Episod 35 : Betul, betul, betul! Upin dan Ipin

“Sesungguhnya setiap anak yang lahir itu dalam keadaan fitrah yang baik, maka kedua ibubapa merekalah yang akan menjadikan anak-anak ini samada Yahudi, Nasrani atau Majusi.”(Al Hadis)

Tahniah diucapkan kepada Les’ Copaque kerana berjaya menghasilkan kartun bersiri Upin dan Ipin sebagai satu usaha untuk menjayakan animasi 3D yang boleh dikategorikan sebagai karya terulung di Malaysia ini. Kartun yang sangat memberikan motivasi dan suntikan islamik khususnya kepada kanak-kanak ini mampu memberi kesan yang yang sangat positif lebih-lebih lagi kartun ini juga turut memuatkan kisah yang sangat menarik. Saya sangat berbangga dengan kemunculan kartun ini sejak tahun lepas, dan keberadaan kartun ini sangat tepat pada waktunya.

Setelah beberapa tahun disiarkan kartun Shin Chan yang memaparkan budak kecil yang begitu kurang adab, ia tetap diberi sambutan oleh masyarakat walaupun dewasa. Dengan humor pelik yang dipaparkan mungkin agak menggelikan hati, tetapi ia tidak sesuai untuk disiarkan kepada anak-anak yang kecil. Masalahnya, nak mengekang kanak-kanak daripada melihat kartun seolah-olah satu jenayah terhadap mereka!

Kehadiran ‘Shin Chan Malaysia’ inilah satu-satunya animasi yang cukup menghiburkan hati dalam masa yang sama menyampaikan mesej yang baik. Adik-adik yang tidak puasa boleh jadi tercabar dengan Upin dan Ipin yang sentiasa berpuasa penuh.

“Kak Ros, lama lagi ke nak berbuka.. Laparla….”

Geli hati saya dengan telatah si kembar comel berdua ini.

Medium cerita yang ingin disampaikan adalah ketika berpuasa dan menyambut raya. Menariknya, saya seolah-olah merasakan bahawa mesej yang disampaikan menerusi kartun ini menyebabkan adik-adik atau anak-anak kecil dapat gambaran apakah fungsi dan kelebihan mereka berpuasa dengan lebih jelas. Biasalah, kanak-kanak tentunya hanya reti ikut tapi kurang faham. Itulah sebab mereka banyak bertanya, macam Upin dan Ipin.

Kanak-kanak suka berimaginasi. Apa yang mereka lihat dan dengar, itulah yang mereka selalu buat lebih-lebih lagi ia kena dengan kecenderungan mereka. Upin dan Ipin namakan labah-labahnya(episod 7) ‘Kak Ros’ sinonim dengan kakaknya yang garang. Teringat saya tentang adik saya ketika masih kecil. Abah yang selalu bawa traktor ke rumah selesai projek-projek menyebabkan adik saya begitu cenderung dengan traktor itu seakan-akan robot gergasi realiti. Dia menamakannya ‘dugudug abah’ sesuai dengan bunyi traktor abah. Abah selalu memangkunya naik traktor sambil mengaut pasir-pasir dengan paddle. Adik saya pun terikut-ikut dengan gayanya. Asal nampak mainan traktor sahaja di kedai, mesti beli. Berjam-jam duduk di tepi pasir dengan traktor mainannya itu. Saya tak berapa minat.

Berbeza dengan saya, saya cenderung dengan benda-benda yang baru. Ketika kecil, mak selalu bawa saya ke klinik dan saya bermain dengan rakan-rakan di sana. Yang teruknya, saya suka ambil kotak-kotak ubat farmasi termasuk syringe dan memulakan rekacipta. Saya tak berapa ingat, mungkin saya dipengaruhi dengan Power Rangers Mighty Morphin yang mempunyai kenderaan dan senjata yang sofistikated menyebabkan saya begitu suka mencipta sesuatu. Mak tak marah sedikitpun. Maklumlah, LEGO ketika itu begitu mahal.

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah children see children do. Kanak-kanak tidak selalu dengar nasihat tetapi mereka cuba berimitasi dengan apa yang mereka nampak. Hal ini boleh dijadikan sebab mengapa remaja hari ini ada yang agak agresif dan begitu sosial dengan kita meneliti akar umbinya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Persatuan Psikologi Amerika(APA), kanak-kanak yang yang mempunyai televisyen di bilik mereka berkemungkinan akan menjadi agresif ketika dewasanya. Ini belum lagi dengan permainan video yang menjadi ketagihan kanak-kanak begitu berkembang luas, apatah lagi di Malaysia yang penuh dengan cetak rompak. Mudah sangat dibeli tanpa tapisan dari ibu bapa.

Kalau kita lihat dari sudut sejarah Islam, pada zaman Abbasiyah kanak-kanak diajar menulis, menghitung dan berenang. Menurut Ibnu Tauam, sukatan pelajaran ini telah dianjurkan sejak zaman Khalifah Umar lagi. Imam Al-Ghazali pula menggariskan bahawa kanak-kanak patut diajar Al-Quran, cerita orang-orang yang soleh, beberapa peraturan agama dan kemudian diajar juga syair. Walaubagaimanapun diajar mengikut kesesuaian dengan aras pemikiran kanak-kanak. Maka tidak hairanlah Islam membawa tamadun yang sangat hebat dalam jangkamasa yang panjang.

Hari ini pula, fakta yang mengatakan mesej keganasan dan kelakuan seksual yang meluas dalam pelbagai medium begitu membimbangkan. Ia tidak hanya tersiar di wayang televisyen tetapi turut terselit di kartun-kartun yang adik kita tengok. Anime sebagai contoh, kartun animasi Jepun yang berpakaian tidak senonoh yang disiarkan di televisyen setiap cuti minggu. Kalau kita bezakan dengan tradisi kita, ia sangat bertentangan. Mengarut sungguh pergi ke sekolah dengan berpakaian skirt atas lutut. Itulah sebabnya pula ada adik-adik perempuan sukar pakai tudung bila naik membesar. Kesan terpengaruh bukan mudah untuk dielakkan. Apakah masa depan generasi akan datang sekiranya perkara ini berterusan dan tersebar luas?

Inilah sebabnya mengapa kartun-kartun yang berbentuk motivasi dan siri tauladan amat diperlukan untuk santapan spiritual adik-adik kita. Semoga bertambah banyak lagi kartun yang disiarkan seperti Upin dan Ipin. Saya sendiri sangat berminat dengan kartun ini J.

Hari raya pasti lebih bermakna buat adik-adik yang lebih faham..

8 Responses to Episod 35 : Betul, betul, betul! Upin dan Ipin

  1. cgwan berkata:

    siri ni siri kegemaran anak saya, malah sebelum bulan puasa pun dia dah beberapa kali khatam siri ni di youtube.
    harap penerbit meluaskan skop siri ini bukan setakat berkisar bulan puasa saja, dpt mencakupi skop kehidupan seharian.. (hehe sebenarnya saya pun suka siri ni..so cute..mendidik sambil berhibur)

  2. orangmuda berkata:

    lebih baik jika siri ini di panjangkan tempoh penyiarannya jika hendak setanding dengan animasi yang lain.

  3. aireensamirah berkata:

    betul..betul..betul..=)

  4. senikehidupan berkata:

    Hm.. Biarla terpengaruh dengan upin & ipin kan.. Sifat ‘as-sidiq’ boleh di semat dalam pendirian adik2 kita supaya dengar kata orang tua.. Janganla pula terpengaruh dengan siri kartun Shin Chan yang biadap dengan orang tua, apatah lagi dengan kedua ibubapanya..

    Banggalah, 90% orang yang terlibat dalam produksi Upin & Ipin adalah berbangsa melayu. Melayu Boleh!! hehe

  5. Izzah berkata:

    Salam..
    wahh..!! bangga2..
    hopefully, in da future, bkn cartoon je yg dikeluarkan berkualiti..
    tapi harap2 filem2 n drama2 melayu yg dikeluarkan gak berkualiti..
    selama nie klu filem melayu kebanyakannya mesti pasal CINTA monyet.. buhsan..!!
    ermm..tapi ada je segelintir yg bagus..
    cerite pasal family laa especially..
    klu sesape yg teringin buat filem..
    cbe try sesuatu yg berlainan..
    maybe filem perang2 ke..
    filem in da future ke..
    filem ape2 laa..
    asalkan motif die utk beri kesedaran kat rakyat2 msia
    Insyaallah..
    kami menunggu keluaran2 itu..

  6. dandelion158 berkata:

    yup sy sokong.. kerana kita adalah penentu generasi akn datang..kanak2 akan meniru ape shj yg dorg nmpak..akan ikut ape sj org dewasa buat..bg mereka apa yg dilihat tu btol..mcm lecturer sy ckp, bdk skang ni matang sblm usianya…so, media perlu menayangkn lebih paparan yg positif coz media one of sources yg membtk kperibadian anak2…mcm upin n ipin,i’m also one of the fans yg suka tgk katun ni..lucu n ada input yg positif..kdg2 kte yg dh dewasa ni pn terikut2..haha..sebenarnya sy amat bimbang dgn kanak2 msa kini..bagaimanakah khidupn mereka hari esok andai hari ini mereka disogokkan dgn segala jenis anasir negatif..kita sbg kakak2 n abg2 perlu sma2 cuba utk bendung mslh ini..utk anak cucu kite akan dtg..hidup malaysia!!

  7. abdila berkata:

    hai upin ipin!! tyangan di tpi jngan yg itu itu ja…… yg bru donk???

  8. tini berkata:

    hai upin ipn sedang apa upin ipin bisa film baru saya mau film baru dan juga datang di pangkep.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: