Episod 45 : Hantu, Antara Takut Dengan Suka

“Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan) ? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah Al-Faathir : 8 )


Tepat 31 Oktober, jatuhlah tarikh untuk sambutan Halloween Day di negara-negara barat, dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata “Trick or treat!”. Ucapan “Trick or treat!” merupakan semacam “ugutan” yang membawa maksud “Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau. Itulah yang diajar oleh orang barat, Kristian Katolik.

Mereka mengamalkan perkara ini kerana mempercayai Day of the Dead sebagai hari bagi mereka-mereka yang telah meninggal dunia kembali ke dunia. Menurut sejarah, halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai. Pada abad ke-19, orang Ireland dan Scotland membawanya ke Amerika Utara.

Satu perkara yang menjadi persoalan saya, kenapa mempercayai perkara-perkara tahyul sangat diminati ramai, malah sambutannya adalah sangat hangat! Lihat sahaja di Malaysia, wayang-wayang genre seram pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan!

“Saya nak tanya kamu semua, pernah tak kamu dengar cerita macam Ali mati kena cekik pocong?” kata seorang petugas kepada peserta-peserta kanak-kanak dalam sebuah program yang akan merempuh hutan ketika malam. Saya sebagai fasilitator.

“Pernah tak kamu dengar Abu mati kena hisap darah dekat dracula?” Sambungnya lagi.

Itulah masalahnya. Budak-budak asyik-asyik takut, takut dan takut. Mana tidaknya, itulah implikasinya orang-orang kita gemar menakut-nakutkan budak-budak kecil yang memang kuat berimaginasi. Tambahan lagi, mereka dibiarkan dengan siaran televisyen, wayang dan sebagainya memaparkan hantu-hantu muka ‘tak senereh’ itu secara divisualkan, memang sahlah budak-budak jadi penakut!

Malah dalam satu keadaan, cerita-cerita seram ini juga boleh mengubah personaliti kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak akan lebih bersifat introvert berbanding ekstrovert ekoran dari sikap takut yang tertanam dalam diri mereka. Mereka diajar untuk tidak berpijak di bumi yang nyata, malah pemikiran mereka juga terus dicelarukan dengan apa yang dilihat. Akhirnya mereka terumbang ambing di bumi yang nyata.

Apa kejadahnya hantu ni nak bunuh orang? Dunia dia sendiri tak da ke?

Dr. Ma’rof, Ketua Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) bahaya meracuni pemikiran kanak-kanak dengan unsur-unsur seram ini juga boleh mengakibatkan kehidupan sosial mereka terjejas.

“eiiiii…. hantu…….” Ujar saya kepada adik saya sewaktu kecil-kecil dahulu. Ketika saya berdua, saya sangat nakal dan suka kenakan dia.

Sebagai seorang abang yang tidak berapa matang dahulu, saya seringkali menakut-nakutkan adik saya dengan kewujudan hantu yang kononnya akan mengganggunya di dalam gelap. Sehingga hari ini, dia masih mengalami ketakutan untuk tidur seorang diri. Saya akui saya sangat menyesali tindakan saya hingga boleh mengakibatkan proses itu berlanjutan sehingga hari ini.

Tetapi sebagai satu pengalaman, saya khuatir perkara ini boleh berulang pada orang lain.

LUAS TERSEBAR

Saya tidak faham, dewasa ini fenomena cerita-cerita hantu begitu meluas disebarkan. Lihat sahaja negara seperti Thailand, Jepun, Korea, Filipina termasuklah Malaysia dengan Harum Sundal Malamnya turut mendapat sambutan global menerusi genre seram ini. Mengapa orang ramai cenderung pada perkara-perkara tahyul dan ghaibiyyat?

Saya khususkan pada muslim turut cenderung ke arah ini bahawa firman Allah;

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah An’am : 32)

Allah berkali-kali menggalakkan kita ingat mati, fikirkan hari akhirat. Ini juga adalah suatu yang GHAIB, tetapi manusia lupa rujuk Al-Quran. Sekiranya hal-hal berita ghaib di syurga itu seperti mengalirnya sungai yang putihnya lebih putih daripada susu menjadikan kita bekejar-kejar buat kebajikan di dunia. Perihal neraka jahanam yang menakutkan menjauhkan kita dari melangkah kearahnya. Tetapi, hal-hal kaitan hantu ini, adakah anda dapat added value apa-apa terhadap diri? Adakah anda akan BERJUMPA dengan hantu yang dicipta-cipta itu? Atau sekurang-kurangnya adakah anda BAHAGIA selesai cerita-cerita demikian menghantui fikiran anda?

Fikirkan tentangnya.

Jangan jadi orang yang tidak cerdik. Orang yang cerdik tahu apa yang dibuat dan tahu matlamat. Orang yang tidak cerdik tahu perkara yang dibuat tapi tak tahu untuk apa dibuatnya. Ayam yang duduk diam atas telur yang dikeluarnya pun tahu matlamatnya.

Sekiranya perkara ini berlarutan, adakah Malaysia satu hari akan ada hari Halloween?

Saya menasihati diri saya sebelum orang lain.

One Response to Episod 45 : Hantu, Antara Takut Dengan Suka

  1. Bayan berkata:

    Salah satu kelalaian ibu bapa yang disenaraikan melalui artikel terbaru saya juga menyebut tentang sikap ibu bapa yang suka menakut-nakutkan anak.

    kecenderungan pembuat filem dan drama masa kini menghasilkan banyak cerita seram menanamkan sifat ketakutan tak menentu dalam jiwa anak-anak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: