Episod 44 : Awas, Modenisasi Dalam Dunia Islam

“Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


Ada baiknya di antara pendakwah ada bergerak selangkah kehadapan dan berfikir progresif dalam mengharapkan sesuatu feedback kearah reformasi atau pembaharuan berjalan lancar seiring dengan perkembangan dunia kontemporari. Dengan usaha yang berkekalan, kita cuba menyesuaikan setiap keadaan untuk menjadikannya lebih mudah dan dalam dunia berjemaah.

Setelah lama berkecimpung dengan fenomena pembaharuan, tentunya kehidupan yang dirasakan arkaik ditinggalkan. Segala-galanya perlu stail neoislamik, atau islamik yang moden. Bagi saya tak salah tetapi metod yang ingin kita ubah boleh jadi ianya seperti mensekularkan islam hari ini.

Apabila dunia semakin KOMPLIKATED, manusia berusaha menjadi SOFISTIKATED. Setelah itu, bergerak ke arah revolusi dengan pelbagai METOD. Menjadikan diri semakin KOMITED tetapi ABSURD


Saya sendiri akui dengan keringat usaha saya untuk mewujudkan multimedia islam bukanlah mudah. Kerana ini pelbagai buku dan DVD yang berkaitan dengan komputer telah saya telaah. Memang banyak masa saya habiskan untuk tujuan ini. Begitu juga saya usaha untuk memperkembangkan ilmu-ilmu multimedia kepada adik-adik saya, grup Islah Multimedia. Tetapi kadang-kadang saya lupa, metod atau pembawakan saya majoriti daripada management barat lebih daripada apa yang pengurusan gerakan islam bawa.

Saya agak kesal namun, mujurlah kesedaran itu muncul.

Bukanlah bermakna membeli material selain terbitan orang islam itu salah. Selagi ianya ilmu, ilmu itu datang daripada Allah. Begitu juga tak salah andai kita telaah cara atau tips pengurusan daripada bahan bacaan ‘best seller’ dan sebagainya. Tetapi dengan masa yang lebih kita peruntukkan untuk semua ini seolah-olah kita meletakkan diri meninggalkan perkara dasar.

Merujuk pada satu sejarah Islam zaman Abassiyah, kepakaran yang saintis Islam ada melangkaui batas zaman yang ada pada ketika itu. Ciptaan-ciptaan profesionalis islam pada ketika itu memang tiada tandingan. Semakin lama semakin bertambah cabang-cabang ilmu sains. Ketika itu ilmu falsafah turut berkembang. Malangnya, sebahagian ilmu yang dikutip bersumberkan falsafah yunani purba menyebabkan ramai yang lari dari rukun Islam.

Salah satunya gerakan yang mempelopori falsafah-falsafah Yunani, Ikhwan As-Safa’ (Saudara Sejati). Persatuan ini telah diasaskan di Basrah. Walaupun berkembang di dalam dunia Islam, mereka jauh tersesat dari landasan Islam kerana dipengaruhi mitos-mitos materialisme dan evolusi Yunani Purba. Namun akhirnya punah disangkal oleh intelektual Islam Al-Ghazali dalam hasil kerjanya yang bertajuk Al-Muqidh min Dholal (Penyelamat Daripada Kesesatan). Beliau mengkritik secara langsung persatuan Ikhwan As-Safa’ , menyokong falsafah rosak yang dipengaruhi oleh idea-idea Yunani Purba.

Begitu juga Ibnu Sina yang orang ramai agung-agungkan itu. Memang tidak dinafikan sumbangan beliau cukup tinggi terhadap Islam. Tetapi setelah sekian lama berkecimpung dengan dunia sains, tergamak beliau mengatakan alam ini qadim(alam ini terjadi dengan sendiri)! Nah, ambil kau Ibnu Sina, Imam Al-Ghazali sekali lagi mengeluarkan satu kitab, Tahafut Al-Falasifah (Kesesatan Ahli Falsafah). Puluhan tahun selepas itu, muncul pula Ibnu Rusyd dengan membalas pandangan Imam Al-Ghazali dengan bukunya Tahafutu tahafutil Falasifah (Kesesatan tahafut al-falasifah). Namun Imam Al-Ghazali tetap tampil pemenang di gelanggang perang pena ini dengan lontaran modifikasi karangannya yang lebih bergelora dengan gaya bahasanya. Jadilah karangan Ibnu Rusyd lumpuh.

Adakah apa yang islam bawa itu basic?

Tak logik kalau kita katakan bahawa ajaran Islam yang holistik ini ketinggalan. Kalau nak dikaitkan dengan kesan keruntuhan ekonomi global berikutan krisis subprima yang melanda di Amerika Syarikat baru-baru ini, tidak sedikitpun perbankan Islam yang bertaraf global terkesan sesen pun. Kerugian yang melanda mencecah puluhan bilion dollar terhadap seluruh perbankan di AS menjadikan satu momentum bahawa terdapat kecacatan dalam pengurusan bank konvensional. Berbeza dengan sistem muamalat Islam. Lihat surat khabar hari ini, pasti ada sahaja bank yang mula ghairah mempromosi sistem perbankan Islam.

Begitu juga dengan yang lain-lain. Kita dahulu terkedapan dalam bidang perubatan, teknologi, seni bina, pengurusan politik dan sebagainya. Cumanya yang sedihnya kehilangan dominasi ilmu dalam institusi inilah menjadi masalahnya kita terpaksa rujuk dari barat pula. Betul, tidak ada cara lain. Mereka telah cedok ilmu-ilmu orang Islam suatu ketika dahulu kini, giliran kita pula yang cedok ilmu-ilmu mereka.

Implikasinya perlu prihatin.

Kita sedia maklum bahawa dalam penerbitan yang diuruskan oleh orang-orang barat sangat berkualiti. Kita kadang-kadang begitu terkesan dengan cara berfikir mereka adalah begitu berbeza dan menarik berdasarkan kajian-kajian yang menakjubkan. Tetapi dengan janganlah dengan hal ini, kita meremehkan masyarakat kita dengan senang-senang melabelkan mereka masih terkebelakang.

Begitu juga tak dinafikan kebanyakan penuntut atau mahasiswa bergantung dengan apa yang mereka belajar di universiti. Tetapi, bukanlah patut dipersalahkan mereka ini stereotaip kerana tidak memahami perkembangan baru atau perkara-perkara luar bidang mereka. Sebabnya, mungkin belum sampai pada waktunya mesej-mesej ini dalam kotak fikiran mereka. Cumanya, bagi mereka-mereka yang tahu inilah yang bertanggungjawab untuk memberikan apa yang mereka nampak supaya mereka pula yang tidak dilabelkan sebagai pragmatik.

Menarik bukan, adanya saintis professional yang berfikrah islam, doktor yang kuat beribadah, ustaz-ustazah yang mempunyai cabang ilmu yang luas termasuklah multimedia, jurutera muslim yang pakar finance dan sebagai. Mereka-mereka inilah yang begitu diharapkan sebagai peneraju khilafah islam yang diimpi-impikan. Itulah usaha yang perlu diwujudkan untuk menjadikan dunia ini lebih bermakna dengan adanya kewujudan umat Islam yang pakar dalam segenap bidang. Tinggal kita belum bersatu sahaja. Kita masih terkapai-kapai lagi maksud bahawa kita seolah sebuah bangunan.

“Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan saling mengokohkan satu dengan yang lain” (Hadis Muttafaq ‘alaih)

Cukuplah peristiwa 1924 titik sejarah hitam umat Islam atas keruntuhan khilafah Uthmaniyah yang dibawa oleh Mustafa Kamal Attartuk itu. Modenisasinya tidak membawa makna apa pun. Kita kearah kebangkitan sekarang. It’s time for our renaissance my dearest reader.

Seorang ustaz saya pernah memberitahu, “Situasi zaman Abasiyah, pemimpin rosak, rakyat ok. Zaman Uthmaniyah, pemimpin rosak, rakyat pun rosak. tidak ada sebab untuk kita tegakkan Islam dengan jalan sistem Jahiliyah. Kita kena pulihkan dari segala-galanya dari peringkat bawah biarpun memakan masa.”

Saya nasihat ke atas diri saya sendiri sebelum orang lain.

4 Responses to Episod 44 : Awas, Modenisasi Dalam Dunia Islam

  1. danial berkata:

    menarik akh.

  2. amierwan berkata:

    i dare to challenge.

    talent and effort are nothing without focus and determination!

  3. Izzah berkata:

    “Begitu juga Ibnu Sina yang orang ramai agung-agungkan itu. Memang tidak dinafikan sumbangan beliau cukup tinggi terhadap Islam. Tetapi setelah sekian lama berkecimpung dengan dunia sains, tergamak beliau mengatakan alam ini qadim(alam ini terjadi dengan sendiri)! Nah, ambil kau Ibnu Sina, Imam Al-Ghazali sekali lagi mengeluarkan satu kitab, Tahafut Al-Falasifah (Kesesatan Ahli Falsafah). Puluhan tahun selepas itu, muncul pula Ibnu Rusyd dengan membalas pandangan Imam Al-Ghazali dengan bukunya Tahafutu tahafutil Falasifah (Kesesatan tahafut al-falasifah). Namun Imam Al-Ghazali tetap tampil pemenang di gelanggang perang pena ini dengan lontaran modifikasi karangannya yang lebih bergelora dengan gaya bahasanya. Jadilah karangan Ibnu Rusyd lumpuh.”

    Ermm.. mana dapat yg kat atas nie?? (hanya mahu mengesahkan sumber)
    x nak la jadi macam kisah Saidina Ali R.A dan Muawiyah R.A..
    Terlalu banyak putar belit dalam kisah sejarah diorg,
    sampai ada yg kata Muawiyah salah..
    Padahal kita x tau hal sebenar yg berlaku.

    Anyway, ana ada dengar juga kisah ibnu sina n Imam Ghazali nie..
    Tapi ana ragu2 sebab x tau sumber sebenar..

  4. senikehidupan berkata:

    Tak pa. Terima kasih pada saudari Izzah kerana bertanya. Sejarah adalah perkara yang paling saya berminat untuk saya kecimpung, lebih-lebih lagi tentang Sejarah Islam yang sangat berkaitan dengan kehidupan kita sekarang. Banyak buku-buku yang saya beli sebagai rujukan dan bacaan added value, tetapi bercakap tentang sejarah, bukanlah profesion saya yang sebenar. Saya masih belum letak falsafah blog ini ‘seni kehidupan’ sebagai introduksi penulis.

    Eh, apa yang saya cakap ni?

    Balik kepada soalan tadi, saya pernah membuat satu kajian mendalam untuk membentangkan khas tentang ‘ghazwul fikr’ satu ketika dahulu. Untuk mencari tentang perkara subjek khas ini, saya telah dibentangkan dengan pelbagai mehnah-mehnah yang berlaku dalam dunia Islam yang saya sendiri tak percaya dan tak boleh terima hakikatnya. Kaitan yang saya ambil itu adalah daripada 2 kitab, kata pengantar dari kitab Ihya’ Ulumiddin yang ditulis oleh Dr. HAMKA dan juga satu buku kajian GLOBAL FREEMASONRY oleh Dr. Adnan Oktar (Harun Yahya). Saya mengkhususkan tentang gerakan Ilmuwan Islam yang lari dari tunjang Islam, dan pada ketika itulah Hujjatul Islam datang menyelamatkan Islam dari fitnah ini.

    Saya dahulu pernah membaca satu buku tebal (yang sepatutnya tak boleh dipinjam oleh perpustakaan sekolah, tetapi saya bodek2) yang ditulis oleh seorang pensyarah Sejarah USM, tentang hal ini. Turut sama membincangkan bahawa Ibnu Sina adalah seorang intelektual yang lari dari landasan Islam. Ketika saya bawa fakta ini kepada seorang pakar sejarah(tak ingat nama), beliau turut mengakui fakta ini. Beliau menerangkan bahawa bukan setakat Ibn Sina malah ada beberapa lagi yang turut menyokongnya. Dan Imam Al-Ghazali tampil meng’kafir’kan mereka.

    Dalam buku yang sama, saya turut mengkaji mendalam tentang Ali dan Muawiyah. Kalau rujuk kitab Ibnu Ishaq, memang menyatakan bahawa Ali adalah pihak yang benar. Ramai pakar-pakar sejarah Islam menyatakan bahawa karangan Ibnu Ishaq berbaur syi’ah dan memang beliau syi’ah! Namun untuk menyatakan pihak mana yang benar, saya tak berapa pasti tetapi setahu saya, ada orang tengah yang menyebabkan perpecahan ini berlaku. Jadi, harap menjawab soalan saudari =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: