Episod 27 : Diari Sehari Bersama SMKA Pedas

“Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya” (Surah Al-Mukminun : 61)

9 Ogos 2008

Jam tangan saya telah menunjukkan 7.00 malam. Penumpang sudah cukup ramai. Bas masih tidak bergerak. Saya sudah mula cemas, geram, takut-takut tak sempat untuk saya mengambil agenda pada waktu malam di SMKA Pedas. Saya menelefon ustaz Md Shah,

“Ustaz, malam ni siapa wardennya?”

“Allah, ustaz lupa pulak nak bagi tahu BADAR kamu nak datang.. Ustaz tak tahu pulak siapa warden hari ni..”

Bas mula gerak jam 7.10 malam. Tak sempat rasanya saya beri ceramah. Saya bertambah risau. Alang-alang ustaz Muaz sudah mengajak saya datang, tidur di asrama sejak hari beliau bertugas, saya rasa mungkin saya bermalam sahaja malam itu. Rupa-rupanya, malam itu warden yang bertugas, cikgu Zamzan, guru yang paling tegas bab-bab protokol! Resah dan gelisah saya rasa, seolah-olah melakukan kesalahan, fatwa hati saya. Keizinan dari ustaz-ustaz lain belum tentu boleh mematahkan hujah protokol. Huh.

Saya sampai di sekolah pada pukul 7.45 malam. Saya masih belum solat maghrib. Barangkali wirid sudah selesai, agenda usrah pula akan dijalankan. Memang benar sangkaan saya, tak sempat.

Alhamdulillah, saya disambut baik oleh adik-adik, berpusu-pusu yang datang hulurkan salam. Tingkatan 2-5, begitu mesra. Namun ada juga 2-3 orang yang memandang jengkil kepada saya. Oh, mungkin sangkaan saya sahaja. Saya mesti bersangka baik terhadap semua keadaan.

Tiada jemaah, terpaksalah saya solat seorang diri di dalam bilik PA.

Mengikut perancangan, saya ingin berjumpa dengan majlis tertinggi BADAR malam itu, tetapi seluruh pelajar muslimat ada BBQ pada malam itu, jadi saya terpaksa tangguhkan ke esok hari, termasuk kuliah, selepas subuh. Jadi, malam itu saya ambil masa luangkan bersama-sama adik-adik Islah Multimedia Generation (IMG), anak buah multimedia yang saya latih selama 2 tahun. Bangga, bersemangat, terharu dan seumpamanya lahir dalam sanubari saya melihat adik-adik kini mula komited. Semakin ramai pula direkrut, termasuk tingkatan satu tahun ini. Melihat adik saya sendiri turut direkrut sebagai syu’bah grafik, apatah lagi.

Masa berlalu begitu pantas, adik-adik saya ini semua semakin hebat ilmu multimedia masing-masing. Begitu juga dengan Syed Adham, bekas anak buah IMG paling komited dan mahir, kini telah mengeluarkan kukunya setelah berpindah ke sekolah lain. Belum sebulan di sekolah baru, sudah membuktikan kehebatan dari aspek multimedia, dalam waktu yang sama, mempunyai identiti islamik. Qudwah ini sebahagian daripada dakwah. Memikirkan perkara ini, seolah-olah ada sesuatu yang berbisik di telinga saya;

“Dear my inner-self. Though Ruhul Jadid brings out failure, you still fail not. A succesor not necessary learned from what he succeed but he, perhaps, learned from his past failures. The winning is a step ahead from your sight Hakim, just go on!”

Ketika masih dalam perjumpaan, tiba-tiba handphone berdering SMS. Mak angkat,

“Akmal skg kita sedang bbq byk makanan bln 11 gi swak hrp ada masa utk sana ya”

Sarawak??SMS yang tiada tanda noktah itu begitu memeranjatkan saya. Bagaikan pucuk dipita ulam mendatang!

Malam itu saya dipelawa untuk menginap di dorm 20. Saya tidak bawa persiapan untuk bermalam, mujur, ada di antara adik-adik yang offer tuala ekstra, seorang lagi berus gigi, seorang lagi hanger baju, dan ada juga barang mandian. Yang paling menarik, berebut-rebut silakan saya untuk tidur di katil masing-masing. Masya-Allah, ledakan usrah yang begitu berkesan adik-adik saya ni.

10 Ogos 2008

Saya bangun 5.10 pagi. Ramai lagi adik-adik saya yang masih tak bangun, tak seperti dulu. Saya bersiap-siap untuk membersihkan diri dan mulakan persiapan untuk kuliah selepas subuh. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, adik-adik muslimat jauh lebih ramai berbanding muslimin yang hadir di pagi subuh yang indah itu. Penuh barangkali. Saya mula dengan memperkenalkan diri dan mulakan ceramah yang bertajuk-generasi quran yang unik!

Khusus kepada adik-adik tingkatan 5, saya tekankan rebutlah ilmu fardu kifayah dalam masa yang sama, jadilah mukmin yang berjaya. Saya sangat faham, mungkin ada diantara mereka yang begitu berminat untuk bidang agama, saya sarankan jika benar demikian, ambillah double degree(minor subject). Satu harapan andainya dunia ini penuh dengan intelektual muslim, tentunya kita akan maju berbanding orang-orang nonmuslim. Contohnya, teknologi Iran, peluru antikapal merupakan teknologi yang paling canggih di abad ini dicipta oleh teknokrat muslim sendiri. Andai dulu Afghanistan menang dalam peperangan(1978-89) lawan Soviet Union tanpa teknologi canggih, apatah lagi jikalau adanya kekuatan teknologi bagi umat Islam!

Saya sempat berjumpa dengan adik-adik majlis tertinggi Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani (BADAR) atas alasan ingin tahu keadaan BADAR kini. 8 orang termasuk muslimin dan muslimat dalam posisi ketua, timbalan, setiausaha dan bendahari merupakan kepala bagi BADAR ini dalam setiap aspek. Apa-apa hal yang terjadi aspek kerohanian di Pedas, mereka berlapan akan bertanggungjawab dahulu. Senang hati saya, mereka semua agak terbuka untuk berbincang. Saya melepaskan sedikit bicara atau cebisan idea agar dapatlah sedikit membantu mereka meneruskan perjuangan meskipun comrade buat kerja lambat dan kurang kerjasama, bak kata mereka. Teruskan usaha proaktif!

Saya tak boleh lama berbincang kerana ada diantara mereka kelas pukul 8.00 pagi. Saya bersiap-siap untuk balik selesai perjumpaan MT tadi. Sebelum bertolak, saya sempat menelefon Ustaz Muaz. Kebetulan, hari ini Ustaz bersama-sama dengan pasukan pengguna SMKA Pedas ke peringkat kebangsaan bagi mewakili Negeri Sembilan di Pahang. Apa lagi, ustaz ajaklah saya join satu van alang-alang mereka pun berhenti di Seremban. Saya agak segan juga, namun apakan daya untuk menolaknya. Jimat belanja saya!

Dalam perjalanan, sempat saya berbincang dengan ustaz, program untuk selepas PMR, terutama untuk adik-adik IMG saya. Saya ingin ambil alih untuk tujuan developtment IT adik-adik saya ini alang-alang ketika itu saya cuti. Seperti biasa, ustaz begitu bersetuju, insya-Allah akan dibincang-bincangkan dengan ustaz Md Shah.

Suara UIAM memanggil-manggil setelah 1 minggu bercuti(walaupun saya tak bercuti pada hakikatnya!). Di dalam bas, baru terlintas dalam fikiran saya, “Alamak..bulan 11 tu nak pergi Sarawak, macam mana pulak dengan program lepas PMR tu ya?” bingung saya. Tertidur saya keletihan dalam bas, perjalanan balik ke rumah dari Terminal One. Ahh!! Saya terlajak tidur!! :p

7 Responses to Episod 27 : Diari Sehari Bersama SMKA Pedas

  1. kakkamilah berkata:

    wow!bestnye akim..gi pedas..hehe..all da best@!

  2. aireensamirah berkata:

    akmal..
    utk pemberitahuan je..
    pasukan kuiz pgguna dpt tmpt ke6 mase saringan ke separuh akhir..
    utk separuh akhir,cuma 5 kumpulan je yg bertndg..
    so,xde rezeki kita lg thn ni..
    xpe la..ada hikmahnye..

    teruskan usaha menjenguk pedas..
    kebarangkalian utk aku ke pedas lg,tipis rase nye..
    huhu..

  3. asyraf SMKAP berkata:

    salam….owh,ingatkan sape nyer web senikehidupan nie….rupe2nyer abg akmal nyer sendiri…. ;,

  4. fatrah89 berkata:

    wah,bagusnye akmal..masih mempunyai kekuatan utk ke pdas..ape2 pon,teruskan usaha tu..insyaAllah pengguna akn menang nex year.. =)

  5. pemikir_islam berkata:

    akmal ke pedas???it’s true??hahaha…actually,ana memg nak gi smkap,tapi byk sgt halagn…alhamdulillah la anta dpt slalu gi ek…klu nak pegi lagi ajak la kwn2 yg len tau…kuiz pegguna?fatrah89 kte,smkap menang next year???Insyaallah…hahaha…

  6. daqbaik berkata:

    nnti dtg cni agi tau…
    ari tu tau akim de dtg tp mse tu aq xder kat skulh..
    cdey tau xdpt dgr dier bgi tazkirah..
    anyway tq coz sudi dtg ker cmkap neih..

  7. khayra14 berkata:

    hidup di bumi smkap ni memang mengajar 1001 erti hidup..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: