Episod 41 : Relevankah Meminta Sedekah?

Hadis Abdullah bin Umar:

Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Peminta sedekah tidak akan berhenti dari meminta-minta sehinggalah bertemu dengan Allah dan pada saat itu tidak ada sepotong daging pun di wajahnya” (Hadis Sahih Muslim)

Sebentar tadi, saya balik daripada Shah Alam mengikuti satu program daurah. Sewaktu saya menaiki bas yang menghala ke rumah saya, satu perkara yang sangat membingungkan saya, seorang warga tua berketayap yang meminta sedekah dari bas ke bas. Ini adalah suatu perkara yang sangat mengecewakan saya. Sebagai seorang saudara muslim, perkara ini perlu dihentikan. Melihat keadaan itu, terasa bahawa tasawwur Islam seolah-olah dirobek-robek dengan tindakan yang begitu paradoksikal!

Saya di sini bukanlah hendak menguar-uarkan masalah, mahupun menunjukkan bahawa saya ini bersifat jengkel dengan keadaan ini. Saya hanya kecewa bahawa tindakan orang tua itu memang tidak kena pada tempatnya. Memang tidak dinafikan, wajah simpati yang dilontarkan mengetuk pintu kita untuk bersedekah sedikit. Nampaknya mudah sekali orang-orang seperti ini dapat rezeki tanpa perlu usaha.

Sampai sahaja dia menghampiri, ingin sahaja saya memberikan seringgit dua. Saya memang simpati. Tetapi saya tahan. Memang antara manusia perlu ada ihsan, tetapi jika saya seorang dari seribu orang lain memberi, ibarat saya juga menyokong tindakan walaupun saya tidak bermaksud demikian. Dia mungkin akan teruskan perkara ini. Samalah seperti saya tergelak melihat orang yang buat perkara tidak senonoh, mereka akan meneruskan lagi kelakuan buruk itu lantaran melihat kita seakan-akan seronok dengan tindakan mereka. Saya hanya menggelengkan kepala(Ya Allah..). Orang tua itu meminta lagi. Bayangkan kalau seribu lagi yang lain diminta seperti ini antara bas ke bas. Tak ke banyak pendapatan dia seharian?

Saya berpandangan dunia hari ini cukup berbeza dengan situasi ekonomi dahulu. Masalah kemiskinan dahulu adalah begitu berbeza dengan sekarang. Orang yang meminta sedekah bukanlah untuk keperluan harian, ubat-ubatan dan sebagainya. Mereka digelar fakir miskin dan hanya menunggu dua tiga simpati untuk membeli sebuku roti sebagai mengisi perut. Jika memang benar ada yang sedemikian rupa di sekeliling Malaysia, kenapa tidak claim zakat sedangkan dia layak?

Saya tidak nampak orang yang mampu berjalan, berdiri seperti biasa relevan untuk meminta sedekah. Adakah memang terlalu desperate di Malaysia ini untuk dapatkan pekerjaan?

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Jika sekiranya salah seorang di antara kamu berangkat pada waktu pagi untuk mencari kayu lalu dia memikulnya di atas belakangnya. Kemudian dia bersedekah dengannya dan tidak mengharapkan pemberian dari orang lain, maka itu adalah lebih baik baginya dari meminta-minta daripada orang lain. Tanpa mengira samada orang itu memberi kepadanya ataupun tidak kerana tangan yang berada di atas itu lebih mulia daripada tangan yang berada di bawah dan mulailah dengan memberi nafkah atau mendidik orang yang berada di bawah tanggunganmu terlebih dahulu (Hadih Riwayat Muslim)

Lagi satu situasi.

Kadang-kadang saya juga gusar dengan kedatangan orang lain datang meminta sedekah bagi pihak lain. Bagi pihak lain? Itu saya sendiri tak faham. Muka yang sama, simpati. Pernah satu hari datang seorang india muslim seakan-akan memohon simpati meminta saya memberikan sedekah. Duit sedekah itu digunakan untuk membangunkan sekolah tahfiz di Kedah kalau tak silap. Apa yang saya buat, saya pergi ambil duit. Sebelum saya hulurkan saya bertanya,

“Maaf, saya nak tanya sikit. Kutip duit ini untuk apa?”

“Untuk bina bangunan bang. Kami tak cukup kawasan untuk tampung pelajar yang ramai”. Jawabnya. Memanggil saya dengan gelaran abang, walaupun dia lebih tua pada saya. Dia memberi maklumat kepada saya bilangan pelajar-pelajar, dokumen dan sebagainya.

“Oh, ye ke? Em. Kenapa tak minta sponsorship pusat zakat ke, majlis-majlis jabatan agama, atau buat bisnes mana-mana?”

Dia menjawab entah apa-apa entah alasan. Saya tak berapa ingat. Tapi saya kembali bertanya,

“Ni datang dengan siapa?”

“Dengan ustaz saya bang. Kami keluar 40 hari.”

Ha? Tersentak saya. Betulkah ustaz yang suruh buat seperti ini? Datang rumah ke rumah meminta sedikit wang tak jauh seperti meminta-minta. Keluar 40 hari itu dah tentulah saya tahu, tabligh. Tapi, macam mana pula tabligh nak menyampaikan sesuatu mesej Islam dalam masa yang sama dia buat jalan yang salah? Saya hidu sesuatu yang enigmatik.

“Bang, minta maaf saya cakap sedikit. Saya kasi duit ni. Tapi awak kena ingat, kalau kita orang islam nak buat baik, kenalah jalan yang baik. Ini datang rumah ke rumah macam meminta-minta. Bukan ke Rasulullah tak galakkan? Tak percaya, tanyalah ustaz awak tu.” Andai benar memang ada ustaz di sebalik permintaan ini.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sedang berdiri di atas mimbar. Baginda memperkatakan mengenai sedekah dan menjaga diri dari meminta-minta. Baginda bersabda: Tangan yang berada di atas itu lebih baik daripada tangan yang berada di bawah. Tangan yang berada di atas adalah yang memberi manakala yang berada di bawah adalah tangan yang meminta (Hadis Sahih Muslim)

Satu situasi yang terakhir, di kampus saya sendiri. CFS IIUM.

Selesai sembahyang Jumaat di Masjid Kolej Islam, ada seorang wanita duduk di lorong kaki lima meminta sedekah. Saya tidak kisah sangat. Tapi, satu perkara yang memang buat saya sangat kecewa, dia bawa anaknya sekali menemaninya. Saya agak sensitif bab-bab generasi. Memang tak patut seolah-olah dia menggalakkan anaknya juga untuk menjadi sepertinya, children see children do!

“Mak cik, lain kali jangan bawa anak sekali”, kata saya dengan nada lembut, sekali lalu. Saya tak mahu kecilkan hati siapa-siapa. Kelihatan beberapa jemaah lain yang turut sama balik menuju ke kampus memandang saya. Terpaksalah buat muka selamba.

Saya sedih kalau generasi yang mengiring masa depan negara juga sama. Mereka sepatutnya diajar bekerja andai memang susah sekalipun. Meminta ihsan bukanlah jalan terbaik selagi ada jalan lain untuk berusaha. Ini adalah imej kita, imej bangsa, imej agama.

Di sini, saya tidak bermaksud untuk menghina atau memperkecilkan mana-mana pihak. Ini hanyalah pandangan saya. Begitu juga, saya tidak bermaksud untuk kita elak dari bersedekah. Jika memang benar ingin buat demikian, marilah sedekah di tabung-tabung badan kebajikan ataupun di masjid. Mereka yang melaksana dan menguruskan selebihnya untuk orang-orang yang kurang berkemampuan. Sekiranya memang nampak seseorang itu benar-benar tidak berkemampuan terutamanya bagi yang cacat, tak ada salahnya kita hulurkan sedikit kewangan untuk ringankan beban. Tetapi, bagi yang saya maksudkan tadi, bukanlah maknanya kita perlu lihat dari aspek berbaik mahupun berburuk sangka, tetapi anjurkan diri pada berWASPADA. Wallahu a’lam

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” (Surah At-Taghabun : 7)

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik” (Al-Baqarah : 195)

7 Responses to Episod 41 : Relevankah Meminta Sedekah?

  1. amierwan berkata:

    bersedekah jangan berkira sgt akim. apa yang ada dalam purse tu bagi je. kan ke Allah beri rahmat pada orang yang bermurah hati.

    tapi btul jugak. kena berhati2 sekarang ni. kaki minta ni kekadang sindiket. ada yang lagi kaya dari kita yang bekerja. dalam akaun ada puluhan ribu hasil kutip sedekah. abg baca dalam paper kosmo x silap beberapa bulan lalu.

    kebanyakn yg buat kerja macam ni orang Islam. Jarang nampak orang Cina minta sedekah tepi jalan/tempat orang ramai mintak nak bina sekolah Cina. Sebab mereka ada Dong Jiong Zou etc. Pertubuhan kebajikan untuk support n develop pendidikan anak-anak Cina. Private School diorang kat Kl je tengok, kelas ada air cond, uniform khas, guru profesional ada PhD. kita orang Melayu Islam apa ada?

    Kita tak perlukan kapal selam Scorpene dan Eurocopter. Kita hanya perlukan peruntukan untuk bangunkan pendidikan generasi daripada keluarga yg tak mampu. Berapa ramai anak-anak kecil Melayu kat luar sana yang tak dapat sekolah sebab mak-ayah tak cukup duit. Lebih malang bila mak-ayah dah meninggal dunia sebab accident / kanser etc. Ini cerita benar. Kita semua baca dalam paper.

    Di mana profesional Melayu-Islam yang prihatin dan take action akan perkara ni? Takkan kita nak lihat budaya minta sedekah ni terus melanda masyarakat kita untuk 10 tahun akan datang. Bila lagi nak bagi sumbangan bangunkan pusat pendidikan swasta percuma utk anak-anak Melayu Islam yang miskin dan tiada tempat bergantung.

    Tak payah la harapkan PAS, UMNO , PKR. Diorang sume sibuk berpolitik nak jadi wakil rakyat !

  2. jalan lurus berkata:

    good issue yg diketengahkan. i think i got d point; bersedekahlah kepada yg benar2 memerlukan. selagi yg meminta sedekah itu baik tubuh bdn nya mampu utk bergerak dan bekerja, jgn bagi. cz klau kta bg kita ajar dia utk terus mminta2+bersetuju dgn apa yg dia buat. Islam mengajar kita utk berusaha mncari rezeki. “Qadirun ‘alal kasbin”.

    Yg pntg, slps mmberi kte ikhlas n never2 ever mengungkit pmberian kta. Wallahua’lam. Thanks!

  3. suhaib al dan berkata:

    isu menarik

  4. aireensamirah berkata:

    em bersedekah tu mmg baik..
    bila tgk org mnta sedekah,kdg2 mmg kesian..

    tp sbnrnye mmg ade sindikit peminta sedekah ni..
    terutama di kl..
    kalo pg kl,kita nmpk ade org atau kanak2 bawa org buta minta sedekah,jgn lah mudah terpedaya..
    ataupun, sy cadangkan, beri sedekah tu msuk poket die, sbb kalau sindikit ni, org yg minta sedekah tu dpt sikit je,yg kaya org yg mendalangi sindikit tu..
    kdg2 kat kl tu kita nmpk bnyk org mnta sedekah,smpi sy pernah jumpa yg terbaring pun ada..
    ok,cuba kita fikir secara logik,kalau org tu dah smpi terbaring,mcm mane agaknye die smpi ke tmpt minta sedekah tu kalau takde org yg hantar kan??

    ada juga kita nmpk anak2 yatim jual bam,kalender,ayt2 quran kat tepi2 jalan..
    sy selalu rasa kasihan sbb biasanya bukan mereka yg dpt untung..
    sy ingat lg dkt satu R&R, ada ank2 yatim ni jual bam..katanya 4 rggt satu..mak sy ambil duit,masukkan dlm poket die,pastu kata tak payah bg bam tu,duit tu simpan..lgpun kalau mak sy beli pun sbb kasihan,bukan sbb perlukan bam tu..

    utk pengetahuan semua,ada satu org ni amat popular dgn kebajikan ank2 yatim ni,kononnye pemelihara ank2 yatim,tp sebenarnya dia menggunakan anak2 yatim utk jd penjual ayt2 quran,kalender dsb..sy dengar cerita,org ni punya lah kaya smpai mampu beli helikopter persendirian!

    bukan tak boleh memberi sedekah, kalau dah kasihan tu,beri saja lah,sbb niat kita nak beri sedekah,terserahlah pd dia..kalau dia menipu,itu antara dia dgn Allah la..
    cuma kalau kita tak mahu perkara ni berlarutan,elok juga kalau dihentikan..peminta sedekah yg terlalu ramai di tepi2 jln ni kdg2 mencacatkan pemandangan malaysia di mata pelancong..

    lgpun kalau masih ada tenaga yg dikuniakn Allah,berusahalah mencari rezeki walaupun sekadar menjadi tukang sampu sampah di tepi jalan dr menjadi peminta sedekah di tepi jalan..

  5. senikehidupan berkata:

    Haa…. betul tu.. abg hazwan baca sekali imbas ye ni… tengok jalan lurus tu kata ape..
    It’s not about stinginess but it’s about we are paying their perseverance..
    In fact, I’ve enough money to pay them. If he’s really desperate, then he should only ask for things that he’s in scarcity..

    Tak semua yang nak jadi kaya akhi.. Ada yang lebih suka jadi sederhana.. Ada yang memang bertungkus lumus untuk menjana kewangan dan pulihkan ekonomi Islam. Lihatlah Allah telah menegur pada para peniaga;

    Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah: “Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan”, dan Allah Sebaik-baik Pemberi rezki. (Surah Al-Jumuah : 11)

    Kadang-kadang sebagai manusia kita lupa setelah memang kita berjaya dapat apa yang kita mahukan. Tetapi ada pentingnya juga kita pupuk himmah ‘aliyah atau semangat yang tinggi untuk kita gapai kejayaan Islam. Seandainya memang seseorang itu gagal dalam membangkitkan ekonomi, boleh jadi dia akan membangkitkan aspek yang lain.

    Orang yang prihatin ada, malah ramai, cuma mungkin belum sampai lagi waktunya diorang untuk keluar. Yang paling penting kalau kita kearah ini, semampu yang boleh kita sedarkan masyarakat kita..

    Wallahua’lam..

  6. budak kampung berkata:

    salam singgah..
    rakyat m’sia mmg baik hati.mudh rasa kesian.mmg x salah mmbantu yg susah malah digalakkan. tp ada juga peminta sedkh yg ketagih sampai mnjadiknya spt pekerjaan. 1 soalan kpd anda pembaca komen saya ini:kenapa pihak b’kuasa tmpatan x amik peduli masalh ini dan b’krjasama dgn mjlis agama utk diagih²kn zakat yg ada?
    jwpn yg sy ada, sbb PBT sibuk saman parking kete utk income PBT sendiri. pikir²kan lah.. dan
    “memberi itu lebih baik drp menerima”

  7. bimasakti berkata:

    AsSalam.Tugas kita sebagai hamba ALLAH memberi sedekah dengan ikhlas,selepas itu semua kerja ALLAH. Jangan banyak buruk sangka itu adalah dari syaitan.IQ setiap orang manusia yang tuhan jadikan tidak sama.

    Kalau jumpa lagi yang mahu meminta sedekah,cuba anda beri dengan ikhlas,insyaALLAH anda akan rasa perubahan yang sungguh luarbiasa di dalam hidup harian anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: