Episod 39 : Rakan Budaya Belajar

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Luqman : 34)

Bahang Mentari yang melepaskan fragma kepanasan yang optimum menjadikan pantai Port Dickson serba tenang dan indah pada pukul 10.00 pagi. Dengan deruan ombak perlahan-lahan menimpa pantai ditemani angin bayu pagi yang sayup-sayup dirasai cukup menjadikan nikmat yang amat menakjubkan. Apatah lagi baru sahaja selesai belajar secara study group di rumah akh Luqman bersama Ibrahim. Esok adalah merupakan hari terakhir menjawab peperiksaan akhir semester, iaitu introduction to economics bagaikan tidak terasa kehadirannya atas kerana terpukau dengan panorama di tepian pantai sambil makan nasi kerabu sebagai breakfast. Belajar cepat secara komprehensif menjadikan satu keutamaan kami dalam belajar.

“Eish!” saya terjerit. Bagaikan ada tarian jeli yang lembut menjalar di tangan saya. Khuatir andai ada makhluk beracun menyengat tangan ini sedangkan tangan ini amat diperlukan untuk menjawab peperiksaan esok. Akh Luqman meninjau.

“Wah! Obor-obor oi, cute ‘gila’!” katanya. Sekali lagi saya terpukau dengan jeli laut yang sangat kecil tetapi comel ini. Makhluk yang lutcahaya ini ditangkap dan dijadikan bahan kajian. Eh, bukan. Peliharaan buat sementara waktu. Ini semua idea si Luqman ya. Hehe.

Begitulah keadaannya kami di musim peperiksaan seolah-olah satu musim percutian. Bukan tidak ambil endah, tapi kami dapat jimat masa lebih. Buat apa kita nak ambil masa yang begitu lama untuk belajar sedangkan ada alternatif lain untuk STUDY SMART?

“Em..tahniah la dapat result yang baik. Doakan kitorang dapat result yang baik jugak tahun ni yer.. Harap dapat kongsi tips or petua..” Satu mesej keluar dalam inbox Y!Mail saya. Ada benar kejayaan yang kita kecapi mesti dikongsi. Nak dikatakan keputusan peperiksaan saya tidaklah secemerlang mana. Tetapi selagi ia diperhatikan satu pencapaian yang baik, tidak wajar andai saya mengelak untuk saya berkongsi.

Sebenarnya musim kita menghadapi peperiksaan ini memang agak menegangkan tali-tali aliran darah kita. Pada ketika inilah baru terasa setiap detik saat yang berlalu begitu penting. Masa seolah-olah dipersonifikasi sebagai makhluk yang tersenyum ghairah dengan kita yang masih leka dimagnet dengan keseronokan. Ramai yang suka meletakkan last minute sebagai langkah menghadapi peperiksaan.

Setiap orang ada cara tersendiri dalam belajar.

Mungkin ada yang memang biasa dengan situasi belajar saat akhir. Begitu juga ada yang suka belajar selalu, menulis dan membuat rujukan. Ada pula sudah usaha macam-macam, tetapi keputusan tidak setinggi mana. Apa-apapun saya memang percaya, ia tidak kena mengena dengan masalah kelembapan kita selagi kita faham cara pembelajaran kita.

Saya selalu letakkan setiap ujian bulanan adalah pengukur eksperimen cara saya belajar efektif atau tidak. Saya bukanlah seorang yang genius mahupun lahir sebagai orang yang mempunyai projector minded. Namun, setelah berbulan-bulan mengkaji, 2-3 bulan sebelum peperiksaan SPM saya mula nampak teknik paling dominan untuk diri. Rupa-rupanya memang setiap subjek mesti ada cara yang berbeza untuk dikuasai.

Jangan hairan jika ada sahabat kita yang duduk sama kelas dengan kita, kurang belajar, tidur dan endah tak endah tup tup dalam peperiksaan dapat skor tinggi. Tetapi, ada yang sangat kuat belajar, tetapi markah jauh lebih rendah. Kita kena faham, ada manusia yang memang diberi kelebihan. Tetapi orang yang kuat belajar itu bukanlah maknanya satu kelemahan, mungkin cuma kurang efektif. Kita kena bijak mengetahui cara belajar kita.

Melalui satu seminar belajar yang saya hadiri di UIA oleh Osman Affan, beliau menggariskan bahawa setiap orang mempunyai cara yang berbeza mendapat maklumat atau pembelajaran. 3 watak itu adalah auditori, visual ataupun kinestetik. Auditori boleh menangkap dengan mudah apa yang dipelajari kerana pendengarannya begitu sensitif. Visual pula sering bergantung apa yang dilihatnya. Kinestetik, selalunya yang bermasalah. Orang yang mempunyai cara pembelajaran begini biasanya kurang memberi tumpuan. Ada sahaja benda yang perlu diusik-usik, dipegang dan ditulis. Saya adalah dibawah kategori ini.

GILA LATIHAN

Ada masa saya tertidur di dalam kelas. Ada masa saya melukis sewaktu pembelajaran. Ada masa saya hilang fokus.

Sebab saya sedar saya sukar memberi tumpuan saya menukarkan uslub pembelajaran saya dengan menjadikan diri ghairah dengan latihan. Biasanya saya buat latihan yang banyak di buku yang saya beli sendiri. Buku-buku sains saya suka untuk beli buku yang topikal, iaitu fokus pada subtopik. Bahagian-bahagian kertas 2 dan 3 saya tiru bulat-bulat daripada jawapan belakang , tak perlu ambil masa. Kadang-kadang untuk menjawab dalam bahasa Inggeris tidak terfikir untuk jawab. Dengan cara begini, soalan seolah-olah berulang-ulang, secara automatik keluar dari minda jawapannya.

Bagi pelajaran Matematik, tidak ada jalan lain selain daripada buat latihan. Matematik ini agak istimewa sedikit. Tak perlulah susah-susah anda beli buku rujukan kerana buku teks sudah memadai. Matematik tambahan sebagai contoh, banyak latihan yang berubah-ubah formasi dengan latihan-latihan yang diberi. Rakan saya sendiri dapat markah yang terbaik dalam SPM dahulu tidak langsung menggunakan buku rujukan. Cukup dengan buku teks, segala-galanya keluar.

Cara inilah jua saya habiskan sisa-sisa saat akhir saya untuk bertemu SPM dahulu.

SENTIASA MENULIS

Satu kertas A4 dibahagi 3 secara memanjang, kita tulis sikit demi sedikit. Contohnya sejarah. Jika satu bab boleh muat satu helai kertas A4 dengan tulisan kecil-kecil. Setelah berbulan-bulan secara tidak sedar habis semua bab. Waktu sebelum peperiksaan dengan mudah kita revise apa yang kita belajar. Tetapi ini tidak sesuai bagi yang kurang suka menulis, terutamanya cara belajar visual.

Tony Buzan, pakar mind-mapping coaching telah memberikan idea yang cukup baik cara untuk mengingat sesuatu. Dengan menggunakan peta minda, kita melukiskan satu bab di berada di dalam satu neuron yang dilukiskan dalam sebuah kertas. Ia adalah ibarat satu pelekap yang menampal di dinding-dinding otak kita. Tambahan lagi, otak kita menerima 90% ingatan yang berbentuk warna-warni. Ianya sangat efektif, ditambah lagi dengan gambar-gambar yang kelakar. Memenuhi citarasa otak anda!

BERSIKAP OPTIMIS

Masalah pelajar seringkali kerana melekapkan diri dengan fikiran-fikiran negatif. “saya lemah kira-kira”, “sejarah bosanlah”, “susahnya nak hafal term-term sains ni”. Saya cukup faham, stres sekarang lebih-lebih lagi pembelajaran PPSMI masih dalam bahasa Inggeris. Menunggu ia berubah kembali jadi bahasa Melayu ibarat menunggu kes Altantuya selesai. Apa yang ada setakat sekarang ini perlu diteruskan. Begitu juga, bukan kita yang tak boleh untuk belajar sesuatu tetapi kita yang cipta bahawa kita tak boleh. Sebenarnya dalam sesuatu kelemahan kita, bukan kita tak boleh, cuma mungkin belum saatnya kita boleh, tetapi usaha untuk mencapai kebolehan itu mesti diteruskan, bak kata orang-orang dulu ‘genggam bara api biar sampai jadi arang’!

Biarkan diri kita nampak suatu yang sentiasa positif. Ia akan memperbaiki sedikit demi sedikit daripada tiada langsung. Lihat sahaja Thomas Edison, berapa ratus biji mentol dicipta tak menjadi, tak pernah berhenti untuk berusaha. Akhirnya, tak tahulah sampai bilalah kita guna pelita kalau dia tidak bersikap positif.

MINATI APA YANG DIPELAJARI

Ramai yang suka hanya fokus kepada subjek-subjek yang memang dicenderungi tetapi kurang memberi perhatian kepada subjek yang kurang diminati. Soal minat tak minat itulah yang jadi masalah utama kenapa sukar belajar. Sebagai contoh, subjek sejarah. Pelajar memberi alasan subjek ini banyak baca sedangkan sejarah tak pernah suruh kita untuk membaca! Sejarah adalah subjek yang kita perlu hayati, oleh sebab itulah kita membaca!

Kita sebenarnya bukanlah belajar untuk periksa, walaupun berjaya dalam peperiksaan itu adalah sebahagian daripada matlamat kita. Dengan kita meletakkan minat kita pada setiap subjek, kemungkinan besar ianya akan mudah masuk dalam memori kita. Contohnya kemahiran hidup. Ada yang memang suka pada kerja-kerja teknikal terutamanya orang yang bersifat kinestetik. Misalannya belajar cara pemasangan mentol dan sebagainya, praktikal, sebab itulah subjek ini boleh diskor tinggi. Kecenderungan itu memainkan peranan. Jika kita masih tak tahu kenapa kita belajar, cipta untuk kita minat.

Di sebabkan pembelajaran ditetapkan sekolah sebanyak 12 subjek, nak tak nak kena juga minat setiap subjek. Sekiranya kita tak minat salah satu subjek, manakan mampu buah manggis tumbuh di padang pasir, sebab kita tak letak subjek itu pada tempatnya.

FAHAMI BUKAN TERIMA

Bagi pelajaran selain matematik, kita perlu faham dengan komprehensif flow pembelajaran kita. Saya ambil contoh sains tingkatan 2. Dalam anatomi mata manusia, kita ada tiga lapisan dalam bebola manusia. 3 lapisan itu adalah sclera, choroid dan retina. Kita ambil satu lapisan, choroid. Choroid adalah satu lapisan yang berwarna hitam, berfungsi untuk menyerap cahaya dengan lebih. Sesuatu yang menjadi keliru adalah bagaimana ia menyerap cahaya? Ingat sahaja skrin projektor, depan putih belakang hitam. Ia akan menjadikan gambar lebih jelas terpapar berbanding dengan hanya menggunakan dinding sebagai skrin.

Jika kita hanya terima bahawa choroid itu hanya warna hitam, boleh jadi kita terkeliru dengan fungsi-fungsi lapisan yang lain. Ini akan menyebabkan kegagalan kita dalam menyatakan setiap fungsi dalam setiap anatomi.

Matematik pula kita tak boleh bantah. Memang hanya menerima. Tak perlu payah-payah fikir macam mana formula itu tercipta. Hafal sudah.

BUDAYA BELAJAR BERSAMA

Tak ramai yang guna cara belajar seperti ini. Ramai yang menganggap belajar seperti ini sukar untuk dibiasakan. Sedangkan cara belajar ini paling cepat dan efektif. Tambah lagi, tak ada masalah untuk kita belajar secara santai. Kita boleh bincang, mengulang topik ataupun bersama-sama menjawab latihan.

Keupayaan minda kita untuk menerima maklumat mungkin tidak banyak tetapi, dengan wujud pembincangan secara sinergi menampakkan kita subjek dan pelajaran secara 360 darjah. Ini adalah cara yang paling menjimatkan masa, lebih-lebih lagi diakhir-akhir peperiksaan.

Kadang-kadang ada subjek yang memang kita faham sikit, kawan lain akan bantu memahamkan kita dengan lebih. Bila kawan kita tak faham pula kita pula berfungsi untuk membantu. Dalam masa yang sama kefahaman itu dapat tercapai dengan lebih mendalam

BANYAKKAN BERTANYA

Ini satu perangai saya. Saya memang sangat suka bertanya terutamanya berkaitan dengan general knowledge. Berada di UIA ini saya kena belajar Religion in Malaysia, satu subjek wajib. Subjek ini membentangkan doktrin-doktrin setiap agama yang ada di Malaysia, termasuklah ritual-ritual. Kadang-kadang seronok untuk tahu luar dari silibus pembelajaran kita. Untuk tidak saya belajar biasa-biasa, suka untuk saya pastikan diri saya rasa tidak cukup untuk belajar. Ini kadang-kadang bermakna jika dibentangkan dalam usrah jika kita mengemukakan perbandingan agama.

Dengan banyak bertanya, view kita akan lebih meluas.

YAKIN DENGAN ALLAH

Tidak mengapa andai kita gagal beberapa kali. Di setiap keputusan itu ada hikmahnya. Seorang sahabat ada beri sms, “kita minta hari yang tenang, Allah turunkan hujan yang disertai petir. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi”. Kejayaan yang Allah maksudkan bukanlah kejayaan peperiksaan, tetapi kejayaan dalam hidup.

Apa yang kita usaha adalah amalan yang baik. Allah tidak mengukur tahap mana kita dapat dalam peperiksaan, tetapi kita dinilai tahap mana kita bersungguh-sungguh mengecapi keredhaannya.

“Hai manusia, Sesungguhnya kamu Telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya” (Surah Al-Insyiqaq : 6)

Mungkin apa yang saya tulis di sini ada yang tidak sesuai dengan gaya pembelajaran pembaca. Saya hanya menulis berdasarkan pengalaman untuk dikongsi. Ada yang memang mudah faham, ada juga yang lambat faham. Banyak lagi cara-cara yang efektif yang boleh kita gunapakai.

Wallahua’lam.

2 Responses to Episod 39 : Rakan Budaya Belajar

  1. aireensamirah berkata:

    assalamualaikum..
    post yg bgus tntg cara belajar..
    dan juga membuatkan saya terasa (x minat sejarah dan bio)..huhu..

    em btol la..sume tu kita kene minat..
    tmbhn lg di sekolah,kita takde hak memilih..
    tp boleh juga fokus kepada subjek yg diminati..
    coz you dont have always to be perfect by straight 1A’s on your slip..

    tp yg pntg kpd yg bakal menghadapi spm,tentukan minat anda dr skrg..
    dan fikir kursus apa yg mahu diambil utk further studies..
    jgn main ambil je sbb takut berpatah balik di tengah jalan..
    dan jgn ambil sbb pengaruh orang ramai..
    be what u wanna be!

    encik senikehidupan,
    ade la sejarah asal usul math..
    mcm mane formula terjadi..
    tp dlm further study of math la..cam dlm subjek kalkulus..
    its da beauty of math!huhu..
    math is fun!

  2. naseemussobah berkata:

    Mempunyai banyak watak mengikut subjek~ Namun begitu, watak kinestetik itu juga yang paling banyak menguasai diri. Fuh. Anugerah tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: