Episod 28 : Pengorbanan Yang Disalah Erti

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu” (Surah Luqman : 14)

Bayu pagi menghembus perlahan, masuk ke liang-liang surau yang sedang saya duduki. Fajar subuh menyusul. Kali ini, hanya bertemankan buku yang baru dibeli, Business Genius. Lapan rakan-rakan yang lain dibuai mimpi yang indah. Tak tahu apa yang saya gusarkan. Tak mampu untuk menemani mereka menjadi peneroka mimpi. Seolah-olah menyeksa diri, biarpun racun dan elektrisiti yang menghukum sang otak untuk tuma’ninah seketika. Gagal. Sambil membaca tajuk Marketing Growth – Operational and strategic growth, saya terhenti seketika, terbuka satu nasyid yang menusuk kalbu, merenung ke luar..

Mereka berkata

Hidup perlukan cinta

Agar sejahtera aman dan bahagia

Andai tiada atau pudar warnanya

Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta

Yang terlukis di hatimu

Semat pada senyuman dan tangismu

Agar mewarnai

Jiwamu yang tulus

Seperti sang pelangi selepas gerimis

Lagu ciptaan brothers ini menarik minda saya untuk berfikir kembali, kononnya ingin lari dari perasaan takut, yang mewarnai jiwa sejak kehadiran saya sejak semalam, setelah mula berprogram sejak semalam. Pastinya saya tidak akan fokus..

Pada asalnya, kehadiran kami ke Seremban dapatlah menikmati satu perjumpaan yang besar. Alang-alang saya berprogram di SK Ampangan, Seremban, sempat bertanya khabar dengan mak. Mak pesan, abang, adik dan akak semuanya balik. Saya fikir, dengan kehadiran saya, lengkap satu keluarga bersama. Family gathering. Namun, berita abah ke hospital menghitamgelapkan suasana minda, insan perkasaku, mengapa?

Matahari menggantikan kekuatan rembulan yang berperanan di waktu malam. Perlahan-lahan meninggi hingga cukup tingginya dongakan 50 darjah ke atas dari pandangan horizontal. Awan komulonimbus menjadikan terikan sang mentari pada kepanasan dan silauan yang optimum. Perjalanan saya perlahan-lahan melangkah ke dewan setelah bersiap menghadapi hiruk-pikuk murid-murid sekolah bandar yang mengganggu sistem pemikiran saya.

Darjah enam, 3 minggu lagi peperiksaan UPSR akan tiba bagi mereka. Waktu-waktu ini penting buat mereka untuk persediaan menghadapi peperiksaan besar. Saya tak mampu untuk beri tumpuan lebih. Sapaan kekuatan untuk memaksa minda separa sedar supaya bertahan. Bohong.

Selesai dua modul, saya mengisi perut ketika sang mentari tegak di atas kepala. Mungkin, otak saya dah sampai pada tahap limitation. Puas diperah menggunakannya sewaktu menggambarkan modul kedua, modul usahawan yang saya cipta sendiri untuk adik-adik buka minda, memahami apa itu erti matlamat. Matlamat seringkali berubah-ubah, tapi dengan obstacle yang mengganggu perjalanan kita itu tidak menghentikan usaha untuk terus berdiri dengan perkara dan situasi baru.

Saya perlukan rehat. Mujur, seterusnya bukan aktiviti dalam kumpulan. Khoilulah, tidur sebentar 28 minit sebelum masuk zuhur. Nampaknya, saya semakin letih, meskipun makanan yang saya makan tadi mencukupi kadar kalori yang diperlukan untuk petang itu. Saya perlukan rehat lagi, saya minta izin pada akh Hazwan, dikecualikan program ini sementara. Sepatutnya saya perlu ada, kerana ada satu sesi untuk adik-adik, ikon pelajar cemerlang daripada slideshow, saya dan Atiqah Azimi. Mampukah saya?

Asar menyusul. Program selesai tanpa saya pada pengakhirannya. Sedikit segar. Teringat, esok pagi ada peperiksaan Religion in Malaysia pada pukul 10.15 pagi di Al Malik Faisal Hall. Saya mesti bersedia untuk itu, mungkin kena balik segera selesai program ini. Sempat saya telefon mak, menyatakan ketidaksempatan saya untuk ke rumah. Alhamdulillah, abah sudah kembali ke rumah setelah seminggu keberadaannya di hospital. Denggi, dan barangkali jantung turut terkesan, kata mak.

Saya solat asar berjemaah bersama ikhwah sebelum meninggalkan sekolah demikian. Tak sangka, bagaikan satu malaikat menerju masuk ke dalam jiwa mengetuk kerajaan hati yang ego, untuk sedar. Tambah lagi esok merupakan hari rekod amalan dikutip, Nisfu Sya’ban. Berderu-deru tangisan berserta esakan buat pertama kalinya di depan ikhwah di bawah minda tanpa sedar. Saya gagal menyembunyikannya. Akh Hazwan dan Luqman dapat menangkap. Saya perlu kembali ke mahligai syurga sementara, meskipun sebentar mengucup keredhaan kedua-dua insan tersayang.

Mujur, insan perkasaku sihat sepertimana yang saya lihat sebelum kembali ke UIA PJ minggu lepas. Adik Anwar pergi berprogram, abang entah ke mana, akak di bilik. Tak rasa suasana gathering seperti biasa. Namun tetap bersyukur kerana berjumpa dengan mereka bagaikan deruan angin dingin yang menyejukkan hati yang kacau bilau. Sesekali abah sempat bergurau dengan kami perihal isu semasa. Akh Helmi pula sentiasa ketawa dengan muka stereotaipnya membuatkan saya dalam satu ikatan bersama-sama mereka mustahil untuk putus. Gembira lantaran wujudnya kesatuan hati. Terfikir sejenak, erti pengorbanan..

Apalah ertinya pengorbanan, kerana orang lain, diri merana..

Apalah ertinya sebuah pengorbanan, untuk orang lain berjaya, keluarga dilupakan

Apalah ertinya pengorbanan dakwah, andainya orang lain diberi peringatan, anak dirumah lupa disusui

Apalah ertinya pengorbanan tanpa warna-warna cinta yang lahir terhadap keluarga sedangkan orang lain pula diutamakan..

Teringat kata-kata Adib, roomate saya; Kita jangan jadi macam iblis Hakim.. Iblis tu dulu ketua malaikat. Dia utamakan malaikat-malaikat lain, doakan diorang, tapi tak doakan diri sendiri. Akhirnya dia sendiri yang rosak, derhaka pada Allah

Hidup ini penuh dengan seni yang mengajar erti kehidupan, bangun dan jatuh.

Terima kasih semua.

3 Responses to Episod 28 : Pengorbanan Yang Disalah Erti

  1. amierwan berkata:

    “Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa-apa yang diusahakannya. Bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna”

    -Terjemahan Surah Al-Najm 39-41

    Sesungguhnya air yang bergenang akan berubah menjadi kotor!

  2. sofialwani berkata:

    sedap nya sahabt ana nie pya kisah.. alhamdulilah .. mendengar kisah org kdg2 menbuat kita sedar akan hakikat kehidupan

  3. senikehidupan berkata:

    terima kasih atas sokongan semua. kehidupan yang kita lalui penuh tersirat dengan hikmah dan seninya. hanya orang-orang yang berfikirlah yang beruntung..

    “(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. ” (Ali Imran : 191)

Tinggalkan komen