Episod 29 : Erti Hidup Bukan Hanya Pada Memberi Tapi Juga Dengan Membukti

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah Ali-Imran : 110)

Hitam. Warna yang sangat misteri. Kegelapan yang membawa simbol pelik untuk diintepretasikan. Tradisi orang barat, pakaian hitam melambangkan satu penghormatan untuk seseorang yang mati ketika funeral procession.Bagi kumpulan gothik, hitam adalah warna kematian di sertai dengan warna merah dan putih. Melalui tafsiran orang ramai pula, hitam merupakan warna yang menakutkan, misteri dan kegelapan yang misteri. Mengikut kajian psikologi, orang-orang yang cenderung pada warna hitam mempunyai mood yang kurang baik, banyak rahsia. Tetapi, di sebalik warna hitam juga, terletak satu kekuatan sinergi antara semua warna, setelah campur aduk akhirnya semua warna itu akan menjadi hitam.

Saya tidak begitu gemar dengan warna hitam kerana ianya begitu jauh untuk serasi dengan minda separa sedar ketika berpakaian. Namun, disebabkan rakan-rakan lain telah memilih warna ini untuk grup dalam penyertaan IDEA’s Mahhabbah Day(Architecture Society), saya tiada pilihan lain. Cuma yang peliknya, mengapa dalam banyak-banyak pemuda arkitek CFS UIA, ‘Si Ketayap Merah’ dipilih menjadi ketua a.k.a mastermind untuk grup ini berperanan di padang bertanding dengan grup lain?

The Black Parade, nama yang cukup kontroversi dalam jiwa saya, ditambah lagi dengan simbol scorpion yang agak menakutkan. Saya terlambat mencadangkan nama yang baik dan logo yang sesuai. Nama ini sinonim dengan upacara kematian yang dilakukan orang barat. Entah apa-apa. Tak mengapa, saya kekalkan personaliti islamik, siapa kata hitam tidak ada kena dengan Islam? Kali ini, saya jadi seperti Hajarul Aswad! Batu hitam mulia dari syurga yang asalnya putih suci, suatu ketika dahulu direbut 4 kabilah untuk diletakkan di ka’abah, kini direbut-rebut para jemaah haji untuk menyanjung dan menciumnya!

ketayap merah-merancang formasi untuk perarakan

Tak sangka, formasi dan perancangan komposisi dalam perarakan dirancang begitu baik. Anak-anak buah kelihatan komited dengan kerja dan tugas masing-masing yang telah saya beri. Mereka memberikan wala’ yang cukup mengkagumkan setelah saya merancang untuk mencipta maskot mechascorpion hanya dengan menggunakan kotak. Formasi pula seakan-akan kalajengking gergasi yang melibatkan penyepit, kaki dan ekor berbisa. Akhirnya, berjaya. Timbul sedikit rasa bangga kerana dapat membuktikan sesuatu.

Language Awareness Campaign, English Language Festival

Ramai orang menganggap, sebut sahaja English Language Club(ELC), terpapar di skrin projektor minda satu kelab yang begitu sosial. Saya tak nafikan lebih-lebih lagi ramai mahasiswa UIA ini begitu ramai yang fasih dalam berbahasa inggeris, satu budaya. Ada yang tertanya bagaimana saya tersesat dalam kelab ini malah jadi setiausaha untuk kelab ini. Sudah menjadi asbab untuk saya berjaya, saya perlukan kemahiran dalam berbahasa, dan setiausaha, sudah saya berjaya dalam sesi interview, nak buat macam mana? Apapun, saya tetap diri saya. Saya bukan ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’. Kambing tetap kambing, mengembek tetap mengembek!

Sabda Rasulullah: Innallaha katabal ihsan ala kulli syai’

“Sesungguhnya Allah mewajibkan keelokan atas setiap sesuatu”

LAC’s ELF, satu majlis besar gabungan LAC dengan ELC untuk program sambutan bahasa Inggeris. Saya telah dipilih untuk mengendalikan majlis sebagai emcee, majlis semi-formal yang tidak hanya bergantung pada skrip. Saya beranikan diri untuk menerima, lagipun keadaan in-promp-to serasi dengan saya selalunya dalam berpogram bersama akhi Hazwan. Emcee berdua. Menarik lagaknya, terpaksa pula saya berlakon dalam gimik, menaiki skuter masuk dalam dewan yang lampu terpadam seketika kononnya menggantikan seorang emcee yang sepatutnya berada di majlis lain, LouieVaton Annual Catwalk(LAC lain). Yang tak boleh tahan, saya masuk berjalan ke pentas merampas tugas MC palsu tadi dengan SFX lagu wrestling(Allah…) dan berjalan gaya wrestler(lagi satu..). Segan sungguh. Akan tetapi, saya dapat juga buktikan sesuatu.

Selesai tugas-tugas ini, bertambah pula tugas-tugas lain. Modul course saya yang sepatutnya paling kurang kerana saya banyak pass dalam ujian-ujian wajib universiti seolah-olah tak membawa makna sangat. Saya skor ¾ kecuali English exemption test. Akhi Luqman exempted Arab sahaja. Jadi kekosongan waktu saya banyak digunakan untuk aktiviti lain. Tapi seronok!

Baik, saya cuma ingin konklusikan sesuatu di sini, dari aspek anthropologi, ramai orang mentafsirkan Melayu mudah terpengaruh. Saya tak nafikan. Tetapi, sekiranya diteliti secara psikologi, masyarakat Melayu, anak-anak muda terutamanya, mempunyai daya inkuiri yang sangat tinggi, paling mudah tangkap dan paling mudah meresap sesuatu yang baru. Sebagai contoh, anda berjumpa dengan seorang tauke cina, secara tiba-tiba anda pasti akan bercakap, gaya-gaya lidah cina; “ayyaa!”, sedangkan anda boleh bercakap seperti biasa. Bila anda masuk sesuatu entri kedai mamak pula, begitu juga; “ayooo!”. Tidak ada masalah dari aspek accent bagi Melayu. Tak hairanlah mengapa budaya barat, budaya kuning cepat meresap dalam kalangan anak muda. Cuma, masyarakat Melayu kurang dari dua aspek, banyak mengalah dan khuatir berada di depan orang lain, lebih selesa dalam comfort zone iaitu rela dalam keadaan dikawal orang lain. Kadang-kadang saya suka mengambil kesempatan dengan fakta ini, untuk menguasai keadaan agar saya dapat ubah apa yang saya mahu. Satu tips yang paling bagus untuk seseorang mengubah sesuatu, kuasailah setiap keadaan, La takhaf(Jangan takut)!

Maaf Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com), saya ubah sedikit;

“Erti hidup pada memberi dan juga membukti”

3 Responses to Episod 29 : Erti Hidup Bukan Hanya Pada Memberi Tapi Juga Dengan Membukti

  1. amierwan berkata:

    Sesiapa yang bersungguh-sungguh pada usia mudanya, beliau akan menjadi orang ternama (tokoh) pada usia matangnya.

    -Dr Aid’ Abdullah Al Qarni (Penulis La Tahzan & Ayat-Ayat Cinta)

  2. amierwan berkata:

    tokoh is not a tendency to be crazy of power.

    It would rather means being someone full of maturity and integrity.

  3. aireensamirah berkata:

    encik ketayap merah??
    keep up the good work..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: