Episod 43 : “Saya Tetap Akan Teruskan..”

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Hadis Riwayat Tarmizi & Ibnu Majah)

Adakalanya teringin nak memberitahu sahabat-sahabat bahawa kita tak sihat. Adakalanya nak juga beritahu kita juga sibuk dalam bekerja. Tak henti-henti. Namun tak terdaya. Alasan ini seolah-olah menagih simpati untuk memohon kerjasama. Teruskan sahaja adalah lebih baik.

Saya diserang demam secara tiba-tiba. Malah saya turut kena diarrhoea. Ubatnya Metrodinazole, Amoxycillin(antibiotik), diphenoxyl dan Charcoal tak ada di rumah. Mak hanya sediakan dehydration salts buat sementara. Saya perlu menunggu esok hari lepas mak selesai On Call untuk ambil ubat. Esok juga saya perlu melawan arus demam saya untuk menunaikan janji saya. Banyak perkara yang belum selesai.

Berat rasanya tekanan otak menghadap komputer ini. Lagi-lagi menulis blog sekarang ini. Saya menunggu sahabat-sahabat saya yang lain untuk mengadakan perbincangan seperti yang telah dijadualkan. Tak ramai lagi. Nampaknya sebagai setiausaha saya perlu upgrade kan lagi usaha sehingga 140% kekuatan. “Ya Allah, berikanlah aku sedikit kekuatan..” keluh saya.

Aku tahu inilah kasih-Mu

Aku tahu inilah cinta-Mu

Dan kutahu disegenap ruang rasaku

Telah kautitipkan kekuatan, Oh tuhan.

x

Aku tahu inilah kasih-Mu

Aku tahu inilah cinta-Mu

Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku

Tak semuanya yang kumahu

Kupasan lirik ‘Segalanya milik-Mu’, mestica. Lagu yang saya mainkan sewaktu menulis entri ini. Dengan Subwoofer yang saya baru beli semalam, terasa lebih live lagu ini tertusuk dalam jiwa. Damainya zikrillah tika kita terlupa senantiasa. Teringat saya lembaran mushaf tercinta;

“..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah : 216)

“Kerja kerja juga”

“Kesihatan kena jaga”

“Kalau tak sihat, lagi susah nak buat kerja

“lagi-lagi kerja mcm yg kita buat sekarang”

“melibatkan brainstorming”

Seorang sahabat saya mengingatkan saya melalui Y!Messenger. Ada betulnya. Menjaga kesihatan juga adalah salah satu dalam 10 muwasofat tarbiyah. Harap-harapnya, ujian kecil ini adalah kifarah dosa-dosa saya dan level-up dalam seni kehidupan.

“Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”

(Imam Hassan Al-Banna)

7 Responses to Episod 43 : “Saya Tetap Akan Teruskan..”

  1. aireensamirah berkata:

    bagaimna sibuk pun kamu, jagalah kesihatan wahai encik akmal..
    badan anda masih diperlukan agama,nusa dan bangsa..
    jgn menyeksa diri anda..

  2. Abdullah berkata:

    akmal,ana nak tnye…….slalu ana dengar,bercouple ni haram d sisi islam…org kte x de nas2 yg mmbnrkan seseorg itu brcouple……mlainkan bercinta slps berkhwin…tp yg plikny,org yg bckap 2,x prnh kluarkn nas,yg membktikn couple 2 haram……..mereka hye kte,”la tqrabu zina”….tp,mse 2,ustaz Zamri(tv 9) n uztzh nor bahyah mahmood dtg campus ana.die ckap mksud ayat “la taqrabu zina” tu luas….die kte bleh couple,tp mst slari dgn cara islam…….so,apa pndpat anta…leh x anta g dalil ttg pndrian anta 2…….

  3. senikehidupan berkata:

    Mengatakan bahawa couple haram atau tidak tak jauh beza dengan tanya cinta haram atau tidak. Couple dibolehkan kalau dah sah sebagai suami isteri, couple lah tu kan? Begitu juga cinta. Saidatina Fatimah pernah kata pada suaminya Ali,

    “Bahawa sebelum aku berkahwin dahulu aku pernah jatuh hati pada seseorang”

    “Siapakah dia?”, tanya Saidina Ali.

    “Engkaulah orangnya”. balas Saidatina Fatimah.

    Ada hasrat dan jatuh hati itu tak haram, tetapi langkah/tindakan yang kita mula tu ada fikir-fikirkan tak? Ia adalah ibarat memetik mancis api secara perlahan lama-lama membara tak? Kemudahan kita berbeza dengan dulu.. Sahabat.. Ini ana pernah mengalami dulu.. Ana akan pos tentang perkara ni lebih lanjut di entri yang akan datang..

  4. nurazah fathirah berkata:

    Bagaimana pula jika mendekati lelaki yang “berjiwa lelaki ttp berkehendak pd lelaki” bertujuan mengubah fikrah dan fitrahnya kepada yang asal?? apakah hukum jika bersemuka lalu disiramkan ayat-ayat dakwah serta motivasi? Lantas membiarkan dia terus berpijak dengan kaki sndiri (berdikari)? Adakah ia dikira mendekati zina? Assalam ziarah buat pertama kalinya..

  5. senikehidupan berkata:

    Terima kasih.. Akhirnya adik azah masuk jgk blog ni juga..
    Hm, nampaknya seni kehidupan ni dah jadi soal jawab agama pulak ekk..
    Berseni sungguh soalan ni..
    Abang akan cuba jawab semampunya..

    Oo.. jadi, nak jadi agen pengubah la ni ya?

    Adik azah,
    innamal a’malu binniat wainnamal likullim ri’in manawa
    Setiap amalan bermula dengan niat dan setiap amalan bergantung pada apa yang diniatkannya.(Hadis 40)

    Adalah menjadi satu usaha yang sangat baik apabila kita nampak sesuatu kemungkaran itu, kita cegah supaya tidak berlaku sesuatu risiko.

    Abang kembali membawa kepada 2 soalan ringkas,
    adakah usaha itu dengan MENCEGAH atau MERAPATI?

    Sekiranya memang kita berhasrat untuk mncegah, bak kata azah ‘menyiram ayat-ayat dakwah’, tidak ada satu nas pun yang menghalang lelaki memberi ilmu kepada wanita mahupun wanita memberi ilmu kepada lelaki. Satu keelokan islam adalah sekiranya tidak ada nas yang mengharamkan, ia akan jatuh kepada harus.

    Pernah suatu hari, beberapa orang wanita bercakap sangat kuat, walhal mereka berdekatan dengan Rasulullah. Kemudian, datanglah Saidina Umar menegur mereka kerana tidak menghormati Rasulullah.

    Maka di sini tidak ada masalah kalau kita bertindak untuk mencegah.

    Berbeza dengan merapati, abang cuba membawa kepada satu analogi. Sekiranya seekor kancil menjaga seekor singa hingga menjadi jinak, mungkin boleh. Tetapi adakah dengan menjinakkan singa tersebut mematikan nalurinya untuk memakan daging binatang yang dirapatinya? Lihatlah sahaja filem Madagascar, kalau daging memang makanannya, pasti ia akan makan juga tak kiralah sesiapapun.

    Begitulah halnya manusia. Kalau anda cuba merapati, menghayati dan sebagainya, risiko ke arah itu pasti ada. Sama halnya seperti yang telah abang poskan dalam episod ke 46 lepas.

    MENCEGAH tak sama dengan MERAPATI, walaupun halnya kedua-dua boleh mengubah😉

    Bagi lelaki tu pula, seandainya dia memang nak mengubah diri dia, kenapa tidak pula dia mencari orang lelaki juga supaya dapat memahami dia dan berkongsi? Agak tak logik kalau dia bernafsu sehingga semua jnis lelaki pula dia bernafsu. Itu yang menjadi persoalannya.

    Kita berkuasa menentukan mana yang baik mana yang buruk betul? Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan. Mintalah fatwa hati🙂

    Wallahu a’lam.

  6. nurazah fathirah berkata:

    Syukran jazilan…

  7. senikehidupan berkata:

    Afwan😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: