Episod 48 : Khutwatul Jadid, Langkah Baru

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (Surah An-Nisa’ : 32)

langkah

3.5 GPA. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Langkah ini perlu diteruskan. Meneruskan satu perspektif analitikal kepada logikal. Seperti yang saya jangkakan, kesibukan itu bukan alasan. Tapi ia membuka kepada dunia baru, panorama arkitektur out-of-the-box.

“Jangan takut untuk mendesign yang gila-gila”

“Akmal perlu ingat dalam dunia arkitek ini setiap tindakan dan keputusan yang diambil perlulah berasaskan reasons”

“Tak boleh bagi reason I like it”

Nasihat akhi Amir Farid petang tadi, baru sahaja menamatkan jurusan architecturenya di Deakin University, Australia. ‘Sedih’ katanya meninggalkan dunia pembelajaran arkitektur berbeza dengan saya, bersemangat kerana baru memulakan langkah ke dunia arkitek ini. Dunia yang telah lama saya tunggu-tunggu sejak di alam persekolahan.

Saya teringat khutbah Jumaat tadi.

“Umat Islam hari ini lemah kerana empat perkara”, kata imam dengan lantang memberikan khutbahnya yang ke-2.

“Yang pertama, umat Islam hari ini sering meminta-minta dan menerima daripada berusaha”

“Yang kedua, umat Islam hari ini lebih suka jadi pengguna daripada mereka cipta”, saya berkhayal sebentar memikirkan rekacipta.

“Yang ketiga….”, alamak tak sempat ingat point ketiga! Fokus!

“Yang keempat, umat Islam hari ini lebih suka mengkritik dan mencetuskan perbalahan daripada memikirkan jalan untuk bersatu padu”

Cukup padat dengan fakta. Teringat saya pula tentang Obama, presiden baru Amerika. Beliau seorang yang cukup licik dan bijak. Menang dalam pilihanraya.

Saya terfikir sejenak, di sebalik nama ‘Husein’ yang digugurkan, apakah agenda yang akan berlaku selepas ini? Negara yang menjadi pencetus huru-hara kepada Islam dipegang oleh orang yang lebih licik dan cerdik. Adakah benar Barack ‘Husein’ Obama itu bertopengkan Yahudi? Adakah umat Islam bersedia dengan episod baru dunia hari ini? Apapun yang berlaku selepas ini, WASPADA.

Fikirkan tentangnya.

Kesibukan di alam cuti tiga minggu ini kian selesai. Esoklah satu-satunya hari saya memulakan percutian di sebuah hotel bersama keluarga. Ahad ini kembali ke UIA, the garden of knowledge and virtue. Semester 2.

Salam penghargaan kepada semua pembaca.

“A person first start to live when he can live outside himself” –Albert Einstein

“Keep away from people who try to belittle your ambitions. Small people always do that, but the really great make you feel that you, too, can become great” –Mark Twain


akh4One Day

akh3

I will be there

akh2

In from of them

akh1

Confidently..

This masterpiece of yesterday

Is the proof of future

the big picture of a muslim architect

pursuing beyond the BOUNDARIES

captivating beyond the BARRIERS

because I BELIEVE

“..and the (blessed) end is for the pious and righteous persons(taqwa)”(Al-A’raf : 128)

3 Responses to Episod 48 : Khutwatul Jadid, Langkah Baru

  1. ceritalabu berkata:

    subhanallah semoga anda success selalu…doa sentiasa mengiringi…ameen

  2. faiz smkap berkata:

    Semoga berjaya dengan cemerlang dan diredhai Allah di dunia dan akhirat

    ” Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang menolong agama Allah ”

    Jangan lupakan kami …………..

  3. Ar Hafizah berkata:

    MasyaAllah..inilah arkitek yg sangat di idamkan dalam dunia Islam….alangkah…baikkan..semua archietct-to-be di UIA..akhlak, dan pemikiran nya begini…

    iNsyaAllah..moga2..Ana..juga bisa berfikiran seperti ni…

    salam mahabbah…

    student of AED 2010/2011

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: