Episod 32 : Senario Berpuasa

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (Surah Al-Baqarah : 183)

“Ey, gapo gak muh ni bukok make kuey jah? Gilo kedekuk muh ni..” Tanya Said, roommate saya dengan loghat ‘kelate’nya.

Saya tersenyum. Kadang-kadang tak tahu nak jawab apa, dah memang tak makan banyak nak buat macam mana, lagipun puasa bukanlah masanya untuk kita pulun habis-habis nak makan atas asbab lapar. Begitu merunsingkan.

Bulan Ramadhan inilah satu platform yang terbaik untuk kita membentuk diri kita yang selama ini berada di bulan-bulan yang biasa. Raja, PM, CEO, Bangla, Mamak dan sebagainya semua satu level, sama-sama puasa tak kira pangkat harta dan sebagainya, wajib berpuasa. Yang membezakannya adalah cara berpuasa. Adakah puasa itu datang dari penerimaan hati yang ikhlas menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkannya ataupun hanya diukur dari aspek lapar dan dahaga sahaja. Kadang-kadang kelakar melihat orang yang berpuasa tetapi masih tak solat, buat benda-benda yang tak elok dan sebagainya. Seolah-olah puasa untuk hanya berpuasa kerana ‘dignity purpose’.

Ramai orang yang berpuasa tetapi niat tak betul. Ada yang mengambil kesempatan di bulan puasa ini mereka gunakan sepenuhnya untuk diet kononnya di bulan Ramadhan ini kurang makan. Maka apa yang diniatkan, itu sahaja. Puasa untuk badan ramping dan kurus tak lebih. Ada juga yang berpuasa untuk maruah dirinya kerana khuatir diejek orang andai tidak berpuasa. Itu juga sahaja yang dia dapat, puasa untuk maruah. Malah yang paling kebiasaannya adalah puasa kerana adat. ‘Orang lain berpuasa, aku pun kena la puasa’. Sikap, tingkahlaku dan watak tetap sama tak ubah seperti bulan-bulan yang sebelumnya. Sangat merugikan bagi sesiapa yang lalai dan jahil lebih teruk lagi, tak ambil tahu.

“Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ianya untukku dan aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka berkatalah “sesungguhnya aku berpuasa demi tuhan yang mana diri Muhammad di tangan-Nya”. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu dia bergembira apabila berbuka, dan bergembira apabila bertemu tuhan-Nya, dia bergembira dengan puasanya.

(Hadith riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi)

Tak ubah juga bagi yang berpuasa tapi gagal menundukkan nafsu. Paginya berlapar tapi petangnya pula berdozen-dozen duit habis dalam dompet beli makanan seolah-olah tak pernah makan. Jalan-jalan ke bazaar Ramadhan nampak kebab, beli satu. Nampak murtabak, beli satu. Nampak roti John, pun beli satu. Sudahnya, makanan berlambak-lambak untuk dijamu. Ketika berbuka, perut penuh-sepenuhnya. Duit yang sepatutnya disimpan, digunakan tak habis-habis ibarat air paip. Dah la tu membazir, tak reti-reti nak berjimat. Kalau ada orang yang makanan sedikit sahaja untuk berbuka, dituduhnya kedekut. Hmphh, apakah Ramadhan di pandangan mereka sebenarnya?

Islam telah mengajar umatnya berpuasa dengan mudah, betul dan senang kerana penerimaan insan terhadap senario berpuasa adalah satu fitrah sama seperti makhluk ciptaan yang lain. Ular berpuasa ketika memperbaharui kulitnya untuk beberapa minggu agar kulitnya keras dan kuat. Ayam berpuasa berhari-hari ketika mengeram telur-telurnya supaya panasnya telur itu boleh menetas. Ulat beluncas yang kelihatan menggelikan turut berpuasa pabila menjadi kepompong agar menjadi seekor rama-rama yang cantik menghiasi keindahan alam. Begitu juga pada manusia, dalam 12 bulan, Allah menjadikan 1 bulan suci untuk manusia berpuasa. Malah bulan inilah Allah telah memberikan rahmat dan maghfirah kepada hamba-Nya dikala ketiadaan syaitan durjana. Seni kehidupan betul?

“(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (Surah Al-Baqarah : 185)

2 Responses to Episod 32 : Senario Berpuasa

  1. amierwan berkata:

    very well said dear.

    i’d love to sign my name to what you had written.

    the spiritual journey begins..

    http://www.mycompletemastery.blogspot.com

  2. Cheryle berkata:

    Have you ever thought about including a little bit more than just your articles?

    I mean, what you say is fundamental and all. But just imagine if
    you added some great images or video clips to give your posts more,
    “pop”! Your content is excellent but with images and clips, this website could definitely be one of the greatest in its
    niche. Amazing blog!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: