Episod 31 Ogos : Ramadhan Di Bumi Merdeka

“Allah mengutuskan kami (orang Islam), untuk memerdekakan manusia daripada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam serta daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat” (Rub’ie bin Amir ketika bertemu dengan Panglima Rom)

Hari ini Malaysia telah melakarkan angka 51 sinonim dengan tarikh kemerdekaan yang dicapai. Pada tahun ini, kemerdekaan lebih meriah dengan suasana Ahlan Ya Ramadhan seolah-olah kita merayakan 2 situasi kegembiraan yang dimpi-impikan. Tarikh sejarah yang menyebabkan kita bebas dari belenggu penjajah juga tarikh kita merdeka dari ancaman syaitan durjana. Namun, dari aspek ini bagaimanakah kita mensyukuri nikmatnya?

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim : 7)

Malam berseri-seri ditemani cahaya bintang bergemerlapan menghiasi malam kemerdekaan yang disambut dengan alunan adrenalin berkobar-kobar, semangat cinta akan negara. Negara ini adalah tanah airku, tanah tumpah darahku, segala-galanya di negara inilah perlu kuprihatin kerana membangunnya sesebuah negara bergantung penuh kepada pemimpin dan rakyatnya. Bukan orang lain.

Negaraku

Tanah tumpahnya darahku

Rakyat Hidup

Bersatu dan Maju

Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan

Raja kita selamat bertakhta

Bersatu teras kejayaan, inilah logo tema kebangsaan ke-51 buat tahun ini. Perarakan yang ditonjolkan kali ini tampak lebih gah dengan memamaparkan kesatuan antara sesebuah institusi. 51 bendera IPT dan IPTS menunjukkan bersatunya universiti-universiti di seluruh Malaysia, jet-jet pejuang yang membingitkan telinga memaparkan institusi pertahanan yang bersedia mempertahankan negara, syarikat telekomunikasi yang bersatu meningkatkan kualiti dan mutu perhubungan dan komunikasi negara, dan sebagainya. Kesan daripada bersatu-padu ini memberikan impak besar terhadap pembangunan negara.

di dataran merdeka bersama Ibrahim

Teringat seorang tokoh yang dikagumi oleh umat islam kontemporari, Sayyid Abul A’la Al-Maududi, seorang ulama’ besar India yang begitu sayangkan negaranya mahupun negaranya sendiri bukan negara Islam. Beliau sendiri begitu mengkagumi Mahatma Gandhi dan Madan Mulhaya Malbiya yang beragama Hindhu dalam memperjuangkan bangsa dan negara. Beliau banyak menyumbangkan sesuatu terutamanya dari aspek penulisan, pandangannya dari sudut nasionalisme. Lama kelamaan, penulisannya yang islamik semakin mendapat perhatian.

Begitulah keadaannya. Malaysia amat memerlukan pemuda pemudi yang memperjuangkan bangsa, agama dan negara, bukannya negara ini dibangunkan oleh orang-orang luar meskipun mereka lebih professional. Kesedaran ini perlu dipupuk dalam jiwa bangsa kita sebenarnya untuk memperoleh sesuatu kejayaan bukannya semudah ABC. Kita tidak boleh sambil lewa dengan hanya meminjam hasil usaha orang lain atau teknologi lain, tanpa kita berusaha untuk belajar dan mencipta sesuatu. Negara Jepun sendiri membangun dengan teknologi mereka sendiri tanpa perlu campur tangan dari orang-orang luar. Russia berjaya dengan teknologi aeroangkasa dan aspek pertahanan dengan mengekalkan silibus Rusia. Kini tibalah Malaysia dengan teknologi kelapa sawit pun jadilah, asalkan R&D ini daripada kita. Bukan kebanggaan yang kita hendakkan, tetapi cukuplah sebagai sesuatu yang membuktikan Malaysia sebagai negara Islam di persada dunia seperti Iran.

Namun, satu perkara yang perlu dijauhi adalah kesan nasionalisme juga membawa kesan buruk terhadap negara Islam sendiri. Sejak 1924, khilafah Islam jatuh lantaran usaha Kamal At-Tartuk yang berusaha untuk menyesatkan pandangan sebenar, menjadikan Islam hari ini jatuh tanpa kedudukan yang kukuh. Malah, Islam hari ini semakin difitnah, ditohmah dan dihina habis-habisan oleh sebab ombak islamophobia yang melanda pada orang-orang barat.

Negara ini suatu ketika dahulu negara yang menerima Islam sepenuhnya. Tetapi kini semakin ramai yang merosakkannya. Siapakah lagi yang akan membetulkan negara ini?

2 Responses to Episod 31 Ogos : Ramadhan Di Bumi Merdeka

  1. amierwan berkata:

    Islam is a universal way of life and does not discriminate against race.

    Islam is based on the core value of justice without taking into account the differences in races.

    The Ramadhan month is a time to test the patience and strength of Muslims while fasting and the non-Muslims should also reflect on this together with Muslims.

    The understanding between all races will only unite all and continue to bring development to the nation.

    May this Ramadhan would fill every Malaysian’s heart with the spirit of genuine unity and that the month brings justice and harmony.

    We are the person who will making correct of all mess things in this country. We belongs to the nation. So act on it and don’t ever take it for granted.

    Salam Merdeka & Happy Ramadhan.

    MY COMPLETE MASTERY

  2. aireensamirah berkata:

    salam..
    i’m agree with mr amierwan..
    islam is a universal way of life..
    to be here in inti..
    i realise sumthing in this ramadan..
    that islam is islam,no matter where u are from,
    what races are you..
    islam is still islam..islam still da best way of life..
    and you should practice it wherever you are..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: