Episod 37 : Hidup Berjemaah

“Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu.” (Surah Yunus : 19)

As’ad

“Mal, aku tak jadi lah datang…”, As’ad beritahu saya menerusi telefon. Saya mengajaknya datang ke rumah saya untuk berhari raya sebelum bertolak ke Terminal One, Seremban untuk berbincang sesuatu.

“Tapi plan nak asal tadi aku pergi…” As’ad sambung.

“La…kenapa? Aku dah masak nugget dah untuk kau datang..” Saya sedikit kecewa. Tapi tak mengapalah, nampaknya nugget ini jadi santapan tengahari la jawabnya.

“Ada hal sikit lah, sori mal.. Tak apa, nanti ko bawak nugget tu sekali ya!”, As’ad berseloroh. Kami ketawa berdua dalam perbualan.

“Insya-Allah, pukul 3.00 ya kita jumpa di sana”.

Gembira rasanya bergerak dalam berjemaah. Sama-sama berbincang untuk menyelesaikan masalah umat, maksud saya dunia dakwah dan membincangkan sesuatu tugasan yang tak terlaksana. Walaupun saya akui, saya ini masih mentah, dengan adanya sahabat-sahabat lain terutamanya yang mengambil pengkhususan bidang agama banyak membantu saya menjadikan saya istiqamah dalam posisi saya.

Naruto?

“Pernah tengok cerita Naruto tak?”, tanya seorang sahabat.

“Pernah, kenapa?”, saya balas.

“Aplikasikanlah dalam dunia dakwah, kan ada mesej yang baik, terutamanya hidup berkumpulan”. Terketuk ayat ini ke benak.

Ada betulnya. Dah lama sangat saya tinggalkan kartun bersiri itu. Teringat lagi fungsi Kakashi sebagai ‘mas’ul’ bagi tiga ninja bawahnya(subordinate). Ia seolah-olah menggambarkan seorang yang mengaplikasikan 3T (ta’aruf, tafahum dan takaful). Kartun yang juga menyuntik motivasi. Entah sampai manalah agaknya cerita itu hari ini sehingga orang masih tergila-gila ceritanya.

Saya dahulu sendiri tak terlepas, beli DVD itu sehingga setakat episod ke 200 berapa entah . Setahu saya, cerita kartun ini masih belum habis. Apa yang saya masih ingat, hidupnya cerita Naruto itu, betul-betul menggambarkan bahawa bersatu-padulah punca kekuatan kampung mereka. Posisi-posisi hebat dikhususkan bagi mereka yang mempunyai kelebihan berfungsi untuk tujuan offense dan defense.

Cukup cerita kartun di sini.

Saya nampak di sini, dalam posisi berjemaah, kita rasa senang apabila setiap ahli dalam kumpulan sentiasa berganding bahu dengan kemahiran masing-masing. Selalunya, dalam organisasi, saya selalu memegang posisi setiausaha. Kerja-kerja yang berkaitan dengan multimedia diserahkan kepada saya. Saya suka mencari maklumat dan menulis, oleh sebab itulah saya tidak ada masalah dalam bekerja. Itu sahaja posisi saya, tak lebih. Yang lain, khususkan oleh sahabat-sahabat yang lain.

Begitu juga, sekiranya sekolah mengadakan majlis tertentu, Badan Dakwah akan memanggil saya untuk menghasilkan montaj, dalam masa yang sama menyelitkan mesej-mesej dakwah diiringi dengan lagu yang mengusap hati. Sahabat yang lain uruskan bahagian ceramah, perjalanan majlis dan sebagainya.

“Strength lies in differences, not in similarities”

Cabaran dalam posisi ini

Saya tidak berapa kisah sekiranya ketika kita bekerja, orang tidak ambil endah apa usaha yang dilakukan. Tetapi yang menjadi masalah adalah kurangnya respons dari ahli-ahli yang lain. Seringkali perkara ini berlaku mungkin kerana kerja mereka yang juga bertindih-tindih. Komunikasi dan perhubungan boleh jadi semakin lama semakin rapuh menyebabkan matlamat tak menjadi. Orang dulu-dulu kata ibarat lidi nan sebatang mudah dipatahkan, lidi segulung payah dihancurkan. Namun, bagaimana jika lidi-lidi itu tadi rapuh dimakan anai-anai? Banyak tak banyak, tentu juga mudah dipatahkan.

Seorang ustaz ada mengatakan, “Jangan jadi seperti Ultraman, bergerak seorang diri. Akhirnya tumbang entah ke mana. Jadilah seperti Power Rangers, ada yang jadi kaki, tangan, badan dan kepala akhirnya utuh menjadi robot yang gagah di medan perlawanan”, geli hati saya dengarnya, tetapi fakta itu betul!

John C. Maxwell, seorang pakar latihan kepimpinan (leadership training) ada memberi tahu, “one is too small number to achieve greatness”. Cuba renungkan apa yang dikatakan;

1. Teams involve more people, thus affording more resources, ideas and energy than would an individual.
2. Teams maximize a leader’s potential and minimize her weaknesses. Strengths and weaknesses are more exposed in individuals.
3. Teams provide multiple perspective on how to meet a need and reach a goal, thus devising several alternatives for each situation.
4. Teams share the credit for victories and the blame for losses. This fosters genuine humility and authentic community.
5. Teams keep leaders accountable for the goal.
6. Teams can simply do more than an individual.

(sambung cerita tadi)

“Kita ada 5 orang jurusan medik, 8 orang bidang agama, 1 dentistry,…. yang lain matriks dan STPM” Saya memberikan maklumat kepada As’ad, mas’ul huffaz.

“ Seorang arkitek” tambahnya lagi. Saya lupa pula diri sendiri. Hehe.

Kami semua adalah lepasan SPM yang bergerak sama-sama selalunya mengikuti program-program sebagai fasilitator. Antaranya program rakan budaya belajar (RBB) iaitu satu program untuk adik-adik yang masih berada di sekolah. Kami yang dapat keputusan baik, turun untuk memberikan suntingan motivasi, kaedah belajar dan lain-lain. Tetapi, setelah masing-masing sampai ke IPT, perhubungan kian putus.

Alhamdulillah, nasib baik teknologi kini menjadi wadah untuk proses komunikasi dapat berjalan lancar. Ada baiknya kita bertegur sapa dengan kemudahan ini. Tak dapat emel, sms pun jadilah, walaupun sepatah dua.

“One man could be crucial ingredient on a team, but one man cannot make a team”

Azan Asar berkumandang. Kami bersiap untuk ke surau. Selesai solat, sesuatu yang ajaib menerpa minda saya, seseorang yang pernah saya jumpa beberapa saat suatu ketika dahulu,

“Eh, ni Harith ke?” saya bertanya.

“Aa, ya, ni…er…” Harith kebingungan. Macam tak pernah nampak saya.

“Ah, tak. Mungkin memang tak kenal langsung. Kita pernah jumpa sekali, bersalaman sebelum korang semua bertolak ke Gua Batu Maloi anjuran Kelab Remaja JIM”, saya tegaskan. Terima kasih kepada Imam Hassan Al-Banna yang menyarankan agar kita berkenal-kenalan meskipun tidak diminta. Saya ni susah nak lupa orang. Program Kem TRIO(bulan Februari 2008) itu saya tak dapat hadir kerana gusi bengkak, entah-entah apalah agaknya yang saya akan makan nanti. Perit mulut ni.

Harith akan ke sekolah asalnya(SDAR), beraya di rumah ustaznya.

Kami bertiga terhenti seketika dan berbual singkat. Alhamdulillah, satu perbincangan yang juga berkenaan, inilah masanya untuk berganding bahu. Tak kiralah jemaah mana sekalipun. Kita satu matlamat, satu akidah. Bersikap prejudis atau berburuk sangka terhadap jemaah lain adalah satu KECUAIAN yang sangat besar terhadap diri, malah ianya betul-betul memutuskan tali persaudaraan.

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,” (Surah Ali Imran : 105)

Salam perkenalan Harith!( Kini, beliau sedang mengambil A-Level di Kolej MARA Seremban untuk kejuruteraan di New Zealand)

One Response to Episod 37 : Hidup Berjemaah

  1. aireensamirah berkata:

    teringat pula badan kepimpinan smkap..
    i miss to do that once again..to be a part of leadership, to be a part of a team that full with the sweetness of relationship name ‘ukhuwwah’..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: