mengambil bidang ini. Lihat kiri kanan doktor yang berkot putih bersama dengan stetoskopnya. Berjalan dengan penuh confident.

Sewaktu saya berjalan bersama-sama dengan mak sebelum masuk dispensari farmasi, macam-macam department saya jumpa. Kadang-kadang pelik sangat nama tu.

“Oto..ri..no…langi..lari..lo”, saya cuba mengeja. Berkerut-kerut dahi.

“Otorinolaringologi!”, mak saya sebut dengan pantas. Ketawa saya. Panjang sangat perkataannya.

“Tu wad bahagian tekak, mulut & hidung”, mak beritahu.

Saya yang hanya berpakaian seperti orang lepas sembahyang berbangga berjalan dengan mak masuk satu kawasan ke satu kawasan yang dijaga oleh security guard, sedangkan orang lain tak boleh masuk, terlopong mereka melihat saya. Entah apalah dalam fikiran mereka agaknya. Special case!


Di dalam dispensari, saya hanya membaca buku. Mak sibuk mencari-cari ubat. Kadang-kadang doktor banyak buat silap dalam buat preskripsi. Kadang-kadang terlebih dos. Kadang-kadang ubat yang untuk syringe dia mintak dalam tablet. Tak betul. Farmasilah yang memperbetulkan mereka.

NOSTALGIA SILAM

Teringat saya zaman saya kecil-kecil dahulu, saya sering ikut mak sejak ke kerja. Sewaktu tu mak masih di klinik. Kawan-kawan pun ramai dari kalangan staff pekerja sana. Kadang-kadang ketika bosan, saya suka ambil botol-botol kosong ubat dalam dispensari kemudian gabung-gabungkan guna cellophane tape. Kalau tak jadi robot, jadi kereta kebal lah, drum lah, entah apa-apa lagi. Seronok juga. Mak tak pernah halang. Ada satu waktu mak tengah buat ekstrak ubat, saya tanya;

“Mak buat apa tu mak?”

“Mak buat syrup”, ringkas mak saya. Macamlah saya faham kalau diterang habis-habis.

“sirap?”, pelik. Kenapa sirap warna oren? Apa pasal tak buat di rumah sahaja? Huh, pelik lah mak ni.

“Sirap ni sirap vitamin C”

“Oooo”, saya buat-buat faham kemudian terus sambung main-main.

Barulah saya tahu hari ni. Itulah ubat syrup promitazone untuk vitamin C. Manis dan sangat sedap. Waktu saya kecil-kecil ni jugalah saya agak nakal. Selalu sangat merayau-rayau kesana sini. Kadang-kadang ada kes rawatan yang perlu ditutup, saya tinjau di sebalik langsir. Hehe. Kadang-kadang budak nak berkhatan pun saya tinjau. Ish-ish..

Sebagai anak kepada farmasi, tentunya saya sangat beruntung. Secara jujur, jarang sekali saya ke klinik untuk berjumpa doktor. Kalau demam, mak bawa balik ubat sudah memadai. Cuma ada certain case saya perlu rujuk doktor untuk didiagnose doktor kalau ada sakit yang tak dapat dipastikan oleh mak. Tapi, walaupun saya anak farmasi, makan ubat tak pernah habis! Haha.

KURSUS FARMASI

Mak selalu sarankan saya untuk ambil bidang farmasi atau medik. Saya memang minat dan dapat skor biology, tetapi hakikatnya saya tidak minat bekerja bidang bidang medik ni. Ikutkan keputusan SPM lepas, saya cukup layak untuk menyambung pengajian ke Mesir. Tetapi, saya hanya suka kerja-kerja yang kreatif dan skill. Berat untuk saya berjalan-jalan, periksa orang sakit, bagi arahan kepada nurse. Namun saya akui juga, bidang medik ini adalah bidang yang sangat mulia!

“Kim, tengok kat depan tu”, mak saya beri isyarat

“Nilah yang doktor tengok hari-hari, tak da yang sihat eyh”

“Arkitek tiap-tiap hari tengok benda cantik”, saya tersenyum mak sebut kursus istimewa saya.

“Kalau datang kat orang tu tikamlah, dia tak mengelak deh”, mak berseloroh. Saya ketawa. Orang yang baring di hadapan tu pandang sahaja saya. Kesian sungguh terpaksa pakai musk(penutup mulut bantuan pernafasan). Saya buat tak tahu saja dia pandang semacam(dalam hati ketawa berdekah-dekah).

Kadang-kadang, ramai kawan-kawan saya bertanya tentang ni. Ada yang kata bidang farmasi ni bidang yang kerja kat pharmacy tu. Ada yang kata bidang buat-buat ubat. Macam-macam. Tetapi bagi saya farmasi ini adalah satu bidang yang lebih selesa berbanding jurusan kedoktoran. Gaji tidaklah jauh beza sangat. On call tidaklah sekerap doktor. Itupun kalau bekerja di hospital.

Kata mak, bidang medik sekarang ni mudah sahaja naik pangkat. Graduan farmasi yang bestnya, mereka tak perlu interview untuk bekerja. Gaji kritikal pula memang pasti RM750.00 sebulan. Andai saya mahu ambil bidang medik sekalipun, saya pasti akan ambil bidang farmasi berbanding doktor. Walaubagaimanapun, kerja doktor tetap kerja yang lebih dihormati.

Wallahu a’lam

31 Responses to Episod 49 : Cabang Medik – Dunia Farmasi!

  1. waa!!~~ berkata:

    kekadang tuh,., dapat rase environment tuh pon dah cukup untuk timbulkan minat kiter kat sesuatu bidang tuh,., hahaha,., best kan tgk dr jalan dengan confident,., wawawa~~!!

    salam ziarah~~ dapat link blog nie dari nurazah fathirah,.,

  2. senikehidupan berkata:

    Yup, memang best pun dik.. Ambil lah bidang ni nanti.. sok2 abang sakit boleh berubat terus je🙂

  3. waa!!~~ berkata:

    hehehehe,., insyaallah,., “Pediatrician yang berjaya suatu hari nanti”,.,

    p/s: arkitek pon gempak gak,.,.,

  4. fahaza berkata:

    erm.mmg x dinafikn best n srnk amek bdg ni..t’utama bg org yg btol2 mnt.tmbh2 gi ble kte dgr sndr pharmacist tu punye xperience.msti best la,sbb ana pena dgr ad sorg m.cik tu(m.cik tu pharmacist)bgtaw ttg profession kje die..suatu ktk dlu ana sndr pun pena t’pk nk amek,tp ntah la..neway,kpd sesiape yg nk amek profession ni n nk jd pharmacist,bley la interview mak hakim ni…hehe=p

  5. aireensamirah berkata:

    medik???
    farmasi???

    very noble career..but not my interest..
    however, i respect those people in this field..
    🙂

  6. Izzah berkata:

    ok, baru tau..
    yg ur mum is a pharmacist..
    best nye!!!
    boleh tgk suasana kat hospital secara life..
    klu ana tgk kat television jela..
    jarang pon g hospital..
    klu g pon tgk org sakit

    Anyway,
    yup..!!
    mmg betul keje doc lagi truk sk8 dr pharmacist..
    mana tau??
    baca n dgr..
    Pharmacy susah time nak hafal subj pharmacology..
    Seniors ckp: “agak memeningkan.. rasalah korg nanti..”

    Anyway, till now,
    the study is not too hard
    because we learn only the basic science
    quite similar with those that we learn in schools,
    only a little bit deep.
    The medic subject will be learned
    during the second semester..
    Insyaallah..
    P/s: The system here is slightly different than in Egypt.

  7. izzat berkata:

    nursing industry skrang very high demand..so ape lg ikhwah.ayuh jadi nurse

  8. senikehidupan berkata:

    To izzah : Tak jgak izzah.. pharmacology tu memang la susah sikit, tapi mak ad ckp yang bila dah faham habis-habis, ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Saya ada cakap kat seorang kawan, “if the subject is difficult, design to love it”😉

    One day, izzah akan nampak, doktor akan bagi preskripsi yang salah. That time farmasi akan tulis Please clarify drug frequency, maknanya ‘doktor izzah’ buat silap dalam meletakkan dos yang sepatutnya. Itu yang mak saya cakap semalam waktu temankan dia.🙂

    Yang bestnya, nanti korang akan belajar drug interaction dengan badan, pastu frequency, pastu dosage, apa yang tak boleh makan dengan ubat tu(sayur ke ikan ke), ubat tu kena makan selepas meal ke sebelum meal dsb… Bukan ke best tu? hm… tapi, kenalah biasa-biasakan diri ya.. Saya ni minat belajar je.. kerja tak serasi. hehe

    to izzat : eyh? ke Danial ye? oh.. nursing pulak ye.. Orang nak kejar DEMAND ke FUTURE? kalau camtu baik amik kerani, demand banyak jugak😛

    OK, kebetulan hari ni pulak ada Family Day di Hotel oleh jabatan Farmasi, so, salam semua!

  9. nurazah fathirah berkata:

    Biology~Biology~Biology
    Senang skor tp tak minat

    Aerodynamic engineering saya terlalu minat
    tp alahai,,saya ni pmpn..Kerja pn susah nnt..
    Hmm…du-ga-an

    Assalam ziarah

  10. amierwan berkata:

    which one is more important? money or service to the people? if u think money, go for finance and forget to serve people.

    As many people think that become a doctor, pharmacist they can gain popularity from the people so that they can be called a doc. They really passionate to what people will see them up to the standard rather than provide a better service to the people. Is this really a noble career when laymen outside there being jeopardized?

    Our grave concern is more on qualitative rather than quantitative. Having a lot of docs and pharmacists doesn’t mean that we are now in a best manner in terms of service. So far as we are concerned there are a lot of miserable things happened in the government hospital.

    Think twice when u choose medicine/pharmacist as a career. Even i’ve seen one doctor doesn’t have courage to speak in court.

  11. waa!!~~ berkata:

    but, in reality,., our country (malaysia that is),., is still lacking in terms of the number of doctor and pharmacist,., and due to this, a lot of problems emerge in local hospital,.,

    so, as far as i’m concerned,., either being a doctor or a pharmacist,., u’ll contribute a lot to the country,., and it is such a noble decision if u choose to be a doctor or a pharmacist,.,

    p/s: money and service r both important,., don’t let ur mind be too negative,., u could be a noble person in wutever career that u choose,., as long as Al-Quran and As-Sunnah known to be ur guide,., lalala~~

    ~salam

  12. senikehidupan berkata:

    Sure it is bro.. Then, in conclusion you’re differentiating two types of people;

    Financial dealers & Public service

    Yup, two different careers. I’ve gotten the idea that its true that they ought to focus for what service they are prominent with. Serve for people, then forget to raise money. Dealing with economics, then forget to serve people. I agreed for these notable difference must first to deal themselves with integrity. Without proper attitude, quantity is hopeless.

    REBUTTAL
    Another one you’ve highlighted is that government hospital have done a lot of miserable things. It’s just a fact, no profound truth. As far as I’ve been raised, i’d never went to the private clinics nor hospital. Practical medical students are examined strictly in particular qualification. Even the experts are examined for dexterity. This is the way doctors are qualified. Whether they work for public or private.

    I’ve heard the defamation of the government hospital just because of the service for pregnancy, everything negative spread. It’s true. But if people wanted to have have convenience and luxury service, do the government doctors deserved to do that yet unpaid by the patient? They’re not even thanked! Think about it.

    But, I do admit that sometimes, medical officers are very arrogant. They lack the sense of virtue and very self-righteousness. My mom always complain about this because the officers sometimes never respect their colleagues. That is the REAL MISERABLE things happening in government hospitals.

    Discouraging people to embark on medical society for me is really subjugated-minded. They are crucial determinants of our next generations life span. We’ll never know the upcoming and jeopardizing diseases. I agreed with Fahrul(waa!!~~), bring a long the scripture of guidance.. Confuse… You’re not portraying yourself the way you write as well as the way you socialize dear.. Or, it is just to sparking the consciousness? Hm..Something wrong with ehm2..?

  13. nurazah fathirah berkata:

    hehe… i told you.. he is a clever boy..
    (my opposition ~ third-speaker)
    he is being a khalifah insya-Allah..
    (but hasif and i will leave ths Malaysia if he gonna be my prime minister~~)
    nothing is weird..lalala~~

    assalam ziarah

  14. waa!!~~ berkata:

    hahaha,., syukran kaza.,., lalala~~ ameen,.,

    nway, to senikehidupan: something new in my blog,., hope u’ll visit,., and don’t forget to give ur opinion on it,., thx,., syukran,.,

    ~salam

  15. faiz smkap berkata:

    tlg ajar buat wordpress

  16. faiz smkap berkata:

    nape blog dah senyap

  17. ieka.. berkata:

    salam..
    erm,medic n pharma..
    2 2 best..
    once,before i decided to be a doc,i was more to pharmacist..but, my mum nak sgat jdi doc..so,kerana dia,so da pupuk dalam diri,minat medic..it’s not a big deal coz,lebih kurang je..but,obviously, medic is harder..and as da pendulumn ticks,makin sayang n suke medic..
    so far,bile da naik taun 3 dalam fac of medic,jumpe jugak dgan subjek pharmacology(study of da drug)..da king subject for 3rd year in fac of medicine here..
    quite nice but so tough n too much to remember with a lot of new terms~~..
    no matter wut,watuva we do in our life,as long as lillahi ta’ala,it wud be easier n more barakah..ryte..
    slam mujahadah dri egypt

    ..medic ni makin mndekatkan diri kepada tuhan..kagum dgan keunikan segala ciptaanya~~..

  18. aireensamirah berkata:

    salam..akmal..
    it looks like for nov 2008, i have 5 posts and you 4 posts..
    hehehe..
    it means..
    aku sedang mendahului kamu..
    huhu..
    im waiting for ur new post..
    and dont forget to check up my new post..🙂

  19. pqa kama berkata:

    cne kalo nk tmbh2 dlm ni?
    x reti la…

  20. assalamualaikum!

    abang akmal!
    hebatlah cerita dunia medik uh…betapa hebatnya bidang sains ini. saya minat bidang sains tapi bahagian astronologi…

    anyway,thanks your lesson for me at 2007…to bring back Islam!!

    this my motto now “IN ISLAM,WE PROTECT IT!”

  21. intan masyitah berkata:

    Assalamualaikum..

    sekadar berkongsi cerita dan pengalaman..saya adalah pelajar farmasi semester akhir..insyaAllah juga bakal menjadi ahli farmasi nanti..bagi saya, tidak pernah wujud perbezaan antara dua kerjaya ini kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab tersendiri..jika seorang doktor,lapangannya adalah lebih kepada mendiagnos dan ahli farmasi adalah lebih kepada therapy sesuatu penyakit itu..apapun, kedua-dua kerjaya ini saling bergantungan..

    Wallahua`lam..

  22. najibah berkata:

    architecture used to be ma passion (still, perhaps)

    i’m stuck in this so-called medic world.. (am i..?~)

  23. farahana berkata:

    i’m so admire to be a doctor.but we had to sacrifice a lot.hmmmm……i dont know i’m willing to take this job or not.

  24. Akmal Hakim berkata:

    Just take it..
    I’m almost sacrifice my architecture to take this course..

    Taking medic is not about THINKING.

    Its about FEELING.

    If you feel you’re able to FEEL it.

    Then, why not?

    JUST TAKE IT.

  25. dealova berkata:

    yes farahana~!..if u r willing too, go ahead..

    jgn mcm org tu…
    mmg la nasi dah jadi bubur still lagi sedap utk menikmatinye…
    tp, kalo minyak dah hangus, alamatnye buang je dlm tong smpah.kan2..

    hmm..
    im thnking once..
    ok..antara pkataan yng kluar dr mulut PM ngn mulut doctor, mana lagi org dgr…
    eg;-
    1- doc ckp, awk jgn mkn mknn minyak ni, bahaya utk bdn awk.
    2- PM ckp awk makan je mknn ni, sekali skala x salah kan…

    so, mana lagi yang org akn dengar??
    think twice…

    p/s= sure dye x abih2 ngn guilty dye ni..bro, skali ludah jgn jilat balik.xpe, we can shre knowledge.it doesnt mater u tke other thn dis medicine. u pun doc art what..amazing~!

  26. Akmal Hakim berkata:

    Terima kasih saudari@dealova

    Beranalogi ada adabnya.

    Jika saya tidak mengambil sesuatu kursus, TIDAK BERMAKNA saya meludahnya.

    DAN

    Mengatakan apa yang saya tidak ambil, saya menjilat kembali, saya kira itu satu analogi yang kurang sopan.

    Tak mengapa.

    Saya hanya minat.

    Tidaklah pula saya kata ingin mengambilnya.

    Bahkan saya akan rasa lebih menjadi medik andai saya menggalakkan orang lain mengambilnya.

    Wallahu a’lam

  27. dealova berkata:

    hmm..

    bravo,
    dlm arti beranalogi awk ini…tidak lah dlm kamus saya..tidaklah juga saya maksudkannya..

    dikira analogy, oh tidak sama sekali.
    perkataan yang diungkap, hnye sandaran, bg org lain memikirkan akannya.

    apa boleh ku kira lagi, sudah disalah arti..
    asifff jika terasa..insan biasa juga…
    kernanya melihatkan org itu..adui, mmbuatkn diri berfikir sedalamnya..

    jadinye teman yang lain, peluang kekadang cuma sekali..jangan biar ia pergi..
    ini umum. bukan dlm memilih course shj, merangkumi seluruh kehidupan..
    again.
    jangan biar ia pergi..
    tangis kamu kelak tiada guna. mcm saya_

    noktah_.

  28. syazwani berkata:

    Assalamualaikum
    Saya seorang pelajar asasi UIAM dalam asasi farmasi tetapi minat saya lebih kepada bidang kedoktoran.Ibu bapa saya juga mengharap saya mengikuti ijazah perubatan di UIA Kuantan nanti.Baru-baru ini,keputusan final exam telah keluar.CGPA saya tidak melebihi 3.5 dan ini amat merisaukan saya.Saya tidak pasti sama ada saya masih layak untuk bertukar kursus atau tidak.Ini kerana requirement untuk kursus perubatan ialah 3.5 dan ke atas.Saya bertanya pendapat kepada senior2 saya di uia kuantan.Mereka berkata ramai pelajar yang mengambil kursus perubatan di sana mempunyai pointer kurang daripada 3.5.Sekarang saya keliru kursus mana yang patut saya ambil.Secara teorinya,saya layak untuk farmasi tetapi tidak layak untuk perubatan disebabkan pointer yang tidak memberangsangkan.Namun,minat saya masih dalam bidang perubatan.Mungkin saya tidak mempunyai banyak pendedahan tentang kerjaya seorang ahli farmasi berbanding seorang doktor.Wallahu a’lam.Harap dapat memberi pendapat dan membantu saya.Terima kasih.

  29. syahirah berkata:

    sy nk amik slh stu bdg ni…x kesah la mn2.tp xtau la cm na skrg.Sy dpt 4 flat dn band 2 muet.jd x ditwrkn la dr u…hnya dpt sains bio dr ukm.mcm mn klau sy repeat muet,dpt band 3 dn mnta tukar kos ke farmasi,sy dpt ker nk tukar kos???….huhuhuhu.

  30. StarZ..:) berkata:

    Aish,… pning mne satu,.. anyway, i’ll try my best, And Allah will do the rest! InsyaAllah… ;D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: