Episod 26 : Bangunlah Dari Lenamu Adik-Adikku!

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku” (Surah Ibrahim : 40 )

Hari ini saya berpogram di sebuah sekolah rendah. Agak terpencil. SK Sendayan namanya. Tapi suasana di sini agak berbeza berbanding dengan sekolah-sekolah rendah di kampung. Murid-muridnya tidak begitu nakal. Pada saya, bila sebut sahaja Khemah Ibadah, SMART Solat dan sebagainya untuk menjadi fasilitator, paling saya khuatir mengajar budak-budak sekolah rendah, takut-takut mereka ni sudahlah tak faham, main-main pula. Tapi, kali ini agak berbeza. Saya mendapat semangat untuk mengajar murid-murid ini. Mudah untuk dibentuk, malahan, ramai yang sudah pandai segenap perkara dalam solat dengan begitu baik.

Menyebut tentang program, sebati sungguh dalam hidup saya. Saya selalu turun ke Negeri Sembilan untuk tujuan ini daripada UIAM. Penat? Tak terasa, malah memuaskan hati. Mana tidaknya, kita berhempas pulas untuk membentuk adik-adik, akhirnya ia membuahkan hasil. Bukankah ianya satu kepuasan yang melupakan penat lelah?

“Easy to solat, solat tooooo easy!!!” Jerit murid-murid SK Sendayan seraya mematuhi arahan akhi Luqman sambil bergaya sebagai trademark dalam program ini.

Program ini begitu memuaskan. Pada fikiran kami, murid-murid pelajar darjah 6 ini masih lagi kurang faham tentang pelajaran-pelajaran fardu ain. Rupa-rupanya sangkaan kami silap. Seronok rasanya mengajar mereka dalam masa yang sama mereka sudah faham. Melalui kumpulan saya, walaupun separuh dari murid-murid ini agak bijak, terdapat seorang di antara mereka yang lambat faham. Hal ini berlaku kerana kegagalan dalam membaca. Apatah lagi disuruh menulis. Saya tidak putus asa. Adik-adik tetap bawah usaha saya!

Sedikit demi sedikit saya tumpukan pada seorang adik perempuan ini. Nampaknya dia begitu statik dan kurang responsif. Saya cuba timbulkan idea untuk memudahkan adik-adik saya ini mudah hafal. Setelah lama saya bentangkan teori tentang solat, saya tetap selitkan sedikit pengisian psikologi membangkitkan semangat mereka bersesuaian dengan tahap metakognitif adik-adik ini. Saya khususkan buat adik Intan Suhaili.

“Kelas! Mungkin hari ni Suhaili tak dapat membaca dengan bagus. Tapi, percayalah. Ustaz pasti, dia mesti akan buktikan sesuatu bahawa dia akan boleh lebih pada orang biasa, bahkan boleh menulis dengan cukup baik!..”

Saya suntikkan sedikit semangat buat adik Intan. Di samping itu, saya ceritakan pengalaman-pengalaman masa lalu yang membuatkan saya lemah dalam sesuatu bidang, tetapi hari ini saya terkedepan berbanding orang lain. Inilah harapan saya, melihat orang-orang kita membangun dengan baik. Kelemahan bukan alasan tidak berjaya. Semoga adik Intan Suhaili menjadi seseorang yang berjaya. Buktikanlah adikku.

“Adik-adik, orang cina sekarang ni berusaha nak cari orang biaya pelajaran. Diorang tak mampu, melainkan dengan melakukan sesuatu. Tengok kat kedai-kedai, peniaga cina sanggup melawan arus buka kedai awal dan tutup lambat kerana sungguh-sungguh nak bela hidup. Tapi adik-adik, orang Melayu kita banyak kena suap. Mana-mana ada tajaan. Tapi orang kita masih malas! Tak guna kesempatan yang dipermudahkan tu untuk belajar bersungguh-sungguh! Sebab tulah kenapa orang Cina pertikaikan kerajaan kita..”

Inilah sedikit kata-kata saya tekankan selepas selesai teori-teori solat saya ajarkan. Pada hemat saya, adik-adik saya ini bukan lemah ingatan, cuma, mereka kurang pendedahan dan terkongkong dalam belajar. Saya tak mahu melihat adik-adik saya di depan mata saya, akhirnya jatuh ke jalan tribulasi. Tak mahu..

Sesi Praktikal

Sesi ini, saya bertukar kumpulan 3 dan 4, lelaki. Kali ini, saya menukarkan gaya pengajaran praktikal solat dengan teknik ‘faham makanan’, modul saya sendiri. Contohnya, untuk mengajar mereka mengapa perlu tertib dalam wudhu’, samalah seperti Maggi, kita masak perlu satu demi satu caranya; buka bungkusan, tuang air, didihkan, masukkan maggi, masukkan perencah, 2 minit sehinggalah makan. Kalau tidak teratur, tentu maggi tak sedap. Amalan sunat seperti membasuh telinga, samalah seperti meletakkan telur dalam maggi. Nak letak tak mengapa, tak letak pun tak mengapa, cuma, lebih sedap dan kenyang apabila ditambah telur. Termasuklah teknik-teknik lain saya sertakan seperti donut, karipap, nasi lemak dan sebagainya untuk pengajaran lain. Alhamdulillah, teknik ini agak berkesan. Kanak-kanak suka belajar dalam masa yang sama mereka berhibur dan gelak tawa. J

Akhir sekali, tibalah waktu untuk praktikal solat. Kali ini perlu ditekankan seorang demi seorang dikhuatiri yang lain memberikan komitmen, sebahagian yang lain berpura-pura tahu. Memang berlaku dalam kumpulan saya. Namun bersyukur, adik-adik saya ini berusaha untuk memahami dan menghafal. Tiba sesi doa qunut, inilah yang paling payahnya. Mujur, Allah beri saya ilham untuk memberikan teknik menghafal paling mudah. Untuk memudahkan cara, saya perhatikan dahulu rukun-rukun solat yang lain, akhir sekali barulah untuk doa qunut, sehinggalah tamat program. Berjaya juga akhirnya.

Balik

Selesai program Khemah Ibadah pada pukul 6.00 petang. Antara fasilitator-fasilitator yang lain, ada agenda lain petang itu. Namun, saya tak dapat bersama kerana saya juga mempunyai agenda yang tersendiri malam itu. Saya perlu ke SMKA Pedas!

Sampai di Terminal One Seremban lebih kurang 6.30

4 Responses to Episod 26 : Bangunlah Dari Lenamu Adik-Adikku!

  1. amierwan berkata:

    hairan sungguh rasanya melihat kesibukan anak muda ini. Di kala anak muda lain sedang sibuk bercinta dan bermadu kasih, dia sibuk ke sana ke mari berkongsi cita dan rasa.

    Apakah yang dicari dalam hidupnya?

    Apakah yang dikejar dalam sehingga tiada masa baginya berfoya-foya.

    “Wonder why people climb a mountain, when it is safer to sleep at home”
    – Tun Dr Mahathir Mohamad

  2. aireensamirah berkata:

    bagus la akmal..
    semangat tol..
    ini la ank muda yg kita perlukan skrg..

    em ade gaye la jd ustaz..
    huhu..

    im juz praying all da best 4 u..
    may Allah bless u always..

  3. bahiyah berkata:

    salam…
    hmm..program sehari bersama adik-adik sk sendayan
    begitu bermakna skali untuk semua fc..
    Adik2 begitu semangat membuatkan semua para fc tidak putus2
    untuk berkongsi segala ilmu yg ada..
    InsyaALLAH mereka semua dapat apa yg disampaikn
    oleh fc2 yg terlibat….
    moga ALLAH prmdhkan prjlnn adik2 nie
    untuk menjadi Hamba yang bertakwa..amin..^_^

  4. pemikir_islam berkata:

    ameen………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: