Episod 33 : Muslim Bermusim

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah : 208 )

“Weh, kau pergi masjid semata-mata nak ambil makanan sahaja ke?” tanya saya kepada seorang rakan yang memegang makanan yang disediakan oleh jawatankuasa masjid Kolej Islam PJ. Makanan ini adalah iftar percuma untuk menggalakkan jemaah berbuka di masjid dan terus berjemaah bersama, tetapi dia tidak sertai jemaah.

“Alaa… Akim. Aku tahula aku ni jahil” balasnya.

Soalnya di sini bukan masalah jahil atau tak. Ini adalah punca sikap dan tanggungjawab sendiri. Mengambil makanan di sana tanpa memenuhi hak tak ubah seperti pencuri. Apatah lagi, azan berkumandang untuk mengajak berjemaah, tetapi kehadirannya itu bukan untuk solat, untuk makan. Itu sahaja. Menyirap darah saya dibuatnya, tapi apakan daya. Kita seboleh-bolehnya tak mahu, rakan-rakan seaqidah kita termasuk dalam golongan yang Allah maksudkan;

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Surah Al-Jatsiyah : 23)

FULL-TIME MUSLIM VS PART-TIME MUSLIM

Menjadi seorang muslim tidak ada istilah part-time. Erti menjadi muslim adalah sepanjang waktu, full-time. Adakah ini bermaksud sembahyang sepanjang hari? Tak, ini bermaksud setiap saat selagi bernafas, makan, minum, tidur, kerja mahupun bermain berdasarkan apa yang Islam ajar adalah ibadah. 24/7 yang berjalan tak ada lain melainkan dengan beribadah sebagai seorang hamba.

Ada agama beribadah sekali seminggu. Ada agama langsung tak perlu beribadah, buat benda baik sahaja. Berbeza berbanding agama Islam, Muslim mesti beribadah setiap hari, setiap amalan adalah penentu ibadah atau tidak, direkodkan sepanjang masa.

Situasi hari ini pelik.

Ramai muslim mengkategorikan diri mereka hanya berada pada waktu-waktu yang tertentu untuk beribadah. Saya panggil mereka, muslim bermusim.

MUSLIM RAMADAN

Setelah biasa-biasa kita ke masjid atau surau sepanjang tahun, terasa gembiranya mengisi kekosongan ruang dan menjadi orang yang mengimarahkan rumah Allah. Tiba-tiba, masuknya bulan Ramadan, Subhanallah, penuh! Terutamanya solat tarawikh. Bila fikir-fikir balik, sejak bila solat tarawikh menjadi solat yang paling penting? Mana perginya semua jemaah ini sepanjang tahun? Kejap ada kejap tak ada, macam ‘chips more’ pula ya.

Begitu juga ada yang melabelkan bulan Ramadan, bulan ‘tak boleh itu tak boleh ini’. Bila diri nak buat jahat, “ehh.. ni bulan Ramadan”. Nampak orang lain buat silap “Ey, ni kan bulan Ramadan, tak elok buat camtu..” Setelah habis bulan Ramadan, perangai tak ubah seperti bulan sebelumnya.

Kan lebih baik kalau kita berubah menjadi lebih baik pada bulan Ramadan, begitu juga pada bulan-bulan yang seterus-terusnya? The prophet s.a.w taught us, remain persistence!

MUSLIM JUMAAT

Setiap hari Jumaat, muslimin wajib mengerjakan solat Jumaat kecuali rukhsah untuk orang yang berkecuali. Tetapi, wajibnya solat Jumaat ini ada yang menganggap solat yang paling penting, solat 5 rakaat setiap hari tak buat tak apa, tapi jangan solat Jumaat.

Ada tu pula, hari Jumaat la banyak pula beramalnya. Baca Yaasin malamnya, potong kuku, potong itu potong ini semua sebab hari Jumaat sunat. Hari lain makruh pula ke?

Pelik betul watak muslim sebegini. Islam hanya nampak sebagai satu culture. Bukan masalah ilmu tak diserap, tapi yang menjadi masalah, tak faham kenapa diri menjadi muslim.

MUSLIM ‘SWITCH ON SWITCH OFF’

Apabila masuk hari raya korban, dialah hero yang paling gagah menempuh ‘mehnah dan tribulasi’ yang ditimbulkan oleh sang mangsa korban, lembu atau kerbau. Dialah yang kuat berperanan dalam penyembelihan. Apabila masuk Hari Raya Aidilfitri, dialah pula yang paling beraya sakannya.

Tiba Maulidur Rasul, dialah ketua perarakan.

Pernah tak anda tengok, orang-orang seperti ini bertalu-talu mengucapkan selamat-selamat beraya, wish sana wish sini. Hari-hari lain, hambar seperti biasa, yang wajib tetap tinggal. Hidup hanya pada perayaan tertentu.

MUSLIM SENSITIF

Yang ini lagi kelakar. Bila depan tv bukan main geram kalau ada orang yang melontarkan sesuatu isu buruk tentang Islam. Tengok Yahudi bukan main benci kerana mereka bunuh umat Islam. Bila politik berbicara tentang Islam, dia pula yang bukan main hebat berhujah, sampai terpercik-percik air liur. Walhal, dari sudut pendirian dalam Islam, macam belon. Besar sahaja lebih, isi kosong.

Bukankah lebih baik kalau kita amalkan apa yang kita tahu?

Sensitif bukan tidak betul malah, ia menunjukkan kita prihatin tentang agama kita. Tetapi, kalau prihatin kita sampai lupa pada perkara yang lebih wajib, tak releven langsung!

MUSLIM BERTEMPAT

Muslim bertempat ini ibarat kertas litmus. Apabila sampai pada sesuatu tempat ikut keadaannya, ia akan reaktif dan berubah warna. Masuk tempat lain ia sama. Versatile kononnya. Muslim seperti inilah yang paling ramai. Kadang-kadang kita selalu jumpa di masjid, tapi secara tak sengaja, tempat yang bukan-bukan pun mereka ada. Apabila berjumpa di masjid, “Assalamualaikum syeikh!” Kebetulan terjumpa di pasaraya dengan pakaiannya yang selekeh semacam “Semekom.. pekabar bro?”

Sebab itulah tak mustahil kenapa siap-siap nak pergi masjid seolah-olah nak berjemaah, rupa-rupanya nak buka puasa sahaja, free of charge. lepas itu terus balik. Chet.

………(tidak ada komen)

MUSLIM PAKU-KETUK BESI

Ini adalah spesis muslim yang kena ketuk baru ikut. Biasanya adik-adik kita, itu perkara biasa untuk tujuan pendidikan. Tapi yang anehnya orang yang dah tua bangka perangai seperti ini. Kalau tak ada orang yang suruh bayar zakat, dia tak bayar. Kalau orang lain tak tegur buat benda yang tak elok, dia terus buat. Bila dah tampak jelas perbuatan buruknya, barulah tersedar setelah orang ramai tegur. ‘Sudah terhantuk baru terngadah’.

Inilah fenomena yang berlaku sekarang. Bertanyalah pada diri samada kita berpegang nama Islam atas sebab keturunan dan nama atau kita berpegang sepenuh-penuhnya. Ramai yang kata, muda-muda enjoy bila dah tua barulah nak berjinak-jinak dengan masjid, sedangkan tidak siapa yang guarentee kita hidup lebih lama. There is no such a PENDING MUSLIM.

Teringat saya nak memberitahu kepada pembaca, di kampus saya sendiri baru-baru ini, selepas malam merdeka hari itu, 12.30 pagi seorang pelajar perempuan terjatuh dan meninggal dunia sebelum sempat menemui Ramadan. Hal ini mengingatkan saya bahawa kematian itu boleh menjemput kita bila-bila tanpa amaran.

Marilah sama-sama kita letakkan bulan Ramadan sebagai bulan untuk kita kukuhkan lagi kekuatan dalaman kita dengan mengejar pahala yang berlipat kali ganda. Semoga kita terima catatan amalan kita dengan tangan kanan di akhirat kelak.

Saya menulis untuk menasihati diri saya dahulu sebelum orang lain. Wallahu a’lam.

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Surah Ar-Rum : 30)

4 Responses to Episod 33 : Muslim Bermusim

  1. amierwan berkata:

    so amazingly said bro…oppss ya akhi..hehe.

    anyhow we must go back to the basic fundamental of Islamic teachings which has been laying out in the Qur’an and As Sunnah.

    The core values of true muslim comes from their heart, mind, attitude and conduct in everyday life.

    We must stand and firmly believe that the correct perspectives and lifestyles are in the manner of what ulama’ (scholar) teaches and also reflecting the good examples.

    Never ever claim that the cause is for others, but we are the one who should be in the front liner. For how long we must stand on the shoulder of someone else?

    After all, suffice to say that the end solution is, “BACK TO ROOT”.

    p/s :-PENDING is OK as long as you are IMPROVING. (“,)

  2. jeff berkata:

    bagus buah fikiran yang dilontarkan ini. benda-benda dah lama ada tapi disusun dengan baik utk renungan.

  3. senikehidupan berkata:

    Haha.. I knew it.. You must noticed that highlight particularly..
    Hm, the pending i mentioned about is no sense of improving but,
    it is about DELAYING.. So, muslims who feel like going to be better
    at future, there is nothing to do improvising themselves..
    Consider it..🙂

  4. […] Related article : Episod 33 : Muslim Bermusim […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: