Episod 38 : Ekonomi Dalam Dilema?

“Saudara mestilah menyimpan sebahagian dari pendapatan saudara untuk masa-masa kecemasan sekalipun sedikit dan jangan sekali-kali saudara berlebihan dalam perkara-perkara mewah.”

Imam Hassan Al Banna, Kewajipan Al-Akh Muslim

“Hakim, kita ada berita buruk” kata akh Luqman dengan nada selambanya.

“Hah, Apa bendanya?”, saya tertanya-tanya. Dengar sahaja berita buruk dah terasa kegusaran minda.

“Broadband kita, kena bayar RM360.00”,sekali lagi dengan nada selamba.

“HAH?!”, terkejut saya mendengarnya. Apa hal pula RM360? Sedangkan plan yang kami langgan, pascabayar hanya dengan RM68.00 bulanan. Sedangkan kami tak pernah guna sim card ini untuk menelefon orang, khusus untuk internet connection sahaja, Kami tertipu!

Saya serahkan akh Luqman untuk menelefon syarikat Celcom tentang perkara itu. Saya pasti ia mungkin tersilap kira. Kenapa perlu untuk bayaran WAP?

Ya Allah. Beratnya saya perlu bayar nanti. Hanguslah duit raya saya. Nasib baik pembayaran itu kami share jadi saya hanya perlu bayar separuh, RM180.00. Duit saku yang saya perlu simpan untuk beli drawing tablet untuk melukis menerusi komputer nyata tak berkesampaian. Mungkin tiba masanya saya belajar bahawa ini ujian kecil supaya saya lebih waspada mengeluarkan duit.

Berkenaan dengan krisis kejatuhan nilai hartanah (krisis subprima) yang melanda dunia hari ini, jauh lebih teruk perlu ditanggung. Krisis subprima adalah satu punca rentetan daripada negara ekonomi gergasi yang melaksanakan sistem riba, akhirnya ranap. Ambil kau! “Dah terhantuk baru terngadah”, halus sungguh permainan bahasa orang-orang dahulu.

Sebagai pelajar yang hanya mengambil asas ekonomi dalam jurusan arkitektur tak banyak yang saya tahu tentang keadaan hari ini. Tetapi saya mewajibkan diri saya untuk prihatin dengan isu semasa, lebih-lebih lagi saya memang berminat dengan subjek ini. Kesan ekonomi yang melanda dunia ini sedikit sebanyak dapat menjadikan saya berhati-hati dalam menguruskan kewangan.

Lehman Brothers, satu firma yang memberikan pinjaman hartanah mengalami implikasi buruk setelah meningkatnya harga minyak. Peminjam gagal untuk membayar pinjaman ini sehinggakan firma perbankan yang meminjamkan wang kepada firma-firma pinjaman hartanah turut menanggung kos kerugian yang dianggarkan lebih US$700 billion. Banyak firma-firma lain yang terpaksa diisytiharkan muflis, termasuklah Lehman Brothers.

“Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).” (Surah Al-Baqarah : 279)

Saya tak berani nak tulis panjang, takut silap. Cuma, saya sertakan pautan yang sesuai untuk pembaca memahami dengan lebih mendalam;

http://wansalmah.blogspot.com/2008/09/gergasi-ekonomi-dunia-ranap-angkara.html

Sehubungan dengan itu, suka saya di sini untuk menyatakan ketika berlakunya krisis ini, tidak ada satu firma perbankan Islam yang bertaraf global terkesan walaupun ‘seceploek’. Hal ini kerana sistem Islam yang bersih dari setiap yang gharar! (Sumber dari Dewan Ekonomi Apri 2008)

Satu hadis; “janganlah kamu beli ikan yang masih di dalam air kerana ia ada unsur gharar(tidak pasti)

(Hadis Riwayat Ahmad)

Ulama fiqah menafsirkan gharar dalam muamalat sebagai mengadakan kontrak bagi perkara yang samar atau tidak pasti (sumber Risalah Bank Muamalat)

Itulah sebabnya banyak bank-bank konvensional telah mula ghairah untuk mewujudkan perbankan Islam. Lihat sahaja di Malaysia, bank-bank seperti CIMB, Maybank, RHB mahupun Hong Leong Bank sudah mula mewujudkan sistem ini. Di London, perbankan Islam telah mula mendapat tempat, begitu juga di Eropah.

Saya juga terjumpa satu fakta yang menarik melalui sebuah laman web, JosephCycle.com, iaitu orang yang pakar tentang investment, ada kaitannya dengan kisah nabi Yusuf mentafsir mimpi raja firaun! Ia mengutip kata-kata nabi Yusuf melalui satu ayat dari Bible, Genesis :

“There will be seven years of plenty followed by seven lean years”

Menandakan dunia ini turun naik dari aspek ekonominya selama 7 tahun berdasarkan tafsirannya dari kitab tersebut. Fakta ini ada kebenarannya juga kerana 7 tahun lepas juga berlaku keruntuhan WTC. 7 tahun sebelumnya saya tak berapa pasti, tapi ada dinyatakan.

http://www.echartbook.com/josephcycle.htm

Eh, mana boleh Old Testament sahaja, saya jumpa ayat dari Quran!

Yusuf berkata: “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan

Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. (Surah Yusuf : 47-48)

Malah Al-Quran lebih detail!

Maaf, ini hanya iklan yang menggalakkan kita untuk membaca isu terkini. Ada rakan-rakan saya dari luar negara yang tak tahu, jadi saya sediakan post ini, adalah sikit untuk fahamkan, walaupun saya sendiri tak berapa faham, hehe. Maklumlah, belajar ekonomi pun asas sahaja.

Maaf kalau ada kesilapan. Saya terima komentar, mana yang tahu agar menerangkan dengan lebih jelas. Terima kasih banyak-banyak!

p/s : Susahnya nak hadapi ekonomi sekarang, walaupun harga minyak setong kurang daripada US$130 setong kepada US$93, minyak Malaysia kurang 10sen seliter sahaja. Kalau ikut kira-kira, nampaknya kita pula yang bayar subsidi kepada kerajaan! Minyak dah bawah paras dah! Lagi satu yang saya marah, tambang bas pun bertambah 20% tak kurang-kurang! Apa nak jadi… Pandai-pandailah berjimat..

AHH CELCOM!!

2 Responses to Episod 38 : Ekonomi Dalam Dilema?

  1. amierwan berkata:

    Now 7 years Bull Run..remember that. really anticipate with our real life today.

    Teori Joseph Cycle vs Kisah Nabi Yusuf menunjukkan pada kita fakta yang digunakan oleh teknokrat Barat untuk bangunkan ‘economic prowess’ mereka. Sedangkan ayat Al Qur’an yang turun beribu tahun dahulu orang Islam buat dunno je tak ambik tahu. Baca Qur’an tapi tak aplikasikan apa yang dibaca dalam kehidupan.

    Sungguhpun kini ada sistem Takaful menggantikan Insurans Konvensional yang padanya ada ‘gharar’, namun orang Islam masih memandang sebelah mata sistem tabarru’ (bersedekah) sebagai asas bantu-membantu dalam Takaful ini. Buktinya kajian oleh Takaful Malaysia menunjukkan tidak sampai 30% peratus pun orang melayu-Islam di Malaysia yang mempunyai sijil Takaful, berbanding orang Cina yang mencapai sehingga 85% mempunyai takaful-insurans.

    Orang Islam buat ape sekarang? Anak muda Islam buat ape sekarang? Banyak tidur lagi di kala keadaan semasa menuntut kita semua bertindak dan bergerak menuju ilmu dan menambah nilai kemahiran.

    Memang susah untuk bagi orang Islam sedar selagi tak kena batang hidung sendiri. Dah rasa susah baru nak sedar. Masa senang habiskan wang simpanan untuk perkara bukan keutamaan. Akhirnya terpaksa meminta-minta belas ehsan orang lain sedangkan orang kafir sembah berhala tak buat macam tu dalam paper tabloid.

    Sebab apa? Sebab orang kafir membaca untuk belajar sedangkan orang Islam baru nak belajar untuk membaca.

    Dulu Tun Dr Mahathir cadangkan penggunaan Dinar Emas untuk gantikan nilai mata wang Dollar di mana semua negara bergantung pada nilai archaic tersebut. Berapa banyak negara2 Islam yang menyahut seruan Tun tersebut. Ada pula yang memperleceh cadangan itu kononnya tidak pragmatik dan praktikal dalam sistem ekonomi moden yang berasaskan interest @ riba”!

    Hari ini semua orang nampak kepentingan Islamic Banking/ Islamic Financial Planning dalam keserabutan dan gelabahnya ekonomi dunia dek krisis ekonomi the giant killer US itu sendiri. Hutang US sendiri mencecah 4.1 trillion kini dan terpaksa luluskan dana kecemasan untuk selamatkan ekonomi mereka. Dari mana datang duit ni? Duit negara2 Islam lah yang sebenarnya digunakan sebab negara2 Islam pengeluar minyak ni begitu tongong simpan duit dalam bank kapitalis US.

    Kini kaum pemodal kapitalis sedang menggelabah. Kita sebagai rakyat dunia wajib bersedia. Bila kaum kapitalis menghadapi masalah mereka akan melakukan jenayah perang. Perang adalah sebahagian dari hukum ekonomi kapitalis.

    Kapitalis akan melancarkan perang untuk memusnahkan apa yang telah wujud – bangunan, kilang, bandar dan kota, senjata dan warga negara. Apabila kemusnahan telah berlaku maka kaum pemodal kapitalis akan dapat membangun semula. Ini terjadi pada perang Dunia Pertama dan Ke Dua.

    Eropah dan Jepun dibangunkan semula sesudah selesai permusnahan dalam Perang Dunia Ke Dua. Lupakah kita?

  2. aireensamirah berkata:

    the decline of fuel price actually indicate that our world economy is worsening.
    it doesn’t mean that when the fuel price decrease,our economy is better..

    and as mr amierwan say, US economy is now in real danger. they look like very strong but the reality its not..and i’m worry to fly to US two years from now.huhu..

    US is the biggest consumer in the world and if their economy in danger, it actually indicating that the world economy is like that too..

    but islamic banking still being very tough there..
    i plan to take islamic banking for my minor, or for my master..
    do u think its ok?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: