Episod 40 : P-elajar M-e-Rdeka

sukakah anda perangai seperti yang ditonjolkan dalam gambar ini?

Dari Ibn Umar r.a., katanya : ” Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ‘ Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ‘ Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. ” (Hadis 40)

“Eh, korang. Ape khabar semua?” tanya saya dalam Yahoo! Messenger melalui sebuah conference. Kelihatan beberapa id YM yang saya tidak beberapa kenal. Semuanya tingkatan 3 dari SMKA Pedas.

“Kitorang merdeka!!” Balas salah seorang. Tak tahulah apa yang diertikan kemerdekaan itu. Merdeka dari belajar, atau merdeka dari stres.

Mudah sekali orang-orang mentafsirkan situasi belajar. Adakah belajar sekadar peperiksaan atau satu input bekalan minda untuk masa hadapan? Sekiranya kita hargai erti ilmu itu, tiada istilah merdeka dalam belajar. Ia hanya lepas satu fasa sahaja iaitu fasa peperiksaan. Selepas pada itu, keutamaan untuk bersedia menuju fasa yang seterusnya perlu dititikberatkan.

Tidak dinafikan, tekanan sewaktu peperiksaan dekat sangat kuat. Tambahan lagi persiapan yang tak semena mana menjadikan diri semakin ketakutan. Perasan menghantui diri. Ibarat si harimau lapar yang menunggu waktu untuk keluar dari zoo. Selesai sahaja peperiksaan, bagaikan hujan yang turun di padang yang kering kontang. Segala-galanya dah lupa, yang ingat, raikan kemerdekaan. Gila.

Nahas andai tidak dimanfaatkan waktu kosong yang telah diberikan. Ini bukanlah waktu untuk bersuka ria seperti mana Yahudi yang selesai melakukan misi membunuh umat Islam di Palestin. Malah waktu yang kosong inilah mulanya untuk kita mengenal diri kita, mengenal apa yang kita minat, kemudian asahkan. Sekiranya cenderung dalam bidang IT, kita pertingkatkan lagi. Sekiranya minat bidang penulisan, cubalah hantar karya dan sebagainya. Kalau meletakkan waktu selepas PMR itu waktu Pendidikan Jasmani sepanjang masa, ia adalah satu kecuaian yang sangat besar. Kita kejam terhadap masa kita.

“The thing I lose patience with the most is the clock. Its hands move too fast” –Thomas Edison

Jangan bermain dengan masa. Lakukanlah apa amal yang bermanfaat, meskipun hanya membaca novel.

Mungkin dengan cuti yang panjang ini, anda boleh habiskan 20 buah buku.

Andainya silap anda letakkan waktu ‘merdeka’ ini pada tempatnya, kemungkinan besar anda akan hanyut dengan arus dunia yang menggiurkan ini. Keseronokan apabila telah dijadikan matlamat menggalakkan anda kepada minda yang berbaur penjajah.

“You are recolonized instead of decolonized” kata pujangga.

Ingatlah satu pepatah arab;

“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”

2 Responses to Episod 40 : P-elajar M-e-Rdeka

  1. aireensamirah berkata:

    betul..betul..betul..
    manfaatkan waktu yg ade tu sebaik2nya..

    lagi satu,
    ingatlah adik2 bahawa keputusan pepeiksaan masih dlm ketentuan Allah..
    jgn lupa untuk berdoa kpd Allah moga2 kertas jwpn itu selamat smpai ke tgn pemeriksa dan sampai ke pemeriksa yg baik hati..
    dan doa moga2 keputusan yg bakal diperolehi adalah yg terbaik.
    any possibilities can happen..remember this..
    kun fayakun!jadi,maka jadilah!

  2. amierwan berkata:

    bg abg, tiada istilah merdeka dalam hidup. hidup ini perlu terus berjuang.

    what’s next after merdeka? duduk poyo goyang kaki tanpa berfikir dan bekerja membangunkan diri dan agama?

    berpuas hati setakat duduk di rumah teres di seremban selatan?

    Lu fikirlah sendiri- Nabil

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: