Episod 46 : Di Sebalik Sebuah Teknologi

“Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu” (Surah Al-Mu’minun : 71)

“Lepas zuhur”

“Ok, tempat seperti biasa eh?”

“Dunkin Donut”

Sudah berbulan-bulan lama saya tak jumpa dengan aprentis istimewa saya, Syed Adham. Terfikir-fikir saya ketika dalam bas, bagaimanakah keadaan adik saya seorang ini, lebih-lebih lagi selepas PMR berlalu? Adakah masih kekal perangainya sewaktu di sekolah agama dahulu setelah berpindah ke SMK Taman Tunku Jaafar? Bagaimanakah agaknya perkembangan kemahiran komputernya? Soalan demi soalan bermain di benak saya.

********************

Berjam-jam lamanya berbual. Saya bawa bersama laptop untuk online di sana. Tidak sedikit pun saya merasakan bosan untuk berkongsi pengalaman masing-masing setelah sekian lama tidak bertemu. Daripada cerita A sehinggalah Z. Rindu barangkali. Saya teliti responsnya. Nampaknya buah-buahan tarbiyah masih segar tumbuh pada adik saya seorang ni. Satu helaan nafas gembira bahawa seorang demi seorang adik-adik yang saya rapat menonjolkan perkembangan yang baik.

“Bang Mal, saya nak tanya sikit boleh tak?”, pintasnya setelah berhenti sejenak dari berbual.

“Yup”

“Ni, macam mana ni?” dia menghulurkan handsetnya. Dia meminta satu solusi.

Situasi stereotaip. Inilah yang dihadapi oleh golongan kita, remaja. Saya dah tak dapat nak nafikan bahawa mana-mana tempat, televisyen, wayang, novel, komik dan sebagainya sentiasa tidak boleh lari dari mesej cinta. Hatta, cerita wayang box office robot Wall-e pun gah kerana mesej cintanya. Mana lagi mahu lari dari keadaan ini lagi? Teringat saya sebuah buku karangan Adnan Oktar(Harun Yahya), Romanticism : A Weapon of Satan. Semua ini adalah idea syaitan yang menyesatkan pandangan kita, benda buruk seolah-olah nampak suatu yang baik;

“Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan menjadikan umat-umat itu memandang baik perbuatan mereka (yang buruk), maka syaitan menjadi pemimpin mereka di hari itu dan bagi mereka azab yang sangat pedih.” (Surah An-Nahl : 63)

Mujurlah Syed belum terjerat lagi. Tetapi, saya khuatir ada kemungkinan. Kerana saya sendiri pernah mengalaminya, walaupun pada awalnya saya berniat ia adalah urusan dakwah!

Pada beberapa entri saya yang lepas, seorang rakan saya bertanyakan satu soalan berkenaan ‘wa la taqrabul zina’ kerana ada pendapat lain mengatakan bahawa ayat ini bermaksud luas, kononnya boleh bercouple, tapi selari dengan Islam: Pada pendapat saya sendiri, agama bukan dicari untuk memuaskan kehendak nafsu kita, juga bukan dicari untuk mencari keselesaan hidup. Buat apa nak susah-susah kita belitkan pemahaman kita mencari maksud lebih rumit? Saya tetap berpegang dengan Imam Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya : Surah Al-Isra’ ayat 32 itu ditafsirkan sebagai Allah melarang hambanya berzina, berusaha kearahnya, atau melakukan apa-apa yang memungkinkan ke arah itu. Ia adalah dalil qat’i dan boleh digunapakai sebagai hujah.

Bagi saya ibu bapa perlu faham situasi hari ini. Mereka perlu sedar bahawa keadaan remaja sekarang mudah sekali terpengaruh dengan dilema dunia yang menggiurkan. Zaman fitnah ketika ini begitu berleluasa. Ketika ini mereka perlulah memulakan anjakan paradigma bahawa boleh pertimbangkan anak-anak mereka untuk berkahwin awal. Sekiranya keadaan kewangan menjadi ukuran, Ustaz Maszlee Malik memberikan satu idea, nikah khitbah1 adalah solusinya!

Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah namun, realitinya tidak demikian.

Pada remaja pula, sekiranya anda masih bertatih-tatih dalam mengurus diri dan agama, mengapa perlu mengada-ngada nak mencari teman kongsi? Mengapa perlu berbual-bual lama tak tentu arah dan matlamat membazir kredit?

Islam tidak membunuh perasaan. Allah lah pencipta cinta. Mustahillah Dia memenjara hamba-Nya dari fitrah. Lihatlah Allah sendiri pernah memberikan isyarat;

“Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma’ruf Dan janganlah kamu ber’azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis ‘iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.(Surah Al-Baqarah : 235)

Walaupun pada ayat di atas diturunkan tentang peminangan kepada wanita setelah menghadapi kematian suaminya, ayat ini boleh digunapakai bagi sesuatu yang sama hal keadaannya. Jika kita teliti, ‘kamu menyembunyikan dalam hatimu’ ditafsirkan dalam tafsir Ibn Kathir adalah dengan berkeinginan untuk berkahwin. Jadi, andainya bagi para remaja telah berhasrat, saya cabar anda memaklumkan juga pada kedua-dua pihak, termasuk keluarga anda sendiri. Serahkan segala-galanya pada masa dan waktu. Sekiranya tidak, anda akan sentiasa kerap berhubung. Matlamat tak menghalalkan cara.

Setelah handset saya tercicir baru-baru ini, lama saya muhasabah. Barulah saya tersedar betapa besarnya hikmah kehilangan itu. Saya telah banyak membazir masa dan duit. Bukan setakat itu sahaja, psikologinya sekiranya seseorang memberi mesej, kadang-kadang ada teringinnya SMS itu dibalas. Kemungkinan ada SMS yang tidak dibalas diburuksangkakan. Begitu juga, jika seseorang yang memberi SMS berbaur PENGHARGAAN, mungkin bagi pihak yang satu lagi mentafsirkan bahawa ianya mungkin satu unsur BODEK atau CINTA? Senjata syaitan.

Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Surah Al-Isra : 53)

Kebetulan, baru-baru ini juga, ketika saya menyelongkar PC rumah saya yang lama saya tidak usik, saya semacam tidak pernah melihat bahawa saya pernah menulis selepas SPM dahulu;

Nasib baik saya letak ‘selepas Jaulah Tarbawi2′. Maka tarikh daripada keesokan harinya adalah 9hb Disember, 2007, tarikh saya menulis surat ini. Seminggu selepas SPM. Subhanallah. Terima kasih ya Allah kerana memberiku petunjuk tatkala terlupa.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Surah Al-A’raf : 21)

********************

Jam telah menunjukkan 6.40 petang. Kami bergerak menuju stesen bas untuk balik. Panjang lebar saya berbual dan menjawab soalan demi persoalan. Semoga ia satu manfaat untuk diri saya juga.


“Tau tak Syed..”

Syed mendengar dengan penuh teliti patah demi patah yang saya sebut.

“Kalau dah tak ada jalan lain lagi, tepuk dada ni..” saya memberikan isyarat.

isytiharkan mujahadah”, saya sambung sambil memandangnya tersenyum. Syed membalas senyuman.

Saya bukanlah seperti tokoh ulama sastera yang bisa membincangkan perihal cinta bak Ibnu Hazm, juga bukanlah seorang yang pakar dalam selok-belok fiqh. Namun saya tahu apa ertinya tadabbur. Saya cakap semua adalah berdasarkan pengalaman.

Wallahu a’lam.

Saya berkeras bahawa dengan setiap jari-jemari yang menaip ini bersaksi bahawa saya menasihati diri saya sebelum orang lain.

“Aku bersumpah demi hari kiamat, dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.” (Surah Al-Qiamah : 1-5)

Disemak oleh ustaz yang disayangi, Ustaz Muaz.

1. Nikah Khitbah :

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan ‘akad nikah’ dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama ‘nikah gantung’. Bukankah bunyinya amat mengerikan?

2. Jaulah Tarbawi : Rombongan yang melibatkan unsur-unsur tarbiyah. Berjalan mencari ilham dari ciptaannya, Ankabut ayat 20!

5 Responses to Episod 46 : Di Sebalik Sebuah Teknologi

  1. danial berkata:

    satu peringatan

  2. nurazah fathirah berkata:

    “Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman : ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka buat”.

    “Katakanlah kepada wanita yang beriman : ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya……”.

    (Surah An-Nur : ayat 30-31)

    Tatapan An-Nur ~ post pertama

  3. Tamim Faruq berkata:

    Alhamdulillah, Syukran di atas peringatan yang telah diberikan.

    Ribuan penghargaan inginku ucapkan kpd seorg sahabat yg tlh menyampaikan webpage ini buat daku yg byk terleka. syukran.

  4. adikariff8 berkata:

    apo lak gmbr syed ni
    nyampah alk apkcik haahaha

  5. che berkata:

    saling memperingati sesama kita..
    kadang2 kita lupa dan lalai..
    kadang2 kita anggap sesuatu benda tu remeh pada pndangan mata..
    syukurlah ada yang mngingati..
    syukur atas segalanya🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: