Episod 47 : Idea Ruhul Jadid

“Kamulah semangat baru di jasad ummah yang akan menghidupkan generasi Al-Quran” (Imam Hassan Al-Banna)

Hari ini, ketika saya kekosongan waktu, saya rasa ada perlunya saya bekerja untuk rumah pula. Kalau tidak kerana urusan program di luar, mesti saya hanya menghadap laptop sepanjang masa samada melayari internet, menulis atau membaca. Kalau tidak dengan laptop, saya hanya membaca buku sepanjang masa. Bilik saya sudah lama tidak saya uruskan, bersepah.

Banyak sangat sudah fail-fail yang tidak berguna disimpan. Ketika saya mengemas, ada sesuatu yang begitu menghibakan saya. Kertas kerja, Ruhul Jadid. Itu adalah original hard copy perancangan. Perlahan-lahan saya keromokkan kertas-kertas tersebut sambil merasai sebak yang kuat di dada. Saya masukkan dalam plastik sampah,

p3111126

“Selamat tinggal Ruhul Jadid”, cetus hatiku.

Saya terus mengemas buat-buat lupa dengan keadaan sebentar tadi. Namun, sama sekali tidak dapat. Di celah buku-buku yang saya beli terselit hampir 20 business card yang saya kutip satu persatu setiap kedai yang bergenre Islam ketika Pameran Buku Sedunia bulan April lepas. Teringat Afnan yang turut sama menemani saya. Ini adalah untuk sponsorship majalah kami. Begitu juga Amiratul Nadiah bertugas mencari maklumat mana-mana badan atau jabatan agama di Negeri Sembilan yang berpotensi untuk membantu.

Semuanya terbakar. Terbakar dek pengurusan yang cacamarba dan tidak sistematik. Sayalah ketuanya. Sayalah yang juga menggagalkannya. ãsifni..

Saya hanya mengemas bilik separuh jalan. Hilang moodnya. Makan pun hilang selera. Menjayakannya adalah ‘ruhul jadid’(semangat baru) bagi diri ini, tetapi setelah menemui kegagalan saya rasakan ia adalah ‘summul jadid’ (racun baru) yang sangat berbisa. Saya meraba-raba mencari ayat mushaf yang boleh membangkitkan semangat atau berita gembira. Saya buka surah At-taubah, ayat madaniyyah;

“Orang-orang yang bertaubat, yang memuji (Allah) , yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat yang baik dan mencegah berbuat yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang Mukmin tersebut. “(Surah At-Taubah: 112).

Ya Allah golongkanlah aku dalam kalangan orang mukmin yang gembira..

****************

“Nice cover”

“I never thought it was a pic of mosque”

“Hope to see it soon”

Kata Sarah Maimun Aqsha melalui YM, pelajar dari Darul Quran yang turut terlibat dalam proses penghasilan majalah Ruhul Jadid ini.

“Don’t you know?”

“We are deserving failure”

Balas saya ringkas. Saya hanya mampu memohon maaf, tak mampu merealisasikan masterpiece tersebut. Saya cuba menilai kesilapan demi kesilapan. Kegagalan dalam perhubungan, itu sahaja kuncinya.

“We should encourage them to work together earlier”, cetus idea Sarah. Tepat sekali. Gabungan itu perlu dimulakan sejak di alam persekolahan lagi.

PARA ALUMNI PERLU MULAKAN ANJAKAN PARADIGMA

Setakat ini belum ada lagi badan agama dalam sesebuah institusi sekolah yang pernah bergabung tenaga dengan sekolah lain menghasilkan sesuatu program ataupun sesuatu perancangan yang melibatkan hasil gabungan kerja. Para alumnilah yang sepatutnya mencetuskan idea untuk adik-adik yang berada di sekolah. Di sekolah mereka terikat dengan peraturan. Perhubungan juga limited. Sekiranya alumni tidak menggerakkan, kekuatan badan agama di sekolah sana belum tentu boleh bertahan kuat. Mereka kurang pengalaman.

Alumni SMKA Pedas bukan hanya untuk SMKA Pedas. Begitu juga alumni SMKA SHAMS bukan hanya untuk di sekolah sana. Tidak ada istilah ‘ayam hebat di reban, kambing hebat di kandang’. Sebagai orang yang faham agama, mengukuhkan institusi Islam adalah lebih utama dari setakat memandang kepentingan institusi sekolah masing. Rasulullah sendiri pernah menyatakan;

“Mukmin antara mukmin adalah umpama bangunan. Masing-masing memperkukuhkan antara satu sama lain” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Jalan perhubungan antara sekolah perlu diwujudkan. Saya khususkan SMKA Pedas dan SHAMS. Sebagai 2 sekolah SMKA yang mewakili Negeri Sembilan, ia bukanlah satu yang rumit jika bergabung tenaga. Mengadakan program muhibbah antara dua sekolah ini juga boleh menggalakkan pelajar-pelajar berkenal. Sebagai orang yang telah lama berpengalaman di sekolah dan lama mengenal guru-guru, bukanlah menjadi satu kepayahan untuk berinteraksi dengan mereka untuk mencetuskan program seperti ini. Pokok pangkalnya daripada diri sendiri.

KEBIJAKSANAAN GURU-GURU

Setelah selesai dari peringkat alumni, maka dari kalangan guru-guru yang mengawal badan agama sekolah perlulah mempertimbangkan usaha ini. Sekiranya kokurikulum tiga penjuru boleh dilaksanakan, Kelas Kemahiran Al-Quran boleh digabungkan, badan agama dakwah apatah lagi. Agak aib kalau badan agama dakwah tak mampu membuat perancangan sedangkan banyak badan-badan lain yang tidak bermatlamatkan Islam jauh terkedepan dengan perancangan gila-gila. Fikirkan tentangnya.

“kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan kebatilan yang berperancangan” (Saidina Ali)

Guru-guru sepatutnya cuba membuat satu perhubungan antara dua sekolah untuk memudahkan urusan. Setiap urusan yang melibatkan dwisekolah akan menjadi lebih senang.

KREATIVITI AHLI BADAN DAKWAH

Mengurus badan dakwah adalah satu pengalaman yang sangat indah. Walaupun ia merupakan satu tanggungjawab yang berat, ia adalah satu gerbang permulaan untuk kita menyelesaikan kerenah manusia yang pelik-pelik dengan menyeru kepada agama. Sekiranya surah An-Nahl ayat 125 itu menyarankan kita seru dengan HIKMAH(bijaksana), maka di sini para badan dakwah perlulah kreatif variasikan teknik, apatah lagi berganding bahu berkongsi idea!

A + A = STEREOTAIP!

A + B = AB!

A + B + C + D…. =??

ONE is too small to achieve greatness!

Jika SMKA SHAMS telah berpengalaman menghasilkan majalahnya Remedy 4 Mind, SMKA Pedas selesai mengeluar Ruhul Jadid, adakah anda masih kekal dengan semangat patriotisme itu? Gabungkan segala kemahiran yang anda ada. Bertindak mengikut kumpulan. Bersatu menuju matlamat itu!

REMEDY 4 MIND + RUHUL JADID = REMEDY 4 RUHUL JADID

Sekiranya segala pengurusan itu dapat dirancang dan dilaksanakan dengan baik, maka teruskanlah melakukan sesuatu yang baru. Rancanglah sesuatu bersama. Saya hanya menggunakan majalah Ruhul Jadid itu sebagai contoh. Banyak lagi aktiviti yang boleh di rancang dengan baik.

Sekiranya hari ini dua buah SMKA telah berjaya menghasilkan sebuah majalah, masa untuk mengedarkannya ke seluruh SMKA yang lain. SMKA Negeri Sembilan telah menjadi IKON kepada sekolah-sekolah yang lain pula untuk bergabung. Selepas ini mungkin SBPI Jempol, ITQAN, Maahad Ahmadi pun turut mencontohi. Agak-agaknya, ada harapan tak satu Malaysia ada komuniti SMKA yang bakal menggegarkan dunia persekolahan dengan sistem yang sangat gempak?

Ingat, kalau anda seorang pekerja yang menyusun batu-bata, datang seorang bertanyakan pekerjaan anda. Adakah anda kata “saya menyusun batu-bata “ atau “saya tengah BUAT RUMAH”?

Fikirlah sendiri.

Saya dapat satu jawapan;

Great talent + Bad relationship : Fail

Great talent + Good relationship : Success

Great talent + Great relationship : Great success

Great talent + Great relationship + Great Management : 100% Success + 100% Qudwah for Next Generation

****************

Kullu da’ da’awun

Setiap penyakit ada penyembuhnya.. Satu kegagalan ini adalah pintu gerbang kepada 1001 kejayaan yang lain.

Sila rujuk Episod 6 : Ruhul Jadid

Sila rujuk Remediable Ruhul Jadid (blog friendster)

9 Responses to Episod 47 : Idea Ruhul Jadid

  1. amierwan berkata:

    The amazing idea is so apparent there. But the cardinal issue here is do we persuasive enough to embark the idea to the grass root of our colleagues?

    I just noticed that some of them don’t really have the clear picture on what Ruhul Jadid is all about. Do we really anticipate on each other?

    So miserable my dear, you substantially put your 110% energy and endeavor but the people just remains apathy. That was similar to what i felt during my first degree time. But i don’t ever quit. I just like to be myself. I love my dream too.

    As u noticed my dear, we should now moving beyond the barrier. I totally second the idea to establish ‘Students Community of SMKA NS’. So beautiful if we can make it out.

    We are almost identical in nature and have to work beyond boundaries. Please left behind all the stereotype and typical people. Forget about this group and that group. Be united! We are all one society, one nation!

    Akmal Hakim : Thanks dear.. The first barrier for me is to bring those stereotypic people towards collaboration. If they’ll be left behind, we’ve mutually being left as well.. We need them.. your right.. they’re actually didn’t see the obvious picture of Ruhul Jadid.. It’s not their fault.. It’s my own fault, of misconduct planning.. But, I’m fortunate to experience the failure. It’s time to bring out the success next level😉

  2. danial berkata:

    SMKA2 shje.hehe.skola2 SMI(sekolah menengah islam)kendalian=cth as-saidiah,hira n lain2…huhu

    Akmal Hakim : Memang pun.. setakat ni bermula dari bawah dulu, kemudian-kemudian mungkin baru boleh masuk sekolah-sekolah lain. SMKA sebab sekolah kebangsaan. Untuk mendapatkan sponsorship dalam sesebuah program, kemungkinan besar untuk dapat tu adalah lebih diyakini🙂

  3. sofialwani berkata:

    Assalamualaikum
    bismillah..
    Sedihnya rasa dengan keadaan tersebut, tapi sahabat jadikan ia sebagai pengajaran untuk program masa depan .. mungkin nta kene buat satu post-mortem, cek balik apa halangan2 yang menyebabkan kegagalan projek tersebut.. innallahamaasbirin

    Akmal Hakim : yup.. memang sedih pun Husna.. terutama teringat bila dah merancang dan memulakannya.. Masing-masing dah usaha semampu yang boleh.. tapi mujurlah, kegagalan ni membuka peluang kejayaan yang lain.. siapa yang merasa, barulah tahu..

  4. nurazah fathirah berkata:

    Teka-teki adik darjah 6 saya :
    Apakah bende yg paling berat??
    AMANAH

    Ana tak tahu apa-apa, tapi,,,sekadar-renungan.
    Belajar dr pengalaman, terima teguran dan selidik kelemahan..
    “Keep up e’ good work. Kepimpinan melalui tauladan”

    Dakwah : juz do for Allah!!

    Akmal Hakim : yup, itulah ramuan kejayaan yang sangat lazat

  5. Sarah berkata:

    Marvellous! keep up da gud work..ur will not be dissapointed..u will be bless!remember..
    Andai perjuangan i2 mdah,tntu rmai yg ingin brjuang,namun jalan yang pnuh rnjau dan mehnah i2 adlh plihn kta,bkankah kte bruntung trgolong dlm glongan yg snggup mnghdapi cbran,fikirkan dn rnungkn apa yg trjdi dan bkal trjadi trhdap drimu sbgai khalifah..
    ‘fastabikul khairat,ya akhi!’
    jgn khuatir krana Allah pasti menolong hmbnya yg brjhad dijalanNYA..

    Akmal Hakim : “Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal” (Surah Ali Imran : 160)

    Betul..betul..betul..(aka. Upin Ipin) Thanks Sarah..

  6. fariz abu samah berkata:

    a long journey starts with a single step

  7. fariz abu samah berkata:

    klu sudi da projek baru inform la kat ana

  8. najibah berkata:

    “ketahuilah sunnah perjuangan bukanlah jalan yang merehatkan, ia penuh dengan dugaan yang memeritkan, tetapi di hujungnya pasti terdapat kemanisan, putus asa bukan punca, jemu bukan asbab utama, hakikatnya sejauh mana pergantungan kita padaNya”

    bismillah..

    ana faham, (biiznillah) apa yg nta cuba sampaikn. syukran awi di atas pemberitahuan dan perkongsian. Bukanlah ana layak untuk mmberi kepastian bahawa ana akn tetap di sini. sementara ana masih di sini (dan andai ada izinNya ana tetap di sini), ana sedia untuk bersama2 memacu idea2 yg direncana bersama, InsyaAllah. Doa yg terbaik kerana dalam kita merancang, Dia juga merancang dan pastinya, Dialah sebaik-baik perancang.

    “it takes twenty years to become an overnight success” Eddie cantor

    wallahualam..

    wassalam..

    p/s: untuk data yg nta mintak, ana akn cuba usahakn secepat mgkin. andai terbelaku kelewatan, maaf sgt2..

  9. […] Sila juga baca ‘Idea Ruhul Jadid’ […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: