Episod 42 : Himmah ‘Aliyah untuk Islah Multimedia Generation

“Katakanlah wahai orang-orang yang beriman, Agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah : celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam, dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?” (Al-Baqarah : 138)


Hari ini saya sempat ke sekolah lama yang dirindui. Walaupun agak lambat, sempat saya jumpa adik-adik yang semakin lama semakin berubah. Seorang demi seorang menyambut dengan bertalu-talu menghulurkan salam seakan-akan saya ini dari perantauan.

“Abang Akmal buat apa sekarang ni?” Itulah antara soalan yang seringkali bermain di bibir adik-adik SMKA Pedas ini. Saya dipanggil Akmal sewaktu di sekolah dahulu dan di UIA saya ubah variasi panggilan dengan nama Hakim. Ada yang panggil Akim dan ada yang panggil Akeng.

Setiap kali kedatangan saya ke sekolah ini, yang seringkali hadir mendampingi saya adalah adik-adik multimedia saya. Merekalah aprentis saya yang saya amat kagumi, mengekalkan aktiviti dakwah dalam multimedia di sekolah. Saya membayangkan adanya satu institusi kepakaran teknologi daripada professionalis muslim. Saya tak sanggup biarkan kemahiran ini dipegang oleh orang yang senantiasa menyalahgunakan wasilah maya ini. Biarlah saya korbankan masa belajar saya dahulu untuk mengajar mereka ‘from zero to hero’. Alhamdulillah, Allah turut mentauliahkan saya kejayaan dalam pelajaran.

“28 Oktober ni ada sekolah ada panggil pelajar lepasan Oxford untuk ajar Photoshop CS2 dengan Swift” Kata Faiz Adnan. Selaku ketua lujnah grafik dalam Islah Multimedia Generation (IMG).

“Bagusla tu”

Ada harapan yang mewarnai jiwa saya bahawa adik-adik saya akan bertambah ahli. Kali ini, pastinya dari kalangan muslimat. Ramai yang dah meminta, tetapi saya tak tahu bagaimana nak mengajar mereka. Kemudahan ICT terlalu limited. Walaubagaimanapun, sekolah dah beri lesen pada adik-adik IMG saya untuk ‘berkuasa’ di makmal komputer sekolah.

muslimah adalah tulang belakang dalam sebuah haraki

Saya sentiasa berhubung dengan Ustaz Muaz tentang perjalanan multimedia adik-adik saya. Ustaz sentiasa memberikan sokongan dan berusaha untuk menjayakan ikhtiar ini. Mujur, ustaz ada link dengan orang-orang yang berkaitan dengan makmal komputer sekolah.

Untuk adik-adik saya yang sedang ‘merdeka’ itu, tibalah masanya CD-CD tutorial yang berkotak-kotak di rumah ini untuk saya serahkan mereka. Ratusan Ringgit telah saya habiskan untuk mahirkan kemahiran multimedia ini. Mesti bijak mengurus masa belajar dengan berlatih dalam bidang ini.

Mungkin telah tiba waktunya mereka belajar User Interface.

Telah tiba saatnya mereka belajar Advance Techniques, Scripting Basics

Telah tiba juga masa untuk mereka menyambung tali, mengajar

Abang serahkan segala-galanya, teruskanlah usahamu! Jangan sekali-kali kalian berasa lemah, sesungguhnya Allah telah mengkhabarkan berita gembira;

“Maka sampaikan berita gembira ini kepada hamba-hamba-Ku, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal. ” (Az-Zumar:17-18).

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapatkan kemenangan. Tuhan mereka memberi berita gembira kepada mereka dengan rahmat daripada-Nya, keridhaan dan surga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal. ” (At- Taubah: 20-21).

Sila baca juga Episod 13 : Multimedia Pendekatan Dakwah Terbaru

10 Responses to Episod 42 : Himmah ‘Aliyah untuk Islah Multimedia Generation

  1. amierwan berkata:

    Success is yours. Go out and enjoy it IMG!

    Muslimah adalah tulang belakang dalam sebuah haraki.

    Really beautiful quoted!

  2. cgwan berkata:

    bagus3..
    mcm2 ada cara tegakkan kalimah Allah dan cara terkini ialah melalui multimedia/internet selaras dgn minat generasi skrg..bhn2 agama perlu diperbyk supaya ada byk jwpn utk byk persoalan…

  3. senikehidupan berkata:

    Terima kasih cikgu wan.. Betul tu.. Ilmu agama juga perlu dipertingkatkan..

  4. aireensamirah berkata:

    em haraki tu ape??

  5. senikehidupan berkata:

    harakah laa.. gerakan..

  6. aireensamirah berkata:

    oic..

  7. serikandi jihad berkata:

    very interesting!!!!!!congratez

  8. nur_islaheart berkata:

    salam,ana setuju..memang zaman sekarang memerlukan teknolgi untuk memonopoli umat pada hari(3:110)

  9. Abbad ibn Bishr berkata:

    salam ziarah dari australia, saya pun nak belajar…camna nak dapatkan cd2 tutorial?
    kirim salam kat abang hakim bahaman

  10. Akmal Hakim berkata:

    Kat Malaysia, biasalah, DVD pirate melambak :p

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: