Episod 36 : Takbir Raya Bergema

“Aku datang pada kalian sedang kalian mempunyai 2 hari (raya) pada zaman jahiliah dan sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.”

(Hadis Riwayat An-Nasaie)

Terharu saya mendengar berita pembebasan tawanan Malaysia yang ditahan oleh lanun Somalia yang membabitkan 65 rakyat Malaysia kelmarin di Teluk Aden. Pembebasan ini dilaksanakan sehari sebelum kita menyambut hari raya Aidilfitri. Ia merupakan seolah-olah satu hadiah daripada Allah dan merupakan satu kegembiraan buat Aidilfitri ini.

Kapal MT Bunga Melati 5 dan MT Bunga Melati 2 yang berkhidmat di bawah MISC(Malaysian International Shipping Corporation) ditahan selama lebih 40 hari oleh lanun Somalia dilepaskan selepas US$2 juta (RM6. 8 juta) dibayar. Gambar MT Bunga Melati 2.

Tetapi, susulan berita sedih muncul 2 hari sebelum raya tentang satu tongkang yang bergerak ke Indonesia membawa penumpang seramai lebih kurang 130 orang karam. 12 daripada mereka mati lemas. Perjalanan menyambut Aidilfitri bertukar menjadi tragedi yang menyayat hati.

“Mak adik kat mana sekarang ni?” Tanya wartawan kepada seorang kanak-kanak yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

“Masih dalam air lagi” kata kanak-kanak itu dengan nada trauma.

Sedih dan pilu saya mendengarnya. Khuatir saya nak meneruskan pembacaan surat khabar, apatah lagi berita dari televisyen. Apa lagi yang menjadi berita sedih hari ini. Tak dapat dibayangkan andai saya berada di pihak mereka.

Tetapi, kehadiran hari raya bukanlah sebenarnya untuk berduka, tetapi ia adalah hakikat kegembiraan yang dimaksudkan Rasulullah sebagai hari kemenangan setelah berpuasa.

Teringat saya lagi dengan sahabat-sahabat saya yang baru berada di perantauan. Semangat cekal mereka untuk meneruskan cita-cita terpaksa meninggalkan keluarga buat sementara. Tersenyum saya melihat kebijaksanaan mereka menggunakan media dengan menghantar ucapan raya di Utusan Malaysia 30 September lalu.Tak dapat saya bayangkan bagaimana keadaan beraya bersama rakan-rakan di luar negara.

Saya tidak mempunyai pengalaman berada di luar negara.

Tetapi saya yakin, tentunya mereka redha dengan situasi baru yang perlu diadaptasi dalam kehidupan mereka. Seorang rakan saya bertanyakan saya idea untuk presentation hari raya. MasyaAllah.. Tak bersama keluarga, bergembira bersama-sama sahabat yang lain pun jadilah. Ini menyebabkan saya sukarela untuk menghasilkan montaj khas buat mereka, sahabat-sahabat di Mesir. Insya-Allah, sedikit sebanyak dapatlah memberikan suntikan semangat berada di sana dalam masa yang sama dapat mewujudkan suasana kegembiraan.

Sesungguhnya di bulan Ramadhan, kita kejar untuk mendapatkan keampunan daripada Allah. Hari raya kita sambut dengan saudara-mara dan rakan-rakan. Inilah masanya kita bermaaf-maafan sesama kita. Ada baiknya bermaaf-maafan itu dijadikan satu tradisi di hari raya. Ia tampak lebih bermakna dan berkesan walaupun bagi kita lebih elok kita bermaaf-maafan setiap hari. Mungkin bagi yang bertelagah, inilah waktu paling sesuai untuk berdamai. Saya baca ramai blogger yang menulis seolah-olah dia bukan dari kalangan orang yang beradat melayu. Bukankah lebih baik kita lihat dari sudut al-urf wal ‘adah?

Ini bukan suatu yang pelik malah, ia tidak menjadi masalah selagi tidak bertentangan dengan syarak!

Selamat Hari Raya buat semua, terima kasih kerana sudi membaca.

foto saya sekeluarga ( berdiri belakang kiri)

One Response to Episod 36 : Takbir Raya Bergema

  1. amierwan berkata:

    Ujian yang menimpa tanda kasih sayang Tuhan kepada hambaNya.

    Juga sebagai peringatan bahawa kehidupan ini cuma pinjaman dariNya.

    Di satu masa DIA pasti memanggil kita kembali padaNya.

    Aidilfitri mengajak kita kembali kepada FITRAH

    Walau sejauhmana pun kita mendaki mengejar dunia.

    Hakikatnya kita masih hamba yang mencari redha Tuhan bukan manusia.

    Dambakan kasih sayang Tuhan lebih daripada kasih sayang seseorang.

    Selamat Hari Raya my dear Akim.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: